You are on page 1of 2

Keselamatan Kawasan Sekolah Tidak Terjamin ( Hujah P.

Bidasan
Dalam hujah ini,mereka menceritakan tentang (keadaan
sekolah tidak terjamin)
______________________________________________
______________________________________________
Saya bidas,TYD,kami di pihak kerajaan sangat pasti
pelbagai langkah pencegahan telah dirancang,disusun
dan dilaksanakan dengan terperinci demi kebaikan warga
sekolah. Antaranya, latihan kebakaran. Setiap sekolah
perlulah menjalani latihan kebakaran ,dimana murid-
murid dan warga sekolah perlulah berhimpun di kawasan
terbuka yang telah ditentukan,setelah mendengar loceng
amaran panjang. Malahan pasukan bomba turut
berkerjasama dengan pihak sekolah dengan memberi
demonstrasi cara menangani kebakaran. TYD tambahan
pula pihak sekolah akan mengawal selia bukan sekadar
kawasan sekolah malahan peralatan dan infrastruktur
yang telah disediakan oleh sekolah. Antaranya,satu
jawatan kuasa aset telah ditubuhkan. Tujuan
jawatankuasa ini ditubuhkan bagi membuat pemeriksaan
terhadap peralatan sekolah yang telah didaftarkan
mengikut unit masing-masing. Satu laporan perlu
disediakan oleh jawatankuasa tersebut. Ini membuktikan
pihak pengurusan sekolah berusaha menguruskan
sekolah mengikut SOP yang telah ditentukan.

You might also like