You are on page 1of 2

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG TO’ JAYA


13800 SUNGAI DUA BUTTERWORTH
SEBERANG PERAI, PULAU PINANG
TEL : 04-3515373
FAKS : 04-3515373
Kod Sekolah : PBA2021 E-MEL : pba2021skptj@yahoo.com.my

YB Dato’Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor, Ruj Tuan:


ADUN Sungai Dua, Ruj Kami: (107) dlm.SKPTJ 08/04//002
No 6 Jalan Merbau Indah, Tarikh : 5 Oktober 2021
Taman Merbau Indah,
13800 Sungai Dua,
Butterworth.

YB Dato’,

MEMOHON SUMBANGAN BAGI AKTIVITI PIBG

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Pihak Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Permatang To’ Jaya ingin
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diatas kerjasama yang
telah YB Dato’berikan kepada persatuan kami dan kami sentiasa mendoakan agar YB.
Dato’sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat.

3. Sehubungan dengan itu, pihak Persatuan Ibubapa dan Guru ingin memohon
sumbangan kewangan daripada pihak YB bagi melancarkan aktiviti pihak PIBG sesi
2021/2022.
4. Besarlah harapan kami agar permohonan ini dapat dipertimbangkan dan diterima demi
anak-anak didik Sk Permatang To’Jaya. Perhatian, sokongan dan kerjasama YB Dato’amatlah
kami sanjung tinggi.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(EN ABDUL RAHIM BIN MOHAMAD AMIN)


YANG DIPERTUA
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU

You might also like