You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ ENGKU BIJAYA SURA

PAKA, 23100 DUNGUN, TERENGGANU

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM


TAHUN 2022 KALI KEDUA

TARIKH : 27 Mac 2022 (AHAD)


MASA : 10.00 Pagi hingga 1.00 Petang
TEMPAT : Bilik Mesyuarat Ku Bijaya

KEHADIRAN : 1. Cg. Abdul Aziz bin Nik Mat Pengetua


2. Cg. Azhani binti Abdullah Penolong Kanan Pentadbiran
3. Cg. Anuar bin Muda Ketua Bidang Pendidikan Islam
4. Cg. Siti Julia binti Jusoh Ketua Panitia Pendidikan Islam
5. Cg. Fatmawati binti Mohamed@Ismail Setiausaha
6. Cg. Rosnawati binti Said Bendahari
7. Cg. Nor Aliza binti Ngah AJK
8. Cg. Maryam Aqlima binti Abd Halim AJK

URUSETIA
1. Cg. Siti Julia binti Jusoh Pengerusi
2. Cg. Maryam Aqlima binti Abd Halim Pencatat

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul-Kitab, Al Fatihah. Pengerusi
mengucapkan terima kasih atas komitmen semua guru dan mengharapkan usaha yang
lebih dan berterusan bagi semua aktiviti panitia pada tahun ini.

1.2 Ucapan aluan dari pihak pengurusan iaitu Cg. Azhani binti Abdullah (Penolong Kanan
Pentadbiran).

1.3 PKP memohon kesemua guru Pendidikan Islam mengagihkan tugas secara seimbang.

1.4 PKP memohon Panitia Pai menyediakan volume kerja dan merancang program-program
aktiviti Panitia.

1.5 PKP memohon aktiviti Panitia PAI mengandungi aktiviti kecemerlangan pelajar.

1.6 PKP memohon Panitia PAI mempunyai KPI yang tersendiri mengikut KPI Kurikulum dan
KPI Panitia.

1.7 PKP memaklumkan program yang akan dilaksanakan hendaklah tekal dan teratur.

1.8 Ketua Bidang PAI mencadangkan peningkatan Panitia dengan mengadakan program-
program yang terbaik bagi meningkatkan kecemerlangan pelajar.

1.9 Ketua Bidang PAI memaklumkan beberapa cadangan pembaharuan kepada sekolah,
Panitia PAI dan juga surau.

1.10 Ketua Bidang PAI memaklumkan prosedur Kajian Tindakan dan mencadangkan
beberapa jalan penyelesaiannya.
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
Minit mesyuarat yang lalu telah dicadangkan untuk disahkan oleh Cg. Rosnawati binti Said
disokong oleh Cg. Nor Aliza binti Ngah tanpa sebarang pindaan.
. Tindakan : Semua ahli panitia

3.0 PENGURUSAN PANITIA


3.1 Pengerusi memaklumkan kesediaan ahli panitia untuk membantu urusan penyelarasan fail
panitia mengikut standard terkini.

3.2 Pengerusi juga memohon setiausaha panitia untuk menyediakan bahan / item yang
diperlukan dalam fail pengurusan panitia

3.3 Pengerusi memaklumkan DSKP, Sukatan Pelajaran / Rancangan Tahunan hendaklah


diperbaharui mengikut tahun semasa.

3.4 Pengerusi memaklumkan Anggaran Perbelanjaan PCG PAI dan Tasawwur mengikut
bilangan pelajar dan peruntukan kegiatan agama bagi tahun ini.

3.5 Pengerusi memaklumkan Perancangan Pembelian Bahan iaitu pembelian fail sebanyak
400 set bagi kesemua guru Panitia PAI dan juga modul bagi semua tingkatan.

3.6 Pengerusi menentukan Jenis Latihan dan Bilangan Latihan Murid iaitu volume kerja bagi
semua tingkatan dan diletakkan dalam fail serta pembahagian tugas mengikut tingkatan.

3.7 Pengerusi memaklumkan Penggubal Soalan Untuk Peperiksaan dan Skema mengikut
data tahun lepas iaitu 2021.

3.8 Pengerusi menyebut perancangan Program Aktiviti Panitia / Perancangan Strategik iaitu
Program ADNI dengan teratur melibatkan semua penyertaan dan Program MAKDIS iaitu
Program Ihya Ramadhan dan program-program tahunan seperti Kursus Pemantapan
Solat, Kursus Pengurusan Haji, Kursus Penyembelihan dan lain-lain lagi.

Tindakan : Semua ahli panitia

4.0 PROGRAM PANITIA


4.1 Pengerusi memaklumkan senarai aktiviti yang disediakan seperti Program ADNI dan
Program MAKDIS bagi kesemua pelajar dan warga sekolah.

4.2 Ahli bersetuju untuk mengikut program yang telah direncanakan tanpa sebarang
bantahan.

4.3 Pengerusi memaklumkan program aktiviti panitia mengikut Perancangan Strategik


Sekolah.
Tindakan : Semua ahli panitia

5.0 PENYELARASAN SURAU SEKOLAH


5.1 Pengerusi meminta jasa baik wakil guru menggantungkan bahan-bahan seperti carta
organisasi di surau sekolah.
5.2 Pengerusi memaklumkan kerosakan dan penambahbaikan yang ada di surau sekolah dan
meminta pihak yang bertanggungjawab untuk menguruskannya.
5.3 Pengerusi mencadangkan mengimarahkan surau dengan mengecat dan menghias surau.

5.4 Tindakan : Semua ahli panitia

6.0 HAL – HAL LAIN


6.1 Pengerusi memaklumkan Persatuan Pendidikan Islam yang dikelolai oleh Cg. Fatmawati
binti Mohamed@Ismail mengenai program-program yang akan diadakan seperti Program
Rancangan Dini. Program-program ini juga dicadangakan untuk berkolabrasi dengan
persatuan-persatuan lain.
Pengerusi berharap semua program yang dirancang akan berjalan sepertimana yang
diharapkan.
Tindakan: Semua Guru Agama

Mesyuarat Panitia ditangguh pada jam 1.00 petang.

PENCATAT :
SITI JULIA JUSOH
KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
2021

You might also like