You are on page 1of 3

Minit Mesyuarat Panitia Sivik dan Kewarganegaraan kali 1/2018

SMK Jelai Kuala Pilah

Tarikh : 4 Januari 2018

Hari : Khamis

Masa : 2.30 Petang

Tempat : Bilik Gerakan SMK Jelai Kuala Pilah

Kehadiran :

1. Tn. Hj Adnan bin Saffii (Pengetua Sekolah)


2. Tn. Hj Sayuti bin Mispan (Ketua Bidang Kemanusiaan)
3. Mohd Shukri bin Abdurahman
4. Alina binti Abdullah
5. Halizah binti Jauhari
6. Zairulniza binti Sulaiman
7. Mohd Taib bin Adam

AGENDA MESYUARAT

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi Majlis mengalu-alukan kehadiran semua guru mata pelajaran PSK yang lama dan baru
tingkatan 3 hingga tingkatan 5 bagi tahun 2018 serta mengucapkan terima kasih atas kehadiran para
guru bagi mesyuarat kali pertama bagi sesi 2018.

2.0 Membentang Dan Mengesahkan Minit.

Ustaz Sayuti membentangkan minit mesyuarat yang lalu dan disahkan sebulat suara.

Tindakan : Semua guru PSK

3.0 Bangkitan Minit Mesyuarat yang lalu.

Semua program yang dirancang pada tahun lepas dapat dilaksanakan dengan jayanya. Antara program yang
dijalankan ialah program 3K , Gotong Royong Perdana Sekolah dan Bulan Kemerdekaan.

Tindakan : Semua guru PSK


4.0 Perkara yang dibincangkan

4.1 Pengerusi meminta agar semua guru PSK supaya menyiapkan rancangan tahunan bagi mata
pelajaran PSK dengan baik dan tersusun.
4.2 Pengerusi juga berkongsi pendapat semua guru PSK supaya memberikan idea dan cadangan
program baru yang akan dijalankan sepanjang tahun 2018.

Tindakan : Semua guru PSK

5.0 Pengajaran dan Pemudah caraan PSK 2018

5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa setiap tingkatan mempunyai penyelaras. Antaranya ialah :

Penyelaras Ting 3 : Cik Alina bt Abdullah


Penyelaras Ting 4 : Pn. Zairulniza binti Sulaiman
Penyelaras Ting 5 : En. Mohd Shukri bin Abdurahman

5.2 Pengerusi juga mengingatkan semua guru PSK supaa membantu pelajar dari segi pemberian markah
antaranya buku teks, buku nota, buku latihan sudut cukup untuk membantu pelajar mendapat
markah. Penilaian yang boleh dilakukan oleh guru PSK dalam pelbagai bentuk soalan atau aneka
pilihan sama ada objektif, struktur atau esei. Bagi sistem pemarkahan pula, penilaian dalaman iaitu
ujian bertulis sebanyak 100 % atau dicampur aspek pemerhatian.
5.3 Pengerusi juga menerangkan cara-cara membuat soalan PSK yang tepat berdasarkan pengalaman
mengajar PSK tahun-tahun lepas. Malah pembinaan item soalan hendaklah selaras mengikut piawai
sekolah.
5.4 Pengerusi juga menegaskan bahawa item soalan hendaklah soalan yang releven dengan HSP.
5.5 Pengerusi juga mengingatkan kepada semua guru, markah ujian dan peperiksaan hendaklah
dimasukkan dalam SAPS.

Tindakan : Semua guru PSK

6.0 Perancangan Aktiviti / Program Panitia Tahun 2018


6.1 Program khidmat masyarakat tingkatan 1 hingga tingkatan 5 mengikut tema yang ditentukan.
6.2 Program 3K peringkat sekolah
6.3 Program bulan Kemerdekaa sekolah
6.4 Minggu PSK
6.5 Program Gotong – Royong Sekolah.

Tindakan : Semua guru PSK

7.0 Hal-hal lain

7.1 Pengerusi mengingatkan RPT harus dilengkapkan oleh penyelaras sebelum penghujung bulan
Januari dan diserahkan kepada ahli-ahli panitia.
8.0 Penutup :

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang. Mesyuakat kali kedua akan diadakan sebelum ujian 1.

Disediakan Oleh :

………………………………………

You might also like