You are on page 1of 1

MUHAMMAD KHIR BIN ZAINUN

NO 98, LORONG PMTJ 3,


PERUMAHAN MAKMUR TAJAU JAYA,
26500 MARAN, PAHANG TARIKH : 26 JUN 2019

Melalui dan salinan :

PENGETUA,
SMK SERI JENGKA,
PEKAN TAJAU,
26500 MARAN, PAHANG

PENGETUA,
SMK MARAN,
26500 MARAN, PAHANG

Tuan,

MEMOHON PENANGGUHAN BERTUGAS SEBAGAI PENOLONG KANAN


KOKURIKULUM DI SMK MARAN(CEA9059)

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dengan segala hormatnya, merujuk kepada surat JPNP.SKPP (S) 04.500-6/15 Jld. 15(23) bertarikh
20 JUN 2019, saya telah diarahkan untuk lapor diri pada 24 JUN 2019. Walaubagaimanapun, saya tidak dapat
lapor diri pada tarikh yang ditetapkan kerana terdapat beberapa hal perpindahan tugas yang perlu diselesaikan
di sini dahulu sebelum ke sekolah baru.

3. Sehubungan dengan itu, saya memohon pertimbangan dan jasa baik pihak tuan untuk membenarkan
penangguhan melaksanakan tugas GPK Koko di SMK Maran bagi menyiapkan tugasan sekarang supaya tidak
menimbulkan masalah kepada pihak lain.

4. Untuk makluman pihak tuan, saya terpaksa menyiapkan tugasan projek kerja kursus pelajar SPM bagi
mata pelajaran Sains Komputer yang tarikh pemantauan dan penataran akan diadakan pada 9 Julai 2019.

5. Saya memohon kepada pihak tuan agar membenarkan saya mula bertugas di sekolah tuan pada 15
Julai 2019 setelah urusan di sini selesai.

6. Kerjasama pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………………………….

( MUHAMMAD KHIR BIN ZAINUN )


No. KP : 631111025667

You might also like