You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST

31100 SUNGAI SIPUT(U)PERAK


Tel : 05-5951320 Faks : 05-5951320
E-mel : abb4088@1bestarinet.yes.my

MINIT MESYUARAT PENYELARASAN PERTANDINGAN KOAKADEMIK BAHASA INGGERIS

SEKOLAH RENDAH KELOMPOK 5 SUNGAI SIPUT (U), PERAK

(2016)

TARIKH: 19 APRIL 2016(SELASA)

TEMPAT: BILIK WAR SK METHODIST

KEHADIRAN:

1) PN.INTAN SURYATI BT ISHAK (PK KO-KURIKULUM SK METHODIST)

2) PN.BALBIER KAUR A/P BACHAN SINGH (PK HAI-EHWAL MURID)

3) PN. KAROLINE A/P KURANDIS (SK METHODIST)

4) PN.GAYATRI A/P KANNAN (SK METHODIST)

5) KAVITHA A/P MUNUSAMY (SK METHODIST)

6) PN.MANGALA MALAR A/P JEEVARATNAM (SK MUHIBBAH)

7) PN.NUR FARHANA BT AHMAD KHORI (SK JALONG)

8) PN.ANI HASLINA BT JAHARUDIN (SK KAMPUNG MUHIBBAH)

9) PN.RUSLINA BT MUHAMMAD (SK TEMIN)

10) EN.MOHAMED NAIM BIN AHMAD SAHIMI (SK SUNGAI SIPUT)

11) PN.ELIROZANA BT MOHD ELIAS (SK TROSOR)

12) PN.SITI ZURAIDA BT SYED TAHIR (SK KAMPUNG MAAMOR)

13) EN.NIK MUHAMAD NAZIM BIN NIK ISHAK (PK KO-KURIKULUM SK LINTANG)

14) EN.ZULKIFLI B MOHD ZAINI (SK PERLOP 1)

15) PN.NORHANIZA BT MOHD SAMIN (SK METHODIST)


AGENDA:

1. UCAPAN PENGERUSI

Beliau mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru. Tujuan mesyuarat
diadakan adalah untuk membuat penyelarasan dan agihan tugas-tugas bagi Karnival
Bahasa Inggeris peringkat zon yang akan dilaksanakan pada 25 April 2016 bagi kategori
Story Telling. Beliau mengharapkan agar mendapat kerjasama daripada semua yang hadir
untuk berbincang dan membuat keputusan demi menjayakan program ini.

2. MEMBINCANGKAN HAL-HAL PERTANDINGAN

2.1 Tarikh pertandingan: 25 April 2016 (Isnin)

Tempat: Sekolah Kebangsaan Methodist

Masa: 8.30 pagi

Yuran penyertaan: RM 30 bagi satu acara( SK Gred A dan B)

Rm 25 bagi satu acara ( SKM) iaitu Sk Seroli, SK Lintang

dan Sk Perlop 1

Tindakan: Semua sekolah kelompok 5

2.2 Acara yang dipertandingkan

Story Telling-Tahap 2( seorang)


Public Speaking Tahap 2( seorang)
Poetry Recitation-Tahap 2(dua orang)

*Tarikh pertandingan acara Public Speaking dan Poetry Recitation kelompok 5


akan ditetapkan dan dimaklumkan dalam masa yang terdekat oleh tuan rumah SK
Methodist.

2.3 AJK Pelaksana

Ahli Jawatankuasa Story Telling adalah dalaman, iaitu terdiri daripda guru-
guru Sekolah Kebangsaan Methodist. Ini adalah kerana masa yang singkat iaitu
pada 25 April 2016 manakala tarikh untuk acara Public speaking and Poetry
Recitation adalah pada bulan Mei sebelum cuti.
AJK Pelaksana bagi acara Public Speaking and Poetry Recitation

NAMA SEKOLH BIDANG TUGAS


SK METHODIST Pendaftaran
Persiapan tempat & Backdrop
Pengacara majlis penutup
Jurufoto
PA Sistem ( 1 Pertandingan)
SK SG.SIPUT Cendramata Hakim
Plak( Johan, Naib Johan dan Ketiga)
SK PERLOP 1 Buku Program
SK MUHIBBAH Sijil-sijil(Peserta,Guru Pengiring, Tuan Rumah, Hakim,
Pengacara, Penjaga Masa)
SK JALONG Fail dan Borang Penghakiman (Semua Pertandingan)
SK TEMIN Penjaga Masa (Semua Pertandingan)
SK MAAMOR Pengacara Pertandingan Public Speaking
SK RKT LASAH Pengacara Pertandingan Poetry Recitation
SK TROSOR Impromptu
SK LASAH PA Sistem ( 1 pertandingan)

Tindakan: Semua sekolah yang berkenaan

2.4 Syarat-syarat pertandingan telah diberi taklimat oleh Puan Mangala Malar A/P
Jeevaratnam( SK Muhibbah), Pengerusi Teknik Bahasa Inggeris Koakademik.Semua
sekolah telah dibekalkan dengan peraturan-peraturan untuk setiap acara yang
dipertandingkan dalam fail yang diberikan.

2.4.1 4 salinan teks bagi pertandingan yang disertai perlu dihantar semasa hari
pendaftaran( 3 salinan untuk hakim dan 1 salinan untuk tuan rumah)

Tindakan: Guru Pengiring


2.5 Anggaran Perbelanjaan

Bahan fotostat RM 50.00

Cendramata Hakim( 3 X RM 30) RM 90.00

Sijil ( 2 Rim) RM 100.00

Banner RM 150.00

Plak RM 30.00

JUMLAH RM 420.00

* Jumlah kutipan adalah sebanyak RM 345.00 untuk acara story Telling tetapi perbenjaan
melebihi jumlah kutipan.

Tindakan: Bendahari dan AJK yang berkenaan

3 HAL-HAL LAIN

3.1 Bayaran yuran pendaftaran Rm 30(SK) dan RM 25(SKM) perlu bayar semasa

pendaftaran bersama dengan borang penyertaan pada hari Isnin,25 April

2016 kepada SK Methodist . Bayaran yuran pendaftaran bagi pertandingan public


speaking dan poetry akan dikutip semasa pendaftaran aktiviti berikut mengikut
tarikh yang akan ditetap kelak mengikut sumber kewangan sekolah masing-masing.

3.2 Semua sekolah hendaklah faks ke SK Methodist acara yang disertai dengan

bilangan murid dengan kadar segera iaitu sebelum atau pada hari Khamis.

3.3 Undian peserta akan dibuat pada hari pertandingan-Tindakan SK Methodist.

3.4 Sijil untuk hakim akan disediakan oleh PPD manakala untuk peserta dan guru

pengiring akan disediakan oleh Tuan Rumah iaitu SK Methodist.

3.5 Tarikh pertandingan Story Telling peringkat daerah adalah pada 3 May 2016 di SK

Muhibbah manakala peringkat negeri adalah 7 May 2016.

3.6 Tarikh pertandingan Public Speaking and Poetry Recitation peringkat negeri adalah
pada17 Julai 2016.

3.7 Semua sekolah wajib bayar walaupun tidak mengambil bahagian dalam acara

tersebut. Tindakan:semua sekolah kelompak 5

4 UCAPAN PENANGGUHAN

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan berharap
peserta diberi latihan secukupnya supaya berjaya di peringkat zon, daerah dan seterusnya
ke peringkat negeri. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Puan Mangala Malar
A/P Jeevaratnam kerana sudi datang dan memberi penerangan tentang aktiviti yang akan
dilaksanakan dan juga tentang peraturan-peraturan untuk ketiga-tiga acara English Karnival
2016. Seterusnya pengerusi menjemput semua guru-guru untuk jamuan ringkas yang
disediakan.

*Mesyuarat ditangguh pada pukul 4.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.
(KAVITHA A/P MUNUSAMY) (EN.MAHFUDZ JEFFRY BIN ABU HASSAN)

Setiausaha Karnival Bahasa Inggeris Pengerusi Karnival Bahasa Inggeris

Kelompok 5 Guru Besar SK Methodist

You might also like