You are on page 1of 25

KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM

PISN2103

TAJUK 4 : PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

SINOPSIS

Kursus ini membincangkan konsep Penilaian, pengukuran, pengujian dan pentaksiran


serta bentuk penilaian. Ia juga membincangkan pembinaan JSU dan bentuk pentaksiran
dan penilaian beserta pembinaan item..

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, pelajar dapat : .
Mengenal pasti dan memahami tentang konsep pentaksiran dan penilaian
Mengenal pasti dan membanding beza antara formatif dan sumatif
Mengenal pasti dan membina Jadual Spesifikasi Ujian.
Memahami cara pembinaan item objektif dan subjektif serta perbezaan
keduanya.

79

KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM

TAJUK 4

PISN2103

PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

KANDUNGAN TAJUK 4:
4.1 Definisi konsep:
Pengujian.
Hasil
Pembelajaran:
Pengukuran.
Penilaian.
Pentaksiran
4.2 Penilaian Formatif dan Sumatif
4.3 Pembinaan Jadual Spesifikasi
Ujian (JSU)
4.4 Bentuk pentaksiran dan
penilaian:
PBS
KEBAT
4.5 Pembinaan Item:
Item objektif
Item subjektif

4.1 Konsep pengujian, pengukuran, penilaian


dan pentaksiran
Penilaian memainkan peranan yang penting dalam Kehidupan kita . Contohnya
sebelum anda

dianugerah Diploma Perguruan, anda akan diuji dan dinilai dari

aspek teori dan amali. Tahukah anda apa yang dimaksudkan pengujian, pengukuran
dan penilaian.
Pengujian
Merujuk kepada teknik untuk mendapatkan maklumt tentang perubahan tingkahlaku
seseorang indiividu . Ia terdiri dari satu set soalan atau tugasan yang berkehendakkan
murid memberi satu set tindakbalas.

Ujian merupakan alat pengukuran. Pengujian

bertujuan :

80

KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM

PISN2103

Mengesan pencapaian hasil pembelajaran


Mengesan kemajuan-kemajuan yang telah dicapai
Mengesan masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid
Pengukuran
Suatu proses menentukan kuantiti atau takat pembelajaran murid dan keberkesanan
pengajaran guru.

Guru mungkin menggunakan alat pengukuran yang digunakan oleh

guru mungkin terdiri daripada ujian, soal selidik, senarai semak, inventori atau sesuatu
skala. Pengukuran adalah terhad kepada huraian kuantitaif dan tidak termasuk huraian
kualitatif atau membuat keputusan. Tujuan pengukuran:
Mengesan hasi-hasil pembelajaran
Mengesan jenis-jenis kemahiran yang diperolehi
kemajuan-kemajuan yang telah dicapai dalam aspek-aspek pembelajaran yang
lain
Mengesan jenis-jenis masalah yang dihadapi oleh murid-murid
Bagi mendapatkan maklumat untuk
o

Bimbingan

Kecekapan guru

Rekod prestasi dan profil murid

Penilaian
Penilaian ditakrifkan sebagai proses mentaksir perubahan tingkahlaku berdasarkan
data kuantitatif dan kualitatif. Ia melibatkan proses

menentu , mendapat dan

memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai


tindakan selanjutnya. Dalam konteks pendidikan, penilaian adalah suatu sistem atau
proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan
mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan.

Tujuan penilaian

81

KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM

Penilaian

dilaksanakan

untuk

mendapatkan

PISN2103

gambaran

tentang

kemajuan

pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang keberkesanan


pengajaran guru.
Melalui penilaian, guru dapat :

mengesan perkembangan murid secara menyeluruh;

mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih


awal dari semasa ke semasa;

mengetahui keberkesanan pengajarannya;

merancang dan mengubahsuai pengajarannya; dan

menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta.

Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid
mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi
supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Di samping itu kekuatan
murid yang telah menguasai pula diperkukuh dan diperkaya. Melalui aktiviti tindakan
susulan yang berkesan guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya
dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam
penilaian di peringkat pusat.
Pentaksiran
Pentaksiran merupakan Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya
membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan

Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada


suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada
proses pembelajaran. Dalam konteks pendidikan juga pentaksiran dianggap
sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai,
mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang
pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga
Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk
skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan
kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.
4.2 Penilaian Formatif dan Sumatif
Terdapat dua jenis penilaian di sekolah iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif:

82

KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM

PISN2103

Penilaian Formatif
Penilaian formatif melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur kemajuan muridmurid setelah mereka mencapai hasil pembelajaran tentang satu bahagian
pengajaran yang terhad, misalnya satu unit pelajaran atau satu bab di dalam buku
teks. Keputusan yang diperoleh digunakan untuk memperbaiki pembelajaran dan
bukanlah untuk memberikan gred atau kedudukan di dalam kelas. Objektif ujian
formatif ialah untuk mengesan kejayaan dan kegagalan pembelajaran murid-murid.
Dengan itu kaedah dan isi pelajaran boleh disediakan. Sekiranya terdapat sejumlah
besar murid-murid gagal dalam sesuatu unit pelajaran, unit itu akan diajar semula
dengan kaedah yang sesuai seperti kaedah kumpulan.

Pencapaian murid akan

dicatat dalam laporan prestasi dan maklumat ini akan membantu guru merancang
akitivit-aktiviti pemulihan serta mengubah strategi pengajarannya jika perlu. Contohcontoh penilaian formatif ialah seperti lembaran kerja dan ujian bulanan.
Penilaian sumatif
Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun.
Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan
murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan. Penilaian dirancang
dan dilaksanakan oleh guru secara berterusan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran harian. Maklumat tentang perkembangan murid yang diperoleh dari
semasa ke semasa melalui penilaian berterusan dapat membantu guru mengambil
tindakan susulan yang sewajarnya jika perlu. Penilaian boleh menilai kemajuan
murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara
berpusat. Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR dan SPM dikendalikan oleh
Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Keputusan penilaian
secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh
negara. PKS dan penilaian berpusat saling melengkapi dalam sistem penilaian.

Merancang penilaian.
Dalam pelaksanaan penilaian, guru perlu menentukan hasil pembelajaran yang
hendak dinilai, kaedah penilaian dan instrumen penilaian yang perlu digunakan.

83 boleh membantu guru membina soalan


Penggunaan Jadual Penentuan Ujian (JPU)

KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM

PISN2103

mengikut hasil pembelajaran yang ditentukan. Dengan bantuan JPU guru dapat
merangkakan tajuk/kemahiran yang hendak diuji dan peringkatnya dalam taksonomi
kognitif Bloom. Bilangan serta peratus soalan untuk setiap peringkat kognitif juga
ditunjukkan dalam jadual penentuan ini. Untuk sesuatu tajuk dan peringkat
taksonomi, hasil pembelajaran murid dicatatkan secara spesifik. Penentuan hasil
pembelajaran ataupun aras-aras kemahiran bergantung kepada:
mata pelajaran
tajuk-tajuk yang dinilai
peringkat kebolehan murid yang dinilai
wajaran aras kesukaran: mudah, sederhana, sukar
Guru perlu meneliti dan memahami kandungan setiap tajuk dalam sukatan pelajaran.
Bilangan peratus soalan bagi sesuatu tajuk perlu ditunjukkan.
Bidang dan Bentuk Penilaian
Bidang pembelajaran yang diuji dalam Pendidikan Islam meliputi :

Penguasaan ilmu

Penguasaan kemahiran

Penghayatan dan amalan

Hasil pembelajaran yang telah dikenal pasti boleh dinilai dengan menggunakan
kaedah:
Pemerhatian
Lisan
Penulisan
Pemilihan kaedah penilaian bergantung kepada:
hasil pembelajaran yang hendak dinilai.
kesesuaian dengan perkara yang hendak dinilai.

Kaedah-kaedah ini boleh dilaksanakan secara berasingan atau digabungkan untuk


mendapatkan maklumat penilaian yang lebih jelas dan tepat mengenai kebolehan,
perkembangan dan kemajuan murid.
Ketiga-tiga kaedah ini boleh digunakan untuk :
Mengesan serta-merta

84

KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM

PISN2103

- mengesan penguasaan hasil pembelajaran dengan serta-merta dalam


pengajaran harian
- tidak memerlukan instrumen yang khusus.
Mengesan kemajuan
- mengesan kekuatan dan kelemahan selepas beberapa pembelajaran
- perlu dirancang secara individu atau kumpulan
- menggunakan instrumen tertentu seperti senarai semak, lembaran kerja, ujian
bertulis
Mengesan pencapaian
- mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran atau pada akhir
program
- perlu dirancang secara individu
- dijalankan dengan menggunakan senarai semak, skala kadar, ujian bertulis
dan ujian lisan
Penilaian secara pemerhatian
Digunakan untuk menilai aspek-aspek yang sukar dikesan melalui kaedah lisan
dan penulisan seperti:
sikap
perlakuan/amalan
amali
kemahiran manipulatif
kemahiran bersosial
kemahiran belajar
kemahiran kinestetik
kemahiran literasi komputer
kemahiran mereka cipta
Pemerhatian proses dan hasil kerja murid seperti lukisan, buku skrap, kraf tangan
dan kerja kursus membolehkan guru menilai sikap serta penguasaan sesuatu
kemahiran.
Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu guru melengkapkan gambaran
mengenai keputusan penilaian yang diperoleh melalui kaedah lisan dan penulisan.
Instrumen penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan skala kadar.

85

KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM

PISN2103

Penilaian secara lisan.


Digunakan untuk mengumpul maklumat semasa berlaku interaksi antara:
- murid dengan guru
- murid dengan murid
- murid dengan bahan pembelajaran
Antara aspek yang boleh dinilai secara lisan ialah:
- kefahaman konsep
- pengetahuan fakta
- kecekapan mendengar
- penggunaan bahasa yang tepat
- kefasihan menghafaz
- sebutan dalam berbahasa
- kecekapan mencongak
- gaya persembahan
- pertuturan dan sikap
Instrumen Penilaian Lisan
Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut:
- bacaan kuat
- syarahan
- perbahasan
- bercerita
- perbincangan
- hafazan
- temu bual
- soal jawab
- nyanyian
- deklamasi sajak
- mendengar dan memberi respon secara lisan
Penilaian lisan membolehkan guru :
- mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan
bertutur
secara gramatis.
- mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.

86
- mengesan kebolehan murid dalam kemahiran
membaca dan menghafaz.

KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM

PISN2103

- mengesan kelancaran dalam sebutan.


- mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.

Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan, ia merangkumi soalan dan aktiviti


yang memerlukan respon murid dalam bentuk lisan. Dalam menyediakan instrumen
tersebut guru perlu memastikan:
- soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah
difahami.
- aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.
- pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk
merangsang murid berfikir.
- aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.
Penilaian secara penulisan.
Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan
dan hasil penulisan murid seperti yang berikut:
- karangan
- laporan projek/kerja kursus/folio
- latihan dan ujian bertulis
- huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.

Instrumen Penilaian Penulisan


Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid
yang meliputi kemahiran seperti yang berikut:
- kemahiran menulis
- menyusun idea
- penggunaan tanda baca
- perbendaharaan kata
- mengaplikasi

87

KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM

PISN2103

- mentafsir
- menilai
Dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara yang berikut mestilah
diambil kira:
- soalan menepati kemahiran yang akan diuji
- bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami
- bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan
- aras kesukaran soalan dipelbagaikan
- skema pemarkahan disediakan
Soalan yang digunakan dalam penilaian penulisan yang biasa dijalankan ialah:
- soalan subjektif
- soalan objektif
Guru perlu mempelbagaikan soalan yang merangkumi soalan kognitif peringkat
rendah dan peringkat tinggi. Soalan yang berperingkat dapat menilai peningkatan
tahap pemikiran murid. Soalan peringkat rendah dan bertumpu dapat mengesan
penguasaan pengetahuan asas murid. Soalan peringkat tinggi yang bercapah boleh
merangsang murid untuk memperkembang apa yang telah dipelajari dan difahami
secara kritis dan kreatif.

Contoh perkataan atau frasa untuk membuat penilaian


Aras Kemahiran Domain
Kognitif

Cadangan frasa atau perkataan untuk


menilai domain / perlakuan

Mengetahui

- Mengingati kembali
- Mentakrif
- Memerihal
- Mengenal pasti
- Melabel
- Menyenarai
- Melakar
- Memadan
- Menama
- Menyatakan
88

Menguji kebolehan calon


mengingat kembali fakta-fakta
spesifik, istilah, kaedah atau
prosedur, konsep asas dan prinsip

KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM

Aras Kemahiran Domain


Kognitif

PISN2103

Cadangan frasa atau perkataan untuk


menilai domain / perlakuan
- Melukis
- Menulis

Memahami
Menguji kebolehan calon untuk
memahami, menterjemah dan
menginterpretasi fakta, konsep
dan prinsip.

- Menterjemahkan bahan atau idea


daripada satu bentuk ke bentuk lain;
- mentafsir bahan atau idea;
- merangkakan trend masa depan
- mengubah
- menganggar
- menerangkan
- memberi contoh
- mengukur
- menyukat
- menentukan
- menukar
- membanding dan membeza
- menambah
- meramalkan
- membuat inferens
- menghubungkait
- mencirikan
- mengelas

Mengaplikasi
Menguji lebolehan calon
menggunakan konsep, prinsip,
hukum atau fakta asas.

- menggunakan bahan atau idea dalam


situasi yang baru dan konkrit:
- mengira
- menunjuk cara
- mengubahsuai
- menghitung
- menjana idea
- menjelaskan dengan contoh

Menganalisis
Menguji kebolehan calon untuk
mencerakinkan idea-idea besar
kepada bahagian-bahagian kecil,
membuat perbandingan dan
menghuraikan perhubungan.

- mengasingkan maklumat kepada


komponen-komponennya untuk
memahami struktur organisasinya dan
perhubungan antara komponen.
- mencerakin
- menjelaskan melalui contoh
- memilih
- mengasingkan
- membuat andaian
- menghuraikan
- mengawal pembolehubah
- membuat urutan
- menyusun mengikut keutamaan
- menggunakan perhubungan ruang dan
masa
- membuat
kesimpulan
89

KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM

Aras Kemahiran Domain


Kognitif

PISN2103

Cadangan frasa atau perkataan untuk


menilai domain / perlakuan
- menyelesaikan masalah

Mensintesis
Menguji kebolehan calon untuk
mengabungkan idea-idea kecil,
mentafsir dan membuat suatu
rumusan.

- menggabungkan
komponen-komponennya untuk
menghasilkan keseluruhan idea atau
struktur yang baru dan kreatif.
- menggabungkan
- merancang
- meringkaskan
- membina
- merangkakan
- berkomunikasi
- mengeksperimen
- menganologi
- mereka cipta
- mengkonsepsikan
- membuat gambaran mental
- mendefinisikan secara operasi
- membuat hipotesis
- mereka bentuk

Menilai
Menguji kebolehan calon untuk
membuat pertimbangan nilai bagi
sesuatu fikiran, tugasan atau
kaedah.

- menilai idea/bahan maklumat/kaedah


berdasarkan criteria yang spesifik untuk
tujuan yang tertentu.
- menaksir
- mengkritik
- mentafsir
- mewajarkan
- mengesan kecondongan
- membuat keputusan
- menyokong
4.3 Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
Jadual Spesifikasi Ujian dikenali juga dengan nama Test Blue Print

atau Test

Specification. JSU merupakan satu matrik yang terdiri dua paksi kandungan (paksi
menegak) dengan paksi aras kemahiran ( paksi melintang ). Dalam ruangan aras
kemahiran pula dicatatkan objektif pengajaran yang biasanya disesuaikan dengan
taksonomi objektif pendidikan.

Secara am objektif pengajaran dinyatakan dalam

kurikulum pelajaran dan secara khusus terdapat dalam sukatan pelajaran sesuatu
mata pelajaran berkenaan. Tiap-tiap pelajaran mempunyai penekanan aras
kemahiran yang berbeza sesuai dengan objektif mata pelajaran berkenaan.

90

KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM

PISN2103

Secara ringkas perkara-perkara yang boleh didapati daripada sesuatu JSU adalah
seperti berikut:
i.

Kandungan ujian : topik-topik

ii.

Aras kemahiran: taksonomi objektif pendidikan

iii.

Pemberatan dalam peratus pada kandungan dan aras kemahiran:


panjang masa mengajar dan kepentingan.

iv.

Bentuk atau format ujian: objektif, esei, amali, kerja kursus dan lain-lain.

v.

Bilangan item: mengikut bentuk ujian, kandungan dan aras kemahiran.

vi.

Kepayahan item: dalam lingkungan 20% hingga 80%

Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)


i.

Mengelakkan ujian dibina secara sembarangan.

ii.

Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.

iii.

Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras kemahiran kepada


guru yang mengajar dan menggubal ujian.

iv.

Memastikan terdapat perseimbangan antara topic-topik dengan aras-aras


kemahiran yang diuji (terdapat sebaran aras kemahiran yang sesuai).

v.

Menjadi panduan membentuk format ujian.

vi.

Menjadi panduan membentuk soalan.

vii.

Menstabilkan taraf ujian yang sama pada masa hadapan.

viii.

Membolehkan ujian yang sama dibina oleh kumpulan lain.

ix.

Membolehkan perbandingan dengan ujin yang lain.

x.

Menstabilkan taraf dan aras kepayahan ujian dari semasa ke semasa.

Komponen Utama Dalam Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)


i.

Paksi Kandungan: Dalam paksi kandungan dicatatkan bahan yang diajar.


Bahan-bahan itu boleh dicatatkan secara ringkas atau secara topik demi
topic seperti yang terdapat dalam sukatan pelajaran. Boleh juga dibuat
secara ringkas dan am yang mana sukatan dibahagigkan kepada skopskop yang luas seperti dalam mata pelajaran Pendidikan Islam
dibahagikan kepada Tilawah Al-Quran, Aqidah, Ibadah, Sirah dan Akhlak.
Pembahagian begini hanya sesuai untuk menghasilkan rumusan dan
kurang memberi faedah kepada guru dan penggubal soalan.

ii.

Paksi Aras Kemahiran: Dalam paksi ini mengandungi objektif pengajaran


yang merupakan perubahan tingkah laku dan kemahiran-kemahiran yang
diharapkan pada tiap-tiap topic dalam paksi kandungan. Model yang

91

KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM

PISN2103

digunkan ialah taksonomi pendidikan iaitu domain kognitif, afektif dan


psikomotor.
iii.

Paksi Pemberatan: Pemberatan adalah penekanan yang patut diberikan


kepada tiap-tiap topic dan kemahiran. Untuk ujian bilik darjah pemberatan
bolehlah didasarkan kepada rasa penting terhadap sesuatu topic atau
tajuk yang diajar pada sesuatu ketika. Untuk sesuatu ujian yang lebih luas
penggunaannya, pemberatan tentulah berdasarkan kepada keluasan isi
pelajaran dan panjang waktu yang diperuntukkan kepadanya. Proses
pemberatan boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat:

Menukarkan pemberatan waktu kepada peratus dan dicatatkan di


hujung paksi tersebut.

Membahagikan peratus itu kepada bentuk soalan yang sesuai objektif


atau esei.

Menyelaraskan

bentuk

soalan,

bilangan

soalan

dengan

aras

kemahiran.
iv.

Kepayahan

soalan:

Secara

kuantitatif

kepayahan

soalan

adalah

dimaksudkan peratus calon yang boleh menjawab dengan betul pada


sesuatu soalan. Semakin besar peratus semakin mudahlah sesuatu
soalan itu. Untuk ujian pencapaian bersifat rujukan norma, min
kepayahan ujian sebaik-baiknya ialah 50%. Walaupun begitu soalan yang
mudah dan sukar harus juga dimasukkan ke dalam ujian. Soalan mudah
iaitu lebih kurang 70% daripada calon boleh menjawabnya, boleh menjadi
motivasi kepada calon-calon yang lemah. Soalan yang sukar pula lebih
kurang 30% daripada calon dapat menjawabnya, boleha menjadi
pencabar kepada calon-calon yang bijak. Perbanyakkan soalan beraras
kepayahan sederhana antara 40% hingga 60%. Terdapat kajian
menunjukkan soalan-soalan beraras

kepayahan

sederhana boleh

menambah sisihan lazim dan memberi kesan kepada kebolehpercayaan


ujian.
Langkah Menyediakan JSU
Langkah 1: Kaji objektif ujian dan sukatan pelajaran berkenaan. Fahamkan falsafah,
objektif, topik-topik dan cadangan penilaian yang juga menyebutkan kerja kursus
serta kerja amali. Sebaik-baiknya kerja kursus dan amali tidak berulang secara tepat
dalam ujian/peperiksaan.

92

KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM

PISN2103

Langkah 2: Tentukan format ujian/peperiksaan iaitu dari segi tempoh ujian, jenis
soalan, bahagian, bilangan soalan peruntukan masa bagi setiap bahagian,
pemberatan markah.
Buat rumusan format seperti contoh berikut:
Rumusan Format
Mata Pelajaran : Pendidikan Islam
Panjang Masa : 2 jam
Bentuk : Objektif dan esei
Markah : 100
Perkara
Objektif
Esei
Masa
1 jam
1 jam
Markah
40
60
Bilangan soalan
40
3
Markah 1 soalan
1
20
Masa bagi setiap soalan
1.5 minit
20 minit
Langkah 3: Senaraikan tajuk/topik yang hendak diuji dan masa kuliah yang
diperuntukkan bagi setiap tajuk.

Carta aliran proses menyediakan JSU:

Pilih tajuk yang hendak dinilai.

Tentukan Hasil Pembelajaran.

Tentukan bilangan soalan mengikut aras.

Tulis
bilangan
berkenaan.

93

soalan

dalam

petak

KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM

PISN2103

Semak jumlah dan peratus semua soalan


dalam lajur menegak dan mendatar.

Contoh JSU
Mata Pelajaran: Pendidikan Islam
Tajuk: Solat Lima Waktu
Kandungan

Aras Kemahiran

Jumlah
%

Pengetahuan

Kefahaman

Aplikasi

Sd

Sd

Sd

Analisis
S

Sd

Sintesis
S

Sd

Pengertian
Bilangan
Waktu
Rukun
Hikmah
Jumlah
%

94

( M = Mudah, Sd = Sederhana, S = Sukar )

Penilaian
S

Sd

KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM

PISN2103

Nota: Tidak semua peringkat hasil pembelajaran dan aras kemahiran


Mesti diuji dalam sesuatu penilaian/ujian. Aras kemahiran boleh
diubahsuai kepada mudah dan sukar.

Pembinaan Item
Objektif:
Penggubal perlu mengetahui falsafah dan objektif penilaian secara keseluruhan
selain memahami dengan jelas objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan
dengan soalan yang hendak digubal.
Sukatan Pelajaran, Format dan JPU:
Soalan yang digubal mestilah berdasarkan sukatan pelajaran , format dan JPU bagi
mata pelajaran yang berkaitan. Tujuannya ialah supaya kertas soalan yang
dihasilkan mempunyai keesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.
Kata kerja:
Gunakan kata kerja yang menepati aras taksonomi seperti telah diterangkan di atas.
Bahasa:
a. Gunakan bahasa yang mudah difahami iaitu jelas dan tepat dari segi
kehendak soalan.
b. Pastikan penggunaa tatabahasa dan struktur ayat yang betul.
c. Tinggalkan perkataan/ayat yang kabur dan mengelirukan
d.

Hanya istilah daripada Dewan Bahasa dan Pustaka sahaja yang


diberi keutamaan. Sekiranya terdapat istilah lain, pastikan ia diguna
pakai oleh Kementerian Pendidikan.
Contoh: inferens.

e. Tandakan istilah bahasa asing yang digunakan dengan pembuka kata


dan penutup kata .:
Contoh: Idgham.

4.4 Bentuk Pentaksiran dan Penilaian

95

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM

PISN2103

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan pentaksiran yang bersifat holistik


iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor
(jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard
Sekolah. PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik.

Pentaksiran
Berasaskan Sekolah

Akademik

Pentaksiran
Pusat (PP)

Bukan Akademik

Pentaksiran
Sekolah
(PS)

Pentaksiran
Aktiviti Jasmani
Sukan &
Kurikulum
(PAJSK)

Pentaksiran
Psikometrik
(Ppsi)

Komponen PBS
PP Dirancang, dibina dan dilapor oleh Lembaga Peperiksaan tetapi
ditadbir,diperiksa dan direkod oleh pihak sekolah
PS Dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru di
sekolah yang melibatkan murid, ibu bapa dan organisasi luar. Pentaksiran
Sekolah dilaksana dalam bentuk pentaksiran formatif dan sumatif.
PAJSK Dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang kapasiti dan
potensi jasmani, sukan, kokurikulum yang di kawal dan kokurikulum

96

KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM

PISN2103

Ppsi Dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untukmmengukur


kebolehan semulajadi, kemahiran berfikir,kemahiran menyelesaikan masalah,
minat , kecenderungan, sikap dan personaliti murid.

Ciri PBS

Holistik

Fleksibe
Sepad
u

l
CIRI
PBS

Sebahagian
daripada
proses P&P

Merujuk
Standar
d

Seimban
g

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KEBAT)


PENGENALAN Pemikiran Aras Tinggi (KBAT/HOT) merupakan salah satu komponen
utama dalam kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. KBAT merupakan aras yang
paling tinggi dalam hieraki proses kognitif. Ianya berlaku apabila seseorang
mendapat maklumat baru, menyimpan dan memeri, menyusun, serta mengaitkannya

97

dengan pengetahuan sedia ada dan akan memanjangkan maklumat itu untuk

KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM

PISN2103

mencapai sesuatu tujuan atau penyelesaian situasi rumit. Bereiter & Scardamalia
(1987) dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, pelajar perlu dilatih mengambil
bahagian dalam menentukan objektif, mewujudkan wacana, menentukan tindakan
motivasi, analitik dan inferens yang dinamakan literasi tinggi (highliteracy).
MODEL/KERANGKA KBAT
1) Menggunakan tahap pemikiran secara maksimum untuk menghadapi cabaran
2) Interpretasi, analisis, dan manipulasi maklumat
3) Bersifat kritikal terhadap maklumat,idea, dan pendapat.
4) Membuat kesimpulan, inferens, dan generalisasi.
5) Komunikasi berkesan, membuat jangkaan, penyelesaian masalah, menilai idea,
memberikan pendapat, dan membuat pemilihan, dan keputusan
MODEL TAKSONOMI BLOOM (1956) menerangkan penggunaan soalan mempunyai
kaitan secara langsung dengan KBAT. Bertepatan dengan pendapat Postman
(1979:140) all our knowledge results from questions, which is another way of saying
that question-asking is our most important intellestual tool. Corak penyoalan
menggunakan soalan aras rendah adalah merbahaya kepada penjaan pemikiran
aras tinggi kerana KBAT hanya boleh digembelingkan melalui soalan aras tinggi
(Bloom, 1956, 1994., Kissock dan Iyortsuun, 1982). Taksonomi Bloom telah
mengkategorikan kemahiran berfikir mengikut aras tertentu yang dikenali sebagai
level of thought processes.
Tiga jenis KBAT yang penting:
a) Menjana menjanakan alternatif, dan kombinasi idea
b) Menjelaskan idea menjelaskan idea dan menganalisis alasan
c) Menilai kemusabahan idea Menilai maklumat asas, menilai inferensi (kegunaan
bukti), dan menilai inferensi ( deduksi)
Pendekatakan mengajar KBAT ialah
1) Mengajar KBAT dalam konteks secara langsung di luar kurikulum.
2) Mengajar berfikir menggunakan kaedah yang menggalakkan berfikir dalam
konteks kurikulum
3) Penyebatian menyusun semula pengajaran untuk mengajar KBAT secara
eksplisit
Strategi yang boleh digunakan dalam penggunaan KBAT ialah seperti:
1) Soalan terbuka
2) Teknik Penyoalan
3) Perbincangan

98

KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM

PISN2103

4) Metakognisi
5) Pengurusan Grafik
6) Kaedah Penyelesaian masalah
KESIMPULAN Penggunaan strategi dan teknik yang pelbagai mampu melahirkan
pelajar berfikiran KBAT. Penglibatan pelajar secara langsung di dalam bilik darjah
secara tidak langsung akan melahirkan pelajar yang bersifat kritis dan kreatif.
Penggunaan dan pemilihan metadologi P&P yang sesuai boleh menimbulkan minat
serta membangkitkan motivasi pelajar sekaligus dapat meningkatkan kefahaman dan
kemahiran mereka

4.5 Pembinaan Item

JENIS
ITEM

OBJEKTIF

SUBJEKTI
F

a. Item Objektif.
Item

ini dipanggil sedemikian kerana pemeriksa yang lain akan memberikan

markah yang sama apabila memeriksa kertas jawapan objektif yang sama.
Jawapan bagi ujian berbentuk objektif adalah pendek. Didapati lebih sesuai
menguji kebolehan calon di aras kognitif yang rendah iaitu pengetahuan,
kefahaman dan aplikasi. Pemarkahan adalah objektif ,cepat, mudah dan jitu.
Sebaliknya ujian berbentuk item objektif gagal menguji kebolehan calon untuk
memilih, menyusun dan menyatukan idea.

Walaubagaimana pun kajian

menunjukkan jika item objektif digubal dengan teliti boleh juga menguji kebolehan
calon di aras kognitif tinggi. Contoh-contoh item objektif adalah seperti berikut:
i.

Item jawapan pendek.

Siapakah nama ibu Nabi Muhammad s.a.w. ?


____________________________________
ii.

Item melengkapkan.
Rukun Iman mempunyai __________ perkara.

99

KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM

iii.

PISN2103

Item benar-salah.
Tandakan ( ) bagi kenyataan

yang benar dan (X) bagi kenyataan yang

salah.

iv.

(a) Rukun Islam empat perkara (

(b) Rukun Iman enam perkara

Item padanan.
Nabi Muhammad
Nabi Musa

v.

Taurat
Al-Quran

Item Aneka pilihan.

Tahun Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan dikenali dengan nama tahun ______
(a) Rusa
(b) Harimau
(c) Kuda
(d) Gajah
Kelebihan Item Objektif
1. Dapat meliputi semua bidang mata pelajaran dengan luas.
2. Dapat menguji aras kognitif di peringkat pengethuan, kefahaman dan
aplikasi dengan berkesan.
3. Masa yang diperlukan untuk menjawab dan memeriksa adalah
ringkas.
4. Objektifnya aras tinggi. Jawapan yang sama akan diberikan markah
yang sama walaupun diperiksa oleh pemeriks yang berlainan.
5. Item ujian boleh dinyatakan dalam bahasa yang mudah.
6. Unsur emosi pemeriksa tidak akan mempengaruhi pemarkahan.
7. Kebolehpercayaan keputusan adalah tinggi kerana banyak soalan
boleh disediakan.

Kelemahan Item Objektif

100

KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM

PISN2103

1. Pembinaannya memerlukan lebih tenaga, masa dan perbelanjaan.


2. Tidak dapat menguji kebolehan calon pada aras kognitif yang tinggi seperti
analisis, sintesis dan penilaian.
3. Gagal menguji kebolehan calon untuk menyusun dan menghuraikan ideaidea.
4. Mungkin menggalakkan calon-calon meneka jawapan.
5. Calon boleh berlatih menjawab soalan-soalan objektif bagi tahun-tahun lalu
boleh meningkatkan taraf pencapaian.
b. Item Subjektif.
Item subjektif terdiri daripada soalan yang memerlukan calon memberi jawapan
secara lisan atau bertulis.

Jawapan calon mungkin bebas atau terhad.

Sekiranya bebas, jawapan itu adalah dalam bentuk esei dan sekiranya terhad ia
mungkin merupakan satu ayat sahaja (struktur). Bertujuan menguji kebolehan
pelajar pada aras kefahaman, aplikasi dan jika digubal dengan teliti boleh
menguji aras yang lebih tinggi. Berdasarkan kepada jawapan calon, item
subjektif boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:
i.

Jawapan terhad (struktur).

Jenis soalan ini menghadkan isi dan bentuk jawapan seseorang calon. Jawapan
yang diberikan hanya merupakan satu ayat atau satu frasa sahaja.
Contoh:
Tulis rukun-rukun Iman di ruangan berikut mengikut urutan.
1. __________________________________________
2. __________________________________________
3. __________________________________________
4. __________________________________________
5. __________________________________________

ii.

Jawapan tidak terhad (esei).

101

KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM

Jenis

soalan

ini

membenarkan

PISN2103

calon

memilih,

mengatur,

dan

membentangkan jawapan yang difikirkan sesuai.


Contoh:
Terangkan peranan ibadat haji dalam menyatukan umat Islam.
Kelebihan Item Subjektif
1. Mudah untuk dibina dan ditadbir
2. Boleh digunakan dalam kebanyakan mata pelajaran
3. Merupakan cara untuk mengetahui sejauh mana seorang calon dapat
menerangkan idea-ideanya.
4. Calon-calon dapat diuji kebolehan untuk menyususn, menganalisis dan
membuat sintesis idea-idea meraka.
5. Peluang untuk meneka jawapan adalah kurang.
6. Menggalakkan calon menyediakan diri menghadapi ujian dengan meneka
kepada kemahiran menyusun dan membuat sintesis isi jawapan.
7. Peluang untuk menipu atau meniru jawapan dikurangkan.
8. Dapat mengukuh hasil pembelajaran yang kompleks.
Kelemahan Item Subjektif
1.

Unsur subjektif semasa pemarkahan akan mempengaruhi kesahan dan


kebolehpercayaan ujian itu.

2.

Hanya dapat meliputi bidang yang terhad kerana bilangan esei terbatas.

3.

Pemarkahan mengambil tenaga dan masa yang panjang.

4.

Pemarkahan ujian esei mungkin dipengaruhi oleh factor-faktor yang kurang


relevan yang panjang atau pendek.

5.

Pemarkahan juga dipengaruhi oleh bentuk emosi pemeriksa, keadaan


fizikalnya dan masa yang telah digunakan untuk memeriksa kertas jawapan.

6.

Kesan halo mungkin dapat memainkan peranan. Markah yang tinggi bagi
soalan pertama mungkin mempengaruhi markah bagi soalan-soalan
seterusnya.

Selepas membaca nota , selesaikan tugasan di bawah !

102

KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM

PISN2103

1. Jelaskan jenis-jenis penilaian beserta dengan contoh yang sesuai.


2. Huraikan kepentingan Jadual Penentuan Ujian (JPU).
3. Mengapakah penilaian penting?
4. Bina item soalan objektif dan soalan subjektif meliputi bidang alQuran,
Ulum Syariah dan Akhlak Islamiah.
5. Nyatakan perbezaan antara penilaian formatif

dengan penilaian

sumatif.
6. Bandingbeza antara Item Objektif dan Subjektif.

Tahniah !
Kerana berjaya menyempurnakan tugasan anda.
SELAMAT MAJU JAYA !

103

You might also like