You are on page 1of 28

ELM 3103

PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH


DISEDIAKAN OLEH: EUNICE CHONG YEE YUAN

PEMBINAAN INSTRUMEN DAN ITEM PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL


- Jenis Instrumen Pentaksiran Tidak Formal Hasil Kerja Murid

PENTAKSIRAN
Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran merupakan satu proses sistematik yang dijalankan dengan tujuan mengumpul maklumat untuk membuat suatu taksiran. Taksiran ini amat berkait dengan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

JENIS-JENIS PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


Terdapat dua jenis pentaksiran, iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif. Dua aspek dalam penilaian ialah penilaian pembelajaran dan juga penilaian pengajaran. Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar.

Ia boleh dibuat melalui pemerhatian perlakuan pembelajaran pelajar. Melalui penilaian semasa proses pembelajaran, tindakan menangani masalah pembelajaran boleh diambil. Pada masa ini, guru boleh mengubah teknik, memudahkan bahasa atau mengambil tindakan alternatif lain untuk menilai dan menyemak semula perancangan. Penilaian ini membawa kepada penilaian pembelajaran ke arah pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran.

Penilaian pula terdiri daripada penilaian formal dan penilaian tidak formal. Penilaian formal merujuk kepada ujian, manakala penilaian informal pula merujuk kepada penilaian yang dibuat melalui hasil kerja pelajar, pemerhatian, soal jawab, aktiviti kumpulan dan juga pembentangan. Penilaian pembelajaran dapat dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

Perlakuan pembelajaran murid sebenarnya memberikan maklum balas tentang pnecapaian objektif, perancangan pengajaran guru, pemilihan kaedah, media dan juga bahan sumber. Penilaian pengajaran boleh dibuat setelah selesai proses pengajaran dan pembelajaran untuk melihat setakat mana perancangan guru berjaya. Hasil kerja murid merupakan salah satu jenis instrumen penilaian dan pentaksiran yang dapat digunakan untuk penilaian murid.

HASIL KERJA MURID


Prestasi seseorang pelajar boleh dinilai berdasarkan hasil kerja yang dijalankan oleh murid-murid sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Guru boleh menilai hasil murid-murid berasaskan isi kandungan dan juga sikap mereka semasa menghasilkan kerja. Terdapat juga aspek-aspek lain yang boleh dinilai dalam hasil kerja murid.

Aspek-aspek yang dimaksudkan itu termasuklah sikap dan kebolehan berkolaborasi berkolaborasi dengan orang lain dalam menghasilkan kerja. Melalui hasil kerja murid, guru boleh menjalankan refleksi. penilaian pengajaran atau refleksi ini juga akan membuahkan idea untuk penambahbaikan atau tindakan pembetulan yang sesuai.

Guru dapat menggunakan hasil kerja murid sebagai maklumat refleksi untuk merancang pengajaran yang lebih efektif. Hal ini demikian kerana guru mengemukakan soalan-soalan seperti adakah objektif pembelajaran tercapai, apakah kekuatan dan kelemahan saya semasa mengajar di dalam kelas dan juga apakah punca kekuatan dan kelemahan tersebut semasa membuat refleksi.

Seperkara lagi, guru boleh menyediakan satu senarai semak hasil kerja murid sebagai panduan untuk membuat penilaian pengajaran. Dengan ini, guru dapat mengambil tindakan membetulkan langkah pengajaran, pemilihan objek atau pemilihan media yang kurang berkesan dalam perancangan seterusnya.

CONTOH BORANG PENGESAHAN SEMAKAN HASIL KERJA MURID

CONTOH-CONTOH HASIL KERJA MURID

KESIMPULAN
Guru merupakan tonggak negara dan memainkan peranan yang sangat penting untuk menyediakan sumber tenaga manusia dalam pembangunan negara dan melahirkan modal insan yang benar-benar berilmu serta berketerampilan bagi merealisasikan Wawasan 2020.

Oleh itu, guru haruslah memahami jenis-jenis instrumen Pentaksiran Formal atau Tidak Formal untuk memahami tahap pencapaian murid dan seterusnya melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru, guru perlu mengaplikasikan pengetahuan ini agar dapat menjayakan Misi Nasional yang menetapkan bahawa pembangunan modal insan dan pemupukan minda kelas pertama sebagai salah satu daripada lima teras utama ke arah mencapai Wawasan 2020.

RUJUKAN
Christopher Bowring & John Burnham. (1999). Pembelajaran Berkesan Di Sekolah: 6, Jalan 6/91, Taman Shamelin Perkasa, Batu 3 , Jalan Cheras, 56000 Kuala Lumpur. Ampang Press Sdn. Bhd. Koo K. P. & Tang C. T. (1990). Pendidikan Moral: Petaling Jaya. Budiman Sdn. Bhd.

Marilah sama-sama kita menjadi seorang guru yang berkualiti dan profesion untuk menjayakan Misi Nasional demi melahirkan modal insan cemerlang, negara gemilang dan terbilang kerana Guru Penjana Modal Insan Gemilang .

You might also like