You are on page 1of 1

Ilmu Pengetahuan Baharu Melalui Senarai Semak

Saya juga menggunakan senarai semak sebagai salah satu kaedah untuk
mengumpul maklumat yang diperlukan semasa menjalani aktiviti PBS di sekolah. Dengan
berpandukan pada senarai semak yang telah direka sebelum PBS, saya telah berusaha
untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan dengan menggunakan cara-cara
seperti penggambilan gambar, temu bual, pemerhatian, dan sebagainya.
Selain itu, saya juga berusaha memperoleh maklumat-maklumat yang diperlukan
daripada pihak pengurusan sekolah dan guru-guru sekolah. Bagi maklumat-maklumat
tertentu, contohnya sejarah sekolah, carta organisasi sekolah, peranan pihak pengurusan
dan guru sekolah, dan sebagainya, hanya sesetengah guru yang mempunyai maklumatmaklumat tersebut. Bagi mendapatkan maklumat-maklumat ini, saya telah meminta
maklumat berkenaan daripada pihak berkenaan seperti kerani sekolah, guru PK 1, guru PK
HEM, guru-guru, dan kakitangan sekolah yang lain. Saya mendapat iktibar bahawa saya
perlu sentiasa merendahkan diri semasa berkomunikasi dengan pihak-pihak berkenaan
kerana mereka mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman. Dengan ini, mereka
akan lebih sudi menghulurkan bantuan kepada saya dan rela berkongsi pengalaman dan
juga pendapat mereka terhadap sesetengah isu.
Semasa melaksanakan tugasan yang diberi, saya telah buat beberapa senarai
semak yang diberikan kepada saya untuk menjalankan tugasan ini. Saya telah menyemak
segala senarai yang diberi. Melalui senarai semak ini, saya telah memperoleh segala
maklumat yang berkaitan dengan sekolah ini seperti pencapaian terbaik di sekolah, aktiviti
yang dianjurkan sekolah dan sebagainya. Kesemua senarai semak ini boleh didapati di
dalam fail-fail yang terdapat dalam komputer di pejabat sekolah dan juga bahan-bahan
dalam bentuk folio dan buku yang terdapat di dalam pejabat serta di bahagian-bahagian
panitia setiap mata pelajaran. Dengan cara ini, saya boleh menyiapkan tugasan PBS ini
dengan mudah dan jayanya.

You might also like