You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN TEMENGGONG

MATANG PADAWAN,
93050 KUCHING, SARAWAK

KERTAS KERJA CADANGAN PENUBUHAN


KELAB REKREASI DAN PENGURUSAN
SK TEMENGGONG
2019
1.0 PENGENALAN

Penubuhan Kelab Rekreasi dan Pengurusan merupakan suatu inisiatif kearah


pembinaan dan pembentukan aktiviti dan pengurusan yang berkualiti dalam
mengurus dan mengadakan aktiviti untuk guru-guru sekolah dan staf sokongan di
Sekolah Kebangsaan Temenggong.

Penubuhan kelab ini pada dasarnya adalah untuk memudahkan guru


merancang dan mengurus aktiviti-aktiviti dan pada masa yang sama dapat
mengurus dan merancang pembelanjaan untuk kegunaan perbelanjaan dalam
aktiviti-aktiviti staff. Di samping itu, penubuhan kelab ini juga ingin memudahkan
urusan kerjasama dengan organisasi-organisasi luar dalam mengadakan kerja
sama aktiviti di dalam sekolah dan di luar sekolah.

2.0 MATLAMAT KELAB

Memberi peluang kepada guru-guru dan staf untuk mengembangkan potensi


secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek perkhidmatan dan pengurusan
seterusnya menjadikan Kelab Rekreasi dan Pengurusan sebagai medium
penting dalam membentuk modal insan yang berkompeten selaras dengan
matlamat Wawasan 2020 yang menjadi teras pembangunan kemajuan negara
Malaysia.

3.0 OBJEKTIF KELAB

- Memenuhi saranan Kementerian Pendidikan Malaysia kepada semua


warga pendidik dalam mewujudkan insan yang kreatif dan juga berinovatif.
- Memberi pendedahan kepada para guru dan staff tentang cara menguruskan
sesuatu organisasi dan kaedah berurusan dengan pihak-pihak luar.
- Memupuk semangat berkerjasama berpasukan dan perpaduan di kalangan
pegawai dan pentadbiran sekolah
- Penggerak kepada aktiviti riadhah bagi Guru-guru dan Staff di sekolah
4.0 PENGISIAN PROGRAM DAN AKTIVITI KELAB

- Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat ahli jawatankuasa


apabila tertubuhnya jawatan kuasa kelak.
- Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh pengerusi dan diumumkan kepada
pengetahuan ahli.

5.0 SUMBER KEWANGAN

- Kelab juga boleh memperolehi sumber kewangan melalui aktiviti seperti


jualan air yakult dan sebagainya.
- Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan
besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.
- Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam akaun yang akan
disediakan oleh bendahari bila tertubuhnya jawatankuasa kelak.
- Penyata kewangan akan diaudit dan diedarkan bagi setiap tahun berakhir
pada akhir tahun.

6.0 CADANGAN AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : SUHAIMI BIN HJ HEEP

Setiausaha : NORDINI BIN MADINK

Penolong Setiausaha : MOHAMMAD FAIZER BIN BAHRON

Bendahari : DEWI BINTI BUJANG

AJK :

1. ZELIHA BINTI WAHAP

2. DAYANG FATIMAH BINTI AWANG GOBIL


7.0 PENUTUP

Penubuhan Kelab ini sememangnya ditunggu-tunggu dan diharapkan oleh semua murid
dan guru-guru. Kewujudan kelab ini melambangkan pemuafakatan yang terjalin . Pihak
jawatankuasa yang dilantik akan sedaya upaya dan sepenuh hati berusaha agar segala
aktiviti kelab ini dapat dilaksanakan dengan lebih terancang dan pengurusan yang lebih
tersusun. Semoga atas usaha ini, Allah akan memberkahi dan memberikan rahmat serta
keredhaan dari-NYA di dunia dan akhirat. Insya Allah.

Dicadang oleh: Di Sahkan oleh:

…………………………………………. …………………………………………

MOHAMMAD FAIZER BIN BAHRON SUHAIMI BIN HJ HEEP

Guru Pendidikan Islam Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Temenggong

You might also like