You are on page 1of 9

TEKS PENGERUSI MAJLIS TEMASYA SUKAN TAHUNAN SEKOLAH RENDAH

INTERGRASI TERAS ISLAM

BIL ACARA TEKS


Ucapan alu-aluan Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke Kejohanan Sukan
Tahunan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Jijan kali ke-5
bagi tahun 2022.

Yang dihormati,
Tn Mohd Fuad bin Zakaria,
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Rasah,
Yang Berusaha,
Ustaz Mohd Suhaimi Bin Salleh,
Pengerusi Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Jijan,
Yang dikasihi,
Encik Wan Mohamad Azizurrahman bin Wan Hashim, Pengerusi
Jawatankuasa JIBG Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam
Jijan,Yang Berusaha,
Ustaz Muhammad Irsyaduddin Bin Mohd Fadzil, Pemangku
Guru Besar Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Jijan,

Ahli Jawatankuasa JIBG, Guru-guru, tuan-tuan dan puan-puan


seterusnya murid-murid Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam
Jijan yang dirahmati Allah sekalian.

Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola Kejohanan


mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke
Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Rendah Integrasi Teras
Islam Jijan kali ke-5 2022.
Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan
menyuntik semangat kesukanan kepada atlit-atlit muda yang akan
beraksi dalam acara pada hari ini, insyaAllah.
Perbarisan lintas Sebagai pembuka tirai kejohanan sukan pada tahun ini, marilah
hormat sama-sama kita saksikan perbarisan lintas hormat semua
kontinjen yang mengambil bahagian.
Menjemput VIP Dengan itu, kami dengan segala hormatnya mempersilakan Tn
menerima tabik Mohd Fuad bin Zakaria,
hormat dari peserta Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Rasah,
perbarisan Ustaz Mohd Suhaimi Bin Salleh,
Pengerusi Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Jijan,
Encik Wan Mohamad Azizurrahman bin Wan Hashim,
Pengerusi Jawatankuasa JIBG Sekolah Rendah Integrasi Teras
Islam Jijan,
Diiringi oleh Ustaz Muhammad Irsyaduddin Bin Mohd Fadzil,
Pemangku Guru Besar Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Jijan,
untuk menerima tabik hormat daripada peserta perbarisan.
Dipersilakan.
- MUZIK PERBARISAN
Perbarisan Bendera Perbarisan lintas hormat dimulakan dengan ketua kontinjen
kejohanan iaitu Adik Muhammad Isyraf Arsyad Bin Nooriman seterusnya
diikuti oleh pembawa bendera Malaysia Iaitu Adik Muhammad
Hazim Najwan Bin Rosli, pembawa bendera Negeri Sembilan
iaitu
Adik Muhammad Iman Nasrullah Bin Mohd Sahid
dan pembawa bendera SRITI iaitu adik
Muhammad Afif Hafiy Bin Mohamed Aziri.

Seterusnya marilah sama sama kita berikan tumpuan kepada


lintasan perbarisan dari pasukan rumah sukan. Kontinjen pertama
yang berarak masuk sekarang ini adalah kontinjen dari RUMAH
BIRU yang diketuai oleh
Adik Syed Muhammad Marwan Bin Wan Muhammad Azizurahman
dengan kekuatan pasukan seramai 31 orang. Dengan Memilih
jerung sebagai Tema , pasukan ini merupakan dibawah bimbingan
Ustaz Aniq Hazim Bin Azizukey dan ustazah wan fatimatul Adnin
Bin Wan Haasan.
Seterusnya menyusul dibelakang ialah kontinjen dari RUMAH
HIJAU yang diketuai oleh Adik
Muhammad Alif Naufal Bin Mohd Shah Rizal dengan kekuatan
pasukan seramai 31 orang. Memilih dinosour sebagai tema ,
pasukan ini merupakan dibawah bimbingan Ustazah Nurizatul
Sazwani Binti Azenan Dan Ustazah Nurain Farhah Binti Nor
Ashikin

Tampil seterusnya adalah perbarisan yang terakhir pada hari ini


IAITU RUMAH MERAH yang diketuai oleh ADIK KHAIRUL
MUHAMMAD ADIB BIN KHAIRUL NAZIM dengan kekuatan
pasukan seramai 32 orang. Memilih HELANG MERAH sebagai
Tema , pasukan ini merupakan dibawah bimbingan Ustazah Nur
Farihah Binti Ab Aziz Dan Ustazah Nur Muzillah Binti
Imamuzel
Untuk makluman para hadirin, tema kejohanan sukan pada tahun
ini ialah bertemakan Haiwan. Untuk itu, suka untuk saya katakana
bahawa Semua rumah sukan telah berganding bahu dalam
menjana idea dan kreativiti demi memastikan kejayaan rumah
sukan masing masing.
Tahniah diucapkan .

Bacaan Doa Sebagai menyatakan kesyukuran serta memohon keberkatan dari


NYA, marilah kita sama-sama menadah tangan untuk
mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh
_______________________________. Dipersilakan.

(Bacaan doa)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih


kepada Saudara_________________________. Semoga dengan bacaan
doa itu tadi, majlis kita akan berjalan dengan lancar serta
diberkati oleh Allah S.W.T.
Insya-Allah.
NYANYIAN LAGU Seterusnya, Majlis diteruskan dengan alunan asmaul husna,
nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri sembilan dan lagu sriti.
Lafaz ikrar Semua hadirin diminta berdiri.
kejohanan
Semua Hadirin dipersilakan duduk.
Seterusnya dipersilakan Adik Muhammad Isyraf Arsyad Bin
Nooriman untuk memimpin bacaan ikrar Kejohanan Sukan
Tahunan Kali Ke 5 Bagi Sesi 2022. Majlis dengan segala
hormatnya dipersilakan.

(Lafaz Ikrar)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Adik Muhammad


Isyraf Arsyad Bin Nooriman
di atas bacaan ikrar sebentar tadi.
Perbarisan Keluar SETERUSNYA Majlis diteruskan lagi dengan perbarisan keluar
padang padang oleh kontinjen yang mengambil bahagian untuk masuk ke
tempat masing-masing.

– MUZIK PERBARISAN

Dengan itu maka sempurnalah sudah majlis perasmian


pembukaan Temasya Sukan Tahunan Sekolah Rendah Integrasi
Teras Islam Jijan Kali Ke 5. Majlis merakamkan ucapan terima
kasih kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam
perbarisan lintas hormat.

Diminta kepada semua peserta untuk bersedia tempat masing-


masing kerana acara akan dimulakan sebentar lagi. Saya serahkn
majlis ini kepada pengulas acara iaitu Ustaz Muhammad
Irsyaduddin Bin Mohd Fadzil . Terima kasih.

Hadirin sekalian . majlis mengalu alukan kedatangan ustaz khairil


anuar bin mohd wafa yang merupakan selaku Yang Dipertua Pas
kawasan Kawasan Rasah.
Ucapan Penutup VIP
Sekarang tibalah masa untuk ke agenda seterusnya iaitu ucapan
penutupan KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH RENDAH
INTEGRASI TERAS ISLAM JIJAN KALI KE 5 yang akan
disampaikan oleh ustaz khairil anuar bin mohd wafa , Yang
Dipertua Pas kawasan Rasah

Dengan hormatnya dipersilakan.


--------------------------------------------------------------------

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Khairil Anuar Bin Mohd


Wafa , Yang Dipertua Pas kawasan Rasah diatas kesudian
menyampaikan ucapan sebentar tadi.
Penyampaian Seterusnya tibalah masa ke acara yang ditunggutunggu iaitu
hadiah penyampaian hadiah kepada para pemenang.
pihak majlis dengan sukacitanya menjemput dan
mempersilakan Pemangku Guru Besar Sekolah Rendah
Integrasi Teras Islam Jijan, Ustaz Muhammad Irsyaduddin Bin
Mohd Fadzil mengiringi Yang Berbahagia Ustaz Mohd Suhaimi
Bin Salleh Pengerusi Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam
Jijan,
untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Dipersilakan.
Kita mulakan dengan pengumuman pemenang bagi acara
Sukaneka.

(UMUM PEMENANG)

Majlis merakamkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Suhaimi


Bin Salleh kerana telah sudi menyempurnakan majlis
penyampaian hadiah itu tadi.
Seterusnya kita teruskan penyampaian hadiah kepada pemenang
bagi acara olahraga.
Untuk itu pihak majlis dengan sukacitanya menjemput dan
mempersilakan Encik Wan Mohamad Azizurrahman bin Wan
Hashim, Pengerusi Jawatankuasa JIBG Sekolah Rendah Integrasi
Teras Islam Jijan,
mengiringi Tn Mohd Fuad bin Zakaria,
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Rasah, untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang

Olahraga - 100 meter lelaki ( Tahap 1)


Olahraga - 100 meter perempuan ( Tahap 1)
Olahraga - 100 meter lelaki ( Tahap 2)
Olahraga - 100 meter perempuan ( Tahap 2)
Olahraga - 4x100 meter lelaki ( Tahap 1)
Olahraga - 4x100 meter lelaki ( Tahap 2)
Olahraga - 4x100 meter Perempuan (Terbuka)
Pingat gangsa menjadi milik adik…..daripada rumah......
Pingat perak pula disandang oleh …..daripada rumah......
Pingat emas dimenangi oleh adik…..daripada rumah......

Seterusnya tibalah masaya untuk saya mengumumkan pemenang


bagi acara bola sepak 7 sebelah. Untuk pengetahuan semua , acara
bola sepak 7 sebelah kita telah adakan pada 22 jun 2022
bertempat di padang kampung Jijan
Baiklah pemenang :
tempat ke 3 jatuh kpd
Rumah HIJAU.
Tempat kedua jatuh kepada Rumah biru
Dan johan bagi acara bola sepak 7 sebelah jatuh kepada
Rumah merah

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.


Majlis merakamkan terima kasih kepada Tn Mohd Fuad bin
Zakaria,
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Rasah dan
Encik Wan Mohamad Azizurrahman bin Wan Hashim,
Pengerusi Jawatankuasa JIBG Sekolah Rendah Integrasi
Teras Islam Jijan, kerana telah sudi menyempurnakan majlis
penyampaian hadiah itu tadi.

Seterusnya kita teruskan penyampaian hadiah


kepada Olahragawan dan Olahragawati sekolah, hadiah
kategori Perbarisan terbaik , dan hadiah Johan keseluruhan
bagi Temasya Sukan Tahunan Sekolah Rendah Integrasi
Teras Islam Jijan Kali Ke 5. Untuk itu pihak majlis dengan
sukacitanya menjemput dan mempersilakan Pemangku Guru
Besar Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Jijan, Ustaz
Muhammad Irsyaduddin Bin Mohd Fadzil mengiringi Ustaz
Khairil Anuar Bin Mohd Wafa , Yang Dipertua Pas kawasan
Rasah, untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang

Penerima Anugerah Olahragawan kejohanan disandang oleh


adik....................................................................
Penerima Anugerah Olahragawati kejohanan disandang oleh
adik.....................................................................

Bagi kategori Perbarisan terbaik disandang oleh:


rumah.....................................................

Johan keseluruhan Temasya Sukan Tahunan Sekolah Rendah


Integrasi Teras Islam Jijan Kali Ke-5 jatuh
kepada rumah...................................

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Majlis merakamkan terima kasih kepada Ustaz Khairil Anuar Bin


Mohd Wafa , Yang Dipertua Pas kawasan Rasah, kerana telah
sudi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah itu tadi.

Seterusnya, tibalah acara penutup Temasya Sukan Tahunan


Ucapan Penutup Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Jijan Kali Ke-3. Oleh itu,
dijemput Ustaz Muhammad Irsyaduddin Bin Mohd Fadzil,
pemangku Guru Besar
Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Jijan, untuk
menyampaikan ucapan penutupan Temasya Sukan Tahunan
Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Jijan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih kepada Ustaz Muhammad Irsyaduddin Bin


Penutup oleh Mohd Fadzil, pemangku Guru Besar Sekolah Rendah Integrasi
Pengerusi Majlis Teras Islam Jijan, diatas kesudian menyampaikan ucapan
Kami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam membantu menjayakan dan melicinkan
perjalanan Temasya Sukan Tahunan Sekolah Rendah Integrasi
Teras Islam Jijan Kali Ke-5 pada tahun ini.

Jumpa lagi untuk kejohanan sukan akan datang


Akhir kata dari kami,
Majulah sukan untuk negara. Assalamualaikum W.B.T

You might also like