You are on page 1of 3

Ciri-Ciri Sekolah Selamat

Isi:

1. Khidmat Pengawai Keselamatan

2. Alat Pemadam Api

3. Papan Tanda Amaran

Contoh Jawapan

Sekolah merupakan satu institusi yang nirmala untuk mendidik anak-anak Malaysia menjadi
seorang rakyat yang berpengetahuan luas dan berguna. Pada bulan Februari 2018, berita
tentang bangunan kayu Sekolah Kebangsaan Sentosa berlaku kebakaran dan banyak barangan
berharga seperti komputer riba dan fail-fail pentadbiran. Bukan itu sahaja, blok bangunan kayu
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wallace Bay di Pulau Sebatik terbakar ketika murid
sedang menduduki peperiksaan pada 13 Mei 2018. Insiden ini telah memberi kesedaran kita
semua agar mengarusperdanakan isu keselamatan sekolah sedangkan isu ini akan mengugat
keselamatan dan nyawa anak-anak kita. Oleh itu, pihak kerajaan khasnya Kementerian Pelajaran
perlu bergading bahu dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru ibarat aur dengan tebing untuk
merancang, melancarkan dan mematau aktiviti yang berorentasikan ciri-ciri sekolah selamat.
Bak kata pepatah, “ Tepuk dada tanya selera.” Persoalannya, apakah ciri-ciri sekolah selamat?

Antara ciri sekolah selamat ialah sekolah perlu memiliki khidmat pengawai keselamatan yang
bertanggungjawab. Dengan memiliki pengawai keselamatan, mereka akan mengalas amanah
untuk memastikan sesiapa yang memasuki alma mater adalah memiliki tujuan yang baik sahaja.
Bukan itu sahaja, mereka juga akan sentiasa memberi fokus sepenuhnya untuk memastikan
setiap warga sekolah tidak dicedera oleh orang lain. Mereka perlu menampilkan ke hadapan
sekiranya berlaku ibu bapa atau penjaga yang mengamuk dan memukul cikgu atau murid untuk
menjaga keselamatan mereka. Namun begitu, pihak sekolah perlu mendapatkan pengawai
keselamatan yang beramanah dan memiliki sistem keselamatan yang bersepadu agar situasi
seperti harap pagar pagar makan padi dapat dielakkan. Pihak sekolah perlu memasang alat
televisyen litar tutup untuk mengawasi keadaan sekolah dan memastikan setiap orang yang
memasuki sekolah perlu dikesan identitinya. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa
perkhidmatan pengawai keselamatan perlu diwujudkan di setiap sekolah untuk menjaga
keselamatan murid.

Selain itu, alat pemadam api merupakan kemudahan asas yang perlu dimiliki oleh setiap
sekolah. Hal ini demikian kerana kebakaran merupakan salah satu kemalangan yang sering
berlaku di sekolah khasnya di luar bandar. Bak kata, “ Kalau tiada angin, masakan pokok
bergoyang.” Kebanyakan kebakaran yang berlaku di kawasan sekolah adalah disebabkan
bangunan yang usang dan lama tidak diperbaharui, kecuaian ketika melakukan eksperimen di
makmal dan sebagainya. Sebagai langkah preventif, pihak sekolah perlu menyediakan alat
pemadam api di setiap bangunan supaya dapat memberi bantuan kecemasan pada masa yang
paling singkat. Bukan itu sahaja, pihak sekolah perlu bersikap seperti sediakan payung sebelum
hujan dengan memastikan semua pemadam api boleh berfungsi dan sedia digunakan. Tindakan
ini perlu dilaksanakan dengan betul kerana pemadam api tidak dapat digunakan pada masa
yang diperlukan akan menyebabkan lebih banyak kemalangan yang kita tidak dapat jangka. Jadi,
ciri-ciri sekolah yang selamat ialah sekolah perlu mempunyai pemadam api di

Tambahan pula, papan tanda amaran perlu didirikan di setiap pelosok sekolah yang berisiko.
Hal ini dapat membantu warga sekolah berhati-hati semasa melalui tempat tersebut kerana
banyak kemalangan seperti pokok tumbang, kemunculan ular dan lebah, gol tiang tumbang dan
sebagainya mempunyai kemungkinan berlaku di sekitar kawasan persekolahan. Misalnya, berita
berasal dari Astro Awani tentang seorang pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku
Indera Petra 2 maut ditimpa tiang gol tumbang pada Julai 2016. Fenomena ini telah
meningkatkan kesedaran dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat sehingga ke akar umbi
rakyat. Oleh sebab itu, kita dapat mengelakkan kemalangan berlaku sekiranya kita menyatakan
papan tanda amaran di kawasan yang berbahaya kerana kata pujangga , “mencegah lebih baik
daripada merawat”. Bukan itu sahaja, pihak sekolah khasnya pekerja sekolah perlu senantiasa
melaporkan kepada pihak pentadbir tentang isu keselamatan kawasan tersebut kalau
mendapati kawasan itu berisiko tinggi akan berlaku kemalangan. Pada masa yang sama, pihak
sekolah juga perlu turun padang untuk menyemak, membaiki dan menukar apa yang sudah
usang atau berkarat. Rentetan itu, kemalangan sebegini tidak akan berlaku lagi di sekolah
tersebut sebagaimana peribahasa berbunyi “ Pisang tidak akan berbuah dua kali.” Jelasnya,
papan tanda amaran perlu didirikan di setiap penjuru sekolah yang berbahaya untuk memberi
peringatan kepada warga sekolah.

Kesimpulannya, ciri-ciri sekolah yang selamat perlu diwujudkan oleh setiap sekolah dengan
kolabrasi bersama-sama pihak ibu bapa, sekolah, masyarakat dan kerajaan ibarat ringan sama
dijinjing , berat sama dijunjung agar keselamatan anak-anak kita dapat terjamin.

You might also like