You are on page 1of 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN DATO’ HARUN (SATU)


KM 12, JALAN KLANG LAMA, 46000 PETALING JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN
Tel : 03 7782 4690 / Faks : 03 7782 9714
_________________________________________________________________________
Ruj. Kami : SKTDH(1)PIBG/100-13/1/4( )
Tarikh : 30 Mei 2022

Kepada:
Ibu bapa / Penjaga

Tuan,

BAYARAN TAMBANG BAS DAN MAKANAN KE KEJOHANAN MERENTAS DESA


PERINGKAT SEKOLAH 2022

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Unit Ko-
kurikulum Sekolah Kebangsaan Taman Dato’ Harun (Satu) akan menganjurkan Kejohanan
Merentas Desa mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 26 Mei 2022 ( Ahad )


Tempat : Taman Bandaran Kelana Jaya
Masa : 7.20 pagi hingga 12.00 tengah hari
Peserta : Murid Tahun 4, 5 dan 6.

3. Untuk makluman pihak tuan/puan dan penjaga, semua murid tahap 2 akan terlibat
dengan kejohanan ini. Maka, pihak sekolah memohon agar anak tuan/puan dapat
menampung kos sewaan bas untuk pengangkutan dan makanan sebanyak RM 10.00
(Sepuluh Ringgit Malaysia) seorang.

4. Segala sokongan dan komitmen dari pihak tuan ke arah menjayakan kejohanan ini
amat saya hargai dan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

‘WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

...................................................
(MOHD RIDZUAN BIN BASRI)
Yang Dipertua PIBG,
SK Taman Dato’ Harun (Satu).

You might also like