You are on page 1of 16

CLUSTER OF EDUCATION AND SOCIAL SCIENCES

SEMESTER SEPTEMBER 2019

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN


( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN

HBEF3203
PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI : 931009055194001


NO. KAD PENGENALAN : 931009055194
NO. TELEFON : 010-8625372 / 013-6510172
E-MEL : hurulain1993@gmail.com
PUSAT PEMBELAJARAN : SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
ISI KANDUNGAN

Isi Kandungan......................................................................................................................2

Bahagian A

1.0 Pengenalan .................................................................................................................3


2.0 Konsep Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan..............................................4
3.0 Definisi Penilaian Formatif.........................................................................................5
4.0 Jenis Penilaian Formatif Yang Boleh Dilaksanakan Dalam Bilik Darjah..................6

Bahagian B

1.0 Butiran Pelajar-Pelajar.................................................................................................8


2.0 Markah-Markah Penilaian Formatif Pelajar...............................................................9
3.0 Analisis Statistik Pencapaian Pelajar Pelajar..............................................................11
4.0 Rumusan.....................................................................................................................13
Rujukan................................................................................................................................14

2
BAHAGIAN A

1.0 Pengenalan

Pendidikan Malaysia hendaklah berubah secara holistik bagi memenuhi keperluan rakyat di
Malaysia yang sangat memerlukan pendidikan pada masa akan datang seiring dengan perubahan
drastik dalam dasar-dasar kerajaan, politik dan ekonomi dunia. Menurut Fischer & King (1995),
masyarakat masih meletakkan harapan dan kepercayaan terhadap sekolah dan institusi
pendidikan lain sebagai satu-satunya tempat paling asas dalam melahirkan insan yang memiliki
kemahiran berfikir seiring perubahan cabaran global dan ledakan maklumat. Realiti kini,
penilaian kognitif beberapa buah negara sekarang ini, lebih tertumpu kepada pengukuran
kemahiran berfikir dalam sesuatu ilmu atau mata pelajaran. Menyedari keperluan itu, Kurikulum
Baru Sekolah Menengah (KBSM) dalam sistem pendidikan di Malaysia juga tidak ketinggalan
memberi penekanan kepada penilaian kognitif yang berfokuskan kepada kemahiran berfikir di
samping tidak mengabaikan domain-domain yang lain. Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) pelajar hendaklah mencari ilmu tersebut dan bukan diberikan ilmu sahaja.

Selain itu, strategi pengajaran perlu dirangka dan dirancang dengan baik supaya ia
mampu menyuburkan daya kreativiti dan membentuk pemikiran kritis pelajar. Ini kerana tugas
guru bukanlah hanya untuk menyampaikan ilmu tetapi menggalakan pelajar berfikir mengenai
apa yang dipelajari. Antara salah satu cara menggalakkan pelajar berfikir ialah dengan adanya
peperiksaaan. Peperiksaan merupakan salah satu proses utama dalam sesuatu sistem pendidikan.
Pengujian dan peperiksaan sama ada diperingkat rendah, menengah atau tinggi ditadbir untuk
mengukur pencapaian akademik atau kecerdasan seseorang pelajar dalam pembelajaran. Menurut
Halim Marjunid (2002), pihak-pihak berkepentingan termasuk guru, pensyarah mahu pun
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan membuat pengukuran dan penilaian pencapaian
pelajar dan prestasi akademik berdasarkan keputusan sesuatu peperiksaan.

3
2.0 Konsep Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan.

Pengukuran dan penilaian ialah perkara yang menjadi rutin yang perlu dihadapi dihadapi
oleh guru-guru dalam Pendidikan. Setiap bulan atau pengal, guru-guru memberikan ujian kepada
pelajar-pelajar. Daripada ujian-ujian ini, guru-guru dapat membuat beberapa keputusan. Guru-
guru dapat menyatakan pelajar yang mana yang mencapai perkara- perkara yang diajarkan.
Selain itu, guru juga dapat menyatakan pelajaryang mana tinggi sekali dari segi pencapaian
akademik, pelajar mana yang masih memerlukan latihan yang lebih banyak dan adakah kaedah
pengajaran bagi pelajaran itu disampaikan dengan memuaskan.

Dari segi konsep dalam pendidikan, pengukuran merupakan umpukan atau pemberian
angka-angka atau nombor kepada sesuatu objek atau perkara mengikut satu set peraturan yang
ditetapkan (Bhasah Abu Bakar, 2009). Pengukuran juga boleh didefinisikan ialah satu proses
atau sistem yang digunakan untuk menentukan nilai kuantitatif sesuatu perkara, benda atau
keadaan. Nilai kuantitatif ini biasanya dinyatakan dalam suatu unit angka yang tetap dengan
menggunkan alat pengukuran yang berkaitan.( Siti Rahayah Ariffin,2003). Dengan kata ringkas,
pengukuran adalah proses menentukan berapa banyak atau berapkah kuantiti sesuatu perkara,
benda dan keadaan. Skala pengukuran adalah alat yang digunakan untuk tujuan mengukur
melalui angka atau nombor yang mewakili maklumat secara ringkas. Nilai kuantitif atau angka
yang diberikan biasanya mempunyai sifat isomorpik iaitu angka itu bermakna. Oleh yang
demikian pengukuran ialah proses menentukan sejauh mana seseorang individu memiliki ciri-ciri
tertentu.Sebagai contoh, pengukuran merupakan satu proses memberi angka kepada atribut atau
ciri yang dikaji seperti penguasaan pelajar dalam sesuatu disiplin. Oleh itu, satu nilai atau angka
akan diberikan berdasarkan penguasaan terhadap disiplin tersebut.

Manakala menurut Bhasah Abu Bakar (2009), satu pertimbangan atau pembuatan
keputusan tentang merit atau nilai sesuatu perkara atau benda. Penilaian juga ditakrifkan sebagai
proses menentukan, mendapatkan dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat
pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Dalam konteks pendidikan, penilaian ialah suatu
sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan

4
mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran
selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan. Penilaian juga hanya juga berfokus kepada ujian
dan peperiksaan, para pendidik seperti guru boleh juga mendapatkan maklumat tentang
kemajuan para pelajarnya melalui cara menyoal dari masa ke masa, latihan-latihan dan kerja
rumah. Jika dihalusi, penilaian ialah sebahagian besar daripada aktiviti pengajaran yang
dilakukan oleh guru-guru yang dilakukan secara kawal dan juga tidak terkawal. Aktiviti
penilaian terkawal seperti ujian dan peperiksaan dan aktiviti penilaian tidak terkawal yang hanya
dapat dilihat dalam aktiviti guru semasa mengajar (Abu Bakar Nordin, Bhasah Abu Bakar,2008).
Di samping itu penilaian merupakan komponen ujian dan pengukuran yang menghasikan skor
untuk menterjemahkan penguasaan pelajar dalam bentuk nilai numerik mengikut hasil
pembelajaran yang tertera dalam kursus yang dikendalikan (Popham, 2000).

Justeru, penilaian berbeza dengan pengukuran yang melibatkan hanya pemberian ukuran


dalam bentuk nombor tertentu yang lebih bersifat kuantitatif. Pengukuran dan penilaian
penguasaan pelajar menjadi sempurna sekiranya guru menggunakan pelbagai jenis ujian untuk
memperolehi skor sesuatu kursus dalam bentuk 100%. Bagi mengukur penguasaan pelajar, guru
perlu menggunakan alat ukur mengikut kandungan kursus. Alat ukur yang dimaksudkan disini
boleh jadi kuiz, tugasan, pembentangan atau peperiksaan yang terdiri daripada penilaian formatif
dan sumatif.

3.0 Definisi Penilaian Formatif.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru, penilaian terhadap pelajar adalah
berdasarkan penilaian formatif dan sumatif. Istilah formatif dan sumatif ini mula diperkenalkan
oleh Michael Scriven pada tahun 1967 dalam kertas kerjanya bertajuk Metodologi Penilaian.
Menurut beliau, penilaian formatif dijalankan secara berterusan bertujuan untuk memperbaiki
atau mengenal pasti kelemahan yang wujud semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Selain
itu, dalam penilaian formatif, pengajar selalunya menggunakan beberapa kaedah atau ujian untuk
mengukur kebolehan pelajar dalam menguasai kursus yang sedang diikuti (Thorndike, 2001).
Fungsi penilaian formatif kepada guru ialah untuk memastikan guru mendapat maklum balas
dengan kadar segera dan pelajar memahami tentang pengajaran yang sedang berlaku. Antara

5
penilaian formatif yang selalunya dikendalikan adalah kuiz, tugasan, pembentangan dan
sebagainya. Manakala ujian sumatif hanya melibatkan peperiksaan akhir pada setiap kursus.
Oleh itu seseorang guru perlu menentukan kaedah yang digunakan untuk menentukan kebolehan
pelajar dalam sesuatu kursus yang sedang diikuti. Seseorang guru yang mengajar pelajar harus
mengetahui konsep-konsep pengujian, pengukuran dan penilaian dalam pendidikan sebelum
memahami penilaian secara holistik (Kubiszyn & Borich, 2003).

4.0 Jenis Penilaian Formatif Yang Boleh Dilaksanakan Dalam Bilik Darjah

Item padanan merupakan satu daripada beberapa jenis ujian yang sesuai digunakan dalam bilik
darjah. Ianya amat sesuai digunakan untuk penilaian formatif. Ia bertujuan untuk mendapatkan
maklum balas secara langsung dan cepat. Ia juga memudahkan guru mentafsirkan
pengajarannya sama ada untuk diperbaiki atau boleh diteruskan. Antara contoh soalan item
padanan yang boleh igunakan dalam penilaian berbentuk sumatif ialah

Contoh Soalan 1:

A Pembuatan
E Reka Bentuk Perindustrian
D Perhubungan
A,B,C,D,dan E ialah bidang-bidang dalam teknologi kejuruteraan. Padankan bidang di atas
dengan menulis A,B,C,D,atau E ke dalam kotak bersebelahan dengan aktiviti yang betul.

Penghasilan peralatan dan mesin


Penjanaan dan pengagihan tenaga elektrik
Meratakan bukit bagi projek perumahan
Penyelidikan dan pembangunan komponen komputer

Skema Jawapan Soalan 1 :

A Penghasilan peralatan dan mesin


C Penjanaan dan pengagihan tenaga elektrik

6
B Meratakan bukit bagi projek perumahan
E Penyelidikan dan pembangunan komponen komputer

Contoh Soalan 2 :

Padankan Rukun Islam berikut mengikut turutan Rukun Islam nr yang betul.

1 Puasa di Bulan Ramadhan


2 Mendirikan solat
3 Menunaikan Haji
4 Mengeluarkan Zakat
5 Mengucap Dua Kalimah Syahadah

Skema Jawapan :

1 Puasa di Bulan Ramadhan


2 Mendirikan solat
3 Menunaikan Haji
4 Mengeluarkan Zakat
5 Mengucap Dua Kalimah Syahadah

BAHAGIAN B
1.0 Butiran Pelajar-Pelajar

Pelajar terdiri daripada pelajar Tahun Satu berusia 7 tahun. Mereka dari Kelas 1 Cemerlang bagi
Kelas Agama Petang di Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah, Gemencheh, Negeri Sembilan.
Bilangan pelajar adalah seramai 20 orang. Kebanyakan pelajar mereka bersekolah di Sekolah
Kebangsaan Datuk Abdullah dan terdapat pelajar bersekolah di SRJK (C) Gedok, Gemencheh.

7
Senarai Nama Pelajar

BIL. NAMA PELAJAR SEKOLAH


1. Siti Nuraufa Medina Binti Mohd Shafiq Fakrullah SKDA
2. Aiman Aqil B. Mohammad Zaini SKDA
3. Muhammad Aqil Luqman B. Norizan SKDA
4. Abdul Rahman B. Mohammad Razib SKDA
5. Muhammad Qaiyum Akif B. Mohd. Fadli SKDA
6. Muhammad Idris Aidid B. Sazali SKDA
7. Nur Syamimi Yusra Bt Mohd Zaini SKDA
8. Muhamma Ummar Hanafie B. Sasrul Amri SKDA
9. Nur Fathiah Imanina Bt. Mohd Daud SKDA
10. Muhammad Adam Darwisy B. Zaieman SKDA
11. Muhammad Nauifal Aqra B. Fauzi SKDA
12. Nur Soffiya Isabella Bt. Mohamed Azlin SKDA
13. Muhammad Muaz Firdaus B. Norashid SKDA
14. Muhammad Syafiq Mukhriz B. Md. Din SKDA
15. Muhammad Izzul Islam B. Sariman SRJK (C) GEDOK
16. Muhammad Darwaisy Nazhan B. Nizan SRJK (C) GEDOK
17. Aina Zahirah Bt. Mat Rani SRJK (C) GEDOK
18, Mohamad Iskandar Rizman Bin Ruzainol Hilmi SKDA
19. Aina Hidayah Bt. Mohd Khairul SKDA
20 Muhammad Harith Syawal B. Ramli SKDA

8
2.0 Markah-Markah Penilaian Formatif Pelajar

Saya menjalankan penilaian formatif kepada pelajar dengan mengadakan ujian bulanan bagi
matapelajaran Ibadah Tahun 1. Soalan ujian mengandungi 20 soalan sahaja terdiri daripada
bahagian A dan bahagian B. Di bawah merupakan jadual markah-markah yang pelajar perolehi
daripada ujian yang telah dijalankan.

BIL. NAMA PELAJAR MARKAH


1. Siti Nuraufa Medina Binti Mohd Shafiq Fakrullah 100
2. Aiman Aqil B. Mohammad Zaini 95
3. Muhammad Aqil Luqman B. Norizan 95
4. Abdul Rahman B. Mohammad Razib 95
5. Muhammad Qaiyum Akif B. Mohd. Fadli 90
6. Muhammad Idris Aidid B. Sazali 80
7. Nur Syamimi Yusra Bt Mohd Zaini 70
8. Muhamma Ummar Hanafie B. Sasrul Amri 70
9. Nur Fathiah Imanina Bt. Mohd Daud 65
10. Muhammad Adam Darwisy B. Zaieman 60
11. Muhammad Nauifal Aqra B. Fauzi 60
12. Nur Soffiya Isabella Bt. Mohamed Azlin 60
13. Muhammad Muaz Firdaus B. Norashid 60
14. Muhammad Syafiq Mukhriz B. Md. Din 55
15. Muhammad Izzul Islam B. Sariman 55
16. Muhammad Darwaisy Nazhan B. Nizan 55
17. Aina Zahirah Bt. Mat Rani 55
18, Mohamad Iskandar Rizman Bin Ruzainol Hilmi 50
19. Aina Hidayah Bt. Mohd Khairul 45
20 Muhammad Harith Syawal B. Ramli 45

9
JADUAL ANALISIS PENCAPAIAN PELAJAR

No.Item
Bil. BAHAGIAN A BAHAGIAN B
J
Nama Pelajar 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Jumlah 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Jumlah
1 Siti Nuraufa 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 10 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 10
2 Aiman Aqil 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 10 1 1 1 1 0 1 1 1 1 1 9
3 Muhammad Aqil 1 1 1 1 1 1 1 1 0 1 9 1 1 1 1 0 1 1 1 1 1 9
4 Abdul Rahman 1 1 1 1 1 1 1 1 0 1 9 1 1 1 1 1 1 1 1 0 1 9
5 Muhammad Qaiyum 1 1 1 1 1 1 1 1 0 1 9 1 1 1 1 1 1 1 1 1 0 9
6 Muhammad Idris Aidid 0 1 1 0 1 1 0 1 1 1 7 1 1 1 0 1 1 1 1 1 1 9
7 Nur Syamimi Yusra 1 0 1 1 1 1 1 0 0 0 6 1 1 1 1 1 1 1 0 1 0 8
8 Muhamma Ummar 1 0 1 0 1 1 0 1 0 0 5 1 1 0 1 1 1 1 1 1 1 9
9 Nur Fathiah Imanina 0 1 0 1 1 0 1 0 0 1 5 1 1 1 1 1 1 1 1 0 0 8
10 Muhammad Adam 1 0 1 0 1 0 0 1 0 1 5 1 1 1 1 0 1 0 1 0 1 7
11 Muhammad Nauifal 1 0 1 0 1 1 1 0 0 0 5 1 1 1 0 0 1 1 1 1 0 7
12 Nur Soffiya Isabella 1 0 1 1 0 0 0 0 0 0 3 1 1 1 1 1 1 1 1 0 2 9
13 Muhammad Muaz 1 0 0 0 1 0 0 0 0 1 3 0 1 1 1 1 1 1 1 1 1 9
14 Muhammad Syafiq 0 1 0 1 1 1 1 0 0 0 5 1 1 1 1 0 0 1 1 0 0 6
15 Muhammad Izzul Islam 1 0 0 1 1 1 0 0 0 0 4 1 0 1 1 1 1 1 1 0 0 7
16 Muhammad Darwaisy 1 0 1 0 1 1 0 0 0 0 4 1 0 1 1 1 1 1 1 0 0 7
17 Aina Zahirah 1 1 0 0 0 0 0 0 0 0 2 1 0 1 1 1 1 1 1 1 1 9
18 Mohamad Iskandar 1 0 1 0 1 1 0 0 0 1 5 0 1 1 1 1 1 0 0 0 0 5
19 Aina Hidayah 1 0 0 1 1 0 0 0 0 0 3 1 0 0 1 1 1 1 1 0 0 6
20 Muhammad Harith 0 1 0 0 0 0 0 0 1 0 2 1 1 1 1 1 1 1 0 1 1 7

10
3.0 Analisis Statistik Pencapaian Pelajar-Pelajar

Set soalan ini telah dibahagikan kepada 20 orang murid Tahun 1 di Sekolah Kebangsaan
Datuk Abdulah, Gemencheh. Jadual di atas menunjukkan analisis pencapaian pelajar untuk
Bahagian A dan B. Analisis markah dihuraikan dengan lebih terperinci dalam di bawah.

Analisis Markah Soalan Bahagian A

x
( Markah Penuh = X 50 )
10
Markah Kekerapan
50 1
45 3
35 1
30 1
25 6
20 2
15 3
10 2
Jumlah 20

x : Jumlah markah betul

Berdasarkan analisis perolehan markah bahagian A pada jadual di atas, daripada sejumlah
20 orang pelajar dari kelas Tahun 1 Cemerlang, hanya dua orang pelajar sahaja yang mendapat
markah tertinggi iaitu Siti Nuraufa dan Aiman Aqil yang berjaya menjawab semua soalan
dengan tepat dengan perolehan markah sebanyak 50/50 dan diikuti dengan Muhammad Aqil,
Abdul Rahman dan Muhammad Qaiyum yang berjaya menjawab dengan betul sebanyak 9 soalan
dengan perolehan markah sebanyak 45/50. Seramai seorang pelajar telah mendapat 7 jawapan
betul ( 35/50 ), seorang mendapat 6 jawapan betul (30/50 ),6 orang mendapat 5 jawapan betul
( 25/50 ),2 orang mendapat 4 jawapan betul ( 20/50 ), 3 orang menjawab 3 soalan dengan betul
( 15/50 ) dan 2 orang menjawab 2 sahaja soalan dengan betul ( 10/50 ). Berdasarkan pencapaian
yang diperolehi melalui jadual 3, hanya 35% daripada pelajar kelas ini mampu menjawab
setengah daripada soalan yang telah diberikan dengan tepat . Manakala 65% pelajar lagi gagal
menjawab soalan yang diberikan dengan jayanya.

Analisis Markah Soalan Bahagian B

11
x
( Markah Penuh = X 50 )
10

Markah Kekerapan
50 1
45 9
40 2
35 5
30 2
25 1
Jumlah 20

x : Jumlah markah betul

Jadual di atas pula menunjukkan analisis pencapaian markah bagi Bahagian B. Perolehan
markah tertinggi adalah 50/50 diikuti dengan markah pencapaian 45/50 seramai 9 orang, 40/50
seramai 2 orang, 35/50 seramai 5 orang, dua orang mendapat markah 30/50, seramai seorang
mendapat markah 25/50. Daripada analisis ini,hanya 85 % murid dapat menjawab dengan baik,
10% menjawab dengan sederhana dan selebihnya 5% gagal menjawab kebanyakan soalan dalam
Bahagian B.

4
Analisis Markah
3 Keseluruhan
2

0
80-100 60-79 40-59 20-39 0-19

12
Carta di atas menunjukkan pencapaian markah keseluruhan bagi ujian bulanan Mata
Pelajaran Ibadah Tahun 1 yang telah di jawab dalam tempoh 40 minit. Berdasarkan jadual di
atas, 6 orang murid yang mendapat markah cemerlang dalam ujian ini. Seramai 7 orang murid
berjaya mendapat markah pada tahap sederhana dan 7 orang pada tahap markah lulus. Ini
menunjukkan bahawa daripada 20 orang murid yang menduduki ujian ini, 100% calon telah lulus
dengan jayanya.

4.0 Rumusan

Kesimpulannya, guru merupakan orang yang berperanan penting dalam mengesan


perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian para pelajar dalam bilik darjah. Guru yang
menentukan hasil pembelajaran bagi pelajar-pelajarnya serta merancang dan melaksanakan
penilaian dan juga merekod segala maklumat yang diperoleh, dan seterusnya melaksanakan
tindakan  susulan. Melalui aktiviti penilaian ini, guru dapat memastikan perkembangan potensi
individu pelajar secara menyeluruh agar menepati dengan kehendak Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang ingin melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan
intelektual. Oleh itu, dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
adalah melalui pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan oleh guru di bilik
darjah. Justeru, kecekapan guru dalam penilaian amat penting  malah sama pentingnya  dengan
penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.

2881 patah perkataan

13
Rujukan

Atan Long ( 1982 ).Psikologi Pendidikan . Kuala lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Azizi Ahmad,Mohd. Isha Awang .( 2013 ).HBEF3203 Pengukuran Dan Penilaian Dalam
Pendidikan ( Edisi Kedua ),Seri Kembangan,Selangor Darul Ehsan,Meteor Doc.Sdn.Bhd

Cronbach, L.J. (1970). Essential of psychological testing (3rd ed.) New York: Harper & Row.

Gay, L.R. (1985). Educational And Evaluation And Measurement. Competencies for analysis
and application. 2nd ed. Charles E. Merril.

Mok Soon Sang .( 2009 ).Ilmu Pendidikan Untuk KPLI.Kuala Lumpur.Kumpulan Budiman
Sdn.Bhd.

Mokhtar Ismail. (1995). Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ragbir Kaur A/P Joginder Singh .(2010). Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Untuk Kursus
Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah Dan Menengah. Kuala Lumpur.
Kumpulan Budiman sdn.Bhd.

Raminah Hj Sabran. (1991). Penilaian Dan Pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya Pada


Peringkat Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rohani Ahmad Tarmizi ( 2009 ) . SBEM3403 Measurement and Evaluation


in Mathematics  ( 7th.ed ) . Seri Kembangan , Selangor : Meteor Doc.Sdn.Bhd.

Siti Rahayah Ariffin. ( 2003 ). Teori, Konsep dan Amalan Dalam Pengukuran dan Penilaian.
Pusat Pembangunan Akademik Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia

14
15
16

You might also like