You are on page 1of 5

TEKS PENGACARA MAJLIS PERPISAHAN PN.

NOR ZILLA BINTI MD IDRIS

TINDAKAN TEKS

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Pn Nor Zilla binti Md.


Idris diiringi Tuan Pengetua dan para pentadbir masuk ke
dalam dewan.

Bismillahirrahmanirrahim ,assalamualaikum wArahmatullahi


wabarakatuh dan salam sejahtera

Yang Berusaha, Tn Hj. Abd. Aziz bin Othman


, Pengetua SMK Palong Timur

Yang dihormati, En. Azman bin Hamli,


YDP PIBG SMK Palong Timur.

Yang diraikan, Pn. Nor Zilla binti Md. Idris,


Mantan Guru Kanan Kokurikulum

Yang dihormati, En Abd. Hadi bin Adman


Guru Penolong kanan pentadbiran
SMK Palong Timur

Cik Norrizah Bt. Mohd Sharif


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
SMK Palong Timur

En Mohd Sarhan Ahzam Bin Abd Aziz


Guru Kanan Pentadbiran Tingkatan 6

Yang dihormati, Barisan Penolong Kanan, Barisan Ketua


Bidang, Barisan guru dan pelajar yang dirahmati ALLAH
sekalian.
TEKS PENGACARA MAJLIS PERPISAHAN PN. NOR ZILLA BINTI MD IDRIS

Selamat Datang ke : Majlis ”Perpisahan sempena Pertukaran”


Puan Norzilla Binti Md. Idris

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Majlis dengan ini menjemput, Muhammad Irfan Bin Samsuri


untuk mengetuai bacaan doa pada hari ini, Majlis
mempersilakan.

Aamiin ya rab bal alamin. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih


kepada Muhammad Irfan di atas kesudian memimpin bacaan doa
itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Tibalah kita ke majlis ucapan. Dijemput Yang berusaha,


Tn hj Abdul Aziz bin Othman, Pengetua SMK Palong Timur
untuk menyampaikan ucapan beliau, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tn Pengetua di atas


kesudiaan memberikan ucapan tadi.
TEKS PENGACARA MAJLIS PERPISAHAN PN. NOR ZILLA BINTI MD IDRIS

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan En.


Azman bin Hamli, YDP PIBG SMK Palong Timur untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Azman atas ucapan yang


telah disampaikan sebentar tadi.

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu


ucapan daripada Yang Diraikan Pn. Nor Zilla Binti Md. Idris,
Mantan GPK Kokurikulum SMK Palong Timur untuk
menyampaikan ucapan beliau. Majlis dengan segala
hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada Yang Diraikan Pn. Nor Zilla atas ucapan itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cendera


kenangan sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang
kita raikan iaitu Pn. Nor Zilla.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin


menjemput dan mempersilakan Tuan Pengetua untuk
mengiringi Yang Diraikan Pn Nor Zilla untuk menerima
cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Acara dimulai dengan kelas…………

Dipersilakan wakil kelas………… untuk menyampaikan


cenderakenangan.…………….
Seterusnya, dipersilakan wakil kelas…….
TEKS PENGACARA MAJLIS PERPISAHAN PN. NOR ZILLA BINTI MD IDRIS

(Mengikut senarai pemberian hadiah)

Itulah tadi upacara penyampaian cendera kenang-kenangan


khusus untuk Yang Diraikan Pn. Nor Zilla Binti Md. Idris.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua


penyampai cendera kenangan sebentar tadi.

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Terima
kasih diucapkan kepada Yang diraikan Pn Nor Zilla kerana
sudi bersama kita pada Tengah hari ini dan kami semua
mendoakan agar Pn Nor Zilla terus ceria, sihat dan sukses di
tempat baru.

Terima Kasih juga diucapkan kepada semua tetamu dan


hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama
memeriahkan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
TEKS PENGACARA MAJLIS PERPISAHAN PN. NOR ZILLA BINTI MD IDRIS

Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah


Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

You might also like