You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN TEMENGGONG (YBA 1333)

PEJABAT PELAJARAN DAERAH ,


DAERAH PADAWAN,
LORONG 17 OFF JALAN KAPOR,
SUNGAI MAONG HILIR,
93150 KUCHING. Tel : 082 -380190

Ruj kami:JPS(W)/SKT/KUR/153/06/05/005/A()
Tarikh : 29 Oktober 2009

Pengarah,
Jabatan Agama Islam Sarawak
Ting.3, Bgnan.Mahkamah Syariah
(Anjung Kiri) Jln.Satok
93676 Kuching,Sarawak
u.p : Ust. Abd.Rahman b. Yakub (Unit KAFA)

Tuan,

PERMOHONAN SIJIL PESERTA KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH BAGI SESI 2009.

Dengan segala hormatnya perkara yang tersebut di atas adalah dirujuk.

2. Sayugia dimaklumkan bahawa SK Temenggong akan mengadakan Majlis Khatamal Quran bagi
pelajar-pelajar tahun 6 (2009) secara beramai-ramai pada 01 November 2009 yang akan datang nanti.

3. Sehubungan itu dengan penuh hormat dan takzimnya kami memohon jasa baik pihak Tuan untuk
menyediakan sijil Khatamal Al-Quran bagi peserta seramai 20 orang yang terdiri dari Pelajar-Pelajar
Tahun 6 (2009) sekolah kami. Majlis itu akan diadakan seperti berikut:

Hari : Ahad
Tarikh : 01 November 2009
Masa : 08.30 pagi.
Tempat : SK Temenggong, Padawan Kuching

4. Sehubungan itu, pihak kami lampirkan bersama surat ini senarai nama peserta yang terlibat
untuk perhatian pihak tuan.

5. Pihak kami merasakan amat berbesar hati jika pihak tuan dapat memperkenankan permohonan
pihak kami. Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan dari pihak tuan diharapkan mendapat berkat
dan keredhaanNya nanti Insya’ Allah.
Sekian, terima kasih,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

( En. Morni B.Hj Untong )


Guru Besar
SK Temenggong,
Padawan, Kuching.

You might also like