You are on page 1of 19

PENILAIAN PENDIDIKAN

KESIHATAN
Proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan,
kemajuan dan pencapaian murid murid secara
menyeluruh berasaskan FPK.
Penilaian merupakan sebahagian daripada P&P yang
dijalankan secara berterusan.
Penilaian ini diadakan secara formal dan tidak formal.
Penilaian boleh dibuat secara pemerhatian penulisan
dan lisan.
UJIAN PENILAIAN KESIHATAN
Ujian merupakan suatu instrumen yang digunakan untuk
mendapat maklumat murid.
Mempunyai beberapa bentuk seperti soalan bercetak
atau lisan, bateri prestasi tahap fizikal, pemerhatian
tingkah laku melalui senarai semak atau rekod anekdotal.
Menurut Borhan Yusof (2008), ujian ialah satu instrumen
atau alat yang digunakan untuk mendapatkan
maklumat murid sebelum, semasa, dan selepas
pengajaran.
Pengukuran ialah suatu proses mengumpul maklumat
berangka tentang ciri-ciri tertentu yang dipunyai oleh
seseorang murid.
Pengukuran juga boleh ditakrifkan sebagai membina,
mentadbir dan memberi nilai kepada ujian.
Manakala penilaian merupakan suatu proses untuk
mengumpul, menganalisis dan mentafsir data yang
dikumpul.
Ia juga meliputi ujian dan pengukuran.

JENIS PENILAIAN PENDIDIKAN
KESIHATAN
PENILAIAN FORMATIF
PENILAIAN SUMATIF
PENILAIAN FORMATIF
Digunakan bagi menilai program, seterusnya
memperbaiki kurikulum, pengajaran dan perkembangan
murid.
Membantu pendidikan kesihatan membentuk maklumat
dan objektif pembelajaran murid secara berterusan.
bukti-bukti dikumpul secara sistematik bagi menilai
keberkesanan dan memperbaiki program, kurikulum,
matlamat, objektif, kandungan dan p&p Pendidikan
Kesihatan.
PENILAIAN SUMATIF
Dijalankan pada akhir pembelajaran atau selesai
sesuatu unit.
Ujian yang standard perlu diadakan.
Ujian ini dapat menentukan tahap pencapaian
murid.
Keberkesanan pengajaran,kurikulum,
perkembangan p&p dapat ditentukan.
TUJUAN PENILAIAN
PENDIDIKAN KESIHATAN
a)Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
Segala aktiviti fizikal, kognitif, bahasa, kreativiti dan
kerohanian dapat dilaksanakan dengan lancar jika
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak itu
normal.
Oleh itu, guru seharusnya dapat mengenal pasti
kanak-kanak yang mempunyai kesulitan
pembelajaran dalam aspek tertentu.


b) Melihat perubahan pada perkembangan setiap
murid.
Tidak semua murid-murid dapat menerima
maklumat baru ketika guru mengajar.
Oleh itu, guru harus membuat pemerhatian bagi
melihat tahap penerimaan maklumat baru serta
perubahan kemahiran yang dicapai oleh setiap
murid.
c) Membuat perancangan aktiviti
Selepas memerhati murid-murid melakukan aktiviti
yang diberi, guru dapat mencadangkan beberapa
aktiviti lain dalam bentuk aktiviti bimbingan dan
pengayaan.
Aktiviti kelas boleh dijadikan sebagai aktiviti
beberapa kumpulan kecil.
d) Meneliti keberkesanan aktiviti, rutin, dan strategi
yang digunakan.
Respons murid-murid semasa aktiviti dan rutin harian
dijalankan memberi gambaran berkenaan status
penerimaan.
e) Mempelajari keperluan setiap murid.
Guru dapat mengenalpasti kekuatan dan
kelemahan murid.
Potensi murid dapat dipertingkatkan.
f) Menyelesaikan sesuatu masalah.
Guru memberi peluang, masa dan bimbingan
kepada murid.
g) Memberi laporan yang tetap kepada ibubapa.
Setiap catatan yang dibuat berkenaan
perubahan tingkah laku dan hasilan kerja murid.
Rekod prestasi murid.



h) Meghargai hasil kerja murid.
Murid-murid diberi peluang membuat refleksi.
Teguran yang positif.
i) Membuat tindakan susulan serta merta.
Bagi menggalakkan murid-murid menjalankan
aktiviti, guru boleh memberi ganjaran serta merta.
Cnth : senyuman, pujian , tepukan dan sebagainya.

PEMERHATIAN
Satu cara untuk mengumpul maklumat.
Setiap gerak geri, tindak balas serta reaksi yang
dilihat dan didengar semasa murid melakukan
aktiviti menunjukkan perkembangan murid.
Gambaran tersebut perlu direkod secara
sistematik.

Pemerhatian boleh direkodkan dengan
menggunakan:
i) REKOD ANEKDOT
penulisan yang ringkas, tepat dan padat.
Perlakuan murid boleh diterangkan dengan
menggunakan gambar.
Maklumat yang perlu ada- nama, tarikh, masa,
tempat,peristiwa, ulasan guru dan
cadangan/tindakan guru.
ii) REKOD PENSAMPELAN MASA
Bagi mencatat pemerhatian ke atas tingkah laku
kanak-kanak dalam satu jangka masa.
Pemerhatian dibahagikan kepada beberapa segmen
masa dan kekerapan berlakunya tingkah laku itu
dicatat secara berterusan dan diambil tindakan.
iii) SENARAI SEMAK
dapat menyatakan sama ada murid boleh atau
tidak boleh mencapai hasil pembelajaran yang
diingini.

ETIKA PENILAIAN
Semua maklumat yang berkaitan dengan murid
adalah sulit.
Segala hasil pemerhatian hanya boleh dibincangkan
dengan pihak yang tertentu sahaja.
Rekod murid tidak boleh dipamerkan.
Minta kebenaran ibu bapa atau penjaga murid untuk
mengambil gambar dan merakam video yang
melibatkan murid berkenaan.
Pastikan segala rekod pemerhatian memberi kepada
ibu bapa atau penjaga.
Terima kasih.

You might also like