1. Bilakah surat tawaran rasmi MARA akan diberikan? Surat tawaran rasmi MARA akan diberikan dalam tempoh 7 21 hari bekerja setelah menerima dokumen lengkap surat tawaran bersyarat MARA.
2. Universiti pilihan saya tidak tersenarai dalam senarai universiti keutamaan MARA? Tawaran selain daripada universiti yang disenaraikan hanya diberi pertimbangan kepada pemohon bagi peringkat pengajian Doktor Falsafah dan Professional sahaja.
3. Bolehkah saya menukar universiti selain daripada universiti semasa membuat permohonan? Ya boleh dan masih tertakluk kepada senarai universiti keutamaan MARA sahaja.
4. Saya telah menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana. Bolehkah saya menyambung pengajian Ijazah Sarjana dalam bidang yang lain? Tidak layak untuk menyambung pengajian dalam peringkat yang sama dan tawaran bersyarat MARA akan terbatal dengan sendirinya.
5. Saya tidak dapat melengkapkan dokumen tawaran bersyarat pada tarikh yang ditetapkan. Bolehkah saya memohon perlanjutan tarikh penghantaran. Ya dibenarkan untuk menghantar dokumen yang lengkap selepas dari tarikh penghantaran sebenar. Walau bagaimanapun kelewatan dalam penghantaran dokumen yang lengkap akan mengganggu proses seterusnya.
6. Saya baru sahaja menamatkan pengajian dan masih belum menerima sijil akademik Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Sarjana / Doktor Falsafah? Sila sertakan transkrip penuh keputusan akademik dan surat pengesahan tamat pengajian daripada universiti yang berkenaan.
7. Saya masih berada dalam semester akhir atau tahun akhir pengajian dan tidak dapat melengkapkan dokumen tawaran bersyarat pada tarikh yang ditetapkan. Bolehkah saya memohon perlanjutan tarikh penghantaran. Ya dibenarkan untuk menghantar dokumen yang lengkap selepas dari tarikh penghantaran sebenar. Walau bagaimanapun kelewatan dalam penghantaran dokumen yang lengkap akan mengganggu proses seterusnya.
8. Saya telah mendapat kelulusan cuti belajar bergaji penuh atau separuh gaji daripada majikan? MARA berhak untuk menarik balik elaun sara hidup sekiranya pelajar mendapat kelulusan cuti belajar bergaji penuh atau separuh gaji daripada majikan.
Page | 2
9. Berapakah jumlah pinjaman yang diberikan? Jumlah Pinjaman adalah bergantung kepada kadar yuran pengajian yang ditetapkan oleh universiti beserta elaun-elaun yang ditetapkan oleh MARA. Jumlah pinjaman akan dinyatakan di dalam surat tawaran rasmi MARA
10. Adakah bayaran bench fee dibenarkan? Dibenarkan sekiranya dinyatakan di dalam surat tawaran universiti.
11. Adakah MARA memberi kemudahan elaun kepada pelajar yang telah bekeluarga? MARA hanya menyediakan kemudahan elaun kepada pelajar sahaja. Segala perbelanjaan dan urusan bagi ahli keluarga yang lain adalah di bawah tanggungan pelajar sendiri.
12. Bilakah wang pendahuluan akan diterima? Dalam tempoh 7 21 hari bekerja setelah menerima dokumen lengkap surat tawaran rasmi MARA.
13. Bila saya perlu bayar balik pinjaman? Pembayaran balik pinjaman adalah setahun selepas tamat tempoh tajaan.
14. Saya berada di luar negara pada masa ini, bolehkah pemeriksaan perubatan di lakukan di hospital luar negara? Ya boleh melakukan pemeriksaan perubatan di mana-mana hospital yang bertauliah di luar negara .
15. Bolehkan saya mendapat pengecualian daripada mengikuti kursus Kenegaraan anjuran BTN? Dalam apa jua keadaan, pelajar diwajibkan untuk mengikuti kursus kenegaraan anjuran BTN. Sebarang permohonan pengecualian atau penangguhan untuk mengikuti kursus ini perlu mendapat kelulusan daripada Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri (Permohonan boleh dibuat terus kepada BTN)
16. Saya pernah mengikuti kursus Kenegaraan BTN, bolehkan saya mendapat pengecualian? Pengecualian hanya diberikan kepada pelajar yang pernah mengikuti kursus BTN (Master, PhD dan Sub Kepakaran) sahaja dan tempoh sahlaku sijil tersebut mestilah tidak melebihi 2 tahun. Sila sertakan salinan sijil tersebut bersama-sama dokumen tawaran bersyarat sekiranya sijil tersebut masih sah untuk digunakan.
17. Bagaimanakah cara untuk menghantar dokumen MARA? Boleh hantar melalui serahan tangan di kaunter tingkat 2 Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA atau melalui pos (dinasihat untuk menggunakan perkhidmatan penghantaran swasta atau pos ekpress sahaja).