You are on page 1of 7

Bil Acara Teks

Umumkan ketibaan Mengumumkan ketibaan


VIP Yang Berhormat, Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan, Ahli
Paluan kompang Dewan Undangan Negeri Batang Kali, diiringi oleh
En. Mahmud Bin Karim, Yang Dipertua PIBG SK Batang
Kali, bersama En. Samsul Fadilah Bin Asmara, Guru Penolong
Kanan Kokurikulum SK Batang Kali, Guru Penolong Kanan dan
AJK PIBG SK Batang Kali.

Ucapan alu-aluan Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke Kejohanan Sukan


Tahunan SK Batang Kali kali ke-56 bagi tahun 2014.
Yang Berhormat
Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan, ADUN Batang Kali,
Yang Berusaha
En. Mahmud Bin Karim, YDP PIBG SK Batang Kali,
En. Samsul Fadilah Bin Asmara, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum SK Batang Kali,
Yang dihormati
Pn. Hamidah Bt Nipah, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK
Batang Kali,
Pn. Siti Zanariah Bt Jalal, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid SK Batang Kali,

Ahli Jawatankuasa PIBG SK Batang Kali,


Guru-guru, tuan-tuan, puan-puan seterusnya murid-murid SK
Batang Kali yang dirahmati Allah sekalian.

Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola kejohanan mengalu-


alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Kejohanan Sukan
Tahunan SK Batang Kali kali ke-56. Semoga dengan kehadiran
tuan-tuan dan puan-puan akan menyuntik semangat kesukanan
kepada atlit-atlit muda yang akan beraksi dalam acara pada hari ini.

Perbarisan lintas Sebagai pembuka tirai kejohanan sukan tahunan ini, marilah sama-
hormat sama kita saksikan perbarisan lintas hormat semua kontinjen yang
mengambil bahagian.

Menjemput VIP Dengan itu, kami dengan segala hormatnya mempersilakan Yang


menerima tabik Berhormat, Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan, ADUN Batang
hormat dari peserta Kali untuk menerima tabik hormat daripada peserta perbarisan.
perbarisan Dipersilakan.
    MUZIK PERBARISAN

Perbarisan Bendera Perbarisan lintas hormat dimulakan oleh pembawa bendera


kejohanan kejohanan yang diketuai oleh adik Mohd Faiz Izzudin Bin
Azhari. Pembawa bendera Malaysia ialah adik Mohd
Shahrulnizam Bin Osman, pembawa bendera Selangor ialah adik
Mohd Ikhmal Hakimi Bin Anuar dan pembawa bendera sekolah
ialah adik Danial Haiqal Bin Azizul Bahari.

Sementara itu, pembawa bendera kejohanan pula terdiri


daripada adik Sutan Bin Sutan Azril, adik Raphael a/l Dominic,
adik Adam Norzailani Zidan Bin Ismail dan adik Mohd Arif Bin
Aris.

Perbarisan Rumah Menyusul di belakang adalah kontinjen rumah Biru dengan


Biru mottonya ‘Biru Boleh’. Kontinjen ini diketuai oleh adik Izaidiel
Syauqi bin Izlan dan dianggotai seramai 145 orang peserta.
Pembawa sepanduk bagi rumah Biru ialah adik Nurul Anisah bt
Hilmi. Ketua bagi kontinjen rumah Biru ialah Pn Umi Kalsom bt
Zainal Abidin.

Perbarisan Rumah Seterusnya ialah kontinjen daripada rumah Merah yang dianggotai
Merah seramai 135 orang peserta perbarisan dengan mottonya ‘ Lawan
Tetap Lawan’. Kontinjen ini diketuai oleh adik  Mohd Faiq
Taqiuddin bin Azhari. Pembawa sepanduk bagi rumah Merah
ialah adik Adibah Nawal bt Mohd Lokman. Ketua bagi kontinjen
rumah Merah ialah Pn. Idayu bt Mustakim.

Perbarisan Rumah Seterusnya ialah kontinjen daripada rumah Kuning yang dianggotai
Kuning seramai 130 orang peserta perbarisan dengan mottonya ‘ Kuning
Dipersada’. Kontinjen ini diketuai oleh adik Mohd Arif Iqbal bin
Sha’arani. Pembawa sepanduk rumah Kuning ialah adik Nurul
Asmiza bt Sharkawei. Ketua kontinjen rumah Kuning ialah Pn.
Timah bt Awang.

Perbarisan Rumah Kontinjen seterusnya ialah rumah Hijau dengan mottonya ‘Hijau


Hijau Sapu Habis’. Kontinjen ini diketuai oleh adik Mohd Idlan Ikhwan
bin Zailandan disertai seramai 130 orang peserta. Pembawa
sepanduk bagi rumah Hijau ialah adik Amyla Atiqah bt Zainal
Abidin. Ketua kontinjen rumah Hijau ialah Pn Rohaida bt Md Isa.

Kontinjen yang terakhir yang turut memeriahkan acara perbarisan


Prasekolah pagi ini adalah merupakan murid-murid Prasekolah yang terdiri
daripada Prasekolah 1 seramai 25 orang murid di bawah
bimbingan Pn. Rafiza bt Saad dan Prasekolah 2 seramai 25 orang
murid di bawah bimbingan Pn. Siti Hawa bt Shamsudin.
Parasekolah 1 dan 2 turut dibantu oleh Pn. Zakiah bt Omar dan Pn.
Siti Hawa bt Aziz.

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan


Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan kerana sudi menerima tabik
hormat daripada kontinjen perbarisan.

Bacaan Doa Sebagai menyatakan kesyukuran serta memohon keberkatan


marilah kita sama-sama menadah tangan untuk mengaminkan doa
yang akan dibacakan oleh  Ustaz  Mohd Irwan Bin Ismail.
Dipersilakan. ….
 (Bacaan doa)………………..

Majlis merakamkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Irwan Bin


Ismail. Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis kita akan
berjalan dengan lancar serta diberkati oleh Allah s.w.t. Insya-Allah.

Nyanyian Lagu Hadirin yang dihormati sekalian, marilah kita sama-sama berdiri dan
Negaraku seterusnya menyanyikan lagi Negaraku.

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin


dipersilakan duduk.

Ucapan perasmian Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berhormat, Tuan Mat


Nadzari Bin Ahmad Dahlan, ADUN Batang Kali untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan
Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56.  Dengan segala
hormatnya, dipersilakan.
……………………
(bunyi dram perasmian)- KOMPANG

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berhormat, Tuan


Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan di atas ucapan perasmian itu tadi
dan setinggi-tinggi penghargaan kerana sudi merasmikan
Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56.

Upacara menaikkan Majlis diteruskan lagi dengan upacara menaikkan bendera


bendera kejohanan. Untuk itu, dipersilakan 4 orang atlet sekolah untuk
menyempurnakan upacara menaikkan bendera kejohanan.
………….. – LAGU THE FINAL COUNTDOWN
Berkibarlah sudah bendera kejohanan Sukan Tahunan SK Batang
Kali kali ke-56 bagi tahun 2014.

Menjemput Seterusnya, dipersilakan pembawa bendera kontinjen yang


pembawa bendera bertanding maju ke hadapan untuk bersama-sama mengiringi lafaz
mengiringi pembaca ikrar kejohanan yang akan diketuai oleh adik Mohd Faiz Izzudin bin
ikrar Azhari.
………
Lafaz ikrar
kejohanan Majlis merakamkan terima kasih di atas lafaz ikrar kejohanan itu tadi.
Persembahan Silat Bagi meredakan debaran atlet yang bakal bertanding pada hari ini,
marilah kita sama-sama saksikan Persembahan Silat daripada
Pasukan Silat SK Batang Kali. Pasukan Silat ini terdiri
daripada adik Mohd Suhael bin Alpian, adik Mohd Izz Dabiel bin
Mohd Izham, adik Mohd Najmirul Aiman bin Jalaludin, adik
Khairul Zharif Haiqal bin Khairul Azhar dan adik Khairul Zharif
Idham bin Khairul Azhar.

Dipersilakan. – MUZIK SILAT

Majlis merakamkan terima kasih pada Pasukan Silat SK Batang


Kali. Untuk makluman semua, Pasukan Silat ini dibimbing oleh En.
Khairul Afrizal bin Ahmad.

Perbarisan Keluar Majlis diteruskan lagi dengan perbarisan keluar padang oleh
padang kontinjen yang mengambil bahagian untuk masuk ke khemah
masing-masing.

– MUZIK PERBARISAN
………….

Dengan itu maka sempurnalah sudah majlis perasmian Kejohanan


Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56. Majlis merakamkan
terima kasih kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian
dalam perbarisan lintas hormat.

Acara Sukan Hadirin dan hadirat sekalian, sebentar lagi akan dimulakan acara
Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56.

Acara pertama pada hari ini ialah Tarik Tali.

Diminta kepada semua peserta untuk mengambil tempat masing-


masing kerana acara akan dimulakan sebentar lagi.

Untuk itu majlis menjemput Yang Berhormat Tuan Mat Nadzari bin


Ahmad Dahlan untuk ke tengah padang bagi merasmikan acara
pertama. Dipersilakan.

Penyampaian Dengan ini pihak Majlis dengan sukacitanya menjemput dan


hadiah (1) mempersilakan tuan guru besar, En. Mohamad Akhwan Bin
Jamil mengiringi yang berbahagia Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad
Dahlan untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Dipersilakan.

Bagi acara…………
Pingat emas dimenangi oleh adik…..daripada rumah......
Pingat perak pula disandang oleh adik…dari rumah….
Pingat gangsa menjadi milik adik…dari rumah...
........................
Majlis merakamkan terima kasih kepada Tuan Mat Nadzari Bin
Ahmad Dahlan kerana telah sudi menyempurnakan majlis
penyampaian hadiah itu tadi.

Sebagai tanda terima kasih daripada kami, dijemput yang berusaha


En. Mohamad Akhwan Bin Jamil bagi menyampaikan cenderamata
kepada Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan di atas kesudian
merasmikan kejohanan dan menyampaikan hadiah kepada para
pemenang.

Terima kasih diucapkan kepada En. Mohamad Akhwan Bin Jamil


kerana sudi menyampaikan cenderamata itu tadi.
Penyampaian Hadirin dan hadirat sekalian,
Hadiah(2) Kejohanan Sukan Tahunan berehat sebentar untuk memberi laluan
kepada upacara penyampaian hadiah.
Seterusnya majlis penyampian hadiah bagi
acara ______________________________

Untuk menyempurnakan penyampian hadiah ini, pihak majlis


mempersilakan:
Nama:
Jawatan:
Dengan diiringi oleh
Nama:
Jawatan:
Dipersilakan tuan.

Bagi acara ...............................
Emas dimenangi oleh adik...dari rumah...
Perak dimenangi oleh adik...dari rumah...
Gangsa dimenangi oleh adik...dari rumah..

Majlis merakamkan terima kasih kepada yang


berbahagia/berusaha Encik.....(jawatan) kerana telah sudi
menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.

Seterusnya dipersilakan  .............................. menyampaikan


cenderahati kepada ...................................
Pihak majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih.

Seterusnya adalah penyampaian hadiah kepada olahragawan dan


olahragawati sekolah.
Dipersilakan:
Penerima Anugerah Olahragawan kejohanan disandang oleh
adik....................................................................
Penerima Anugerah Olahragawati kejohanan disandang oleh
adik.....................................................................

Bagi kategori Perbarisan terbaik disandang oleh:


 rumah.....................................................
Johan Sukantara jatuh kepada rumah ..............................................
Dan Johan keseluruhan bagi Kejohanan Sukan Tahunan SK
Batang Kali kali ke-56, jatuh pada:   rumah...................................

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Majlis penutupan
kejohanan dan Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56 kini tiba ke
penyampian hadiah penghujungnya.
ketegori khas(6)
Oleh itu, semua murid diminta berhimpun di tengah padang
mengikut rumah masing-masing.

(marching song)

Seterusnya, tibalah acara kemuncak Kejohanan Sukan Tahunan SK


Batang Kali kali ke-56. Oleh itu, dijemput En. Mohamad Akhwan Bin
Jamil, Guru Besar SK Batang Kali untuk menyampaikan ucapan
penutupan Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali.
Dengan hormatnya dipersilakan.

Kami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima


kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam membantu menjayakan dan melicinkan perjalanan
Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56 pada tahun ini.
.................................................................

Sekarang kita tampilkan En Samsul Fadilah Bin Asmara ke tengah


padang untuk melaungkan hip-hip hooray sebanyak 3 kali sebagai
penutup Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56.
Dipersilakan.

Akhir kata dari kami


Majulah sukan untuk negara. Assalamualaikum w.b.t

You might also like