You are on page 1of 8

Penghargaan

Penghargaan Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan

jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua

pihak yang telah membantu saya dalam menjalankan kerja projek

ini.Khasnya kepada Mualimah .Beliau ialah seorang guru yang

mengajar mata pelajaran Sejarah tahun 5 Shafie. Mualimah telah

mengajar dan menunjukkan cara kepada saya untuk menjayakan

projek ini. Seterusnya, ialah ahli keluarga saya, iaitu ibu bapa, adik-

beradik saya.Mereka telah memberi cadangan dan sokongan kepada

saya.Sekali lagi, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak

yang telah membantu saya dalam menjalankan projek ini.

1
Sejarah Kedatangan Islam ke
Tanah Melayu

Sebelum kedatangan Islam, masyrakat Melayu menganut fahaman animisme. Keadaan ini
berubah selepas kedatanagan Islam yang membawa konsep tauhid dengan menafikan
kewujudan Tuhan yang banyak. Bermula dengan konsep keesaan Tuhan dan ibadat yang
luas Islam telah berjaya menarik minat masyarakat tempatan. Sejak kedatangan Islam,
kehidupan harian masyarakat Melayu dan adat istiadat tertentu yang didapati bertentangan
dengan akidah ditinggalkan secara beransur-ansur.

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula pada abad ke-7


masihi. Pandangan ini berdasarkan kemungkinan agama Islam disebarkan
oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ke Negara China.
Seterusnya Islam semakin berkembang pesat berikutan dengan
kemunculan beberapa buah kerajaan Islam di Pasai dan Perlak di
persekitaran Selat Melaka pada abad ke-13 Masihi. Mengikut cacatan
Marco Polo, agama Islam telah tersebar di Tanah Melayu sebelum abad ke-
15. Pada tahun 1292, semasa Marco Polo dalam perjalanan pulang dari
China, beliau telah melawat Sumatera. Perlak ialah pelabuhan pertama
yang disinggahinya. Beliau menyatakan pada masa itu telah wujud usaha-
usaha untuk mengislamkan penduduk tempatan oleh para pedagang Arab
di Nusantara. Menurut beliau lagi, itulah satu-satunya negeri Islam di
Kepulauan Melayu pada masa itu (Hall dlm Ruslan Zainuddin). Manakala
Ibn Battutah, pengembara Arab yang singgah sebanyak dua kali di
Samudera semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari Negara China
antara tahun 1345 hingga 1346, menyatakan bahawa raja Samudera ketika
itu telah memeluk Islam dan mengamalkan Mazhab Shafie. Menurut beliau
lagi, negeri-negeri lain di sekelilingnya masih belum mmeluk Islam.
Sepanjang tempoh abad ke-13 dan ke-16 Masihi, agama Islam telah
tersebar dengan meluas hampir ke seluruh Kepulauan Melayu dan
mengurangkan pengaruh agama Hindu-Buddha yang bertapak berabad-
abad lamanya di Tanah Melayu. Sejak itu, Islam telah berkembang pesat

2
sehingga menjadi agama yang dianuti oleh sebahagian besar penduduk di
Kepulauan Melayu .

Dari sudut sejarahnya selepas kedatangan Islam dan pembentukan


Kerajaan Melaka yang bercorak keislaman, kita dapati proses Islamisasi di
bidang undang-undang, sosio-budaya dan politik berterusan berlaku.
Dalam bidang undang-undang dimulai dengan undang-undang Kanun
Melaka & Kanun Laut Melaka, diikuti pula dengan Kanun Pahang dan
seterusnya Kanun Kota Setar dan lain-lain. Demikian juga dengan
Perlembagaan Terengganu & Perlembagaan Negeri Johor. Perubahan
dalam bidang sosio-budaya juga berlaku di mana orang Melayu telah
menghayati nilai-nilai akhlak Islam dalam kehidupan yang terangkum
dalam adab-adab kehidupan mereka seperti adab berpakaian, adab
berbahasa, adab berjiran dan sebagainya. Dalam bidang politik,
pemerintah dianggap sebagai pemerintah di mana kekuasaan politik itu
merupakan satu amanah Allah dan para pemimpin diminta bertindak
mengikut lunas-lunas yang digariskan oleh Islam.

Teori Kedatangan Islam Ke Tanah Melayu

Kedatangan Islam di Tanah Melayu tidak seperti agama-agama yang lain


kerana ianya berlangsung dengan suasana yang aman dan harmoni serta
tidak berlaku peperangan malah diterima baik masyarakat melayu . Secara
umumnya terdapat tiga teori yang berbeza mengenai kedatangan Islam di
Tanah Melayu :

 Kedatangan Islam dari Tanah Arab/Parsi


 Kedatangan Islam dari India
 Kedatangan Islam dari China

Pengaruh kedatangan Islam Ke Tanah Melayu

3
Perubahan kepercayaan
 Animisme kepada Islam :
Membawa konsep tauhid dengan menafikan kewujudan banyak
Tuhan. Keimanan dan konsep keesaan Tuhan. Ibadat yang luas menanam
fahaman secara akidah dan rasional – mengubah berfikir secara

 Tahyul dan Fantasi :


Amalan yang bertentangan dengan Islam terhapus atau diubahsuai
walaupun masih mengekalkan sedikit ciri asal seperti upacara
perkahwinan, pertabalan dan lain-lain. Mengubah pandangan masyarakat
terhadap tokoh-tokoh agama Hindu, ahli sihir, bomoh dan dukun diganti
dengan tokoh-tokoh Islam.

Perundangan/peraturan
 Hukum Kanun Melaka pada abad ke-14 – memasukkan unsur-unsur
perundangan Islam. Contoh: berkaitan minum arak, berzina,
membunuh, memfitnah, murtad, riba dan lain-lain. Undang-Undang
Pahang mengisytiharkan Pahang sebagai Dar al-Islam dan 42 Fasal
merupakan terjemahan sepenuhnya dari undang-undang Fiqah
Mazhab Shafie.

Pentadbiran
 Memperkenalkan sistem kesultanan yang berbeza dengan beraja ala
Hindu-Buddha. Konsep Dewaraja dihapuskan dan digantikan dengan
sultan sebagai pemegang amanah Allah di muka Bumi. Alim ulama’
sebagai penasihat sultan.
Pendidikan
 Sistem pendidikan yang lebih teratur/sistematik.
 Terbuka kepada semua golongan masyarakat.
 Diajar oleh alim ulama yang disanjung dan dihormati.
 Antara pengajarannya – al-Quran, Feqah, sejarah dan lain-lain.

4
 Menyentuh perkara berkaitan dengan rukun Islam seperti solat,
zakat, puasa dan haji.
 Pendakwah mengubahsuai tradisi supaya sejajar dengan Islam.
 Muncul institusi pondok/madrasah, masjid dan surau sebagai
tempat mengajar.
 Pendidikan secara formal dan lebih sistematik selepas tahun 1900
dan kemasukan kurikulum baru seperti Bahasa Arab, Ilmu Sains dan
Ilmu Hisab.

Bahasa dan Kesusasteraan


 Banyak hasilkan karya dari luar diterjemahkan.
 Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan taraf lingua-
franca.
 Tulisan jawi sebagai tulisan rasmi.
 Kemasukan istilah Arab dan Parsi. Contohnya: alim, ulama’,
musyawwarah dan lain-lain.
 Penulisan karya sastera seperti hikayat Muhammad Ali Hanafiah,
Hikayat Amir Hamzah.
 Antara penulis – Hamzah Fansuri, Shamsuddin al-Sumatrani,
Nuruddin al-Ramli.

Kesenian Islam
 Ukiran di dinding masjid, bentuk kubah, tempat berwudhuk,
mihrab, menara azan, mimbar, batu nisan dan lain-lain.
 Rumah-rumah persendirian – bentuk relung, ukiran daun dan bunga-
bungaan.
 Tulisan-tulisan berbentuk geometri, ayat-ayat al-Quran dan hadis.

Faktor-faktor Penyebaran Agama Islam ke Tanah Melayu

5
Faktor Perdagangan :
 Para pedagang memang memainkan peranan penting dalam
penyebaran Islam di Tanah Melayu. Para pedagang Arab, India, Parsi
memang mempunyai kegiatan perdagangan di Tanah Melayu sejak
abad ke 8 atau 9 Masihi. Peranan mereka dalam penyebaran Islam
ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu usaha mereka sendiri
menyampaikan Islam kepada penduduk tempatan dan keduanya
ialah melalui kemudahan yang mereka berikan kepada para
pendakwah Islam menaiki kapal-kapal mereka untuk bergerak dari
satu pelabuhan ke pelabuhan lain untuk berdakwah. Para pedagang
Islam mempunyai peluang yang sebaik-baiknya untuk menyebarkan
Islam melalui tiga saluran iaitu hubungan baik mereka dengan para
penguasa pelabuhan, raja atau pembesar-pembesar tempatan. Selain
itu, mereka mengahwini gadis-gadis tempatan dan menjalin
hubungan baik dengan pedagang-pedagang lain yang datang dari
berbagai-bagai kawasan di Nusantara. Di samping itu, pada
abadabad 14, 15, 16, dan 17 Masihi menyaksikan bahawa kegiatan
perdagangan amat menggalakkan sekali. Contohnya, pada abad ke-
14 kerajaan Pasai, abad ke-15 kerajaan Melaka, dan pada abad ke-16
kerajaan Acheh merupakan pusat-pusat perdagangan yang
mewarnai kegiatan perdagangan di Tanah Melayu. Kedudukan
Tanah Melayu yang amat strategik membantu kerancakan
perdagangan.

Faktor Ajaran Islam :


 Kedatangan Islam ke Tanah Melayu terpaksa menghadapi
persaingan agama Hindu yang telah bertapak selama 13 abad.
Namun, semua aspek ajaran Islam itu mempunyai kelebihannya
yang menyebabkan Islam mudah diterima oleh penduduk
Nusantara. Salah satu kebaikan Islam ialah mudah difahami, tidak
bertentangan dengan akal fikiran, sentiasa rasional dan amat sesuai
bagi semua manusia pada segenap zaman dan tempat. Misalnya,
dalam aspek sosial, Islam mengajarkan bahawa semua manusia
6
adalah sama taraf dan manusia yang paling mulia di sisi Allah SWT
ialah mereka yang paling bertakwa. Di samping itu, Islam
memberikan jaminan dan keadilan sosial, menekankan
persaudaraan Islam yang bersifat universal, tolong-menolong,
hormat-menghormati, bersatu padu, dan lain-lain.

Bukti Kedatangan Islam ke tanah Melayu

Kedatangan Islam Ke Tanah Melayu

7
Batu bersurat Terengganu
Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700
tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua
dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah
sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386. Batu ini ditemui separuh
tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara),
Kampung Buluh di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1887,[1] (ada
berpendapat 1899)[2].

Menurut sidang mesyuarat Lembaga Penasihat Antarabangsa UNESCO yang


berlangsung di Barbados pada tanggal 13 Julai 2009, batu bersurat yang
berusia lebih 700 tahun ini telah disenaraikan sebagai barang purba bernilai
tinggi dan sesuai untuk mendapat pengiktirafan Warisan Dunia UNESCO.[3][4]

Fakta penemuan Batu Bersurat Terengganu bermula apabila saudagar Arab


bernama Sayid Husin bin Ghulam al-Bokhari secara tidak sengaja menjumpai
sebutir batu bersurat di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh
di Kuala Berang, Hulu Terengganu selepas berlakunya banjir. Ia dijumpai di
bahagian tangga surau Kampung Buluh yang dijadikan alas membasuh kaki
untuk naik ke tangga surau tersebut. Batu Bersurat Terengganu ini menjadi
bukti dan teks pada batu mengesahkan agama Islam sudah bertapak dan
menjadi anutan masyarakat dan pemerintah di Terengganu sejak sekian
lama. Selain itu, Islam merupakan agama rasmi di Terengganu.

Sekian terima kasih


8

You might also like