You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN HASHIM AWANG TEL: 04-5751145 FAX: 04-5742239

13200 KEPALA BATAS, SPU. E-MEL: pbb2031@jpnpp.edu.my


PULAU PINANG. L. WEB: www.skhashimawang.edu.my

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2022

TARIKH : 17 MAC 2022


HARI : KHAMIS
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SKHA

KEHADIRAN:

1. Pn Aishah bt. Shariff (Guru Besar)


2. Cik.Syakeena bt. Hashim (PK Pentadbiran)
3. Pn. Sarina bt Mohamed (PK Kokurikulum)
4. En. Mazli bin Mohamad (PK HEM)
5. En Shahidan bin Ibrahim (PK PPKI)
6 .Pn. Balkis binti Mohamad Mokhtar ( Setiausaha/Penyelaras )
7. Pn. Khaiyati Niza bt Yusoff
8. Pn. Shafiqah Suguna bt Abdullah
9. Pn. Hema a/p Kanniah
10. Pn. Gnanaannita a/p John Maria Pitchai
11. Pn. Azura Sham bt Ismail
12. Pn. Nasrual Apisah bt Mohd Rejab
13. Pn. Norrizan bt Md Said
14. Pn. Roslizalina bt Muhammad Ali
15. Cik Noor Khamisah bt Maidin Abdul Kadir
16. Pn. Che Sofiah bt Ahmad
17. En. Mohd Azuan bin Shaari
18. Pn. Hashimah bt Ahmad
19. En. Nazzer bin Abdul Hamid
20. Pn. Rohayah bt Ahmad
21. Pn. Rogaeyah bt Ibrahim
22. Pn. Noor Baity bt Maaz
23. Pn. Awanis bt Ya’acob @ Md Zain
24. Pn. Noor Shazana bt Omar
25. Cik Zuriati bt Abd Hamid
26. Pn. Romiza bt Che Lah
27. Pn. Jasmin bt Shek Mydin
28. Pn. Ang Poh Choo
29.Pn. Mursyidah bt Jamil
30. En. Zanil Nazhar bin Ahmad Raffie
31. En. Mohd Noor bin Fadzil
32. En. Mohd Fadzli bin Yusoff

Tidak hadir:

1. Pn. Rabihah bt Che Ahmad ( cuti bersalin )


1. Ucapan Pengerusi

1.1 Cik Syakeena selaku Penolong Kanan Pentadbiran mengucapkan salam dan mengalu-alukan
kehadiran semua guru ke mesyuarat pada hari ini. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul
Kitab.

1.2 Pengerusi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang sudi hadir dan
memberi kerjasama terhadap Program Transisi Tahun 1 sesi 2022.

1.3 Pengerusi mengharapkan agar AJK yang telah dilantik menjalankan tugas dengan penuh dedikasi
dan komitmen yang tinggi.

Tindakan: AJK yang terlibat

2. Penerangan Program Transisi Tahun 1

2.1 Pengerusi memaklumkan Program Transisi Tahun 1 bersasarkan kepada murid Tahun 1 yang
memberi penekanan terhadap aspek sosioemosi , kognitif dan fizikal murid bagi persediaan
melangkah ke alam persekolahan.Program ini dilaksanakan bermula 21 Mac hingga 15 April 2022.

2.2 Sepanjang minggu berlangsungnya program ini,guru-guru telah dibekalkan dengan KIT Program
Transisi Tahun Satu 2.0 sebagai panduan pelaksanaan dan Modul Transisi.

2.3 Jadual waktu pelaksanaan juga disediakan oleh penyelaras bagi melancarkan pelaksanaan program.

2.4 Fasa PTTS 2.0 terbahagi kepada 2 iaitu:

1. Fasa Penyesuaian ( dua minggu )


2. Fasa Kesediaan ( dua minggu )

2.5 Dua orang murid dari PPKI akan mengikuti kelas di arus perdana dan ditempatkan di kelas
1 Inovatif. Mereka akan mengikuti kelas subjek Bahasa Melayu dan Matematik.

2.6 Pn. Khaiyati Niza sebagai Guru Kaunseling akan meyampaikan satu slot bersama beliau
mengikut kelas yang telah disusun dalam Jadual Transisi.Slot beliau selama 60 minit setiap kelas.

Tindakan: Guru yang terlibat

3. Pembentukan AJK

3.1 Guru-guru yang terlibat dengan pelaksanaan program ini terdiri daripada guru subjek Tahun 1.

(Lampiran senarai jawatankuasa kerja yang terlibat)

3.2 Cik Syakeena memaklumkan program ini dijalankan sepenuhnya di dalam bilik darjah
Masing-masing disebabkan covid 19. Beliau mengingatkan agar guru-guru sentiasa memastikan
murid-murid
mematuhi SOP sepanjang berada di kawasan sekolah.
3.3 Pengerusi juga berharap ajk yang telah dilantik melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan
dengan sebaiknya bagi melancarkan program ini.
Tindakan: AJK yang terlibat

4. Hal-hal lain

4.1 Cik Syakeena memaklumkan bahan-bahan cetakan untuk kegunaan murid boleh difotostat di
Koperasi PIBG dan maklumkan pada penyelaras.

4.2 En. Azuan memohon PK Pentadbiran memberi penerangan ringkas perjalanan majlis penutup nanti.

4.3 Cik Syakeena menjelaskan majlis berlangsung secara tertutup iaitu di dalam kelas masing-masing
mengikut jadual waktu guru subjek. Beliau berharap guru-guru ambil maklum dan prihatin akan hal
ini.

4.4 Sebagai penutup mesyuarat Cik Syakeena mengucapkan ribuan terima kasih dan selamat
menjalankan tugas.

Tindakan: Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 pagi.

You might also like