You are on page 1of 12

a.

Hasilkan kiraan frekuensi dan histogram dengan keluk taburan normal untuk skor
matematik Pretest (Nama boleh ubah: Pretest). Terangkan bilangan frekuensi dan
keluk taburan normal. [3 marks]

Jadual 1.0: Min dan Sisihan piawaian skor ujian pre matematik

54.84 adalah titik tengah bagi keseluruhan markah pra ujian yang telah dijalankan.
Dengan kata lain, secara purata, purata markah yang diperolehi dalam pra ujian adalah 54.84.
Pengiraan kekerapan menunjukkan bahawa min bagi pra ujian (pre test) adalah 54.84. Sisihan
piawaian (Standard Deviation) bagi pra ujian 12.96. Semua data diperolehi daripada Jadual
1.0 Min dan Sisihan Piawaian Skor Ujian Pre Matematik.

Rajah 1.0: Histogram kekerapan dan skor ujian pre matematik


Histogram pada Rajah 1.0 Histogram kekerapan dan skor ujian pre matematik di atas
menunjukkan bahawa taburan kekerapan dan juga markah pra ujian matematik berrbentuk
bell dan bertabur secara normal.

1
b. Hasilkan kiraan frekuensi dan carta palang untuk menunjukkan taburan klasifikasi
Pendapatan Keluarga. Terangkan output taburan kekerapan. [3 marks]

Jadual 2.0: Min dan Sisihan Piawaian Pendapatan Keluarga

Daripada Jadual 2.0 Min dan Sisihan Piawaian Pendapatan Keluarga, Min bagi
klasifikasi pembahagian pendapatan keluarga (distribution of Family Income classification)
ialah 1.82. Manakala sisihan piawai adalah .804.

Jadual 2.1: Klasifikasi Pendapatan Keluarga.

Dalam Jadual 2.1 Klasifikasi Pendapaan Keluarga, klasifikasi pendapatan keluarga


dibahagikan kepada tiga iaitu keluarga berpendapatan rendah (low income family) yang
terdiri daripada 107 responden dan berjumlah 42.8% daripada jumlah keseluruhan responden
dan merupakan kumpulan yang tertinggi sekali. Diikuti keluarga berpendapatan sederhana
(middle income family) berjumlah 81 responden yang menyumbang 32.4 % terhadap jumlah
keseluruhan responden. Kumpulan yang terakhir adalah keluarga berpendapatan tinggi (high
income family) yang terendah iaitu 24.8% dan hanya berjumlah 62 orang responden.

2
Rajah 2.0: Carta Klasifikasi Pendapatan Keluarga.
Carta bar di atas menunjukkan dengan jelas perrbandingan klasifikasi responden
berdasarkan pendapatan keluarga. Responden terbanyak datang dari keluarga yang
mempunyai pendapatan yang rendah. Kumpulan responden yang datang dari keluarga
berpendapatan rendah menduduki tempat kedua tertingi dan kumpulan responden yang
berpendapatan tinggi adalah kumpulan responden yang tersedikit. Semua data diperolehi dari
Rajah 2.0: Carta Klasifikasi Pendapatan Keluarga.

3
c. Apakah persampelan rawak? Dengan menggunakan HMEF5113 Dataset untuk
Tugasan 1 & 2 September 2021.sav, buat sampel rawak yang terdiri daripada 100 kes
dari 250 pelajar yang mengambil bahagian dalam penyelidikan eksperimen ini.
Dengan menggunakan sampel 100 kes rawak ini, jalankan prosedur kekerapan untuk
menunjukkan taburan mengikut Jantina [4 marks]

Persampelan rawak (Random Sample) adalah salah satu teknik pemilihan sampel yang
memungkinkan sesiapa sahaja di dalam populasi yang dipilih untuk terpilih sebagai
sampel kajian. Sampel kajian dipilih secara rawak dan ini bermaksud tidak ada pemilihan
yang bias atau berat sebelah untuk mewakili keseluruhan populasi.

Jadual 3.0: Min dan Sisihan Piawaian Gender

Daripada 250 responden yang asal, 100 responden telah dipilih secara persampelan
rawak (random sample) untuk melihat data tentang jantina. Setelah responden dipilih secara
rawak, min bagi data yang diperolehi adalah .45 manakala sisihan piawaiannya pula adalah .
500. Data diperolehi dari Jadual 3.0: Min dan Sisihan Piawaian Gender.

Jadual

Melalui data yang diperolehi, daripada 100 responden tersebut 55 orang adalah lelaki
dan terdiri daripada 55% daripada jumlah keseluruhan. 45 orang pula adalah terdiri daripada
perempuan dan merupakan 45% daripada jumlah keseluruhan.

4
d. Dengan menggunakan pemboleh ubah Posttest, buat pemboleh ubah jenis ordinal
dengan kategori berikut: (i) 20 markah dan ke bawah, (ii) 21 hingga 40 markah, (iii)
41 hingga 60 markah, (iv) 61 hingga 80 markah, dan ( v) 81 markah dan ke atas.
Tunjukkan jadual taburan kekerapan pemboleh ubah kategori Posttest jenis ordinal
yang baru dibuat. Terangkan jadual taburan kekerapan. [6 marks]

Jadual 4.0: Min dan Sisihan


Piawaian Skor Ujian Pos Matematik

Jadual 4.1: Kekerapan dan Peratus Ujian pos

Markah ujian pos terbahagi kepada 5 kategori. Kategori pertama adalah kumpulan
markah di bawah 20 markah. Di dalam ujian pos yang dijalankan, tidak ada responden
yang memperolehi markah dibawah 20 markah.

Kategori kedua ialah markah diantara 21 hingga 40 markah, seramai 6 orang


responden yang telah mendapat markah di sekitar kategori ini. Kumpulan responden ini
berjumlah 2.4% daripada jumlah keseluruhan.

5
Kategori ketiga ialah markah diantara 41 hingga 60 markah. Jumlah responden yang
mendapat markah dalam kategori ini adalah 80 orang. dari segi peratusannya adalah 32%.

Kategori keempat adalah markah diantara 61 hingga 80. Kategori ini menunjukkan
kumpulan responden yang teramai iaitu seramai 126 responden. Ianya berjumlah 50.4%
daripada jumlah sebenar.

Kategori kelima adalah markah 81 ke atas. Seramai 38 orang responden yang mampu
mendapatkan markah 81 ke atas. Dan kumpulan ini menymbang 15.2% daripada jumlah
keseluruhan.

6
e. Dengan menggunakan pemboleh ubah Pretest pelajar yang mengambil bahagian
dalam kajian eksperimen, hitung ukuran kecenderungan pusat berikut: (i) Maksud,
(ii) Median, dan (iii) Mod dan ukuran penyebaran yang merangkumi (i) Julat, (ii)
Varians, dan (iii) Sisihan piawai. Huraikan hasil untuk mengukur kecenderungan
pusat dan ukuran penyebaran. [5 marks]

Jadual 5.0: Min, Median, Mod dan Sisihan Piawaian Ujian Pre.

Pengiraan kecenderungan utama (measure of central tendency) adalah terdiri daripada


min, median dan mod. Min bagi pra ujian adalah 54.84. Min merujuk kepada purata markah
yang diperoleh dalam pra ujian tersebut. Median bagi pra ujian ini adalah 57.00. Median
adalah nilai tengah apabila semua data disusun dalam turutan menaik atau menurun. Mod
bagi data ini adalah 59. Mod adalah nilai atau item yg berlaku paling kerap. Ini bermaksud
markah yang mempunya kekerapan yang tertinggi diperolehi oleh responden ialah 59
markah.

Pengiraan penyebaran atau kiraan taburan (measure of dispersion) pula adalah terdiri
daripada sisihan piawaian (standard deviation), varian (variance) dan julat (range). Sisihan
piawaian bagi pra ujian ini adalah 12.960. Varian pula adalah 167.950. Julatnya adalah 65.

7
f. Jalankan penyusunan antara pemboleh ubah Jantina dan pemboleh ubah Kategori
Ujian Pasca (pemboleh ubah baru yang dibuat di bawah bahagian d di atas).
Huraikan penemuan crosstabulation.
[4
marks]

Jadual 6.0: Krostabulasi Skor Ujian Pos dan Gender.

Data di atas adalah taburan perbandingan markah yang diperolehi oleh responden
mengikut jantina. Kategori markah 21 hingga 40 markah, daripada 2 orang responden yang
tergolong dalam kumpulan ini adalah lelaki dan selebihnya iaitu berjumlah 4 responden
adalah perempuan. Keseluruhan responden yang mendapat markah sekitar 21-40 markah
adalah 6 orang.

Kategori markah 41 hingga 60 markah adalah berjumlah 80 responden. 45 daripada


jumlah tersebut adalah lelaki dan 35 pula adalah perempuan.

Kategori markah 61 hingga 80 terdiri daripada 70 orang lelaki dan 56 pula adalah
perempuan. Jumlah keseluruhan bagi kategori ini adalah 126 responden.

8
Kategori markah 81 ke atas menunjukkan bahawa 16 lelaki dan 22 orang perempuan
mampu mendapatkan markah lebih daripada 81 markah.

g. Jalankan analisis data penerokaan pemboleh ubah Pretest dan Posttest. Huraikan
output analisis data penerokaan. [4 marks]

Case Processing Summary


Cases
Posttest mathematics Valid Missing Total
scores N Percent N Percent N Percent
Pretest mathematics 21-40 6 100.0% 0 .0% 6 100.0%
scores 41-60 80 100.0% 0 .0% 80 100.0%
61-80 126 100.0% 0 .0% 126 100.0%
>81 38 100.0% 0 .0% 38 100.0%

Jadual 7.0: Analisis Data Skor Ujian Pre dan Skor Ujian Pos Kategori markah 21 -40

Kecondongan (Skewness) bagi graf kategori markah 21 hingga 40 adalah .845.


kecondongan ini merupakan kecondongan yang hampir kepada nilai 0 yang bererti ianya
merupakan taburan yang normal.
Kurtosis bagi kategori ini adalah 1.741. Ini menunjukkan taburan leptokurtic yang
mempunyai puncak yang lebih tinggi dan kurus daripada taburan yang normal.

9
Jadual 7.1: Analisis Data Skor Ujian Pre dan Skor Ujian Pos Kategori markah 41 -60

Kecondongan graf bagi kategori markah 41 hingga 60 adalah .269. Nilai ini juga
adalah nilai yang hampir dengan nilai 0 dan membawa maksud bahawa kecondongan taburan
adalah normal.

Kurtosis bagi kategori ini adalah .532. ini menandakan bahawa taburan jenis
mesokurtic. Taburan jenis ini mempunyai bentuk graf yang seimbang dan menandakan
bahawa taburan adalah normal.

Jadual 7.2: Analisis Data Skor Ujian Pre dan Skor Ujian Pos Kategori markah 61-80

Bagi kategori markah 61 hingga 80 pula, kecondongan graf adalah -.176. Ini
menunjukkan bahawa taburan data adalah tidak normal ataupun non-simetrikal (non
Symmetrical).

Nilai kurtosis bagi kategori markah ini adalah 0.39. Ini merupakan indikasi yang
menandakan taburarn data yang diperolehi adalah normal.

10
Jadual 7.3: Analisis Data Skor Ujian Pre dan Skor Ujian Pos Kategori markah >81

Kecondongan graf bagi kumpulan markah lebih 80 markah adalah .727. Ini
berrmaksud kecondongan graf adalah normal.

Nilai kurtosis bagi kumpulan markah ini adalah .590. Ianya adalah mesokurtic yang
membawa maksud bahawa taburan data adalah normal.

11
h. Terangkan bagaimana anda mengatasi masalah yang hilang dalam set data apabila
responden gagal mengisi jawapan mereka. [3 marks]

Terdapat beberapa cara bagaimana untuk menangani masalah data yang hilang.
Pertama adalah melihat borang soal selidik secara satu persatu dan menilai setiap jawapan
responden. Borang soal selidik yang 25% soalannya tidak dijawap, perlu digugurkan agar
tidak mengganggu data yang ingin diperolehi.

Kedua ialah dengan menggunakan komputer yang menggunakan perisian seperti


SPSS dan perisian lain-lain. Kita perlu mencari nilai data yang hilang tersebut dalam paparan
data (Data View). Kemudian kita perlu mengenalpasti data yang 25% tidak lengkap atau tidak
dijawap. Setelah proses mengenalpasti data yang tidak lengkap itu, data tersebut perlu
dipadam.

i. Terangkan bagaimana anda mengatasi masalah yang hilang dalam set data apabila
responden gagal mengisi jawapan mereka.
[4 marks]

Statistik parametrik (Parametric statistic) dijalankan pada data sampel yang terabur secara
normal. Statistik parametrik digunakan untuk data yang boleh diinferensikan kepada populasi kerana
kedua-dua populasi dan sample mempunyai ciri yang sama.

Statistik bukan parametrik (Non parametric statistic) dijalankan pada data sampel yang tidak
terabur secara normal. Skala kategori (skala ordinal dan norminal) tidak boleh menghasilkan graf
normal. Oleh itu, hanya statistik bukan parametrik yang sesuai digunakan.

12

You might also like