You are on page 1of 1

PERSATUAN KELAB GURU DAN KAKITANGAN

SK SEKUDAI BATU 10, JOHOR BAHRU.

Kepada , Tarikh :

Melalui dan salinan,


Guru Besar
SK Sekudai Batu 10,
Jalan Kepar,
81300, Skudai, Johor.

Y.B Tan Sri/Y.B Dato’/Y.B Datin/Tuan/ Puan,

Per : MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN DAN BANTUAN LAIN BAGI KELAB


GURU DAN KAKITANGAN SK SEKUDAI BATU 10

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Saya bagi pihak Kelab Guru dan Kakitangan SK Sekudai Batu 10 ingin memohon sumbangan
berbentuk kewangan/hadiah/barangan untuk Majlis Persaraan Puan Norsidah dan Sambutan Hari Guru
bagi tahun 2018.

3. Untuk makluman, dana yang ada setakat ini belum mencukupi untuk menampung bilangan
guru dan kakitangan yang di sekolah ini. Sumbangan ini turut akan digunakan untuk melaksanakan
aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kelab seperti :
i. Kebajikan guru dan kakitangan.
ii. Kursus / Bengkel Perkembangan Guru dan Kakitangan
iii. Jamuan Akhir Tahun

4. Sehubungan itu, saya berharap agar pihak Y.B Tan Sri/Y.B Dato’/Y.B Datin/Tuan/ Puan dapat
menghulurkan sumbangan bagi menampung perbelanjaan untuk menjayakan program tersebut.
Sumbangan boleh diserahkan seperti berikut :
i. Hadiah/ Barangan : Kelab Guru dan Kakitangan SK Sekudai Batu 10
ii. Kewangan/Cek :
No Akaun :

5. Untuk sebarang pertanyaan atau keraguan, sila hubungi Pengerusi, En Bharuddin (013-
9787811) atau Naib Pengerusi Pn Nur Izwah (019-4945865).

5. Segala kerjasama dan keprihatinan Y.B Tan Sri/Y.B Dato’/Y.B Datin/Tuan/ Puan saya dahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

...........................................................
(En Bharuddin bin Sulong)
Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan
SK Sekudai Batu 10

You might also like