You are on page 1of 15

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN


SK AYER ITAM KALI KE-58 (2018)
Oleh: Rohaida Jaafar

Bil Acara Teks


Umumkan Mengumumkan ketibaan
ketibaan VIP Yang Berusaha En Azhar Bin Hanapi Yang Dipertua
Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Ayer Itam,
(pasang muzik diiringi Pn SALIZAWATI BINTI OMAR,
paluan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ayer Itam,
kompang) En Zainal Bin Ismail, Naib Yang Dipertua PIBG
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas
dan AJK PIBG Sekolah Kebangsaan Ayer Itam sesi 2018
Ucapan Assalamualaikum w.b.t
alu-aluan Salam Sejahtera,
(vip) Salam Negaraku Malaysia
Selamat datang ke KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN
SEKOLAH KEBANGSAAN AYER ITAM KALI KE - 58
TAHUN 2018.

Yang Berusaha
Encik Azhar Bin Hanapi, Yang DiPertua Persatuan IbuBapa
dan Guru, Sekolah Kebangsaan Ayer Itam,
Yang Berusaha
Pn SALIZAWATI BINTI OMAR,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ayer Itam,
Yang dihormati
En Zainal Bin Ismail, Naib Yang Dipertua PIBG Sekolah
Yang dihormati
Pn Noor Aznah Binti Taib,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum merangkap Pengerusi
Kejohanan Sukan Tahunan
Pn. Emilia Binti Abu Hasan
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas
En. Mohd Nazmi Bin Ramly,
Penyelaras Program Kejohanan Sukan Tahunan sesi 2018
Ahli Jawatankuasa PIBG SK Ayer Itam,
Guru-guru, tuan-tuan, puan-puan seterusnya murid-murid SK
Ayer Itam yang dirahmati Allah sekalian.
Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola kejohanan
mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KEBANGSAAN
AYER ITAM kali ke-58. Semoga dengan kehadiran tuan-tuan
dan puan-puan akan menyuntik semangat kesukanan kepada
atlit-atlit muda yang akan beraksi dalam acara pada hari ini.

Perbarisan Sebagai pembuka tirai kejohanan sukan tahunan ini, marilah


Lintas hormat sama-sama kita saksikan perbarisan lintas hormat semua
kontinjen yang mengambil bahagian.

Menjemput VIP Dengan itu, kami dengan segala hormatnya mempersilakan dif-
menerima tabik dif jemputan Yang Berbahagia, Encik Azhar Bin Hanapi serta
hormat dari barisan pentadbir untuk turun ke padang bagi acara menerima
peserta tabik hormat daripada peserta perbarisan.
perbarisan Dipersilakan.

   ...........-MUZIK PERBARISAN (matching song)

Perbarisan Perbarisan lintas hormat dimulakan oleh pembawa bendera


Bendera bendera sekolah yang diketuai oleh
kejohanan adik MOHD AIMAN HAKIM

Diiringi oleh pembawa bendera-bendera kejohanan rumah


sukan yang bertanding pada Kejohanan Sukan Tahunan kali ini
terdiri daripada 6 buah pasukan.
1. Perbarisan Hadirin sekalian,
Rumah
Rajawali Mendahului perarakan PASUKAN rumah sukan ialah Rumah
(purple) Rajawali.

Anggun berwarna ungu, melambangkan ketenangan

Dengan MASKOT ___________________________________

Penghulu rumah Rajawali diketuai oleh

ADIK ______________________________________________

Kontinjen rumah RAJAWALI dipimpin oleh PUAN SANTHI A/P


KALIMUTHU

Bermottokan “1 RAJAWALI”. berobjektifkan revolusi baru untuk


bangkit kekal menjadi rumah sukan juara antara juara.

RAJAWALI....era revolusi sukan alaf tahun 2020.

2. Perbarisan Diteruskan dengan PASUKAN Rumah Kenyalang


Rumah
Kenyalang
(oren) Yang BERMASKOT __________________________________

Oren merupakan warna tema yang menjadi simbol


kesejahteraan serta semangat yang membara.

Penghulu rumah ini ialah

ADIK _____________________________________________

Kontinjen rumah ini di ketuai oleh ENCIK SHA’ABAN BIN


SHAIK MYDIN

Bermottokan “KENYALANG PERWIRA” yang bermatlamatkan


kemenangan yang mutlak.

KENYALANG... KITA SAPU BERSIH.


3. Perbarisan Seterusnya siCILIK Prasekolah.
Prasekolah
(putih) Kontinjen Prasekolah dengan kekuatan seramai 48 orang murid
hasil daripada gabungan 2 kelas iaitu Prasekolah Intan Baiduri
dan Prasekolah Intan Delima.

Penghulu kontinjen diketuai oleh


ADIK MOHD DANISH AMANI

MASKOT yang berkikonkan “SPONGEBOB”


melambangkan kelincahan dan semangat setiakawan.

Ketua Kontinjen Prasekolah diketuai oleh Pn suraya Omar dan


Pn Fatimah Othman dan turut dibantu oleh Pn Siti Hazira dan
Cik Norzalifa Athirah.

4. Perbarisan Pelayaran kami tidak terhenti di sini.


Pendidikan
Khas
(hijau purple) Peningkatan sosialisasi perlu bagi setiap murid melibatkan diri
dalam aktiviti kokurikulum untuk memastikan kemenjadian
Murid Kelainan Upaya terus mendapat perhatian di kalangan
masyarakat dunia..

Kontinjen Istimewa daripada PPKI (Program Pendidikan Khas


Integrasi) dengan membawa kekuatan seramai 15 orang.

Penghulu Kontinjen PPKi ialah

ADIK MOHD IKMAL ALIFF

Maskot perbarisan bertemakan ADIWIRA INGGERIS ‘’THE


ZORRO’

Perbarisan ini diketuai oleh Pn Azlina Binti Syed Sulaiman


dan dibantu oleh Pn Noor Azlina dan Pn Noor Farhana Nadia.
5. Perbarisan Berjalan megah melambangkan keberanian.
Rumah
Kasawari Penghulu rumah Kasawari ialah
(biru) ADIK MOHD AMMAR WAFI

Dengan iringan MASKOT ______________________________

Pasukan ini diketuai oleh PUAN NOOR HANIM BT MOHD


SAAD @AHMAD

bermottokan “KASAWARI SEDIA TEMPUR!!’

Biru sebagai warna tema yang melambangkan keberanian,


semangat juang yang tinggi dan tidak akan sekali berputus asa
di arena pertandingan.

6. Perbarisan Seterusnya terakir rumah JENTAYU


Rumah Jentayu
(hijau)
Diketuai oleh ADIK AMSYAR AZKIYA

MASKOT berikonkan _________________________________

Pasukan JENTAYU diketuai oleh PUAN AMINAH BINTI


MOHAMED.

Bermottokan “JENTAYU GAGAH DI ANGKASA”.

Hijau melambangkan pantas, tangkas dan gagah menjulang


pingat kemenangan. Tidak mengenal erti gentar dan muncul
sinar tanpa disedari.

Jentayu BOLEH!!!!
Selesai Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
Lintas Hormat
perbarisan Yang berusaha ENCIK AZHAR BIN HANAPI

Dan BARISAN PENTADBIR SERTA WAKIL PIBG SEKOLAH


dan para tetamu kerana sudi menerima lintas hormat daripada
kontinjen-kontinjen rumah sukan, kontinjen prasekolah dan
kontinjen pendidikan khas.

Terima kasih.

Bacaan Doa Sebagai menyatakan kesyukuran serta memohon keberkatan


marilah kita sama-sama menadah tangan untuk mengaminkan
doa yang akan dibacakan oleh
Ustaz  Mohd Norsafwan Bin Ismail.
Dipersilakan. ….

................ –BACAAN DOA

Amin-amin ya rabba alamin.


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al-Ustaz.

Semoga dengan bacaan doa itu tadi, program sukan tahunan


berjalan dengan lancar serta diberkati.
Insya-Allah.

Nyanyian Lagu Hadirin yang dihormati sekalian,


Negaraku
Bagi menzahirkan semangat cinta akan tanah air,
majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu
Negeri Pulau Pinang.

Hadirin diminta berdiri.


..................... -LAGU NEGARAKU
.................... -LAGU PULAU PINANG

Majlis merakamkan ucapan terima kasih diatas nyanyian itu


tadi.
Menjemput Seterusnya, Majlis Lafaz Ikrar.
7 ORANG
pembawa Dipersilakan pembawa bendera kontinjen maju ke hadapan
bendera untuk bersama-sama mengiringi LAFAZ IKRAR KEJOHANAN
mengiringi yang akan diketuai oleh
pembaca ikrar ADIK MOHD IQHWAN HAZIQ
Dipersilakan.

Lafaz ikrar ………LAFAZ IKRAR


kejohanan
Demikian tadi selesai upacara lafaz Bacaan ikrar Kejohanan
Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Ayer Itam bagi tahun
2018.

Pertunjukan Bagi merengangkan otot dan minda para atlet yang bakal
istimewa bertanding pada hari ini, marilah kita semua bersama-sama
senamrobik melakukan pergerakan kreatif senamrobik untuk pemanasan
badan.

Dipersilakan semua jemputan dif-dif terhormat, warga ibubapa


seluruh ayer itam bersama-sama menyertai senamrobik yang
dibawa khas pasukan mantap dengan Pergerakkan Kreatif
Senamrobik Cergas Sihat

......................– MUZIK SENAMROBIK

Majlis merakamkan jutaan terima kasih pada Pasukan Mantap


Senamrobik. Untuk makluman semua, Pergerakan kreatif ini
diselia khas gabungan mantap ide-ide 7 orang guru pelatih
praktikum dari Universiti Sains Malaysia.

******Diminta semua murid duduk


Ucapan Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan Peneraju
Guru Besar Kepimpinan Pentadbir Sekolah Kebangsaan Ayer Itam,
Pn SALIZAWATI BINTI OMAR

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.


.................................

Terima kasih Puan Guru Besar atas ucapan yang disampaikan.

Ucapan Majlis seterusnya mempersilakan


perasmian Yang Berusaha, ENCIK AZHAR BIN HANAPI
Yang Dipertua Persatuan IbuBapa dan Guru Sekolah
Kebangsaan Ayer Itam
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Ayer Itam
kali ke-58.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.


……………………

Majlis merakamkan terima kasih kepada Encik Azhar Bin


Hanapi di atas ucapan perasmian itu tadi dan setinggi-tinggi
penghargaan kerana sudi merasmikan Kejohanan Sukan
Tahunan SK Ayer Itam tahun 2018

Hadiah..... (baca teks Hadiah 1)


Perbarisan Majlis diteruskan lagi dengan perbarisan keluar padang oleh
Keluar padang kontinjen yang mengambil bahagian untuk masuk ke khemah
masing-masing.

– MUZIK PERBARISAN (matching song)


………….

Dengan itu maka sempurnalah sudah majlis perasmian


Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Ayer Itam
kali ke-58.

Majlis merakamkan terima kasih kepada peserta-peserta yang


mengambil bahagian dalam perbarisan lintas hormat.

Acara Sukan Hadirin dan hadirat sekalian,


(rujuk buku
program)

Sebentar lagi akan dimulakan acara Kejohanan Sukan Tahunan


Sekolah Kebangsaan Ayer Itam TAHUN 2018.

Acara pertama pada hari ini ialah Acara Balapan, Larian pecut
100meter dari Tahun 1 hingga Tahun 6.

Diminta kepada semua PEGAWAI-PEGAWAI DAN HAKIM-


HAKIM KEJOHANAN mengambil tempat masing-masing.

Dan PARA ATLET-ATLET SILA BERSEDIA.


***TEKS PENYAMPAIAN HADIAH 1 ***
Penyampaian
hadiah (1) Dengan ini pihak Majlis dengan sukacitanya menjemput dan
mempersilakan Puan Guru Besar, PUAN SALIZAWATI BINTI
OMAR mengiringi Yang Berbahagia
ENCIK AZHAR BIN HANAPI
untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang-
pemenang bagi acara yang telah selesai dipertandingkan.
Dipersilakan.

Bagi ACARA ________________________________________

Pingat Gangsa berjaya disandang oleh


ADIK ______________________________________________
dari rumah sukan .........................................

Pingat Perak pula disandang oleh


oren-kenyalang ADIK ______________________________________________
purple-rajawali dari rumah sukan ..........................................
hijau-jentayu
biru-kasawari Pingat Emas berjaya diraih oleh
ADIK ______________________________________________
dari rumah sukan ..........................................

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Dipertua PIBG


Sekolah Kebnagsaan Ayer Itam kerana telah sudi
menyempurnakan majlis penyampaian hadiah itu tadi.

Sebagai tanda terima kasih daripada kami, dijemput Yang


Berusaha PUAN SALIZAWATI BINTI OMAR bagi
menyampaikan cenderamata kepada Yang Berusaha Encik
Azhar Bin Hanapi di atas kesudian merasmikan KEJOHANAN
SUKAN TAHUNAN dan menyampaikan hadiah kepada para
pemenang.

Terima kasih.
** TEKS PENYAMPAIAN HADIAH 2 **
Penyampaian
Hadiah(2)
Warga SKAI dihormati,

Kejohanan Sukan Tahunan berehat sebentar untuk memberi


laluan kepada upacara penyampaian hadiah.

Untuk menyempurnakan penyampaian MEDAL / HADIAH,


pihak majlis mempersilakan:

Nama: ENCIK ..............................................................................

Jawatan: ......................................................................................

ACARA ________________________

Pingat Gangsa dimenangi oleh


ADIK _____________________________________________
dari rumah sukan ..................................................
oren-kenyalang
purple-rajawali Seterusnya pingat Perak dimenangi oleh
hijau-jentayu ADIK ______________________________________________
biru-kasawari dari rumah sukan ...................................................

Dan pingat Emas berjaya diSANDANG oleh


ADIK ______________________________________________
dari rumah sukan ...................................................

Majlis merakamkan terima kasih kerana telah sudi


menyempurnakan majlis penyampaian hadiah
sebentar tadi.
** TEKS PENYAMPAIAN HADIAH 3 **
Acara PIBG
dan Belia
Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis dengan ini diteruskan lagi dengan slot Khas

Acara Belia dan Beliawanis dan PIBG.

Acara yang akan dipertandingkan bagi

Kategori Belia (bapa) ialah acara .......................................

Kategori Beliawanis (ibu) ialah acara .......................................

Diminta kepada semua belia/bapa/belaiawanis/ibu dan ajk pibg


untuk mengambil tempat masing-masing kerana acara akan
dimulakan sebentar lagi.

Untuk itu majlis dengan ini menyerahkan kepada Unit


pengurusan acara khas Belia/Beliawanis dan PIBG.
Dipersilakan.

** TEKS PENYAMPAIAN HADIAH 4 **


Penyampaian Salam SUKAN SKAI yang dihormati,
Hadiah(3)
Kategori KHAS Kejohanan Sukan Tahunan SkAI kini tiba ke penghujungnya.

Oleh itu, semua murid diminta berhimpun di tengah padang


mengikut rumah masing-masing.

Seterusnya adalah penyampaian hadiah kepada


OLAHRAGAWAN dan OLAHRAGAWATI SEKOLAH

Anugerah Olahragawan SKAI disandang oleh

Olahragawan ADIK ______________________________________________

Anugerah Olahragawati SKAI disandang oleh

Olahragawati ADIK ______________________________________________

Bagi kategori Perbarisan Terbaik disandang oleh:


RUMAH SUKAN _____________________________________

oren-kenyalang JOHAN SUKANTARA jatuh kepada


purple-rajawali RUMAH SUKAN _____________________________________
hijau-jentayu
biru-kasawari
Dan JOHAN KESELURUHAN Kejohanan Sukan Tahunan
Sekolah Kebangsaan Ayer Itam TAHUN 2018

DENGAN KUMPULAN MATA SEBANYAK : ________ MATA


jatuh kepada:
RUMAH SUKAN _____________________________________

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PEMENANG.


Majlis
penutupan ........................-LAGU ELLA
DENGAN ITU,
Berakhirlah majlis sukan tahunan hari ini.

Pihak pengerusi majlis ingin merakamkan sekalung


penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu
menjayakan dan melicinkan perjalanan Kejohanan Sukan
Tahunan pada tahun 2018.

Dengan itu, menjemput


En Azhar Bin Hanapi YDP PIBG SK AYER ITAM ke tengah
padang untuk melaungkan HIP- HIP HOORAYY sebanyak 3 kali
sebagai penutup Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah
Kebangsaan Ayer Itam kali ke-57. Dipersilakan.
laungan (3x)
mc= hip-hip
murid = hoorayy

Akhir kalam dari kami


*Majulah sukan untuk negara
*TERIMA KASIH WARGA AYER ITAM

You might also like