You are on page 1of 1

s

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TAWAU
PETI SURAT 62281, 91032 TAWAU
Tel:089766818
SABAH MALAYSIA
Fax:089-759518
Email:xba3070@gov.moe.my

Ruj. Kami : SKTT.600-3/5/1 ( )


Tarikh : 19 Julai 2022

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan St. Patrick Tawau

Tuan,

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA BALING

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa, pihak sekolah ingin mengadakan perlawanan persahabatan dengan


pihak pasukan bola baling tuan.

3. Tujuan perlawanan persahabatan ini diadakan untuk menjalinkan hubungan persahabatan


antara kedua-dua belah pihak supaya dapat memantapkan pasukan bola baling sekolah masing-
masing yang akan menyertai pertandingan bola baling peringkat Majlis Sukan Sekolah-sekolah pada
hujung bulan Julai ini.

4. Perlawanan ini akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 23 Julai 2022


Masa : 7:00 pagi
Hari : Sabtu
Tempat : Sekolah Kebangsaan St. Patrick Tawau

5. Kami berharap agar mendapat jawapan daripada pihak tuan sebelum 21 Julai 2022 supaya
kami dapat membuat persiapan yang rapi. Diharapkan pihak tuan sudi mengadakan perlawanan
persahabatan ini.  Kami akhiri dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“KE ARAH KECEMERLANGAN SUKAN DAN KOKURIKULUM”

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(SULAIMAN BIN WABI)


Guru Besar ,
S.K. Taman Tawau,
Tawau.

s.k.: 1. Fail.

You might also like