You are on page 1of 4

KERTAS KERJA PROGRAM PENGGANTIAN BUKU TULIS TAHAP 2

1.0 Pengenalan
Sekolah Kebangsaan Permatang To’ Jaya merupakan sebuah sekolah rendah
yang mempunyai seramai 571 orang murid. Lebih 95% murid-murid ini datangnya dari
kampung-kampung berhampiran. Kemunculan Pendemik Covid-19 telah merubah
norma lama kepada norma baharu. Perubahan ini bukan sahaja merubah corak
kehidupan tetapi juga pendidikan. Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR)
yang berlaku telah menyebabkan banyak buku-buku tulis yang tidak habis diguna
malah ianya dilihat membazir terutamanya apabila pelajar naik kelas. Pihak PIBG
memandang isu ini perlu ditangani dengan lebih bijak agar ibubapa tidak terbeban
dengan hal kewangan untuk membeli buku tulis pada tahun berikutnya. Oleh itu pihak
PIBG Bersama dengan pentadbir sekolah merasakan satu perubahan kepada norma
baharu perlu diambil untuk menggantikan penggunaan buku tulis kepada penggunaan
kertas kajang berlogo sekolah bagi pelajar-pelajar tahap 2.

2.0 Objektif
i. Memperkenalkan satu medium penulisan yang lebih fleksibel dan
berkesan.

ii. Mewujudkan budaya berjimat cermat dan perkongsian bahan di kalangan


murid.

iii. Membantu mengurangkan kesan kewangan ibubapa semasa pendemik


Covid 19.

3.0 Kumpulan Sasaran

Program ini mensasarkan pelajar—pelajar tahap 2 iaitu tahun 4, 5 dan 6.

4.0 Tarikh dan Jangka Masa

Sebelum bermula Sesi Persekolahan 2022.

1
5.0 Ahli Jawatankuasa

Penasihat

En Azizi bin Bakar

Pengerusi

En Abdul Rahim bin Mohamad Amin

Naib Pengerusi 1

En Mohd Fadzli bin Sobri

Naib Pengerusi 2

Pn Siti Rohaiza binti Mohd Radzi

Setiausaha

En Zamzuri bin Ahmad

Bendahari

Pn Noorazah binti Razali

AJK

Pn Norleeza binti Zhazli


Pn Rozi Azira binti Rombli
En Muhammad Lutfi bin Abdullah
Pn Norhafeeza binti Shareef
En Mohd Zaini bin Nanyan
Pn Norzuriani binti Mohd Noor
Pn Rafiza binti Rashid

2
6.0 Belanjawan Program

B Perkara Perbelanjaan Jumlah


il
1 Kertas Kajang Berlogo Sekolah Rm 15 x 307 orang Rm 4605.00
2 Fail Rm 6 x 307 orang Rm 1842.00
3 Alat Tulis Rm 1.80 x 307 Rm 552.60
orang
JUMLAH BESAR Rm 6999.60

7.0 Penutup

Akhir kata, Pihak PIBG amat ber besar hati agar program ini dapat memberi
manfaat kepada semua murid yang terlibat serta pihak ibubapa yang turut sama dapat
merasai kebaikan program seumpama ini. Sekian, terima kasih.

Disediakan Oleh:

...........................
(ZAMZURI BIN AHMAD)
Setiausaha PIBG

Disahkan Oleh :

(ABDUL RAHIM BIN MOHAMAD AMIN))


YANG DIPERTUA PIBG

You might also like