You are on page 1of 4

TINJAUAN LITERATUR Pengenalan

Kajian ini merupakan kajian untuk meningkatkan pencapaian murid Tahun 5 dalam topik kestabilan dengan menggunakan aktiviti hands-on. Dalam bab ini pengkaji akan

membincangkan mengenai literatur yang berkaitan iaitu kajian-kajian terdahulu berkenaan dengan penggunaan aktiviti hands-on dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Kajian-kajian berkaitan konsep aktiviti hands-on

Menurut Bruner (1915) pula, kefahaman murid dapat dimudahkan lagi apabila mereka diberikan peluang untuk menimba pengalaman yang konkrit atau bahan maujud, contohnya memegang dan memanipulasi objek maujud dan menyentuh objek yang hidup. Pendapat yang diketengahkan oleh pelopor teori Pembelajaran Konstruktivitis inilah dapat membantu pengkaji-pengkaji lain dalam membuat kaian mereka. Secara amnya, salah satu daripada pembelajaran autentik adalah penggunaan aktiviti handson dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran autentik boleh definisikan sebagai pembelajaran yang berlaku secara langsung bersama-sama pengalaman murid-murid. Muridmurid akan menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sendiri dan mereka juga akan menggunakan pengalaman sedia ada mereka dalam menjalankan aktiviti tersebut. Pembelajaran melalui aktiviti hands-on sebenarnya dapat memberikan peluang kepada muridmurid menimba pengalaman sebenar terhadap konteks atau isi pembelajaran yang dijalankan dalam bilik darjah. Perkataan hands-on telah dipetik ataupun diterjemahkan daripada perkataan Bahasa Inggeris, yang membawa banyak maksud tersendiri. Secara umumnya, aktiviti hands-on dapat didefinisikan sebagai aktiviti yang dijalankan sendiri oleh murid-murid. Menurut Doran (1990), perkataan aktiviti hands-on ini dapat dikaitkan atau membawa maksud yang hampir sama dengan beberapa isitilah-istilah lain iaitu aktiviti praktik dan aktiviti manipulatif. Ringkasnya, aktiviti hands-on boleh juga dikaitkan dengan aktiviti berpusatkan bahan. Menurut James (1993) melalui Faiz (2012), aktiviti hands-on bermaksud pembelajaran boleh diperoleh atau ia berlaku daripada pengalaman sendiri. Murid akan lebih memahami dan

menguasai sesuatu apabila mereka yang mengenalpasti, menganalisis dan mencari jalan penyelesaian sendiri berbanding hanya membuat rujukan daripada beberapa sumber iaitu buku, internet, jurnal dan sebagainya.

Murid-murid akan melakukan sendiri aktiviti yang dilaksanakan dan ia berkait secara langsung dengan pengalaman mereka. Pembelajaran melalui aktiviti hands-on dapat memberikan muridmurid ini pengalaman sebenar terhadap konteks pembelajaran yang dijalankan dalam bilik darjah. Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak pihak yang bersetuju dan menyatakan bahawa murid-murid akan lebih mudah untuk belajar dan memahami sesuatu melalui pembelajaran secara aktiviti hands-on.

Hal ini adalah kerana pembelajaran murid-murid ini akan menjadi lebih bermakna jika mereka mengalami dan meneroka sendiri apa yang dipelajarinya, bukan sekadar hanya mendengar dan mengetahui tentang sesuatu perkara itu. Selain itu juga, pembelajaran yang berorientasikan pada aktiviti hands-on terbukti mampu meningkatkan daya mengingat murid dan membolehkan mereka menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kehidupan sebenar. Aktiviti hands-on juga membawa maksud kepada sebarang aktiviti fizikal yang melibatkan penggunaan peralatan dan bahan yang dijalankan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Secara ringkasnya, aktiviti hands-on merupakan sebarang aktiviti yang dijalankan oleh murid sendiri secara praktikal dengan memanipulasikan bahan-bahan yang ada, sama ada benda hidup atau benda bukan hidup. Hein (1987) pula mendefinisikan aktiviti hands-on ini adalah salah satu daripada aktiviti berpusatkan ilmu pengetahuan. Walaubagaimanapun, istilah yang digunakan oleh beliau juga turut menggambarkan penggunaan aktiviti hands-on ini mempunyai perkaitan yang rapat dengan penggunaan bahan manipulatif, sama seperti pandangan Doran (1990). Menurut James (1993), aktiviti hands-on juga merupakan aktiviti memanipulasi perkara-perkara yang dipelajari oleh murid-murid. Sebagai contoh bercucuk tanam, mengenali medan magnet dan juga penggunaan batu-batuan dalam kehidupan seharian. Ringkasnya, aktiviti hands-on boleh ditakrifkan juga sebagai aktiviti berpusatkan bahan dan ilmu pengetahuan. Murid-murid perlu mempunyai kemahiran atau pengalaman sedia ada mereka dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang ditemui. Murid-murid juga perlu

memanipulasi segalan alatan atau bahan yang dibekalkan oleh guru bagi mendapatkan sesuatu ilmu pengetahuan yang baru. Selain itu juga, aktiviti hands-on dapat membantu dalam perkembangan pemikiran murid yang positif dan mereka dapat belajar dengan lebih baik dan bermakna melalui pengalaman yang mereka peroleh daripada persekitaran (Cooperstein & Kocevar, 2004). Pendapat ini selari dengan kehendak daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan:

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Secara ringkasnya, melalui aktivitihands-on ini dapat membantu memperkembangkan pemikiran murid-murid adalah selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu ingin memperkembangkan lagi potensi individu dalam membentuk insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu, dengan menggunakan aktiviti hands -on ini sudah pasti insan yang menyeluruh dan seimbang dapat dilahirkan. Selain itu juga, melalui pembelajaran berasaskan aktiviti hands-on ini pengalaman pembelajaran yang interaktif juga dapat diwujudkan. Grossman (1999) pula berpendapat kurikulum berasaskan lembaran kerja semata-mata dapat mengurangkan minat kanak-kanak untuk belajar. Oleh itu, melalui aktiviti hands-on minat murid-murid dapat ditingkatkan kerana ia merupakan salah satu aktiviti yang interaktif. Dalam pada itu, melalui pembacaan yang dibuat, salah satu cara yang terbaik bagi kanakkanak untuk belajar membaca adalah dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang harian mereka bagi membantu mereka mengingat menginagat sesuatu dengan mudah. Menurut Crossley (2010), cara yang terbaik untuk mengajar dan membantu murid-murid membaca adalah melalui aktiviti hands-on.

Dengan itu, saya ingin menggunakan aktiviti hands-on dalam pengajaran Sains terhadap peserta kajian saya dalam kelas Tahun 4, terutamanya dalam langkah penstrukturan semula idea (Model 5 Fasa Needham). Fokus akan diberikan kepada aktiviti yang dirancang untuk murid dengan menyediakan pelbagai bahan sama ada benda hidup seperti haiwan, tumbuhan dan sebagainya atau benda bukan hidup seperti blok binaan, alat permainan dan sebagainya yang berkaitan dengan tajuk yang akan saya ajar.

Aktiviti yang dirancang haruslah merupakan aktiviti yang boleh dilakukan oleh murid sendiri dalam kumpulan dengan memanipulasikan alat atau bahan yang disediakan, manakala saya akan memainkan peranan sebagai fasilitator dalam kelas tersebut. Aktiviti dilakukan secara berkumpulan adalah untuk memberi peluang kepada murid berbincang serta berinteraksi antara satu sama lain supaya kemahiran bersosial boleh ditingkatkan serta pengamalan nilai murni seperti bekerjasama dan bertolak ansur.

Rumusan

Bab ini menjelaskan tentang kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan kajian tindakan yang dilakukan. Antara kajian yang dimaksudkan ialah berkaitan dengan kurikulum sains di Malaysia yang menitikberatkan proses-proses kognitif atau cara berfikir, keberkesanan guru dalam menerapkan kamahiran proses sains, dan kemahiran saintifik pelajar yang masih terbatas.

You might also like