You are on page 1of 2

PANITIA MORAL

SJKT LDG SUNGAI ULAR,


PETI SURAT 6,
09007 KULIM, KEDAH DARUL AMAN
Minit Mesyuarat

MINIT MESYUARAT PANITIA MORAL BIL 4 / (2017)

Tarikh : 21.11.2017

Masa : 2.00 PETANG

Tempat : Bilik Gerakkan

Pengerusi : EN. C. SUBRAMANIAM

Kehadiran(Bilangan) : 5/5

1. Perutusan Pengerusi
1.1. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran para ahli ke mesyuarat panitia Pendidikam Moral kali
keempat.
1.2. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK yang sudi hadir ke mesyuarat ini.
1.3. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada para guru yang telah membantu menjayakan
segala aktiviti panitia.

2. Ucapan Guru Besar


2.1. Guru besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang telah membantu
menjayakan segala program yang dijalankan oleh Panitia Pendidikan Moral.

3. Membentangkan Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu


3.1. En. Murugan membentangkan minit mesyuarat Panitia kali ketiga tahun 2017. En. Vadivel
mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan dan disokong oleh Pn. S. Sangeetha.

4. Perkara Berbangkit
4.1. Analisis Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Serta Tindakan Susulan.
4.1.1.Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun mencapai sebanyak 100%.
4.1.2.Guru – guru diingatkan supaya mengekalkan prestasi murid pada tahun depan juga.
Tindakan: Semua Guru Pendidikan Moral.

4.2. Semakan semula Perancangan Strategik 2017.


4.2.1. Setiap guru perlu menyemak semula program dan projek peningkatan akademik.
Tindakan: Semua Guru Pendidikan Moral.

1
PANITIA MORAL
SJKT LDG SUNGAI ULAR,
PETI SURAT 6,
09007 KULIM, KEDAH DARUL AMAN
Minit Mesyuarat
4.3. Penggunaan buku rujukkan dan buku kerja tambahan tahun 2018
4.3.1.Guru boleh membuat cadangan pembelian untuk buku rujukan / buku latihan bagi tahun
2018.
4.3.2.Senarai pembelian hendaklah diserah kepada Penolong Kanan sekolah secepat mungkin.
Tindakan: Semua Guru Pendidikan Moral
4.4. Persediaan untuk Tahun 2018
4.4.1. Semua guru perlu membuat persedian untuk tahun 2018.
4.4.2.Rancangan Pelajaran Tahunan dan sukatan Pelajaran perlu disediakan sebelum sesi
persekolahan baru bermula.
Tindakan: Semua Guru Pendidikan Moral.

5. Hal-Hal Lain
5.1. Pengerusi Panitia Pendidikan Moral meminta para guru supaya menjalankan aktiviti seperti yang
telah dirancang.
5.2. Beliau menyeru guru-guru berusaha untuk meningkatkan pencapaian murid-murid tahun ini.

6. Ucapan Penangguhan
6.1. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang. Pengerusi mengucapkan terima kasih serta
kerjasama meminta AJK Panitia Pendidikan Moral untuk menjayakan segala program yang
dijalankan oleh Panitia Pendidikan Moral

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA ”

Disediakan oleh, Disemak Oleh, Disahkan Oleh

………………………………….. …………………………. …………………………


(Pn. S. Sangeetha)
Ketua Panitia Pen. Moral
SJKT Ldg.Sg.Ular
23.11.2017

You might also like