You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN (2) TAMAN KERAMAT


TAMAN ENGGANG TIMUR 1,
TAMAN KERAMAT
54200 KUALA LUMPUR Kod Sekolah : BBA 7301
No Tel : 03-42573546, No Fax : 03-42568867
Email : bba7301@btpnsel.edu.my
____________________________________________________________________________

Ruj. Kami : SK2TK 600-3/5/12 ( )


Tarikh : 1 OGOS 2022

Kepada

Ahli Jawatankuasa PIBG,


Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SK (2) Taman Keramat

Tuan/puan,

JEMPUTAN KE KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-32 TAHUN 2022

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan tuan/puan adalah dijemput hadir ke kejohanan di atas pada tarikh seperti keterangan
berikut:
Tarikh : 14 OGOS 2022
Hari : AHAD
Masa : 7.30 PAGI - 12.30 TENGAHARI
Tempat : PADANG SEKOLAH SK (2) TAMAN KERAMAT

3. Sehubungan itu, pihak Sekolah Kebangsaan (2) Taman Keramat dengan berbesar hati dan penuh
takzimnya menjemput tuan/puan untuk bersama-sama turut serta dalam Kejohanan Olahraga Tahunan SK (2) Taman
Keramat Tahun 2022 ini.

4. Kesudian dan jasa baik tuan/puan menerima jemputan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih. Semoga dengan kehadiran tuan ke majlis tersebut dapat
memeriahkan lagi Kejohanan ini.

Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan amat kami hargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………………………
(PUAN ZAITON BINTI AHMAD)
Guru Besar
SK (2) Taman Keramat
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SEKOLAH KEBANGSAAN (2) TAMAN KERAMAT
TAMAN ENGGANG TIMUR 1,
TAMAN KERAMAT
54200 KUALA LUMPUR Kod Sekolah : BBA 7301
No Tel : 03-42573546, No Fax : 03-42568867
Email : bba7301@btpnsel.edu.my
____________________________________________________________________________

Ruj. Kami : SK2TK 600-3/5/12 ( )


Tarikh : 1 OGOS 2022

Encik Sulaiman Bukhari Bin Haji Amir,


Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Gombak,
Unit Hal Ehwal Murid,
Tingkat 3, Kompleks Selayang Mall,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.

Tuan,

JEMPUTAN MERASMIKAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-32 2022

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan tuan adalah dijemput hadir dan merasmikan kejohanan di atas pada tarikh seperti
keterangan berikut:

Tarikh : 14 OGOS 2022


Hari : AHAD
Masa : 7.30 PAGI - 12.30 TENGAHARI
Tempat : PADANG SEKOLAH SK (2) TAMAN KERAMAT

3. Sehubungan itu, pihak Sekolah Kebangsaan (2) Taman Keramat dengan berbesar hati dan penuh
takzimnya menjemput tuan untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan Olahraga Tahunan
Sekolah Kebangsaan (2) Taman Keramat Kali Ke-32 Tahun 2022 serta menyampaikan hadiah.

4. Kesudian dan jasa baik tuan menerima jemputan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih. Semoga dengan kehadiran tuan ke majlis tersebut dapat
memeriahkan lagi Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah Kebangsaan (2) Taman Keramat Tahun 2022.

Sekian.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………………………
(PUAN ZAITON BINTI AHMAD)
Guru Besar
SK (2) Taman Keramat

You might also like