You are on page 1of 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SK TEBRAU BAKAR BATU,


JALAN SEKOLAH, KG. BAKAR BATU, Tel : 07 – 3335250
. 80150 JOHOR BAHRU, JOHOR. Fax : 07 – 3335251

___________________________________________________________________

Tarikh : 10 April 2019


Rujukan Kami : JBA1026/100-9/2/2 ( )

Yang Berbahagia Tuan Calvin Wong


Ketua Pegawai Eksekutif
Iskandar Waterfront City Berhad
G08 , Block 8 , Danga Bay
Jalan Skudai, 80200 Johor Bahru. Johor.

Yang Berbahagia Tuan,

MOHON SUMBANGAN KEWANGAN DAN MINUMAN AIR MINERAL BAGI KEJOHANAN


OLAHRAGA SK TEBRAU BAKAR BATU

Merujuk kepada perkara di atas , bahawa saya dengan segala hormatnya memaklumkan , bahawa
pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa Dan Guru SK Tebrau Bakar Batu, akan
mengadakan Kejohanan Olahraga Sekolah bagi para pelajar sekolah ini pada hari dan masa
serta tempat seperti di bawah ini .

Tarikh : 18 April 2019 ( Khamis )


Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat : Padang, SK Tebrau Bakar Batu.
Pengelibatan : 800 orang ( Guru-guru, ibu bapa dan murid-murid ).

2. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak PIBG dengan rendah hati memohon jasa baik dari
pihak Yang Berbahagia Tuan agar dapat menghulurkan sumbangan 50 kotak air mineral dan juga
sumbangan kewangan bagi membantu pihak kami menjayakan program tersebut.

3. Sesungguhnya pihak kami amat berbesar hati dan juga bersyukur kiranya permohonan pihak
kami ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak Yang Berbahagia Tuan demi kebaikan
kita bersama.

4. Keprihatinan dan juga sokongan dari pihak Yang Berbahagia Tuan dalam perkara ini , pihak
kami mengucapkan jutaan terima kasih.

Salam hormat dari saya ,

(MOHD NASIR BIN MOHD KHALID P.I.S)


Yang Di Pertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK Tebrau Bakar Batu , Johor Bahru.

Salinan Kepada :

Yang Berbahagia
Tuan Guru Besar
SK Tebrau Bakar Batu
Johor Bahru.

You might also like