You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk


36100 Bagan Datuk
Pejabat Am : 05 – 646 6436
Perak Darul Ridzuan Pejabat PPD : 05 – 646 6439
Faks : 05 – 646 6418
E-Mel Rasmi : ppdbagandatuk@moe.gov.my

“PENDIDIKAN BERKUALITI, SEKOLAH UNGGUL, MURID HOLISTIK”

Ruj. Kami : PPD.BGD. 600-8/3/1 ( 1 )


Tarikh : 9 SEPTEMBER 2022
Guru Besar
Sekolah Rendah Daerah Bagan Datuk

Tuan,

TAKLIMAT PENYELARASAN PROGRAM BANTU MEMBACA KPM TAHUN 2022

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak
tuan yang selanjutnya.

2. Dimaklumkan bahawa Sektor Pembelajaran, PPD Bagan Datuk akan mengadakan


taklimat tersebut seperti ketetapan yang berikut :

TARIKH / HARI : 12 SEPTEMBER 2022 / ISNIN


MASA : 2.30 PETANG – 4.30 PETANG
MEDIUM : SECARA GOOGLE MEET
PAUTAN : http://meet.google.com/gnj-bdwa-jvt

3. Sehubungan itu, mohon kerjasama daripada pihak tuan untuk membenarkan pegawai
tuan iaitu PENOLONG KANAN PENTADBIRAN @ GURU KANAN PENTADBIRAN,
KETUA PANITIA BAHASA MELAYU dan GURU PEMULIHAN KHAS untuk mengikuti
taklimat tersebut.

4. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas, sila berhubung terus dengan En. Rusli bin
Mohd Yusof, Pegawai SISC+ Bahasa di talian 019-5758762.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(MOHD FAHMI BIN TAJUID)


Timbalan PPD Pembelajaran
b/p Pegawai Pendidikan Daerah Bagan Datuk

SEJAHTERA RAKYAT DARUL RIDZUAN


sila nyatakan nombor rujukan surat ini semasa berhubung

You might also like