You are on page 1of 4

TEKS PENGACARA MAJLIS

AKAD NIKAH PERKAHWINAN


AZMIRUL AZZIKY BIN YUNOS & ZUEBAIRA BINTI BAHRON

PENGACARA MAJLIS : USTAZ MOHD FAIZER BIN BAHRON

……………………………………………………………………………………………………………………

Assalammualaikum wrt wbh

Sirih dijunjung berhias indah

Sekacip pinang pembuka kata

Bunga manggar kilau bercahaya

Dating berkunjung ke majlis meriah

Sejarah terukir nilai permata

Lembaran sejarah kini bermula

Harap semua berikan perhatian

Mohon saya mulakan majlis

Melayang serindit di atas permatang

Merbah berkicau di hujung muara

Pemanis kata selamat datang

Awal bismillah pembuka bicara

Bismillahir Rahmannir Rahim……….

              

      


Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan
untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan
hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan
belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang
menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. ( QS Ar-Rum : 21)

Hari ini menugal jagung

Hari esok memintal tali

Hari ini kita berkampung

Meraikan mempelai dua sejoli

Yang dihormati Ayahanda kami, Encik Bahron Bin Abdullah, selaku tuan rumah kepada
Majlis pernikahan hari ini, yang diraikan pasangan mempelai Zuebaira Binti Bahron &
Azmirul Azziky Bin Yunos.

Yang dihormati ahli keluarga PIHAK LELAKI , Bapa Pengantin lelaki Encik Yunos Bin Erol dan
Ibu Pengantin lelaki Puan Norlia Binti Hamdan.

Saudara mara kedua-dua belah pihak, teman sekerja dan rakan-rakan mempelai, hadirin dan
hadirat para tetamu yang di rahmati Allah SWT sekalian.

Saya, Mohammad Faizer Bin Bahron, Abang kepada Pengantin perempuan merupakan
Pengacara majlis pada hari yang berbahgia ini mengucapkan selamat datang ke :

Majlis Akad Nikah Zuebaira Binti Bahron & Azmirul Azziky Bin Yunos, mempelai berdua
pada hari ini.

Tanpa membuang masa, majlis menjemput Tuan Qadi kita pada hari ini sahabat saya iaitu
Al-Fadhil Ustaz Ahmad Shah Affandie ke tempat majlis Aqad Nikah pada hari ini..majlis
mempersilakan..

Anak Bidayuh memasang lukah

Lukah dipasang di tanjung Selasih

Pengantin lelaki segak melangkah

Mara menuju mahligai kasih


Dipersilakan pengantin lelaki ke Pentas utama

Dengan ini saya menyerahkan majlis kepada Al-Fadhil Ustaz Ahmad Shah Affandie selaku
juru nikah pada majlis pagi yang indah bersejarah ini untuk memulakan upacara akad
nikah…. Di persilakan.

Alhamdulillah dengan sekali lafaz….termeterailah ikatan dua hati di antara Azmirul Azziky
Bin Yunos dan Zuebaira Binti Bahron.

Orang ramai singgah di balai

Tempat berehat rakan dan taulan

Duduk tersenyum kedua mempelai

Moga jodoh sentiasa berkekalan

Anak Bidayuh mengail patin

Mengail patin di tepi titi

Senyum terukir pasangan pengantin

Tanda gembira penuh di hati

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi atas nikmat dan rahmatnya maka sah sudah pasangan
mempelai bergelar suami & Itseri. Maka selesai sudah majlis akad nikah kita pada hari ini.

Bagi tetamu yang baru tiba, saya mengalu-alukan kehadiran tuan puan ke majlis yang
bersejarah ini

“Sesungguhnya manusia sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itulah


menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui
ikatan perkahwinan yang dituntut agama”

Terima kasih di atas kehadiran sanak keluarga, rakan taulan, hadirin dan hadirat pada pagi ini
di atas kesudian meraikan majlis akad nikah pada pagi yg berbahgia ini.

Majlis akan diteruskan dengan acara persandingan sebentar sahaja lagi…

Izinkan saya mengundur diri, mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan
majlis akad nikah pada pagi ini. Berjumpa lagi kita nanti..saya mewakili keluarga besar saya
mengucapkan salam hormat buat semua. Wabillahi taufiq wal hidayah wassalammualaikum
wrt wbh

You might also like