You are on page 1of 4

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' ENGKU BIJAYA SURA


23100 PAKA , DUNGUN
TERENGGANU DARUL IMAN
TELEFON : 09 - 8286040, 09 - 8286041 FAKS: 09 - 8286042
KOD SEKOLAH : TEA1045
Ruj.Kami : SMKDEBS.100-13/1/4 ( )
Tarikh : 6 JULAI 2020

Kepada,
................................................
................................................
................................................
................................................

Tuan/Puan,

MEMOHON SUMBANGAN MEMBELI JERSI PASUKAN BOLA SEPAK

Merujuk kepada perkara di atas, saya mewakili pengurus pasukan bola sepak ingin memohon
sumbangan daripada pihak tuan untuk membeli satu set jersi bola sepak yang baru.

2. Untuk makluman pihak tuan, beberapa orang pelajar kami terpilih untuk mewakili pasukan bola
sepak MSS Dungun ke kejohanan bola sepak MSST.

3. Saya mewakili pengurus pasukan bola sepak sekolah berharap pihak tuan dapat memberi
sumbangan untuk membeli jersi bola sepak yang baru sebagai pembakar semangat untuk lebih cemerlang.

4. Sumbangan boleh disalurkan melaui CIMB – TABUNG PIBG SMK KAMPUNG NYIUR,
nombor akaun : 8601783969.

6. Kerjasama dan keprihatinan pihak  tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“ANJAKAN MUAFAKAT NEKAD”


‘WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030’

` BERKHIDMAT UNTUK NEGARA `

Saya yang menjalankan amanah,


(KHAIRUL ANUAR BIN MOHD YUSOFF)
YDP PIBG,
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Engku Bijaya Sura.

sk Fail sekolah

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ ENGKU BIJAYA SURA
23100 Paka, Dungun
Terengganu Darul Iman
Telefon : 09-8286040
Faksimili : 09-8286042
Email : TEA1045@moe.edu.my

Ruj.Kami : SMKDEBS.100-13/1/4 ( )
Tarikh : 18 September 2022

Kepada,
Pengurus koperasi Sekolah,
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Engku Bijaya Sura

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN SEMPENA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE DABONG,


KELANTAN 2022

Merujuk kepada perkara di atas, saya mewakili guru pemimpin Pergerakan Puteri Islam Malaysia ingin
memohon sumbangan daripada pihak tuan untuk tujuan minuman peserta.

2. Butiran lawatan adalah seperti berikut :


Tempat : Dabong, Kelantan
Tarikh : 21 hingga 22 September 2022
Peserta : 40 orang pelajar termasuk 4 orang guru pemimpin

3. saya berharap agar pihak tuan dapat memberi sumbangan berupa air mineral dan roti sebagai
sokongan moral kepada pelajar yang menyertai lawatan tersebut.

Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“ ANJAKAN MUAFAKAT NEKAD”


“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

..........................................
( SITI JULIA BINTI JUSOH )
Guru Pemimpin PPIM,
SMK Dato’ Engku Bijaya Sura
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ ENGKU BIJAYA SURA
23100 Paka, Dungun
Terengganu Darul Iman
Telefon : 09-8286040
Faksimili : 09-8286042
Email : TEA1045@moe.edu.my

Ruj.Kami : SMKDEBS.100-13/1/4 ( )
Tarikh : 18 Julai 2022

Kepada,
En. Khairul Anuar bin Mohd Yusoff
Yang Di Pertua,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Engku Bijaya Sura.

Melalui,
Abdul Aziz bin Nik Mat,
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Engku Bijaya Sura

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN PIBG UNTUK MAKANAN DAN MINUMAN

Merujuk kepada perkara di atas,

2. Untuk makluman pihak tuan, Kejohanan Olahraga Balapan dan Padang MSSD akan berlangsung
pada 24 Julai 2022 sehingga 28 Julai 2022 di SMK Sultan Omar. Kejohanan ini melibatkan 35 orang
pelajar dan 4 orang guru.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon sumbangan wang tunai bagi tujuan makanan
dan minuman pelajar SMK Dato’ Engku Bijaya Sura selama 5 hari semasa kejohanan tersebut
berlangsung.

4. Kerjasama serta sokongan yang tuan berikan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“ ANJAKAN MUAFAKAT NEKAD”


“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

..........................................
(MOHD AZROL NAZUAN BIN MUSTAPHA)
Setiausaha Sukan,
SMK Dato’ Engku Bijaya Sura

You might also like