You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pejabat Pendidikan Daerah Kudat


Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Tel : 088-622636
Peti Surat 319 Fax : 088-614033
89058 Kudat, Sabah E-mel :ppd.kdt@moe.gov.my
_______________________________________________________________________________________________________________________
Rujukan : PPDKDT/SPD/1300-17 ( )
Tarikh : 20 Oktober 2022

Pengurus
Kudat Hakka Association
P.O. Box 120
89057 Kudat, Sabah

Tuan/Puan,
TEMPAHAN DEWAN HAKKA ASSOCIATION, KUDAT BAGI PROGRAM
PERHIMPUNAN BULANAN DAN JERAYAWARA PENGARAH JPN SABAH ZON 6
TAHUN 2022
Dengan segala homatnya saya diarah merujuk perkara diatas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Kudat akan
mengadakan Program Perhimpunan Bulanan dan Jerayawara Pengarah JPN Sabah
Zon 6 Tahun 2022 seperti ketetapan berikut;
Tarikh : 03 NOVEMBER 2022 (Khamis)
Raptai : 02 November 2022
Masa : 6.30 pagi – 5.30 petang

3. Sehubungan itu, Pejabat Pendidikan Daerah Kudat ingin menempah dewan


termasuk kemudahan kerusi meja dan PA System dewan bagi menjayakan majlis
tersebut. Untuk makluman pihak tuan juga, kami akan mengadakan raptai penuh sehari
sebelum acara berlangsung, iaitu pada 02hb November 2022(Rabu).

4. Sebarang pertanyaan berkenaan hal ini hubungi Puan Anna Michael, Penolong
Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Perancangan, PPD Kudat di talian 010-5186070.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menjalankan amanah,

TN HAJI KUSDI BIN RIBUT


PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
Pejabat Pendidikan Daerah Kudat

Sk. Fail

You might also like