You are on page 1of 5

Ini berikutan dasar yang membolehkan murid bukan warganegara Malaysia

boleh bersekolah. Berikut dikongsikan 16 perkara penting yang perlu anda


tahu berkaitan urusan ini.

1. Adakah murid bukan warganegara boleh bersekolah di


sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan
berdasarkan peruntukan perundangan?
Berdasarkan peruntukan perundangan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
sedia ada, mensyaratkan bahawa setiap murid yang hendak masuk ke
sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan hendaklah berstatus
warganegara.

Walau bagaimanapun, terdapat pengecualian kepada syarat tersebut di mana


murid bukan warganegara boleh diterima masuk ke sekolah kerajaan atau
sekolah bantuan kerajaan sekiranya memenuhi kategori-kategori yang
ditetapkan dalam akta tersebut.

2. Apakah kategori murid bukan warganegara yang boleh


bersekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan ?
Kategori-kategori murid bukan warganegara itu ialah ;

 anak kakitangan Kedutaan Asing;


 anak yang ibu bapanya adalah juga bukan warganegara, yang
bekerja dalam perkhidmatan atau agensi kerajaan, badan berkanun
atau mana-mana tempat lain dengan permit kerja yang sah;
 anak yang ibu bapanya adalah pemastautin tetap Malaysia;
 atau murid yang dipilih oleh Kerajaan murid itu untuk melanjutkan
pelajarannya di Malaysia menurut mana-mana Memorandum
Persefahaman atau Perjanjian antara Kerajaan Malaysia dan
Kerajaan Negara murid itu.

3. Apakah dokumen yang diperlukan sebelum murid bukan


warganegara ini diterima masuk ke sekolah ?
Dokumen yang diperlukan bersama borang permohonan Jadual Pertama
P.U.A (275) sebelum murid ini diterima masuk ke sekolah ialah;

 sijil lahir murid atau kad pengenalan murid,


 pasport murid dan
 pasport ibu bapa
 pas penggajian ibu bapa,
 pas tanggungan,
 surat majikan di negara ini yang telah ditentu sahkan,
 mengemukakan pas pelajar yang dikeluarkan oleh Jabatan
Pendidikan Negeri berkenaan.

4. Jika ibu bapa bukan warganegara kepada murid bukan


warganegara ini tidak bekerja dalam perkhidmatan atau
agensi kerajaan atau badan berkanun, adakah anak mereka
boleh bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuaan
kerajaan ?
Anak mereka boleh bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan
kerajaan, jika ibu bapa bukan warganegara kepada murid bukan
warganegara ini dapat mengemukakan permit kerja yang sah, iaitu;

 pas penggajian (employment pass) kategori I dengan gaji RM10,000


sebulan dan ke atas dengan kontrak minima dua tahun, atau
 pas penggajian (employment pass) kategori ll dengan gaji
RM9,999.00 hingga RM5,000 sebulan dengan kontrak kurang dari 2
tahun.
Kategori-kategori ini adalah yang membenarkan mereka membawa
tanggungan (dependents) sepanjang tempoh bekerja di negara ini.

5. Apakah kategori lain murid bukan warganegara yang


diterima masuk bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah
bantuan kerajaan ?
Dua (2) kategori lain murid bukan warganegara yang boleh diterima masuk
bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan iaitu;

 Murid bukan warganegara yang telah diambil oleh warganegara


Malaysia sebagai anak angkat,
 Murid bukan warganegara hasil perkahwinan tidak mengikut
undang-undang Malaysia di mana sekiranya bapa adalah
warganegara dan ibunya bukan warganegara (nama bapa tidak
tercatat di dalam sijil lahir anak).

6. Apakah dokumen yang diperlukan oleh murid bukan


warganegara yang telah dijadikan anak angkat yang sah oleh
warganegara Malaysia untuk bersekolah di sekolah kerajaan
atau sekolah bantuan kerajaan ?
Dokumen-dokumen yang diperlukan bagi murid bukan warganegara yang
telah diambil oleh warganegara Malaysia sebagai anak angkat yang sah
adalah seperti berikut:

 Sijil Pengangkatan yang sah dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),


atau
 Perintah mahkamah tentang hak penjagaan murid; atau
 Surat Akuan Penjagaan Murid daripada Jabatan Kebajikan
Masyarakatan dan
 Mengemukakan pasport dan pas pelajar yang dikeluarkan oleh
Jabatan Imigresen atau salinan permohonan taraf kewarganegaraan
dari Jabatan Pendaftaran Negara.

7. Apakah dokumen yang diperlukan oleh murid bukan


warganegara hasil perkahwinan tidak mengikut undang-
undang Malaysia ( perkahwinan ibu bapa tidak didaftarkan di
Malaysia ) di mana sekiranya bapa adalah warganegara dan
ibunya bukan warganegara ini untuk bersekolah di sekolah
kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan ?
Dokumen-dokumen yang diperlukan bagi murid bukan warganegara hasil
perkahwinan tidak mengikut undang-undang Malaysia di mana sekiranya
bapa adalah warganegara dan ibunya bukan warganegara, adalah sijil lahir
murid dan dokumen seperti :

 Sijil Pengangkatan yang sah dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN);


atau
 Perintah mahkamah untuk hak penjagaan yang sah; atau
 Surat Pengesahan atau surat perakuan daripada sama ada Ahli
Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Pegawai Daerah,
Penghulu, Ketua Kampung, Ketua Kaum atau Ketua Rumah Panjang
tempat murid tersebut tinggal, dan
 Mengemukakan pasport dan pas pelajar yang dikeluarkan oleh
Jabatan Imigresen atau salinan permohonan taraf kewarganegaraan
dari Jabatan Pendaftaran Negara.

8. Apakah borang yang diperlu diisi sebelum murid ini diterima


masuk ke sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan ?
Ibu bapa atau penjaga yang sah perlu mengemukakan borang permohonan
Jadual Pertama P.U.A ( 275 ).

9. Di manakah borang ini boleh diperolehi?


Borang ini boleh diperolehi di Pejabatan Pendidikan Daerah ( PPD ) atau
Jabatan Pendidikan Negeri ( JPN ) yang berhampiran.

10. Adakah kanak-kanak pelarian Rohingya atau kanak-kanak


pelarian Filipina ( IMM13 ) yang memegang kad UNHCR
diterima bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah
bantuan kerajaan ?
Kanak-kanak pelarian Rohingya atau murid pelarian Filipina ( IMM13 ) ini
boleh belajar di Pusat Bimbingan Alternatif ( PBA ) atau Pusat Pembelajaran
Komuniti ( CLC ) yang ditubuhkan oleh UNHCR atau institusi pendidikan
swasta.

11. Adakah murid bukan warganegara yang ibu atau bapanya


bekerja di sektor pembinaan, sektor pekilangan, sektor
pembersihan atau bekerja sebagai pembantu rumah boleh
bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan
kerajaan ?
Tidak boleh, kerana ibu atau bapa murid ini tidak dibenarkan membawa
tanggungan( dependants ) sepanjang bekerja di negara ini.

12. Adakah murid bukan warganegara yang ibu bapanya


sedang melanjutkan pengajian di peringkat pasca siswazah
boleh bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan
kerajaan ?
Tidak boleh, walau bagaimanapun murid bukan warganegara yang
ibubapanya sedang melanjutkan pengajian di peringkat pasca siswazah di
institusi pendidikan tinggi ( IPT ) boleh mengikuti pendidikan di sekolah
ekspatriat atau sekolah antarabangsa atau institusi pendidikan swasta.

13. Bilakah permohonan bersekolah bagi murid bukan


warganegara ini dibuka ?
Permohonan bersekolah bagi murid bukan warganegara ini mula dibuka;

 bagi kemasukan murid Tahun 1 dan Tingkatan 1, mulai 1 Oktober


hingga 30 November tahun semasa
 bagi lain-lain kategori murid bukan warganegara adalah sepanjang
tahun.

14. Di manakah ibu bapa perlu mengemukakan borang


permohonan persekolahan murid ini?
Ibu bapa perlu mengemukakan borang permohonan Jadual Pertama P.U.A
( 275 ) persekolahan murid ini di Unit Perhubungan dan Pendaftaran,
Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah ( PPD ) yang
berhampiran.

15. Adakah murid bukan warganegara ini dikenakan bayaran


fi pengajian sebelum diterima masuk ke sekolah ?
Ya, murid bukan warganegara ini dikenakan bayaran fi yang ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan iaitu sebanyak RM120.00 untuk sekolah rendah dan
RM240.00 untuk sekolah menengah setahun.

16. Di manakah bayaran fi ini boleh dibuat ?


Bayaran fi ini boleh dibuat di Unit Kewangan, Jabatan Pendidikan Negerin
berkenaan sebelum diterima masuk ke sekolah .

Penutup
Sekian, semoga perkongsian ini iaitu 16 Perkara Penting Berkaitan
Penerimaan Kemasukan Murid Bukan Warganegara ke Sekolah
Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan Mulai 2019 memberikan
informasi terkini kepada anda semua dan semoga segala urusan kita dalam
dunia pendidikan ini sentiasa dipermudahkan. Teruskan menyokong kami
di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan
pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.

You might also like