You are on page 1of 12

a.

Generate a frequency count and histogram with normal distribution curve for Pretest
mathematics scores (Variable name: Pretest). Describe the frequency count and
normal distribution curve. [3 marks]

Jadual 1.0: Min dan Sisihan piawaian skor ujian pre matematik

54.84 adalah titik tengah bagi keseluruhan markah pra ujian yang telah dijalankan.
Dengan kata lain, secara purata, purata markah yang diperolehi dalam pra ujian adalah 54.84.
Pengiraan kekerapan menunjukkan bahawa min bagi pra ujian (pre test) adalah 54.84. Sisihan
piawaian (Standard Deviation) bagi pra ujian 12.96. Semua data diperolehi daripada Jadual 1.0
Min dan Sisihan Piawaian Skor Ujian Pre Matematik.

Rajah 1.0: Histogram kekerapan dan skor ujian pre matematik


Histogram pada Rajah 1.0 Histogram kekerapan dan skor ujian pre matematik di atas
menunjukkan bahawa taburan kekerapan dan juga markah pra ujian matematik berrbentuk bell
dan bertabur secara normal.

1
b. Generate a frequency count and bar chart to show the distribution of Family Income
classification. Describe the frequency distribution output. [3 marks]

Jadual 2.0: Min dan Sisihan Piawaian Pendapatan Keluarga

Daripada Jadual 2.0 Min dan Sisihan Piawaian Pendapatan Keluarga, Min bagi
klasifikasi pembahagian pendapatan keluarga (distribution of Family Income classification)
ialah 1.82. Manakala sisihan piawai adalah .804.

Jadual 2.1: Klasifikasi Pendapatan Keluarga.

Dalam Jadual 2.1 Klasifikasi Pendapaan Keluarga, klasifikasi pendapatan keluarga


dibahagikan kepada tiga iaitu keluarga berpendapatan rendah (low income family) yang terdiri
daripada 107 responden dan berjumlah 42.8% daripada jumlah keseluruhan responden dan
merupakan kumpulan yang tertinggi sekali. Diikuti keluarga berpendapatan sederhana (middle
income family) berjumlah 81 responden yang menyumbang 32.4 % terhadap jumlah
keseluruhan responden. Kumpulan yang terakhir adalah keluarga berpendapatan tinggi (high
income family) yang terendah iaitu 24.8% dan hanya berjumlah 62 orang responden.

2
Rajah 2.0: Carta Klasifikasi Pendapatan Keluarga.
Carta bar di atas menunjukkan dengan jelas perrbandingan klasifikasi responden
berdasarkan pendapatan keluarga. Responden terbanyak datang dari keluarga yang mempunyai
pendapatan yang rendah. Kumpulan responden yang datang dari keluarga berpendapatan
rendah menduduki tempat kedua tertingi dan kumpulan responden yang berpendapatan tinggi
adalah kumpulan responden yang tersedikit. Semua data diperolehi dari Rajah 2.0: Carta
Klasifikasi Pendapatan Keluarga.

3
c. What is random sampling? Using the HMEF5113 Dataset for Assignments 1 & 2.sav,
create a random sample comprising 100 cases from the 250 students who participated
in this experimental research. Using this random sample of 100 cases, run the
frequency procedure to show the distribution by Gender. [4 marks]

Persampelan rawak (Random Sample) adalah salah satu teknik pemilihan


sampel yang memungkinkan sesiapa sahaja di dalam populasi yang dipilih untuk terpilih
sebagai sampel kajian. Sampel kajian dipilih secara rawak dan ini bermaksud tidak ada
pemilihan yang bias atau berat sebelah untuk mewakili keseluruhan populasi.

Jadual 3.0: Min dan Sisihan Piawaian Gender

Daripada 250 responden yang asal, 100 responden telah dipilih secara persampelan
rawak (random sample) untuk melihat data tentang jantina. Setelah responden dipilih secara
rawak, min bagi data yang diperolehi adalah .45 manakala sisihan piawaiannya pula adalah
.500. Data diperolehi dari Jadual 3.0: Min dan Sisihan Piawaian Gender.

Jadual
Melalui data yang diperolehi, daripada 100 responden tersebut 55 orang adalah lelaki
dan terdiri daripada 55% daripada jumlah keseluruhan. 45 orang pula adalah terdiri daripada
perempuan dan merupakan 45% daripada jumlah keseluruhan.

4
d. Using the Posttest variable, create an ordinal-type variable with the following
categories: i. 20 marks and below, ii. 21 to 40 marks, iii. 41 to 60 marks, 4. 61 to 80
marks, and 5. 81 marks and above. Show a frequency distribution table of the newly
created ordinal-type Posttest category variable. Describe the frequency distribution
table. [6 marks]

Jadual 4.0: Min dan Sisihan Piawaian Skor Ujian Pos Matematik

Jadual 4.1: Kekerapan dan Peratus Ujian pos

Markah ujian pos terbahagi kepada 5 kategori. Kategori pertama adalah kumpulan
markah di bawah 20 markah. Di dalam ujian pos yang dijalankan, tidak ada responden yang
memperolehi markah dibawah 20 markah.

Kategori kedua ialah markah diantara 21 hingga 40 markah, seramai 6 orang responden
yang telah mendapat markah di sekitar kategori ini. Kumpulan responden ini berjumlah
2.4% daripada jumlah keseluruhan.

Kategori ketiga ialah markah diantara 41 hingga 60 markah. Jumlah responden yang
mendapat markah dalam kategori ini adalah 80 orang. dari segi peratusannya adalah 32%.

Kategori keempat adalah markah diantara 61 hingga 80. Kategori ini menunjukkan
kumpulan responden yang teramai iaitu seramai 126 responden. Ianya berjumlah 50.4%
daripada jumlah sebenar.

5
Kategori kelima adalah markah 81 ke atas. Seramai 38 orang responden yang mampu
mendapatkan markah 81 ke atas. Dan kumpulan ini menymbang 15.2% daripada jumlah
keseluruhan.

6
e. Using the Pretest variable of students who participated in the experimental study,
compute the following measures of central tendency: i. Mean, ii. Median, and iii. Mode
and the measures of dispersion comprising i. Range, ii. Variance, and iii. Standard
deviation. Describe the output for measures of central tendency and measures of
dispersion. [5 marks]

Jadual 5.0: Min, Median, Mod dan Sisihan Piawaian Ujian Pre.

Pengiraan kecenderungan utama (measure of central tendency) adalah terdiri daripada


min, median dan mod. Min bagi pra ujian adalah 54.84. Min merujuk kepada purata markah
yang diperoleh dalam pra ujian tersebut. Median bagi pra ujian ini adalah 57.00. Median adalah
nilai tengah apabila semua data disusun dalam turutan menaik atau menurun. Mod bagi data
ini adalah 59. Mod adalah nilai atau item yg berlaku paling kerap. Ini bermaksud markah yang
mempunya kekerapan yang tertinggi diperolehi oleh responden ialah 59 markah.

Pengiraan penyebaran atau kiraan taburan (measure of dispersion) pula adalah terdiri
daripada sisihan piawaian (standard deviation), varian (variance) dan julat (range). Sisihan
piawaian bagi pra ujian ini adalah 12.960. Varian pula adalah 167.950. Julatnya adalah 65.

7
f. Run a crosstabulation between the Gender variable and the Posttest Category
variable (new variable created under section d. above). Describe the crosstabulation
findings. [4 marks]

Jadual 6.0: Krostabulasi Skor Ujian Pos dan Gender.

Data di atas adalah taburan perbandingan markah yang diperolehi oleh responden
mengikut jantina. Kategori markah 21 hingga 40 markah, daripada 2 orang responden yang
tergolong dalam kumpulan ini adalah lelaki dan selebihnya iaitu berjumlah 4 responden adalah
perempuan. Keseluruhan responden yang mendapat markah sekitar 21-40 markah adalah 6
orang.

Kategori markah 41 hingga 60 markah adalah berjumlah 80 responden. 45 daripada


jumlah tersebut adalah lelaki dan 35 pula adalah perempuan.

Kategori markah 61 hingga 80 terdiri daripada 70 orang lelaki dan 56 pula adalah
perempuan. Jumlah keseluruhan bagi kategori ini adalah 126 responden.

Kategori markah 81 ke atas menunjukkan bahawa 16 lelaki dan 22 orang perempuan


mampu mendapatkan markah lebih daripada 81 markah.

8
g. Run an exploratory data analysis of the Pretest and Posttest variables. Describe the
exploratory data analysis output. [18 marks]

Case Processing Summary


Cases

Posttest mathematics Valid Missing Total


scores N Percent N Percent N Percent
Pretest mathematics 21-40 6 100.0% 0 .0% 6 100.0%
scores 41-60 80 100.0% 0 .0% 80 100.0%
61-80 126 100.0% 0 .0% 126 100.0%
>81 38 100.0% 0 .0% 38 100.0%

Jadual 7.0: Analisis Data Skor Ujian Pre dan Skor Ujian Pos Kategori markah 21 -40

Kecondongan (Skewness) bagi graf kategori markah 21 hingga 40 adalah .845.


kecondongan ini merupakan kecondongan yang hampir kepada nilai 0 yang bererti ianya
merupakan taburan yang normal.
Kurtosis bagi kategori ini adalah 1.741. Ini menunjukkan taburan leptokurtic yang
mempunyai puncak yang lebih tinggi dan kurus daripada taburan yang normal.

9
Jadual 7.1: Analisis Data Skor Ujian Pre dan Skor Ujian Pos Kategori markah 41 -60

Kecondongan graf bagi kategori markah 41 hingga 60 adalah .269. Nilai ini juga adalah
nilai yang hampir dengan nilai 0 dan membawa maksud bahawa kecondongan taburan adalah
normal.

Kurtosis bagi kategori ini adalah .532. ini menandakan bahawa taburan jenis
mesokurtic. Taburan jenis ini mempunyai bentuk graf yang seimbang dan menandakan bahawa
taburan adalah normal.

Jadual 7.2: Analisis Data Skor Ujian Pre dan Skor Ujian Pos Kategori markah 61-80

Bagi kategori markah 61 hingga 80 pula, kecondongan graf adalah -.176. Ini
menunjukkan bahawa taburan data adalah tidak normal ataupun non-simetrikal (non
Symmetrical).

Nilai kurtosis bagi kategori markah ini adalah 0.39. Ini merupakan indikasi yang
menandakan taburarn data yang diperolehi adalah normal.

10
Jadual 7.3: Analisis Data Skor Ujian Pre dan Skor Ujian Pos Kategori markah >81

Kecondongan graf bagi kumpulan markah lebih 80 markah adalah .727. Ini berrmaksud
kecondongan graf adalah normal.

Nilai kurtosis bagi kumpulan markah ini adalah .590. Ianya adalah mesokurtic yang
membawa maksud bahawa taburan data adalah normal.

11
h. Describe how you would go about addressing missing values in a dataset when
respondents failed to fill-up their responses. [3 marks]

Terdapat beberapa cara bagaimana untuk menangani masalah data yang hilang. Pertama
adalah melihat borang soal selidik secara satu persatu dan menilai setiap jawapan responden.
Borang soal selidik yang 25% soalannya tidak dijawap, perlu digugurkan agar tidak
mengganggu data yang ingin diperolehi.

Kedua ialah dengan menggunakan komputer yang menggunakan perisian seperti SPSS
dan perisian lain-lain. Kita perlu mencari nilai data yang hilang tersebut dalam paparan data
(Data View). Kemudian kita perlu mengenalpasti data yang 25% tidak lengkap atau tidak
dijawap. Setelah proses mengenalpasti data yang tidak lengkap itu, data tersebut perlu dipadam.

i. Discuss the differences between parametric statistics and non-parametric statistics.


[4 marks]

Statistik parametrik (Parametric statistic) dijalankan pada data sampel yang terabur secara
normal. Statistik parametrik digunakan untuk data yang boleh diinferensikan kepada populasi kerana
kedua-dua populasi dan sample mempunyai ciri yang sama.
Statistik bukan parametrik (Non parametric statistic) dijalankan pada data sampel yang tidak
terabur secara normal. Skala kategori (skala ordinal dan norminal) tidak boleh menghasilkan graf
normal. Oleh itu, hanya statistik bukan parametrik yang sesuai digunakan.

12

You might also like