You are on page 1of 17

KECUAIAN GURU DI SEKOLAH MENURUT UNDANG-UNDANG TORT DI

MALAYSIA

LINA KHALIDA BINTI MASRI

USUL PENYELIDIKAN KERTAS PROJEK YANG DIKEMUKAKAN UNTUK


MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA
MUDA UNDANG-UNDANG DENGAN KEPUJIAN

FAKULTI UNDANG-UNDANG

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

2017/2018
USUL PENYELIDIKAN KERTAS PROJEK

1. LATAR BELAKANG KAJIAN

Pendidikan merupakan salah satu sektor penting bagi melahirkan negara yang maju dan
membangun. Pendidikan juga bertujuan menyediakan sumber manusia dan tenaga kerja,
mengukuhkan perpaduan antara kaum, dan merupakan alat pembasmi kemiskinan.
Pendidikan merupakan tunjak utama dalam perancangan ekonomi dan melahirkan
masyarakat yang mantap. Oleh itu, para guru, pengetua dan pegawai perkhidmatan membawa
peranan penting bagi memastikan mutu pendidikan di tahap yang terbaik kerana mereka
membawa tanggungjawab yang besar terhadap masyarakat dan negara. Hal yang demikian,
menyebabkan golongan ini harus celik dengan peraturan-peraturan dan undang-undang
pendidikan yang telah digubal demi menjamin kualiti dan mutu pendidikan negara ini.
Kepentingan pendidikan ini dapat dilihat apabila Akta Pendidikan 1996 telah dipinda dengan
meletakkan provisi baru iaitu seksyen 29A yang mewajibkan pendidikan rendah terhadap
anak ibubapa warganegara Malaysia yang telah mencapai umur enam tahun.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan pelbagai panduan, surat


pekeliling, ikhtisas bagi memastikan golongan pendidik dan pihak sekolah melaksanakan
tugas dengan lebih teratur terutamanya hal yang berkaitan keselamatan pelajar dan hal ehwal
pelajar. Antaranya adalah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/198518 iaitu mengenai Rancangan
Mencantik dan Mengindahkan Sekolah dan Kawasannya serta Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil.14/198919 iaitu mengenai Kebersihan Sekolah. Tujuan kedua-dua pekeliling ini adalah
bagi memastikan kawasan sekolah berada di dalam keadaan cantik dan bersih. Amaran
seperti papan tanda juga perlu diberikan kepada pelajar untuk tidak memasuki kawasan yang
membahayakan.

Seterusnya, Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan pelbagai surat pekeliling bagi


memastikan keselamatan pelajar terjamin. Ini kerana guru dan pengurus sekolah bertindak
sebagai in loco parentis yang mengambil alih tanggungjawab ibu bapa anak-anak tersebut
sewaktu berada di kawasan sekolah. Sebagai contoh, pengeluaran surat pekeliling berkaitan
keselamatan di makmal1, keselamatan diri pelajar di sekolah2, keselamatan diri pelajar

1
Surat Pekeliling Ikhtisas No.1/1974 20

2
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1988 21
semasa pengajaran pendidikan jasmani dan kesihatan serta kegiatan kokurikulum dan sukan
di dalam dan di luar kawasan sekolah3, keselamatan diri murid dalam perjalanan pergi dan
balik sekolah4 dan panduan keselamatan diri pelajar semasa pengajaran Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan serta kegiatan kokurikulum5. Pada 6 Mei 2002 di Sungai Petani, Kedah,
Kementerian Pendidikan juga telah melaksanakan Polisi Sekolah Selamat yang betujuan
memastikan waga sekolah berada dalam keadaan selamat tanpa gangguan daripada mana-
mana pihak6. Seterusnya, ia juga bertujuan meningkatkan kefahaman dan penghayatan
bahawa keselamatan hendaklah dijadikan agenda utama dalam semua aspek pendidikan di
sekolah7. Kes berkaitan keselamatan pelajar dapat dilihat didalam Headmistress, Methodist
Girls School & Lain-lain v. Headmaster, Anglo-Chinese Primary School & Yang Lain8. Di
dalam kes ini seorang pelajar telah dilanggar oleh bas sekolah semasa dia berjalan di dalam
kawasan sekolah untuk pulang kerumahnya. Gadis tersebut cedera teruk dan kemudian
menyaman pemandu dan pemilik bas tersebut. Pemilik bas menyatakan respoden sebagai
guru besar juga bertanggungan terhadap gantirugi tersebut. Mahkamah Federal memutuskan
sekolah tidak terlepas daripada tanggungjawab menjaga keselamatan disekolah justeru pihak
sekolah dikehendaki untuk mebayar 30% daripada jumlah gantirugi tersebut.

Selain itu, School (General) Regulations 1951 walaupun lama masih digunakan untuk
pentadbir sekolah. Pelbagai peraturan telah dibuat samaada dari segi penggunaan bilik darjah,
keperluan kesihatan, dan keperluan bangunan sekolah9 bagi memastikan memenuhi keperluan
dan menjamin keselamatan pelajar. Terdapat juga surat pekeliling yang bertujuan menjaga
kesihatan pelajar disekolah menjauhi pelajar daripada terkena penyakit berjangkit, cuaca
yang panas, kantin yang tidak bersih, serta makanan yang tidak sihat dan lain-lain10.

3
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1995 23

4
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1999 25

5
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2000 26

6
Rohana Man, Polisi Sekolah Selamat - Melindungi Pelajar dari Bahaya, Utusan Malaysia, 14 Julai
2003, p 23.

7
Wan Norazizah Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan,
Kuala Lumpur, 6 Mei 2002.

8
[1984] 1 MLJ 293.

9
School (General) Regulations, 1951.

10
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 6/1998 37
Terdapat juga peruntukan-peruntukan yang telah dibuat yang mengawalselia aktiviti
kokurikulum di sekolah. Segala prosedur penubuhan persatuan, laporan persatuan dan
pembubaran persatuan telah dibuat11 bagi memastikan kepentingan dan keselamatan pelajar
terjaga. Terdapat satu kes yang dilaporkan mengenai kecuaian guru sewaktu menguruskan
aktiviti kokurikulum iaitu di dalam kes Chen Soon Lee melawan Chong Voon Pin dan Lain-
lain12, di mana pelajar disebuah sekolah di Miri Sarawak telah mati lemas semasa berkelah di
Tanjong Lobang.

Ini menunjukkan guru-guru yang berkhidmat dalam bidang pendidikan samada


sekolah awam atau swasta termasuklah bagi pensyarah di institusi pendidikan tinggi terikat
dengan pelbagai peraturan. Sebagai contoh mereka terikat dengan Akta Pendidikan 1996
(Akta 550). Para guru dikehendaki untuk mengajar dengan cara yang betul dan mengikut
kehendak etika kerja guru yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru-
guru di sekolah kerajaan, pula terikat dengan pelbagai peraturan yang perlu dipatuhi.
Antaranya Ordinan Pelajaran 1957, Peraturan Peraturan Pelajaran (Disiplin) Sekolah 1959,
terikat dengan pelbagai surat Pekeliling Iktisas, serta perlu mematuhi Perintah AM.

2. KENYATAAN MASALAH

Pada masa kini, era pendidikan adalah sangat kompleks. Bidang pendidikan yang diceburi
oleh guru-guru, pensyarah-pensyarah, atau pihak pengurusan sekolah, semakin hari semakin
mencabar. Masyarakat di luar bidang ini, sentiasa peka dengan apa yang terjadi di sekolah
terutamanya ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah mahupun mana-mana
institusi pengajian. Ibubapa sudah semestinya mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka
dalam pelbagai aspek terutamanya dari segi pembelajaran dan keselamatan anak-anak di
sekolah.

Hal yang demikian, menyebabkan golongan pendidik ini terbeban dengan tanggungjawab
serta amanah untuk memastikan yang terbaik kepada para pelajar bagi memenuhi kehendak
masyarakat terutamanya ibubapa. Tambahan pula, pendidik di sekolah bertindak sebagai in
loco parentis di sekolah menggantikan tanggungjawab seorang penjaga kepada pelajar
tersebut. Ini membuatkan gologan pendidik ini terdedah dengan tekanan daripada masyarakat

11
Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998

12
[1966] 2 MLJ 264.
yang sudah tentu akan menyalahkan golongan ini sekiranya terjadi apa-apa yang tidak
memenuhi kehendak atau piawai mereka.

Pendidik sebagai manusia biasa tidak akan lari daripada melakukan kesilapan dan
kecuaian. Sebagai akibat, pendidik terdedah dengan dua bentuk dakwaan di mahkamah iaitu
kecuaian guru dan kecuaian pendidikan. Dengan taraf pendidikan masyarakat terutamanya
ibu bapa yang semakin tinggi, dakwaan di mahkamah terhadap guru juga semakin tinggi.

Kesannya, pendidik berada didalam keadaan trauma dan tidak berani untuk mengajar
kerana takut disaman atas sebab-sebab kecuaian yang berkemungkinan akan terjadi. Ini juga
boleh menyebabkan, tidak ramai siswazah-siswazah muda berani untuk menceburi bidang
pendidikan. Guru-guru juga akan trauma dalam menjalankan tugas mereka. Menurut
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), hampir setiap hari golongan
pendidik ini disaman oleh ibu bapa pelajar dan hal tersebut menyebabkan pendidik-pendidik
ini berada didalam keadaan ketakutan untuk mengajar. Menurut Lok Yim Pheng, Setiausaha
Agung kepada organisasi tersebut, pendidik-pendidik selalu dikenakan saman atas dakwaan
cuai dan perkara tersebut amat membimbangkan kerana pendidik-pendidik ini juga
merupakan amanah oleh kerajaan untuk melaksanakan tugas-tugas sebagai pendidik bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berjiwa moral dan berintelektual.

Bukan sahaja pendidik-pendidik ini menjadi trauma, malahan masyarakat terutamanya


ibu bapa juga akan bergantung sepenuhnya kepada guru dalam mendidik serta menjaga anak
mereka sehinggakan jika anak mereka kurang pandai kerana tidak belajar dirumah juga
mereka tetap akan menyalahi dan menyaman pendidik. Persoalannya, sejauh manakah
pendidik-pendidik ini boleh didakwa atas dakwaan cuai tersebut dan apakah langkah yang
boleh diambil mereka bagi memastikan perkara ini tidak berlaku?
3. OBJEKTIF

3.1 OBJEKTIF UMUM


Secara keseluruhannya, objektif umum penyelidikan ini adalah untuk menyemak
tanggungjawab seorang guru terhadap pelajar dalam konteks sosial dan perundangan.

3.2 OBJEKTIF KHUSUS


Dalam menjalankan penyelidikan ini, objektif khusus yang menjadi penggerak kepada
penyelidikan adalah seperti berikut:

i. Mengenalpasti tanggungjawab seorang guru terhadap pelajar dari segi


perundangan.
ii. Mengenalpasti remedi yang boleh dibawa atau dituntut oleh pelajar akibat
daripada kecederaan yang dialami akibat daripada kecuaian guru.
iii. Menegnalpasti hak-hak dan pengecualian liabiliti guru.
iv. Mengenalpasti tahap kesedaran guru terhadap tanggungjawabnya yang tertera di
dalam undang-undang seperti peraturan-peraturan, akta dan pekeliling-pekeliling
dari pihak Kementerian Pelajaran.
v. Membandingkan kes-kes yang berkaitan dengan kecuaian guru di Malaysia dan
luar negara.
vi. Menganalisis corak kes kecuaian di serta masalah yang dihadapi oleh undang-
undang kecuaian yang dipraktikkan di Malaysia.
vii. Mencadangkan penambahbaikan dalam perundangan yang relevan.

4. PERSOALAN KAJIAN

Antara persoalan dalam penyelidikan ini ialah:

i. Apakah standard piawai tugas berhati-hati seorang guru dari segi perundangan?
ii. Apakah remedi yang boleh dibawa atau dituntut oleh pelajar akibat daripada kecederaan
yang dialaminya terhadap guru?
iii. Adakah terdapat hak-hak dan pengecualian liabiliti guru?
iv. Di manakah tahap kesedaran seorang guru sebagai pendidik yang memikul
tanggungjawab berhati-hati terhadap pelajar?
v. Bagaimanakah cara untuk menambahbaik perundangan yang relevan untuk melindungi
guru?

5. METODOLOGI KAJIAN

5.1 JENIS KAJIAN

Kertas projek ini merupakan satu penyelidikan sosio-perundangan yang menggunakan


pendekatan non-doctrinal13 yang melibatkan gabungan penyelidikan undang-undang dan
kerja lapangan. Menurut Anwarul Yaqin14, penyelidikan sosio-legal bermaksud:

The term social-legal research is used to refer to a study that combines


legal research with an investigation of some problem or question which
is essentially of a social nature, and uses techniques of data collection
used in social science research. Usually the underlying aim of such
study is to determine the nature and extend of the adequacy or
inadequacy of the existing law, or the need for a new law, or to
ascertain whether an efficacious use of law can offer some kind of
solution or answer to the problem or question or whether law can be
used as an instrument of control, change and reform.

Dalam jenis kajian non-doctrinal, penyelidikan undang-undang akan dilakukan untuk


mengenal pasti tanggungjawab seorang guru terhadap pelajar dalam perundangan,
mengenalpasti tindakan atau remedi yang boleh dibawa atau dituntut oleh pelajar terhadap
kecuaian guru, dan mengenal pasti atau menganalisis perundangan yang relevan dalam
membawa tindakan atau menuntut remedi terhadap guru atau pihak pentadbir sekolah.
Penyelidikan tentang aspek sosial terutamanya tahap kesedaran guru terhadap
tanggungjawabnya didalam undang-undang pula akan dilakukan melalui kerja lapangan
seperti temu bual dan soal selidik.

13
Michael McConville, Wing Hong Chui, Research Method for Law, Edinburgh University Press, hlm
3-5.

14
Anwarul Yaqin, Legal Research and Writing, Lexis Nexis Malaysia, 2007, hlm 10. Lihat Quay Hui
Shien, Pengguna dan E-dagang: Pembentukan dan Kandungan Kontrak Dalam Talian, Tesis Sarjana Muda,
Universiti Kebangsaan Malaysia, 2013, hlm 7.
5.2 PENDEKATAN KAJIAN

Penyelidikan ini merupakan kajian berteraskan penyelidikan undang-undang yang


menggunakan kaedah non-doctrinal yang mengandungi penyelidikan undang-undang dan
penyelidikan sosial.

Penyelidikan undang-undang pula menerapkan empat bentuk pendekatan iaitu : i)


Sejarah; ii) falsafah; iii) perbandingan; serta iv) analitis dan kritis 15. Walau bagaimanapun,
hanya tiga bentuk pendekatan akan digunapakai dalam kajian ini, iaitu:

i. Pendekatan Historis/Sejarah

Pendekatan berbentuk historis atau sejarah merupakan salah satu pendekatan yang digunakan
dalam penyelidikan ini. Tujuan penggunaan pendekatan sejarah adalah mengaplikasikan
pemikiran reflektif kepada masalah sosial yang masih belum diselesaikan dengan cara
penemuan aliran kejadian, fakta dan pendirian pada zaman dahulu.16 Menurut Anwarul
Yaqin17 bahawa pendekatan historis merupakan satu kajian berkaitan dengan fakta-fakta
lepas, kejadian dan institusi dalam usaha memahami perkembangan sesuatu undang-undang
atau institusi. Oleh demikian, dalam kajian ini, pendekatan bebentuk historis akan
digunapakai untuk mengkaji pendahuluan kehakiman dalam kes-kes yang melibatkan
kecuaian guru dan penganalisisan dibuat untuk mengenalpasti perkembangan perundangan
terhadap liabiliti kecuaian seorang guru.

ii. Pendekatan Komparatif atau Perbandingan

15
Sakina Shaik Ahmad Yusoff, Penyediaan Kertas Cadangan Tesis Siswazah, Program Suai kenal
Siswazah Baru Sem. II Sesi 2002/2003, 30 Oktober 2002, hlm 25.

16
K. Ravichandran & S. Nakkiran, Introduction to Research Methods in Social Sciences, Abhijeet
Publications, 2009, hlm 54.

17
Anwarul Yaqin, Framing a research proposal: Some Essentials, kertas kerja Seminar Kemantapan
Akademik, Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 29 Julai 2003.
Bagi meninjau sesuatu, kita harus melihat dari kaca mata orang asing mengikut jarak tertentu,
yang mana keadaan ini rumit untuk dicapai menerusi fenomena negara sendiri.18 Melalui
proses ini, liabiliti seorang guru terhadap dakwaan cuai di Malaysia akan dibandingkan
dengan negara lain. Pendekatan ini juga dapat membantu dalam menentukan cadangan yang
boleh menambahbaikan sistem perundangan di Malaysia dalam tujuan perlindungan guru dari
ditindas oleh undang-undang terhadap dakwaan cuai.

iii. Pendekatan Analisis dan Kritis

Menurut Chartterjee19 bahawa penggunaan kaedah analitis dan kritis berupaya memberikan
seseorang penyelidik untuk mengkritik dan menyemak semula dan memberi sebarang
cadangan terhadap pindaan, pembatalan dan penggantian undang-undang yang lemah dan
kurang berkesan. Oleh itu, pendekatan ini dapat mengenalpasti tindakan ataupun remedi yang
boleh diambil ataupun dituntut oleh pelajar terhadap kecuaian guru. Pendekatan ini juga
dapat membantu untuk mengenal pasti dan menyemak perundangan yang relevan dalam
membawa tindakan atau menuntut remedi teradap pihak pentadbiran sekolah. Pendekatan ini
juga dapat membantu dalam menentukan cadangan yang boleh menambahbaikan sistem
perundangan yang relevan dalam tujuan melindungi guru agar tidak ditindas oleh undang-
undang terhadap dakwaan cuai.

Penyelidikan sosial pula mempunyai dua jenis pendekatan iaitu kuantitatif dan
kualitif.20

i. Pendekatan kuantitatif

Menurut Creswell21, penyelidikan kuantitatif ialah pengumpulan data yang digunakan untuk
membentuk maklumat yang berguna di mana ia boleh diukur dan tertakluk kepada analisis
statistik untuk menyokong atau menyangkal sesuatu hipotesis. Menurut Hittleman &

18
Lepaulle, The Functions of Comparative law (1922) 35 Harv Law Review. 853. Lihat Nor, Adha
Binti Ab. Hamid, Pertikaian Perdagangan Pengguna Penyelesaian Pertikaian Alternatif Di Malaysia, Tesis PhD.
UKM, 2007, hlm 32.
19
Chartterjee, Methods of Research in Law, Old Bailey Press, London, 2000, hlm 38 (NA-34).
20
Ashish Kumar Singhal & Ikramuddin Malik, Doctrinal and socio-legal methods of research: merits
and demerits (2012) 2(7) Educational Research Journal 254.
21
John W. Creswell, Research Design: Qualitative, Quantitative, and Mixed Methods Approaches,
New York, SAGE Publications, 2013, hlm 247.
Simon22, penyelidik boleh menggunakan penyelidikan kuantitatif untuk mengumpul data
melalui kajian, pengedaran soal selidik dan eksperimen. Data yang dikumpul boleh
digunakan untuk tujuan analisis statistik.

ii. Pendekatan kualitatif

Pendekatan kualitatif ini mengaji orang atau fenomena yang berlaku dalam dunia sebenar.
Penyelidik akan mengumpul data kualitatif - perkataan dan imej - sering melalui temu bual
dan pemerhatian23. Menurut Sighal & Malik24, pendekatan kualitatif adalah lebih kurang
berstruktur daripada pendekatan kuantitatif kerana ia merupakan pertukaran pendapat antara
penyedik dan mereka yang ditemuduga.

5.3 TEKNIK PENGUMPULAN DATA

i. Kajian perpustakaan

Kajian perpustakaan (library research) boleh membantu penyelidik mengumpul pelbagai


maklumat yang sedia ada25. Maklumat awal yang berhubung dengan penulisan dan
pengkajian boleh dibuat melalui pengumpulan bahan di perpustakaan dengan menggunakkan
teknik ini26. Teknik ini juga dikatakan sebagai teknik asas dalam menghasilkan sesuatu
kajian27. Dengan menggunakkan teknik ini, penyelidik boleh memperolehi fakta, sumber dan
isi kajian yang relevan, bermutu serta tidak menyimpang hasil kajian yang sebenar. Teknik

22
Hittleman, Daniel R. & Alan J. Simon, Interpreting Educational Research: An Introduction for
Consumers of Research, 1997, Prentice-Hall, New Jersey, hlm 31.

23
Gerald F. Hess, Qualitative Research on Legal Education: Studying Outstanding Law Teachers
(2013) 51 Alta. L. Rev. 926.

24
Ashish Kumar Singhal & Ikramuddin Malik, Doctrinal and socio-legal methods of research: merits
and demerits (2012) 2(7) Educational Research Journal 254.

25
Mohd. Zaid bin Hassan, Jenayah Pemalsuan Kad Kredit di Malaysia, Ijazah Sarjana, University
Melaya, Malaysia, 2011/2012, hlm 6.

26
Halimatun Saadiah binti Mohd Mahdee, Permohonan Anggapan Mati Dari Aspek Kekeluargaan
Islam: Kajian Di Mahkamah Syariah Di Malaysia, Ijazah Sarjana, University Melaya, Malaysia, 2011, hlm 23.

27
Nurul Asmida Saad, Pandangan MB Hooker terhadap adat di tanah Melayu: Analisis terhadap buku
Islamic law in South-East Asia, Ijazah Saujana, University Melaya, Malaysia, 2015, hlm 27.
ini melibatkan pencarian buku, artikel, jurnal, kertas persidangan, laporan, dokumen, tesis,
disertasi, dan majalah.

Kajian perpustakaan akan dilakukan di perpustakaan dan juga melalui pengkalan data di atas
laman sesawang seperti Lexis Nexis, Hein Online dan sebagainya. Kajian ini juga akan
dilakukan untuk mendapatkan a.) sumber primer dan b.) sumber sekunder.

a) Sumber primer

Sumber primer adalah kenyataan rasmi apa yang undang-undang itu, dan mereka adalah
dokumen yang mempunyai kuasa undang-undang yang mengikat28. Sumber primer termasuk
1. Undang-undang kes
2. Perundangan
3. Peraturan-peraturan
4. Perlembagaan
5. Triti29

b) Sumber sekunder

Sumber sekunder adalan bahan-bahan penyelidikan yang berasal dari sumber primer. Sumber
ini menyediakan analisis, komentar, atau penjelasan terhadap sesuatu undang-undang30.
Sumber sekunder menjelaskan prinsip undang-undang dengan lebih teliti daripada kes
undang-undang ataupun statut, oleh itu, penggunaan sumber sekunder boleh menjimatkan
masa penyelidik31. Sumber ini pula termasuk buku rujukan, jornal, ensiklopedia undang-
undang dan sebagainya.

ii. Kajian lapangan

28
Wiliams A. Wise Law Library, Research Guides: Secondary Resources
http://lawlibrary.colorado.edu/SubjectsPlus/subjects/guide.php?subject=Second (20 September 2017).
29
Claire DeMarco, Legal Research Strategy,
http://guides.library.harvard.edu/law/researchstrategy/secondarysources (20 September 2017).
30
Wiliams A. Wise Law Library, Research Guides: Secondary Resources
http://lawlibrary.colorado.edu/SubjectsPlus/subjects/guide.php?subject=Second (20 September 2017).
31
Claire DeMarco, Legal Research Strategy,
http://guides.library.harvard.edu/law/researchstrategy/secondarysources (20 September 2017).
Kajian lapangan akan dijalankan dengan kaedah temu-bual dan soal-selidik. Temu bual akan
dijalankan dengan pakar bidang berkaitan penyemakan tindakan ataupun remedi yang boleh
diambil dan dituntut oleh pelajar terhadap kecuaian guru. Temubual juga akan dijalankan
dengan pakar bidang tersebut untuk mengetahui status perundangan terhadap tanggungjawab
seorang guru. Borang soal-selidik juga akan diedarkan di kalangan guru yang terdiri daripada
beberapa sekolah seperti Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, dan Universiti
Putra Malaysia bagi meninjau pengetahuan dan kesedaran guru terhadap tanggungjawab
mereka kepada pelajar.

iii. Kajian dalam talian

Kajian dengan menggunakan laman sesawang juga digunakan untuk mendapat informasi
berkaitan dengan piawai tanggungjawab berhati-hati seorang guru kepada pelajar di luar
negara dan juga tempatan. Kajian tersebut juga digunapakai untuk mendapat data-data yang
terdapat di talian seperti statistik daripada jabatan berkenaan, jurnal elektronik, laman web
rasmi perpustakaan, laman web rasmi jabatan tang berkaitan dan sebagainya. Bukan sahaja,
database atas talian seperti Lexis Nexis dan Current Law Journal juga akan digunakan bagi
mendapat artikel dan jurnal yang berkaitan.

6. KEPENTINGAN KAJIAN

Penyelidikan ini dijalankan bagi mewujudkan satu hala tuju yang mampu memanfaatkan
pelbagai pihak melalui analisis masalah yang wujud. Secara umumnya, kepentingan kajian
ini boleh dilihat seperti berikut:

i. Kepentingan kepada golongan pelajar

Kajian ini penting kepada golongan pelajar bagi memastikan keselematan mereka terjaga.
Pelajar juga perlu mengetahui hak terhadap kecederaan atau kerosakan yang dialaminya bagi
mendapatkan remedi daripada guru.

ii. Kepentingan kepada golongan guru

Kajian ini penting bagi golongan guru bagi memastikan guru mengetahui hak dan liabiliti
yang boleh dikenakan keatasnya. Kajian ini juga penting bagi guru supaya guru tahu untuk
mempertahankan diri mereka dari dakwaan cuai. Dengan itu, masyarakat terutamanya
ibubapa tidak senang lenang bergantung penuh dengan guru serta membuat dakwaan melulu
kepada guru.

iii. Kepentingan kepada disiplin undang-undang.

Penyelidikan ini bertujuan untuk menganjak untuk ilmu undang-undang kerana tidak banyak
kajian yang menyalurkan perhatian terhadap penyelidikan yang berkaitan dengan hak dan
liabiliti guru di Malaysia. Kajian ini juga akan mencadangkan penambahbaikan yang boleh
dilakukan terhadap perundangan di negara kita berkaitan dengan undang-undang kecuaian di
Malaysia.

7. KAJIAN PERPUSTAKAAN

Bahan yang didapati dalam kajian perpustakaan adalah seperti berikut.

Menurut Margaret Ferguson32, kecuaian merupakan satu liabiliti di bawah Tort


dimana Tort secara umumnya adalah satu kesalahan yang memberi hak kepada si plaintiff
atau pihak yang tercedera menyaman pihak yang bersalah. Tuntutan terhadap kesalahan cuai
tidak boleh dibawa kepada mahkamah selagi beberapa elemen tidak dipenuhi. Elemen yang
dimaksudkan adalah tugas, pelanggaran tugas, dan kerosakan akibat daripada pelanggaran
tugas tersebut.

Menurut Ismail Othman33, terdapat dua kecuaian yang boleh didakwa di dalam arena
pendidikan, iaitu kecuaian guru dan kecuaian pendidikan. Kecuaian guru berpunca daripada
konsep tanggungjawab berjaga-jaga daripada segi undang-undang yang dipertanggung
jawabkan kepada guru. Kecuaian guru ini selalu dikaitkan dengan kemalangan dan
kecederaan fizikal yang menimpa pelajar dimana guru terpaksa membayar denda di dalam
bentuk ganti rugi jika mahkamah memutuskan wujud liabiliti guru dalam sesuatu keadaan.
Kecuaian pendidikan pula terjadi apabila guru gagal dalam mendidik pelajar sehingga pelajar
tersebut gagal dalam menguasi sesuatu pelajaran atau kemahiran. Namun begitu, di Malaysia,
kecuaian pendidikan ini sukar dibuktikan kerana faktor-fakor yang lain juga diambil kira

32
Margaret Ferguson, Teacher Negligence (1982) 7(1) Resource New, hlm 10.
33
Mohd. Ismail Othman, Undang-undang untuk Pengetua dan Guru Besar, PTS Professional,
Malaysia, 2006, hlm 32.
mahkamah seperti persekitaran, didikan ibubapa, tahap intelektual pelajar tersebut dan lain-
lain.
Menurut Tie Fat Hee34 didalam bukunya yang berjudul Liabiliti dalam Pengurusan
Pendidikan, terdapat empat elemen penting yang perlu dibuktikan bagi kecuaian iaitu yang
pertama terdapat elemen berjaga-jaga seperti arahan yang diberi oleh pengetua kepada guru
bagi mengajar sesebuah kelas pada sesuatu masa. Kedua, tanggungjawab itu tidak dipatuhi
dan guru meninggalkan kelas untuk berehat dibilik guru atau membuat kerja lain
menyebabkan pelajar-pelajar bertumbuk. Ketiga, akibat daripada pelanggaran tanggungjawab
tadi, seorang pelajar cedera dan mengalami kerugian. Akhri sekali, kaitan yang rapat di antara
tingkah laku defendan dengan kecederaan yang dialami oleh plaintif.

Walaubagaimanapun, Tie Fat Hee35 dalam penulisan artikelnya menyebut, guru boleh
mempertahankan dirinya dengan menunjukkan dia telah bertindak secara munasabah untuk
mengelak daripada kerosakan/kecederaan tersebut berlaku. Untuk melindungi diri daripada
disaman, sekolah perlu buktikan bahawa tugas berhati-hati telah pun dilaksanakan. Selalunya,
kes-kes yang melibatkan kecuaian di sekolah ini berpunca daripada keadaan premis sekolah
tersebut, keselamatan di dalam bilik darjah dan padang sekolah, penyeliaan, dan lain-lain.

Di dalam kes Zazlin Zahira Haji Kamarulzaman v. Louis Marie Neibe & lain-lain36,
defendan pertama merupakan seorang guru muzik dan defendan kedua pula merupakan guru
besar sekolah tersebut. Arahan telah diberikan oleh guru tersebut kepada pelajar-pelajar
Tahun 1 untuk berjalan di dalam kelas dengan memegang bahu kawan mengikut rentak
muzik dengan tidak berlari dan tidak menolak rakan sedarjah. Selepas pusingan pertama,
seorang daripada mereka telah jatuh dan patah tangan. Defendan membawa pelajar tersebut
ke hospital manakala guru besar sekolah itu memaklumkan ibubapa pelajar tersebut. Ibubapa
pelajar tersebut menyaman guru dan pihak sekolah atas kecuaian kerana tidak memberi
arahan secukupnya kepada pelajar untuk tidak berlari. Mereka mendakwa bahawa guru
tersebut tidak menyediakan penyeliaan yang secukupnya.

34
Tie Fat Hee, Liabiliti dalam Pengurusan Pendidikan, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd,
Kuala Lumpur, Malaysia, 2004, hlm 36.
35
Tie Fat Hee, The Legal Rights of Students and Teachers (2005) 1(20) International Journal for
Education Law and Policy, hlm 20-27.

36
[1994] 4 CLJ 637.
Mahkamah di dalam kes ini menggunakan prinsip di dalam kes Kerajaan Malaysia
dan Lain-lain v. Jumat bin Mahmud dan Yang Lain37 dimana Yang Berhormat Raza Azlan
menyatakan bahawa seorang guru sekolah mempunyai kewajipan berjaga-jaga yang
munasabah dalam menjaga keselamatan pelajar di bawah penyeliaannya. Tanggungjawab ini
lahir disebabkan hubungan khusus antara seorang guru dan pelajarnya. Perlu diingatkan,
tugas tersebut mestilah selari dengan keupayaan dan peluang guru tersebut untuk melindungi
pelajarnya daripada kecederaan yang diketahui. Risiko terhadap kecederaan tersebut perlulah
dapat dipralihat secara munasabah. Di dalam kes ini, mahkamah menolak tuntutan plaintif
yang menyatakan bahawa defendan tidak menyediakan arahan secukupnya. Tambahan pula,
pelajar tersebut jatuh bukan kerana penggunaan radio dan kaset itu dan tidak menggunakan
perkakas yang merbahaya sehingga memerlukan penjagaan yang luar biasa.

Penyeliaan dan arahan semasa penggunaan perkakas yang merbahaya dapat dilihat
didalam kes Mohamed Raihan bin Ibrahim & Yang Lain v Kerajaan Malaysia dan Lain-
lain38, seorang pelajar plaintif telah tercedera akibat terkena hentakan cangkul yang dibuat
oleh kawannya sewaktu kelas praktikal Sains Pertanian. Kemudian, pelajar tersebut
menyaman sekolah akibat daripada kecederaan yang dialaminya disebabkan oleh sekolah
gagal dalam menyediakan penyeliaan dan arahan secukupnya dalam penggunaan cangkul.
Tuntutan pelajar tersebut ditolak di Mahkamah Tinggi. Kemudian, plaintif membuat rayuan
ke Mahkamah Persekutuan. Mahkamah Persekutuan tidak bersetuju dengan keputusan
mahkamah Tinggi dan memutuskan defendan telah cuai kerana mereka telah gagal dalam
mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mengelakkan daripada kecederaan
berlaku kepada plaintif sewaktu dibawah penjagaan mereka. Guru tersebut tidak memberi
arahan dan penyeliaan terhadap penggunaan cangkul tersebut. Mahkamah menegaskan
bahawa amaran yang diberikan oleh guru untuk berhati-hati tidaklah terjumlah kepada
penyeliaan yang mencukupi memandangkan kepada faktor umur pelajar-pelajar tersebut
perlu diambilkira. Mahkamah memutuskan defendan telah melakukan kecuaian kerana gagal
mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk mengelakkan kecederaan berlaku
terhadap plaintif.

Berbeza dengan kes Kerajaan Malaysia dan Lain-lain v. Jumaat bin Mahmud,
Mahkamah Persekutuan memutuskan defendan tidak bertanggungan atas kecuaian kerana
mahkamah mengambilkira samaada risiko kecederaan terhadap plaintif tersebut dapat

37
[1977] 2 MLJ 103.
38
[1981] 2 MLJ 27.
dipralihat secara munasabah. Seorang guru memberi tugasan bertulis kepada 40 pelajarnya
sewaktu di dalam kelas. Seorang pelajarnya mencucuk peha responden dengan pin. Hal itu
menyebabkan responden terperanjat lalu pusing kebelakang dan mengakibatkan mata
kanannya rosak sehingga perlu dibuang akibat tercucuk hujung pensil yang tajam. Di
Mahkamah Tinggi, responden telah berjaya terhadap tuntutan ke atas kerosakan yang
dialami. Namun, perayu merayu ke Mahkamah Persekutuan dan kemudian Mahkamah
tersebut membenarkan rayuan. Mahkamah dalam memutuskan hal tersebut mengambilkira
sama ada risiko kecederaan tersebut dapat dipralihat secara munasabah dan yang kedua
samaada perayu telah mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk melindungi
pelajar tersebut daripada risiko-risiko kecederaan tersebut. Diputuskan bahawa guru tidak
mendedahkan plaintif kepada kecederaan yang boleh dijangkakan kerana sebatang pensil
bukanlah benda yang merbahaya kerana semua pelajar menggunakannya.

7.0 ORGANISASI PENULISAN

Kertas projek ini mengandungi 5 bab secara keseluruhan. Susunan bab dan kandungannya
adalah seperti yang berikut:

Bab I: Pendahuluan

Bab ini akan memperkenalkan kandungan kertas projek secara keseluruhan dengan
mengandungi beberapa bahagian iaitu kenyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian,
methodologi, kepentingan kajian, kajian perpustakaan dan juga organisasi penulisan.

Bab II: Tanggungjawab Guru Terhadap Pelajar

Bab ini akan mengenalpasti status undang-undang seorang guru dan hubungan dibawah
undang-undang antara guru dan pelajar. Bab ini juga akan mengkaji dengan lebih dalam
terhadap apa yang dimaksudkan sebagai loco parentis. Bab ini juga akan mengenalpasti
tindakan atau remedi yang boleh dibawa oleh pelajar terhadap keatas kecederaan atau
kerosakan yang dialaminya terhadap guru.

Bab III: Liabiliti Tort: Kecuaian Guru


Bab ini akan mengkaji perundangan yang relevan berkaitan kecuaian guru. Bab ini juga akan
mengkaji hak-hak dan pengecualian liabiliti guru terhadap dakwaan cuai. Bab ini juga akan
menjawab persoalan mengapa guru mudah diserang di atas kecuaian. Bab ini juga akan
mengkaji kes-kes yang berkaitan kecuaian guru di Malaysia secara kritikal. Bab ini akan
membuat perbandingan antara undang-undang kecuaian di Malaysia dan luar negara.

Bab IV: Tahap Kesedaran Guru Terhadap Hak dan Liabiliti Mereka
Bab ini akan menyelidik tahap kesedaran guru terhadap hak dan liabiliti mereka di bawah
undang-undang tort terutamanya tanggungjawab terhadap pelajar. Data yang berkaitan akan
dikumpul melalui kajian lapangan dan juga dianalisis secara kritikal.

Bab V: Cadangan dan Penambahbaikan


Bab terakhir ini akan mencadangkan cara supaya guru dan pengurus sekolah tidak melakukan
kecuaian. Bab ini juga akan mencadangkan penambahbaikan terhadap perundangan yang
relevan dalam melindungi hak pelajar daripada tercedera atau mengalami apa-apa kerosakan
dan hak seorang guru untuk mendidik pelajar-pelajar tanpa takut dikenakan undang-undang
yang formal.

You might also like