You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN SUALOK, BELURAN


W.D.T 26 90109 BELURAN, SABAH
E-mel: sekolah-7739@moe-dl.edu.my
___________________________________________________________________________

Tarikh: 2 Disember 2022

Hai Joo Bakery & Confectionery Sdn. Bhd.


52, Ground Floor, Jalan Bdc,
Medan Usaha Bdc,
90000 Sandakan, Sabah.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN ROTI UNTUK PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT


BERUNIFORM SK SUALOK TAHUN 2022

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan


Sualok akan menganjurkan Perkhemahan Unit Beruniform Tahun 2022 yang
melibatkan 100 orang murid Tahap 2 pada ketetapan berikut:

Tarikh : 6 - 8 Disember 2022


Tempat : SK Sualok, Beluran

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon sumbangan roti untuk


digunakan semasa perkhemahan.

4. Sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut boleh berhubung terus dengan guru
tersebut, En. James bin Emus (0148625336)

5. Besarlah harapan kami jika sekiranya pihak Tuan/Puan dapat mempertimbangkan


permohonan ini. Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan didahulukan dengan
ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

_____________________
(EN. BAKRI BIN OMAR@DIU)
Guru Besar SK Sualok, Beluran

You might also like