You are on page 1of 6

SKRIP PENGACARAAN GURU 2018

TARIKH : 16 MEI 2018 (RABU)


MASA : 8.10 PAGI

Pengumuman sebelum majlis bermula...


Semua pelajar diminta duduk dalam barisan mengikut tingkatan . Pelajar lelaki di barisan
hadapan manakala pelajar perempuan di bahagian belakang...

Diumumkan ketibaan perarakan guru-guru SMK dato’ Engku Bijaya Sura masuk ke
Dewan Cempaka. Para hadirin diminta berdiri.

Para hadirin diminta berdiri tegak bagi menyanyikan lagu Negaraku.


- LAGU NEGARAKU-
Hadirin dipersilakan duduk.

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah hirabbilalamin...wassolatuwassalla muala..ashrofil
ambiaaahiwalmursalim...waalaaalihi..wasohbihil..ajmaiin...
Asslamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..salam sejahtera... dan salam 1 Malaysia

Yang Berbahagia Tn. Hj Sidek bin Abdullah, Yang Dipertua PIBG SMK Kampung Nyiur
Yang Berusaha En. Azami bin Mohamed Pengetua SMK Kampung Nyiur.
Puan Hjh Fauziah binti Harun, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMK Kampung Nyiur.
Hj Zul@ Zulkifli bin Mansor, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Kampung Nyiur.
Encik Ahmad Nasir bin Osman, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SMK Kampung Nyiur.

Yang Diraikan, tetamu-tetamu kita yang dihormati dan barisan guru-guru serta pelajar
SMK Kampung Nyiur yg dikasihi sekalian.

Pada pagi yang indah ini, marilah sama –sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat
Illahi kerana dengan izin serta limpah rahmatNya kita diberikan kekuatan dan kelapangan
untuk berhimpun dalam Majlis Jasamu Dikenang .

Untuk makluman semua hadirin yang hadir, majlis Jasamu dikenang ini merupakan
majlis khas yang diadakan oleh Warga SMK Kampung Nyiur sempena pertukaran guru-
guru yang pernah berkhidmat di bumi yang bertuah ini.

Seperti yang semua hadirin maklum, guru-guru tersebut ialah Hj Fauzi bin Hamzah,
Mantan Pengetua SMK Kampung Nyiur, En Abdul Aziz bin Nik Mat, Mantan GPK Hal
Ehwal Murid SMKKN dan juga Pn. Aminah binti Mat Amin, Mantan Guru Kanan Mata
pelajaran Votek SMKKN.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada tetamu-tetamu
kita yang diraikan kerana sudi meluangkan masa untuk bersama warga SMKKN dalam
majlis ini.

Bagi memberkati majlis ini, sama-samalah kita menghayati ayat-ayat suci al-quran yang
akan disampaikan oleh Muhammad Nazhan Hadif bin Azhar. Majlis dengan ini
mempersilakan....

-BACAAN AL-QURAN-

TErima kasih diucapkan kepada Muhammad Nazhan Hadif di atas aluanan ayat-ayat suci
al-quran itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, moleklah kiranya bersama – sama kita
menadah tangan, memohon limpah rahmat, dan barakah kepada Yang Maha Esa. Majlis
dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Tn. Haji Yusop bin Mohamed
untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.

~BACAAN DOA~
Jazakallahukhairan kathira, dirakamkan buat Tn. Haji Yusop bin Mohamed. Semoga majlis
kita pada hari ini diberkati hendakNya.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis menjemput dan mempersilakan Muhammad Arman bin Mohd Nor, Ketua
pengawas lelaki merangkap ketua pelajar SMK Kampung Nyiur untuk membuka tirai
pengucapan pada pagi ini. Majlis mempersilakan....

~UCAPAN KETUA PELAJAR~

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Muhammad Arman atas ucapan yang
telah disampaikan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput tetamu yang diraikan iaitu Hj Fauzi bin
Hamzah, Mantan Pengetua SMK Kampung Nyiur untuk menyampaikan ucapan. Majlis
dengan penuh takzim mempersilakan.

~UCAPAN MANTAN PENGETUA~


Majlis merakamkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Hj Fauzi bin
Hamzah, mantan pengetua SMK Kampung Nyiur atas ucapan yang telah disampaikan
sebentar tadi.

Seterusnya, majlis mempersilakan En. Azami Bin Mohamed , pengetua SMK Kampung
Nyiur untuk menyampaikan ucapan beliau.

~UCAPAN PENGETUA~
Terima kasih diucapkan kepada En. Azami atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan sesi penyampaian cenderahati sebagai tanda
kenang-kenangan buat tetamu –tetamu yang diraikan.

Majlis mempersilakan En. Mokhtar bin Ariffin , Guru Kanan mata pelajaran Sains dan
Matematik SMK Kampung Nyiur bagi mengiringi Tn. Hj Sidek bin Abdullah, Yang
Dipertua PIBG SMK Kampung Nyiur untuk menyampaikan cenderahati daripada
Persatuan Ibubapa dan Guru SMK Kampung Nyiur.

Dipersilakan Tn Hj Fauzi bin Hamzah, Mantan Pengetua SMK Kampung Nyiur,


.......... En Abdul Aziz bin Nik Mat, Mantan GPK Hal Ehwal Murid SMKKN
dan dipersilakan Pn. Aminah binti Mat Amin, Mantan Guru Kanan Mata pelajaran Votek
SMKKN untuk menerima cenderahati.

Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Sidek bin Abdullah di atas penyampaian


cenderahati itu tadi.

Seterusnya ialah penyampaian cenderahati daripada pihak koperasi sekolah, majlis


dengan ini menjemput En. Ahmad Radzi bin Mohd Ibrahim , Guru Kanan Matapelajaran
Kemanusiaan SMKKN bagi mengiringi En. Ahmad Nasir bin Osman , GPK Kokurikulum
SMK Kampung Nyiur untuk menyampaikan cenderahati kepada yang diraikan.

Majlis mempersilakan Tn Hj Fauzi bin Hamzah, Mantan Pengetua SMK Kampung Nyiur,
.......... En Abdul Aziz bin Nik Mat, Mantan GPK Hal Ehwal Murid SMKKN
dan dipersilakan Pn. Aminah binti Mat Amin, Mantan Guru Kanan Mata pelajaran Votek
SMKKN untuk menerima cenderahati.

Terima kasih diucapkan kepada En. Ahmad Nasir diatas kesudian menyampaikan
cenderahati sebentar tadi.

Seterusnya, majlis mempersilakan Tn. Hj Zul@ Zulkifli bin Mansor , Guru Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid SMK Kampung Nyiur bagi mengiringi En Azami bin Mohammed,
pengetua SMKKN untuk menyampaikan cenderahati daripada warga guru dan staff SMK
Kampung kepada kepada ketiga-tiga tetamu yang diraikan.

Majlis mempersilakan Tuan Haji Fauzi Bin Hamzah,


... En Abdul Aziz bin Nik Mat
dan dipersilakan Pn. Aminah binti Mat Amin untuk menerima cenderahati.

Terima kasih diucapkan kepada Tn pengetua diatas kesudian menyampaikan cenderahati


sebentar itu tadi.
Dengan selesainya penyampaian cenderahati itu tadi, maka sudah hampir ke
penghujungnya majlis kita pada hari ini. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Tuan Haji Sidek bin Abdullah serta semua tetamu yang diraikan atas kesudian bersama-
sama menjayakan majlis yang diadakan pada hari ini.

Pulau Pandan Jauh ke tengah


Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi baik dikenang jua..

Kalau ada jarum yang patah,


Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada khilaf dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

Seterusnya ialah sesi bersalaman dan berselawat bersama-sama pasukan selawat


sekolah.
Semua pelajar diminta berdiri dan bergerak mengikut barisan untuk berdiri di sepanjang
laluan menuju ke foyer sekolah bagi mengiringi ketiga-tiga tetamu yang diraikan pada
hari ini.

Para pelajar juga digalakkan untuk sama-sama berselawat ke atas Junjungan besar Nabi
Muhammad SAW .

Majlis dengan ini mempersilakan Tuan haji Sidek bin Abdullah serta guru-guru yang
diraikan diiringi barisan pengurusan sekolah, guru-guru, staff dan tidak ketinggalan staff
swasta bergerak ke foyer sekolah untuk menikmati jamuan yang disediakan.
Saya sudahi dengan lafaz yang mulia
Wabillahitaufiq walhidayah,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

You might also like