You are on page 1of 3

Cadangan Format 1.

1.Pengenalan

2.Cabaran dan Faktor yang Mendorong Kejayaan

   (Dalam penulisan anda perlu beri penekanan tentang 3 kajian yang anda jadikan rujukan.
Nyatakan dengan jelas nama pengkaji dan tahun dibuat kajian ... contoh penulisan....
perkara ini disokong oleh Saufi Sali (2018) dalam kajiannya yang bertajuk Cabaran
Mengajar Matematik Dalam Pendidikan Inklusif. Dalam kajiannya beliau mendapati ......
(tulis sebegini untuk ketiga-tiga kajian... ini untuk mendapatkan markah bagi kajian
lampau seperti yang tertulis dalam rubrik.)

3.Perkara yang Mempengaruhi Sikap Guru                

Buat yang sama seperti subtopik diatas....

4.Cadangan

5.Kesimpulan

6.Rujukan

Cadangan Format 2.

1.Pengenalan

2. Kajian Lampau

Nyatakan kesemua kajian yang anda telah pilih dari segi tajuk, nama pengarang, tahun
terbitan dan diterbitkan dimana.

3.Cabaran dan Faktor yang Mendorong Kejayaan

   (Dalam penulisan anda perlu juga beri menyatakan kajian yang anda jadikan rujukan
tetapi secara ringkas sahaja... contoh penulisan.... perkara ini disokong oleh Saufi Sali
(2018) yang menyatakan....

4.Perkara yang Mempengaruhi Sikap Guru                

Buat yang sama seperti subtopik diatas....

5.Cadangan
6.Kesimpulan

7.Rujukan

1. - Apa itu kajian lampau? -journal ke?


Kajian lampau ialah kajian-kajian yang telah dijalankan oleh orang lain dan telah diterbitkan.
Antara kajian lampau yang paling mudah diperolehi adalah artikel-artikel yang telah
diterbitkan dalam jurnal-jurnal . Namun begitu terdapat kajian lampau dari sumber lain
seperti tesis, prosiding dan sebagainya...

2. - Apa maksud sekolah arus perdana? sekolah bestari ke?


Sekolah arus perdana bermaksud sekolah biasa iaitu sekolah SK atau SMK contohnya SK
Puchong atau SMK Bukit Bandaraya. (bahasa Inggerisnya mainstream...)

Sekolah inklusif yang dimaksudkan dalam soalan ialah sekolah aliran perdana yang
menjalankan pendidikan inklusif.. bermaksud ada murid kurang upaya yang belajar
bersama murid normal dalam kelas yang sama. contohnya murid masalah pendengaran
belajar satu kelas yang sama dengan murid normal.

4.. nak tulis berapa cabaran & faktor bagi setiap kajian lampau?
Setiap kajian biasanya mempunyai jumlah perbincangan yang berbeza dan kadangkala
terdapat perbincangan yang sama. Saya cadangkan anda bincangkan semua cabaran dan
faktor terdapat dalam ketiga-tiga kajian tersebut ( paling minimum 6)
5. 4. perkara-perkara yang mempengaruhi sikap guru dalam menghasilkan kejayaan
kepada pendidikan inklusif
- adakah ia merujuk kepada ciri-ciri ataupun faktor-faktor kejayaan seseorang guru dalam
pendidikan inklusif?
Disini bincangkan sikap guru yang berjaya/cemerlang dalam mengajar pendidikan inklusif,
faktor-faktor yang mempengaruhi sikap guru dan juga kejayaan yang dicapai oleh guru dan
murid dalam pendidikan inklusif..
- nak tulis berapa ciri?
Jika boleh semua yang terdapat dalam ketiga-tiga kajian tetapi jangan kurang dari 6...

Langkah pertama cari jurnal-jurnal yang berkaitan.. pastikan isi kandungan jurnal tersebut
adalah menepati kehendak soalan..

# persoalan saya : Adakah kita kena bincangkan sekurang-kurangnya 6 cabaran & 6 faktor
yang mendorong kejayaan mempelbagaikan teknik pdp di sekolah inklusif ?

Ya ...

# Persoalan saya : Adakah kita kena tulis 6 sikap guru yang berjaya dalam mengajar
pendidikan inklusif, 6 faktor yang mempengaruhi sikap guru dan 6 kejayaan yang dicapai
oleh guru dan murid dalam pendidikan inklusif ?

Ya ... untuk sikap guru... untuk kejayaan maybe 3 or more...

You might also like