You are on page 1of 8

PENGENALAN

Menurut Jamilah (2003) telah mendefinisikan stres sebagai “reaksi atau tindak balas badan yang
tidak spesifik terhadap permintaan atau keinginan” atau maklum balas yang tidak khusus oleh
mana-mana bahagian tubuh terhadap kewujudan sesuatu desakan. Menurut Jerrold (2002), stres
boleh menyebabkan beberapa perubahan tingkah laku dan tubuh badan seperti kesakitan fizikal,
gangguan emosi dan psikologi serta kemerosotan prestasi seseorang. stres bukan sahaja dialami
oleh orang dewasa, malahan turut dialami oleh pelajar universiti. Ini kerana universiti merupakan
persekitaran unik yang seringkali menuntut pelajar menyeimbangkan pelbagai peranan dan tugas
yang perlu dilaksanakan oleh mereka. Sekiranya tidak berjaya, mereka akan mudah mengalami
stres. Justeru, fenomena stres di kalangan pelajar universiti merupakan satu topik yang sering
menjadi bahan kajian kebanyakan pengkaji. Pada masa sekarang, stres merupakan satu masalah
yang sering dihadapi pelajar. Stres yang berterusan dapat mempengaruhi kemampuan seseorang
untuk menyelesaikan sesuatu perkara.

PUNCA-PUNCA STRESS

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan stres berlaku dalam kalangan pelajar universiti.
Antara faktornya adalah :

1) Faktor Akademik (Pembelajaran)


Faktor utama yang menyumbang kepada stres pelajar disebabkan jadual peperiksaan yang terlalu
padat dan terlalu banyak bab yang perlu diulang kaji untuk menghadapi kuiz, ujian atau
peperiksaan. Anderson dan Cole (1988) menyatakan faktor yang paling memberi stres kepada
pelajar ialah peperiksaan akhir. Ini mungkin disebabkan pelajar tidak sempat membuat ulang kaji
berkaitan sukatan pelajaran untuk topik yang akan keluar dalam peperiksaan. Masa yang terhad
untuk mengulang kaji juga mempengaruhi stres pelajar kerana tempoh masa antara satu subjek
dengan subjek yang lain terlalu dekat dan padat. Selain itu, antara penyebab berlakunya stres ialah
kaedah pengajaran pensyarah yang membosankan seperti tidak mempelbagaikan kaedah
pembelajaran, dan keadaan ini menyebabkan pelajar tidak memahami pengajaran yang
disampaikan oleh pensyarah.

2. Faktor peribadi (Interpersonal)


Antara faktor utama yang menyumbang kepada stres pelajar disebabkan oleh faktor peribadi ialah
menghadapi masalah menguruskan masa dan kebimbangan tentang masa depan. Ini mungkin
disebabkan pelajar terlalu memikirkan untuk melaksanakan semua perkara dalam satu masa
sehingga tidak bijak menguruskan masa dengan baik dan mencampuradukkan masalah peribadi
dengan pelajaran. Hatta Saidi (2002) menyatakan pengurusan masa yang betul dapat mengelakkan
seseorang daripada mengalami stres, maka mereka perlu menyediakan jadual harian untuk
memastikan mereka tidak membuang masa dengan begitu saja. Pengurusan masa yang bijak akan
mengelakkan pelajar berasa tertekan dalam menempuhi hidup sebagai seorang pelajar.
Selain itu, persaingan kerjaya yang semakin sengit pada masa kini serta kriteria pengambilan
pekerja yang ditetapkan oleh syarikat pekerjaan secara tidak langsung sedikit sebanyak telah
memberikan tekanan kepada pelajar. Di tambah lagi dengan isu yang sedang hangat sekarang
adalah di mana terdapat ramai graduan lepasan IPT yang mengganggur pada masa kini walaupun
mereka mempunyai diploma atau ijazah. Keadaan ini amat membimbangkan pelajar yang akan
menamatkan pengajian kerana kekurangan maklumat berkaitan kerjaya yang akan diceburi nanti.

3) Kewangan
Dalam kehidupan pelajar yang semakin mencabar, segalanya memerlukan kita berdikari dan
pandai menguruskan kewangan dengan bijak terutamanya dalam kalangan pelajar universiti. Para
pelajar terpaksa berdepan dengan konflik dan tekanan dari segi peruntukan pendapatan
terutamanya yuran pengajian dan perbelanjaan sepanjang tempoh pengajian. Selain itu,
peningkatan harga barangan dan keperluan asas turut memberi kesan kepada golongan yang masih
bergelar pelajar keranan rata-rata daripada golongan ini masih belum memiliki pendapatan sendiri
(Nurhafizah & Muhammad, 2017).Oleh sebab itu, konflik dan tekanan yang dihadapi oleh pelajar
universiti masa kini bukan sahaja memberi impak negatif dari segi fizikal malahan boleh
menghidapi stress yang melampau.

Contohnya terdapat pelajar yang mengambil langkah untuk mengatasi masalah kewangan dengan
membuat kerja sambilan seperti berniaga dan kerja kedai makan. Akan tetapi pelajar berisiko
untuk tidak dapat memberi tumpuan dalam pembelajaran kerana letih bekerja seterusnya tidak
menyiapkan tugasan yang diberikan. Menurut Noraziah (2008), bekerja sambilan telah
menyebabkan pelajar kurang fokus pada pelajaran. Oleh itu, pelajar akan stress disebabkan
masalah kewangan juga tugasan pembelajaran yang tertangguh.

KESAN-KESAN STRESS

Simptom stres boleh dikenal pasti berdasarkan tiga kategori tindak balas, iaitu fisiologi, psikologi
dan tingkah laku.
1. Fisiologi
Tindak balas fisiologi terhadap stres ialah menimbulkan simptom-simptom seperti sakit perut,
cirit-birit, sembelit, dan loya (Fatimahwati, 2002). Antara simptom lain yang sering dialami oleh
pelajar ialah pelajar letih dan tidak bermaya. Ini kerana sebagai seorang pelajar, mereka terpaksa
melaksanakan tugasan yang sentiasa ada tidak kira masa sehingga sanggup berjaga malam untuk
menyiapkan sesuatu tugasan. Selain itu, tanda-tanda fizikal yang lain ialah kaki dan tangan kerap
berpeluh, sukar tidur, hilang selera makan, berat badan yang menyusut atau berat badan naik
mendadak, berasa sesak nafas dan tangan sering menggeletar.

2. Psikologi
Tindak balas psikologi pula ialah perubahan-perubahan emosi yang berlaku seperti perasaan tidak
puas hati, mudah marah, sedih, gelisah, merasa kecewa dan berputus asa dan murung. Menurut
Kasmini (1992), antara tanda-tanda psikologi akibat stres ialah tidak boleh menyesuaikan diri
dengan rakan sebaya sehingga menimbulkan masalah untuk bergaul, suka bersendirian, mudah
cemas, cepat marah dan mengalami kemurungan.

3. Tingkah Laku.

Antara tinak balas tingkah laku akibat daripada stres ialah peranan pelajar seperti prestasi dalam
pelajaran merosot, tidak minat belajar, kurang berdisiplin, Disebabkan stres yang sering dialami,
menyebabkan pelajar merasa putus harapan untuk meneruskan pengajian. Menurut Ainshah
(2001), antara tanda-tanda stres dari aspek tingkah laku ialah pelajaran akan merosot, minat belajar
kurang, bermasalah dalam perhubungan sosial dan tidak berdisiplin.

CARA ATASI STRESS DIKALANGAN PELAJAR

Terdapat beberapa strategi atau langkah yang telah digunakan untuk atasi stress. Antara
cara atasi ialah :
1. Mendekatkan diri dengan Tuhan seperti sembahyang, berdoa dan berzikir. Ia merupakan cara
positif (produktif) yang selalu digunakan oleh pelajar dalam menangani masalah stres. Menurut
Harussani (2004), bersolat, berdoa, wirid, berzikir dan mengaji al-Quran boleh mengubat emosi
yang tertekan dan resah gelisah,

2. Bersukan dan bersenam juga merupakan salah satu cara yang afektif dalam menangani
masalah stress. Menurut kajian Hamdan (2002), mendapati melakukan aktiviti yang baik seperti
bersukan dan bersenam memberi kesan dari aspek psikologi iaitu boleh menenteramkan jiwa dan
mengurangkan tahap kemurungan dan stres.

3. Perlaksanaan program intervensi untuk pelajar merupakan salah satu cara yang proaktif bagi
mengatasi masalah stress dikalangan pelajar. Pihak universiti harus mengambil langkah
menyediakan perkhidmatan dan program intervensi yang diperlukan untuk membantu pelajar
supaya dapat menyesuaikan diri dengan sistem akademik dan sosial di universiti. Pihak universiti,
khususnya Bahagian Hal Ehwal Pelajar, fakulti dan unit kaunseling boleh mengadakan beberapa
program intervensi untuk membantu pelajar yang mengalami masalah penyesuaian cara hidup di
universiti yang ketara. Antara program intervensi yang boleh dianjurkan adalah seperti intervensi
kaunseling dan program pemulihan. Dalam hal ini, perhatian yang khusus harus diberi terhadap
pemupukan keupayaan EQ, daya tindak, dan sokongan sosial dalam kalangan pelajar baharu dalam
usaha meningkatkan penyesuaian mereka.

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, pelajar merupakan golongan yang mudah terdedah kepada stres dalam
melaksanakan tanggungjawab dan peranan mereka dalam kehidupan terutamanya di universiti.
usaha- usaha perlu dilakukan oleh pelbagai pihak terutamanya pihak universiti bagi memastikan
tahap stres pelajar adalah terkawal serta mampu menguruskan pembelajaran di universiti secara
efektif. Oleh kerana pelajar merupakan aset yang paling berharga di universiti, maka faktor
penyebab stres dan kesannya kepada mereka haruslah diberi perhatian secara komprehensif oleh
pelbagai pihak di universiti bagi memastikan kecemerlangan pelajar dalam pelbagai aspek seperti
mental, emosi, kerohanian dan fizikal tercapai agar ianya selari dengan hasrat universiti untuk
menghasilkan graduan yang berilmu, kelas pertama yang berkualiti, berkaliber, gemilang,
cemerlang dan terbilang akan terlaksana.
STRESS CAUSES, EFFECTS AND MANAGEMENT TECHNIQUES

INTRODUCTION

According to Jamilah (2003) stress is defined as “the reaction or reaction of the body to a specific
demand or desire” or a non-specific response by any part of the body to the existence of a demand.
Stress also can lead to a number of behavioral and physical changes such as physical pain,
emotional and psychological disorders and impaired performance (Jerrold, 2002). Stress is not
only experienced by adults, it is also experienced by university students. This is because, university
is a unique environment that often requires students to balance the various roles and tasks they
have to perform. If they do not succeed, they will be vulnerable to stress. Therefore, the
phenomenon of stress among university students is a topic that is often the subject of most research.
Today, stress is a problem that students often face. Persistent stress can affect a person's ability to
get things done.

STRESS CAUSES

There are many factors that cause stress among university students. Among the factors are:

1) Academic (Learning)

The main factors contributing to students' stress are due to over-scheduled exams and too many
chapters that need to be revised to face quizzes, tests or exams. Anderson and Cole (1988) state
that the most stressful factor for students is the final exam. This may be because students are not
able to revise the syllabus for the topic that will appear in the examination. Limited study time also
influences student stress because the time span between one subject and another subject is too
close and too narrow. Also, one of the causes of stress is that lecturers' methods are tedious rather
than diversifying their learning methods, and this causes students to misunderstand the lessons
delivered by the lecturers.
2. Personal (Interpersonal)

One of the main factors contributing to student stress is due to personal factors such as having time
management problems and concerns about the future. This may be because students are too
focused on doing everything at one time and not managing their time well and mixing personal
problems with their lessons. Hatta Saidi (2002) states that proper time management can prevent a
person from experiencing stress, so they need to prepare a daily schedule to ensure that they do
not waste time. Smart time management will prevent students from feeling pressured into living
as a student.
In addition, the increasing competition in the current profession and the indirect recruitment
criteria set by the employment company have put a lot of pressure on students. In addition to the
current hot issue, there are many graduating high school graduates who are currently unemployed
despite having a diploma or degree. This situation is particularly worrying for students who will
be graduating because of the lack of information about their careers to be interviewed.

3) Finance
In today's increasingly challenging student life, everything requires us to be self-reliant and good
at managing money wisely, especially among university students. Students have to deal with
conflicts and pressures in terms of income especially tuition and expenses throughout the course.
In addition, rising prices of goods and basic necessities also impact on those who are still the
average student than those who do not yet own their own income (Nurhafizah & Muhammad,
2017). nowadays not only it will negatively impact the physical, it can also cause extreme stress.

For example, there are students who take steps to overcome financial problems by doing part-time
jobs such as business and restaurant work. However, students are at risk of being unable to
concentrate on learning because they are tired of working and do not complete the assigned tasks.
According to Noraziah (2008), part-time work has left students less focused on their studies.
Therefore, students will be stressed due to financial problems as well as deferred learning tasks.

STRESS EFFECTS
Symptoms of stress can be identified based on three categories of response, namely physiology,
psychology and behavior.

1. Physiology
Physiological responses to stress include symptoms such as abdominal pain, diarrhea, constipation,
and nausea (Fatimahwati, 2002). Other symptoms that students often experience are tired and
helpless students. This is because as a student, they have to carry out tasks that are always available
no matter how much time they have to stay up late to complete a task. In addition, other physical
symptoms include feet and hands often sweating, sleeplessness, loss of appetite, weight loss or
weight gain suddenly, shortness of breath and frequent hand tremors.

2. Psychology
Psychological reactions are emotional changes such as feelings of dissatisfaction, anger, sadness,
anxiety, frustration and despair. According to Kasmini (1992), one of the psychological symptoms
of stress is not being able to adjust to a peer that can lead to problems of socializing, loneliness,
anxiety, irritability and depression.

3. Behavior
Among the behavioral responses to stress are students' role such as performance in the learning
process, lack of interest, lack of discipline, Due to the frequent stress, which causes students to
lose hope of furthering their studies. According to Ainshah (2001), among the symptoms of stress
in the behavioral aspects are lessons that are declining, lack of interest in learning, problems in
social and non-disciplinary relationships.

MANAGEMENT TECHNIQUES

There are several strategies or steps that have been used to manage stress. Some of the best ways
to do this are:

1. Be close to God is like praying and remembering. It is a positive (productive) way that students
often deal with stress. According to Harussani (2004), praying, wirid, meditating and reciting the
Quran can cure stress and anxiety.
2. Doing sports and exercise are also one of the most effective ways of dealing with stress.
According to a study by Hamdan (2002), he found that good activities such as sports and exercise
affect psychological aspects that can calm the soul and reduce depression and stress.

3. Implementing an intervention program for students is one of the proactive ways to address stress
among students. Universities should take steps to provide the services and programs of
intervention needed to help students adapt to the university's academic and social system.
Universities, in particular the Student Affairs Division, faculty and counseling units can hold a
number of intervention programs to assist students with significant adjustment to life in the
university. Among the intervention programs that can be organized are counseling and recovery
programs. In this regard, special attention should be given to the development of EQ capabilities,
behaviors, and social support among new students in an effort to improve their adjustment.

Conclusion

In conclusion, students are a vulnerable group to stress in fulfilling their responsibilities and roles
I n life especially at university. Efforts should be made by various parties, especially the university,
to ensure that students' stress levels are controlled and able to effectively manage their university
education. Because students are the valuable asset to the university, the factors that cause them
stress and their impact should be given the attention of the various parties at the university to
ensure students’ excellence in various aspects such as mental, emotional, spiritual and physical
attainment so to make sure that they are in line with the university desire to produce knowledgeable
graduates with a first-class mentality, caliber, brilliant, along with outstanding personalities.

You might also like