You are on page 1of 12

SOALAN LAZIM BERKAITAN PENERIMAAN KEMASUKAN

MURID BUKAN WARGANEGARA


KE SEKOLAH KERAJAAN ATAU SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN
------------------------------------------------------------------------------------------------

Soalan : Adakah murid bukan warganegara boleh bersekolah di


sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan
berdasarkan peruntukan perundangan?
Jawapan : Berdasarkan peruntukan perundangan Akta Pendidikan 1996
(Akta 550) sedia ada, mensyaratkan bahawa setiap murid
yang hendak masuk ke sekolah kerajaan atau sekolah
bantuan kerajaan hendaklah berstatus warganegara. Walau
bagaimanapun, terdapat pengecualian kepada syarat
tersebut di mana murid bukan warganegara boleh diterima
masuk ke sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan
sekiranya memenuhi kategori-kategori yang ditetapkan dalam
akta tersebut.

Soalan : Apakah kategori murid bukan warganegara yang boleh


bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan
kerajaan?
Jawapan: Kategori-kategori murid bukan warganegara itu ialah;
i. anak kakitangan Kedutaan Asing;
ii. anak yang ibu bapanya adalah juga bukan warganegara,
yang bekerja dalam perkhidmatan atau agensi kerajaan,
badan berkanun atau mana-mana tempat lain dengan
permit kerja yang sah;
iii. anak yang ibu bapanya adalah pemastautin tetap
Malaysia; atau
iv. murid yang dipilih oleh Kerajaan murid itu untuk
melanjutkan pelajarannya di Malaysia menurut mana-
mana Memorandum Persefahaman atau Perjanjian antara
Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negara murid itu.

SOALAN-SOALAN LAZIM | 1
Soalan : Apakah dokumen yang diperlukan sebelum murid bukan
warganegara ini diterima masuk ke sekolah?
Jawapan: Dokumen yang diperlukan bersama borang permohonan
Jadual Pertama P.U.A (275) sebelum murid ini diterima
masuk ke sekolah ialah;
i. sijil lahir murid atau kad pengenalan murid,
ii. pasport murid dan
iii. pasport ibu bapa.
iv. pas penggajian ibu bapa,
v. pas tanggungan,
vi. surat majikan di negara ini yang telah ditentu sahkan,
vii. mengemukakan pas pelajar yang dikeluarkan oleh
Jabatan Imigresen dan
viii. membuat bayaran fi di Unit Kewangan, Jabatan
Pendidikan Negeri berkenaan.

Soalan : Jika ibu bapa bukan warganegara kepada murid bukan


warganegara ini tidak bekerja dalam perkhidmatan atau
agensi kerajaan atau badan berkanun, adakah anak
mereka boleh bersekolah di sekolah kerajaan atau
sekolah bantuan kerajaan?

Jawapan: Anak mereka boleh bersekolah di sekolah kerajaan atau


sekolah bantuan kerajaan, jika ibu bapa bukan warganegara
kepada murid bukan warganegara ini dapat mengemukakan
permit kerja yang sah, iaitu;
i. pas penggajian (employment pass) kategori I dengan gaji
RM10,000 sebulan dan ke atas dengan kontrak minima dua
tahun, atau
ii. pas penggajian (employment pass) kategori II dengan gaji
RM9,999.00 hingga RM5,000 sebulan dengan kontrak
kurang dari 2 tahun.
Kategori-kategori ini adalah yang membenarkan mereka
membawa tanggungan (dependents) sepanjang tempoh
bekerja di negara ini.

SOALAN-SOALAN LAZIM | 2
Soalan : Apakah kategori lain murid bukan warganegara yang
diterima masuk bersekolah di sekolah kerajaan atau
sekolah bantuan kerajaan?
Jawapan: Dua (2) kategori lain murid bukan warganegara yang boleh
diterima masuk bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah
bantuan kerajaan iaitu;
i) Murid bukan warganegara yang telah diambil oleh
warganegara Malaysia sebagai anak angkat,
ii) Murid bukan warganegara hasil perkahwinan tidak
mengikut undang-undang Malaysia di mana sekiranya
bapa adalah warganegara dan ibunya bukan
warganegara (nama bapa tidak tercatat di dalam sijil lahir
anak).

Soalan : Apakah dokumen yang diperlukan oleh murid bukan


warganegara yang telah dijadikan anak angkat yang sah
oleh warganegara Malaysia untuk bersekolah di sekolah
kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan?
Jawapan: Dokumen-dokumen yang diperlukan bagi murid bukan
warganegara yang telah diambil oleh warganegara Malaysia
sebagai anak angkat yang sah adalah seperti berikut:
(i) Sijil Pengangkatan yang sah dari Jabatan Pendaftaran
Negara (JPN), atau
(ii) Perintah mahkamah tentang hak penjagaan murid; atau
(iii) Surat Akuan Penjagaan Murid daripada Jabatan
Kebajikan Masyarakat dan
(iv) Mengemukakan pasport dan pas pelajar yang
dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen atau salinan
permohonan taraf kewarganegaraan dari Jabatan
Pendaftaran Negara.

SOALAN-SOALAN LAZIM | 3
Soalan : Apakah dokumen yang diperlukan oleh murid bukan
warganegara hasil perkahwinan tidak mengikut undang-
undang Malaysia (perkahwinan ibu bapa tidak didaftarkan
di Malaysia) di mana sekiranya bapa adalah warganegara
dan ibunya bukan warganegara ini untuk bersekolah di
sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan?

Jawapan: Dokumen-dokumen yang diperlukan bagi murid bukan


warganegara hasil perkahwinan tidak mengikut undang-
undang Malaysia di mana sekiranya bapa adalah
warganegara dan ibunya bukan warganegara, adalah sijil lahir
murid dan dokumen seperti:
(i) Sijil Pengangkatan yang sah dari Jabatan Pendaftaran
Negara (JPN); atau
(ii) Perintah mahkamah untuk hak penjagaan yang sah; atau
(iii) Surat Pengesahan atau surat perakuan daripada sama
ada Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN),
Pegawai Daerah, Penghulu, Ketua Kampung, Ketua
Kaum atau Ketua Rumah Panjang tempat murid tersebut
tinggal, dan
(iv) Mengemukakan pasport dan pas pelajar yang
dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen atau salinan
permohonan taraf kewarganegaraan dari Jabatan
Pendaftaran Negara.

Soalan : Apakah borang yang diperlu diisi sebelum murid ini


diterima masuk ke sekolah kerajaan atau sekolah bantuan
kerajaan?
Jawapan: Ibu bapa atau penjaga yang sah perlu mengemukakan borang
permohonan Jadual Pertama P.U.A (275).

Soalan : Di manakah borang ini boleh diperolehi?


Jawapan: Borang ini boleh diperolehi di Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yang
berhampiran.

SOALAN-SOALAN LAZIM | 4
Soalan : Adakah kanak-kanak pelarian Rohingya atau kanak-kanak
pelarian Filipina (IMM13) yang memegang kad UNHCR
diterima bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah
bantuan kerajaan?

Jawapan: Kanak-kanak pelarian Rohingya atau murid pelarian Filipina


(IMM13) yang memegang kad UNHCR tidak diterima
bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan
kerana Malaysia hanya membenarkan mereka tinggal
sementara di negara ini.

Soalan : Di manakah kanak-kanak Rohingya atau kanak-kanak


pelarian Filipina (IMM13) ini boleh belajar?

Jawapan: Kanak-kanak Rohingya atau kanak-kanak pelarian Filipina


(IMM13) ini boleh belajar di Pusat Bimbingan Alternatif (PBA)
atau Pusat Pembelajaran Komuniti (CLC) yang ditubuhkan oleh
UNHCR atau institusi pendidikan swasta.

Soalan : Adakah murid bukan warganegara yang ibu atau bapanya


bekerja di sektor pembinaan, sektor pekilangan, sektor
pembersihan atau bekerja sebagai pembantu rumah boleh
bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan
kerajaan?

Jawapan: Tidak boleh, kerana ibu atau bapa murid ini tidak dibenarkan
membawa tanggungan (dependents) sepanjang bekerja di
negara ini.

SOALAN-SOALAN LAZIM | 5
Soalan : Adakah murid bukan warganegara yang ibu bapanya
sedang melanjutkan pengajian di peringkat pasca
siswazah boleh bersekolah di sekolah kerajaan atau
sekolah bantuan kerajaan?

Jawapan: Tidak boleh, walau bagaimanapun murid bukan warganegara


yang ibu bapanya sedang melanjutkan pengajian di peringkat
pasca siswazah di institusi pendidikan tinggi (IPT) boleh
mengikuti pendidikan di sekolah ekspatriat atau sekolah
antarabangsa atau institusi pendidikan swasta.

Soalan : Bilakah permohonan bersekolah bagi murid bukan


warganegara ini dibuka?
Jawapan: Permohonan bersekolah bagi murid bukan warganegara
ini mula dibuka;
i) bagi kemasukan murid Tahun 1 dan Tingkatan 1, mulai 1
Oktober hingga 30 November tahun semasa, dan

ii) bagi lain-lain kategori murid bukan warganegara adalah


sepanjang tahun.

Soalan : Di manakah ibu bapa perlu mengemukakan borang


permohonan persekolahan murid ini?

Jawapan : Ibu bapa perlu mengemukakan borang permohonan Jadual


Pertama P.U.A (275) persekolahan murid ini di Unit
Perhubungan dan Pendaftaran, Jabatan Pendidikan Negeri
atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang berhampiran.

SOALAN-SOALAN LAZIM | 6
Soalan : Adakah murid bukan warganegara ini dikenakan bayaran
fi pengajian sebelum diterima masuk ke sekolah?
Jawapan: Ya, murid bukan warganegara ini dikenakan bayaran fi yang
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan iaitu sebanyak
RM120.00 untuk sekolah rendah dan RM240.00 untuk
sekolah menengah setahun.

Soalan : Di manakah bayaran fi ini boleh dibuat?


Jawapan: Bayaran fi ini boleh dibuat di Unit Kewangan, Jabatan
Pendidikan Negeri berkenaan sebelum diterima masuk ke
sekolah.

- SOALAN TAMAT -

SOALAN-SOALAN LAZIM | 7
SOALAN LAZIM BERKAITAN PENERIMAAN KEMASUKAN
MURID TANPA DOKUMEN ANAK KEPADA SALAH SEORANG IBU
ATAU BAPANYA ADALAH WARGANEGARA MALAYSIA
------------------------------------------------------------------------------------------------

Soalan : Adakah murid tanpa dokumen anak kepada salah


seorang ibu atau bapanya adalah warganegara Malaysia
boleh bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah
bantuan kerajaan (bagi pasangan yang berkahwin
secara sah mengikut undang-undang Malaysia)?

Jawapan: Murid ini boleh bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah


bantuan kerajaan.

Soalan : Bagaimanakah proses permohonan murid tanpa


dokumen anak kepada salah seorang ibu atau bapanya
adalah warganegara Malaysia untuk bersekolah?

Proses permohonan kemasukan kanak-kanak warganegara


tanpa dokumen ke sekolah kerajaan/bantuan kerajaan
hendaklah dibuat oleh ibu atau bapa/penjaga kanak-kanak
sendiri melalui sekolah atau Pejabat Pendidikan Daerah di
negeri pemohon.

1. Pemohon perlu melengkapkan borang permohonan yang


telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
dan disertakan bersama-sama sesalinan kad pengenalan
ibu atau bapa/penjaga.

2. Permohonan yang telah lengkap, hendaklah dihantar


kepada Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan
Daerah di negeri pemohon.

3. Pejabat Pendidikan Daerah akan mengeluarkan surat


penempatan ke sekolah dengan serta merta kepada
pemohon dan sesalinan kepada Sekolah dan Jabatan
Pendidikan Negeri.

SOALAN-SOALAN LAZIM | 8
Soalan : Apakah borang yang diperlukan bagi murid tanpa
dokumen anak kepada salah seorang ibu atau bapanya
adalah warganegara Malaysia bersekolah di sekolah
kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan?

Borang yang diperlukan ialah Borang MWTD/SPI.1/2009


(Borang permohonan) dan Borang MWTD/PKK (Borang
pengesahan Ketua Kampung bahawa ibu atau bapanya
adalah warganegara Malaysia).

Soalan : Di manakah borang MWTD ini boleh diperolehi?

Jawapan: Borang MWTD ini boleh diperolehi dari sekolah atau Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) yang berhampiran.

Soalan : Apakah dokumen-dokumen lain yang diperlukan


bersama borang permohonan bagi murid tanpa
dokumen anak kepada salah seorang ibu atau bapanya
adalah warganegara Malaysia bersekolah di sekolah
kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan? ?

Jawapan : Dokumen-dokumen yang diperlukan bagi murid tanpa


dokumen anak yang salah seorang ibu atau bapanya adalah
warganegara Malaysia ialah;
(i) Kad pengenalan ibu atau bapa yang warganegara
Malaysia; dan
(ii) Mengemukakan surat pengesahan atau surat perakuan
(Borang MWTD/PKK) daripada sama ada Ahli
Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN),
Pegawai Daerah, Penghulu, Ketua Kampung, Ketua
Kaum atau Ketua Rumah Panjang tempat tinggal murid
tersebut.

SOALAN-SOALAN LAZIM | 9
Soalan : Bagaimana pula sekiranya kanak-kanak tanpa dokumen
tersebut tidak mempunyai ibu bapa untuk mendaftar
masuk ke sekolah kerajaan atau sekolah bantuan
kerajaan?

Jawapan: Bagi kanak-kanak tanpa dokumen yang tidak mempunyai ibu


bapa tetapi tinggal dan dijaga oleh penjaga yang sah
(nenek/datuk) - mereka tetap boleh bersekolah dengan
mengisi borang permohonan dan mengemukakan sesalinan
kad pengenalan penjaga.

Soalan : Adakah kanak-kanak yang dijaga oleh Pusat Kebajikan


atau Rumah Kebajikan yang berdaftar dengan Jabatan
Kebajikan Masyarakat boleh diterima mendaftar masuk
ke sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan?

Jawapan: Kanak-kanak yang dijaga oleh Pusat Kebajikan atau Rumah


Kebajikan yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan
Masyarakat boleh diterima bersekolah dengan syarat yang
mengemukakan borang permohonan bersama Surat Kuasa
Penjagaan kanak-kanak ini daripada Jabatan Kebajikan
Masyarakat atau Surat Perintah Mahkamah bagi hak
penjagaan dan sesalinan kad pengenalan
pengurus/pengetua pusat sebagai penjaga yang sah.

Soalan : Bolehkah kanak-kanak tanpa dokumen iaitu anak kepada


ibu bapa yang bukan warganegara bersekolah di sekolah
kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan?

Jawapan: Tidak boleh, kerana kebenaran ini hanya kepada kanak-kanak


tanpa dokumen anak kepada salah seorang ibu atau bapanya
adalah warganegara Malaysia.

SOALAN-SOALAN LAZIM | 10
Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan permohonan
lengkap?

Jawapan: Permohonan yang lengkap mempunyai perkara-perkara


berikut:-
i. Borang MWTD/SPI.1/2009 - Borang permohonan.
ii. Borang MWTD/PKK - Borang pengesahan/perakuan
dari Ketua Kampung Kampung bahawa kanak-kanak
tersebut adalah anak kepada Warganegara Malaysia.
iii. Satu (1) Salinan Kad Pengenalan Ibu atau
bapa/penjaga.

Soalan : Berapa lamakah tempoh yang diberikan kepada ibu


bapa, keluarga atau penjaga murid ini untuk
menguruskan dokumen pengenalan diri murid tanpa
dokumen ini dengan Jabatan Pendaftaran Negara?

Jawapan: Ibu bapa, keluarga atau penjaga murid ini diberikan tempoh
selama 2 tahun untuk menguruskan dokumen pengenalan
diri atau membuat permohonan status kewarganegaraan
murid ini dengan Jabatan Pendaftaran Negara.

Soalan : Adakah ibu bapa, keluarga atau penjaga murid ini perlu
mengemukakan permohonan status kewarganegaraan
murid ini kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk
pengekalan murid ini bersekolah?

Jawapan: Ya perlu. Ibu bapa, keluarga atau penjaga murid ini perlu
mengemukakan permohonan status terkini
kewarganegaraan murid ini kepada Jabatan Pendidikan
Negeri setiap awal tahun (sewaktu memperbaharui bayaran
fi) untuk pengekalan murid ini bersekolah sebagai bukti
bahawa permohonan telah dibuat di Jabatan Pendaftaran
Negara.

SOALAN-SOALAN LAZIM | 11
Soalan : Adakah murid ini boleh ditamatkan persekolahannya
jika ibu bapa, keluarga atau penjaga gagal
mengemukakan permohonan status terkini
kewarganegaraan murid ini kepada Jabatan Pendidikan
Negeri?

Jawapan: Murid ini boleh dicadangkan untuk ditamatkan


persekolahannya jika ibu bapa, keluarga atau penjaga
gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri atau status
terkini permohonan kewarganegaraan murid ini kepada
Jabatan Pendidikan Negeri dalam tempoh 2 tahun tersebut.

- SOALAN TAMAT -

Disediakan oleh:
Unit Pengurusan Program Khas dan Murid
Sektor Pengurusan Sekolah
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pendidikan Malaysia.

D:/BWN/SOALAN LAZIM

SOALAN-SOALAN LAZIM | 12

You might also like