You are on page 1of 2

UCAPAN PIHAK LELAKI

MAJLIS PERTUNANGAN
....... & .......

Bismillah hirrahmaanirrahiim…

Syukur ke hadrat Allah SWT, selawat dan salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad
SAW.

Sebiji kuini setangkai pauh,


Dibeli orang dari Dengkil,
Rombongan ini datangnya jauh,
Saya diminta menjadi wakil.

Saya, ........., merupakan besan dan wakil kepada Puan.............. sekeluarga dalam majlis
ini.

Cantik memanjat pohon ara,


Nampaknya cantik berseri laman;
Besar hajat tidak terkira,
Hendak menyunting bunga di taman.

[ SERAHKAN TEPAK SIREH KEPADA KELUARGA PEREMPUAN ]

Kami berhajat untuk menyunting bunga di taman Enc.... dan Puan..... untuk anak lelaki
yang bernama ......

Rombongan peminangan ini dibuat untuk mendapatkan beberapa persetujuan daripada


pihak perempuan iaitu :

 Peminangan meminang anak gadis yang bernama Nurul Syamimi ini diterima
dengan rela hati tanpa paksaan.
 Yang keduanya, persetujuan wang hantaran semasa majlis pernikahan seperti yang
telah ditetapkan dan dibincangkan.
 Ketiganya, saya sebagai wakil ingin menyerahkan sebentuk cincin tanda ikatan
pertunangan.
 Keempat, saya juga ingin menyerahkan beberapa dulang hantaran iringan sebagai
hadiah sampingan.

Susun di dinding kertas kajang


Kajang disampul lalu diikat
Hendak dirunding tidak panjang
Elok disimpul lalu diikat

Saya berhenti seketika untuk memberikan peluang pihak perempuan untuk


menjelaskan empat perkara yang saya telah saya utarakan tadi. Dipersilakan.
[ UCAPAN PIHAK PEREMPUAN ]

Alhamdulillah, kalau sudah ada persetujuan kedua-dua belah pihak, rasanya bolehla
kita minta ibu kepada pihak lelaki untuk menyarungkan cincin pertunangan kepada
...............

[ UPACARA MENYARUNGKAN CINCIN ]

Selesai sudah majlis kita. Syukur Alhamdulillah. Moga dipermudahkan pula urusan
pernikahan kedua-dua mempelai pada petang ini, insya Allah. Kita tutup majlis kita
dengan bacaan doa selamat.

[ BACAAN DOA ]

You might also like