You are on page 1of 9

PERKARA/ PENGUMUMAN CATA

PEMBACA TAN
PENGUMUMAN Mengumumkan ketibaan,
KETIBAAN
Yang Dihormati Encik Nazarul bin Jaafar, Pegawai Tadbir Ketua
Bahagian Pembangunan Komuniti Majlis Perbandaran Pasir Gudang
diiringi Cikgu Haji Zainuddin bin Haji Mohd Alie, Guru Besar Sk Kota
Masai, Encik Hairul Nizam bin Zainol Abidin, Yang Dipertua PIBG Sk
Kota Masai, barisan pentadbir dan ahli jawatankuasa PIBG.

PERARAKAN Hadirin, 
MASUK
PERBARISAN
RUMAH SUKAN Marilah sama-sama kita berikan tumpuan kepada perarakan lintas Coklat
hormat perbarisan rumah sukan. Sebelum itu, pihak majlis -
menjemput dan mempersilakan  Yang Dihormati Encik Nazarul bin gimna
Jaafar, Pegawai Tadbir Ketua Bahagian Pembangunan Komuniti Majlis stik
Perbandaran Pasir Gudang   diiringi Cikgu Haji Zainuddin bin Haji Ungu
Mohd Alie, Guru Besar Sk Kota Masai untuk menyempurnakan Hijau
perarakan lintas hormat. Dipersilakan. Merah
Mero
n
Perarakan lintas hormat ini diketuai dengan pembawa bendera Biru
kejohanan yang dipimpin oleh Saudara Hafiy Ziyad bin Mohd Kunin
Fairuz dari kelas 6 Bestari. g
Merah
Jambu
Hadirin di hormati ,

Kontinjen pertama yang berarak masuk merupakan kontinjen


dari rumah sukan coklat dengan keunggulan pahlawan Megat
Terawis. Berlandaskan motto pasukan 

"___________________________________________________
_________________________" 

Pasukan Coklat.   

*********

Menyusul di belakang ialah kontinjen dari rumah ungu dengan


perwira sejati Rosli Dhobi. Dengan motto 

"___________________________________________________
______________________" pasukan rumah ungu .

************

Menyusul seterusnya adalah dari kontinjen rumah meron


bertunjangkan perwira bangsa dato bahaman. Dengan
bertunjangkan motto 

"___________________________________________________
_____________________"

Pasukan rumah meron .

***********

Tampil seterusnya, adalah kontinjen dari rumah biru yang setia


bersama pahlawan  Mat Kilau berteraskan motto pasukan 

Pasukan rumah biru .

************

Kontijen seterusnya yang memeriahkan acara perbarisan pada


pagi ini adalah dari rumah merah jambu berlaksamanakan
perwira Rentap. Berpegang kepada motto pasukan 

"___________________________________________________
______________________"

Pasukan rumah merah jambu .

************

Kontinjen seterusnya, dari rumah merah  dengan kemegahan


pahlawan Dol Said.                   . Dengan motto pasukan 

"___________________________________________________
______________________"

Pasukan rumah merah .

************

Seterusnya, kontinjen dari rumah Hijau berjuang bersama


pahlawan Tok Janggut. Bersama motto  

"
____________________________________________________
___________________"

Pasukan  Hijau .
************

Dan kontijen terakhir ialah kontinjen dari rumah kuning dengan


pejuang bangsa Pahlawan Mat Salleh. Dengan motto 

"
____________________________________________________
_______________________" pasukan kuning .

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada  Yang Dihormati


Encik Nazarul bin Jaafar, Pegawai Tadbir Ketua Bahagian
Pembangunan Komuniti Majlis Perbandaran Pasir Gudang  dan Cikgu
Haji Zainuddin bin Haji Mohd Alie, Guru Besar Sk Kota Masai atas
kesudian menyempurnakan  perarakan lintas hormat sebentar
tadi.

KATA SALUTASI
Melati tumbuh kuntum sekata,
Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Salam sembah pembuka bicara.

Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring di tepi kali,
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu illahi

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Yang Dihormati,
Encik Nazarul bin Jaafar,
Pegawai Tadbir Ketua Bahagian Pembangunan Komuniti 
Majlis Perbandaran Pasir Gudang

Yang Berusaha,
Cikgu Haji Zainuddin bin Haji Mohd Alie,
Guru besar SK Kota Masai;

Yang dihormati,
En. Hairul Nizam bin Zainol Abidin,
Yang dipertua PIBG SK Kota Masai;

Barisan guru penolong kanan, para guru, dif-dif jemputan, tuan -


tuan, puan - puan serta hadirin yang dimuliakan.
Sesungguhnya kami, amat berbesar hati serta menghulurkan
salam menyambut mesra kehadiran tuan puan serta dif-dif
jemputan ke Hari Kemuncak Kejohanan Olahraga Tahunan SK
Kota Masai kali ke-16 bagi Tahun 2020.

NYANYIAN Hadirin yang dihormati,


LAGU  
Seterusnya adalah nyanyian " LAGU BANGSA JOHOR" dan " LAGU
SEKOLAH"
Hadirin dipersilakan berdiri.
 
*Hadirin dipersilakan duduk.

BACAAN DOA Hadirin yang dihormati,

Awal pertama, marilah sama-sama kita merafakkan kesyukuran


ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan izin dan inayahnya dapat
kita bersama-sama menjayakan Kejohanan Olahraga Tahunan
SK Kota Masai kali ke-16 pada hari ini.

Doa dipohon restu dipinta, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan Ustaz Muhammad Yasir bin Zainal Abidin untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan. 
 
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Muhammad
Yasir bin Zainal Abidin atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

MENAIKKAN
BENDERA Hadirin yang dihormati,
KEJOHANAN Majlis diteruskan lagi dengan upacara menaikkan bendera
DAN IKRAR kejohanan.
KEJOHANAN
( MURID AKAN MENAIKKAN BENDERA)

Seterusnya, dipersilakan SAUDARA Hafiy Ziyad bin Mohd Fairuz


untuk memimpin bacaan ikrar kejohanan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan terima kasih kepada SAUDARA Hafiy Ziyad


bin Mohd Fairuz                                                        atas pimpinan
ikrar kejohanan sebentar tadi.

UCAPAN ALUAN
GURU BESAR Hadirin yang dimuliakan,
Mudik di sungai mendayung sampan
Sampan didayung ke laut dalam
Sudilah lah tuan memberi ucapan
Kata aluan pemanis kalam

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Cikgu Haji


Zainuddin bin Haji Mohd Alie, Guru Besar Sk Kota Masai untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.

 Majlis mengucapkan terima kasih.

UCAPAN Tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin yang dikasihi,


PERASMIAN
Daun semulur di pekan sari
Batang jerami rebah ke bumi
Madah dihulur sembah diberi
Kata perasmi hajatnya kami

Seterusnya majlis dengan segala hormat dan ta’zimnya


mempersilakan Yang Dihormati Encik Nazarul bin Jaafar, Pegawai
Tadbir Ketua Bahagian Pembangunan Komuniti Majlis Perbandaran
Pasir Gudang  untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Majlis Kejohanan Olahraga Tahunan SK Kota Masai
kali ke-16 bagi Tahun 2020.
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
 
(Gimik Perasmian)

Begitulah tadi simbolik perasmian Kejohanan Olahraga Tahunan


SK Kota Masai Kali ke-16 Tahun 2020. Majlis merakamkan
penghargaan dan terima kasih kepada  Yang Dihormati Encik
Nazarul bin Jaafar, Pegawai Tadbir Ketua Bahagian Pembangunan
Komuniti Majlis Perbandaran Pasir Gudang  atas kesudian merasmikan
majlis pada hari ini.

PENYAMPAIAN Tuan-tuan dan puan-puan,


CENDERAMATA
KEPADA Burung Nuri dipandang dara,
PERASMI Hingga di beranda di tengah laman,
Cenderamata diberi seikhlas jiwa,
Sebagai tanda buat kenangan.

Seterusnya, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih,


dipersilakan, Cikgu Haji Zainuddin bin Haji Mohd Alie, Guru Besar Sk
Kota Masai untuk menyampaikan cenderamata kepada  Yang
Dihormati Encik Nazarul bin Jaafar, Pegawai Tadbir Ketua Bahagian
Pembangunan Komuniti Majlis Perbandaran Pasir Gudang   .
Dipersilakan 

Majlis mengucapkan terima kasih kepada  Yang Dihormati Encik


Nazarul bin Jaafar atas kesudian menerima cenderamata sebentar
tadi.

Majlis juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang


Berusaha Cikgu Haji Zainuddin bin Haji Mohd Alie atas
penyempurnaan penyampaian cenderamata itu tadi.

PERARAKAN Hadirin yang dihormati, 


KELUAR
PERBARISAN Acara seterusnya adalah perarakan keluar kontinjen perbarisan.
PERSEMBAHAN Hadirin yang dihormati,
SENAMROBIK Kelihatan di atas padang pasukan aerobik sekolah sedang bersiap
sedia untuk membuat persembahan. Dengan itu, sama-sama kita
saksikan persembahan aerobik dari murid-murid SK Kota Masai.
Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih. Berikan tepukan gemuruh sekali


lagi buat pasukan aerobik sekolah atas persembahan yang menarik itu
tadi.

Untuk makluman hadirin, persembahan aerobik sebentar tadi telah


dipimpin oleh 

ACARA 100 M Hadirin,


L12 & P12
Seterusnya, apa kata kita tumpukan perhatian kepada acara
yang akan berlangsung sebentar sahaja lagi iaitu acara 100M
L12 akhir dan acara 100M P12 akhir.

PENYAMPAIAN  Sidang hadirin yang dimuliakan,


HADIAH
Seterusnya adalah acara penyampaian hadiah.

Untuk itu, pihak majlis menjemput dan mempersilakan Yang


Berhormat Tuan Gopalakrishnan A/L Subramaniam, Ahli Dewan
Undangan Negeri Johor Dun Tiram diiringi Cikgu Haji Zainuddin bin
Haji Mohd Alie, Guru Besar SK Kota Masai untuk menyempurnakan
acara penyampaian hadiah.

(Nama pemenang)
 Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian
Yang Berhormat menyampaikan hadiah sebentar tadi.

PEMERIKSAAN Hadirin yang dimuliakan,


KHEMAH
RUMAH SUKAN Majlis pada pagi ini diteruskan dengan diteruskan dengan acara
lawatan ke khemah rumah sukan. Untuk itu, majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan Yang Berhormat Tuan
Gopalakrishnan A/L Subramaniam, Ahli Dewan Undangan Negeri
Johor Dun Tiram diiringi Ahli 
Jawatankuasa PIBG SK Kota Masai untuk menyempurnakan
pemeriksaan khemah rumah sukan. Dipersilakan.

Untuk makluman para hadirin, Tema Kejohanan Sukan pada


tahun ini ialah                         . Semua rumah sukan telah
berganding bahu dalam menjana idea dan kreativiti demi
memastikan kejayaan rumah sukan masing-masing. 

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Tuan


Gopalakrishnan A/L Subramaniam, Ahli Dewan Undangan Negeri
Johor Dun Tiram atas penyempurnaan acara itu sebentar tadi. 

JAMUAN Hadirin,
MAKAN
Terbang rendah burung merbah,
Hinggap berdua di pohon ara,
Penganan mulia terletak sudah,
Dijemput tuan menjamu selera.

Sama-sama kita berikan laluan mesra kepada, Yang Berhormat


Tuan Gopalakrishnan A/L Subramaniam, Ahli Dewan Undangan Negeri
Johor Dun Tiram, barisan pentadbir serta dif-dif jemputan ke
laman selera untuk menikmati juadah yang telah disediakan.
Dipersilakan.

ACARA 100M
P10, 100M L10,
100M P11,
100M L11
ACARA IBU
BAPA

PENYAMPAIAN
HADIAH ACARA
100M L&P 10,
100M L&P 11, 
IBU BAPA (YDP
PIBG & GPK
KOKO)
PERTANDINGAN
SORAK

ACARA 4 X 100
M L12, P10,
P11, P12
PENYAMPAIAN
HADIAH ACARA
4 X 100M (NYDP
PIBG & GPK
HEM)
ACARA 4 X
100M L10,
4X100M L11,
4X100M L12
JEMPUTAN
PENYAMPAIAN
HADIAH  ACARA
4 X 100M L10,
4X100M L11,
4X100M L12
JEMPUTAN
ACARA TARIK
TALI GURU

MAJLIS
PENUTUP DAN Hadirin yang dihormati,
PENYAMPAIAN
HADIAH Sebentar lagi tibalah acara penutup dan penyampaian hadiah
bagi acara yang telah dipertandingkan. Untuk itu semua murid
diminta berhimpun ke tengah padang untuk meneruskan acara.
Dipersilakan. 

Sekarang adalah acara penyampaian hadiah bagi acara yang


baru dipertandingkan sebentar tadi. Untuk itu, majlis dengan
segala hormatnya menjemput yang berusaha Cikgu Haji
Zainuddin bin Hj Mohd Alie diiringi Cikgu Zaharel bin Atan, Guru
penolong kanan kokurikulum bagi menyempurnakan acara.
Dipersilakan.   
PENUTUP Hadirin yang dihormati,

Seterusnya, adalah upacara menurunkan bendera kejohanan.


Untuk itu, dipersilakan semua pentadbir dan tetamu jemputan
ke podium untuk acara penurunan dan penyerahan bendera
kejohanan. Dipersilakan.

Upacara menurunkan bendera kejohanan. 

Tuan-tuan dan puan-puan,


Majlis kita pada hari ini telah sampai ke penghujungnya.
Kami mewakili pihak majlis dengan rendah hati memohon
ampun dan maaf atas segala keterlanjuran bicara, tutur dan
tingkah.

Sama-sama kita akhiri Kejohanan Olahrga Tahunan SK Kota


Masai kali ke-15 ini dengan nyanyian lagu ‘Negaraku’

Sekian, terima kasih

Majlis bersurai.......

You might also like