You are on page 1of 4

PERSOALAN SERING DITANYA

(FREQUENTLY ASK QUESTION)


1. Bagaimanakah cara memohon kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) / Sekolah
Menengah Teknik (SMT)?
Permohonan kemasukan ke KV/SMT boleh dibuat secara online melalui laman sesawang
KPM, http://www.moe.gov.my

2. Apakah jenis program yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia?


Berikut merupakan program yang ditawarkan :
i. Program Kolej Vokasional *
ii. Aliran Teknikal – Sekolah Menengah Teknik
iii. Program Kemahiran / Apprenticeship di Kolej Vokasional
*Rujuk kepada program yang ditawarkan di Kolej Vokasional

3. Apakah perbezaan bagi setiap program yang ditawarkan?


Perbezaan bagi setiap program dinyatakan dalam info kemasukan ke KV/SMT

4. Adakah calon yang bersekolah di bawah kelolaan Yayasan Negeri/Swasta boleh


memohon?
Tidak, syarat umum kemasukan murid ialah calon mestilah murid Tingkatan 3 Tahun 2020
yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan / Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan
di bawah kelolaan KPM.

5. Di manakah lokasi KV/SMT?


Lokasi KV/SMT boleh dirujuk dalam info kemasukan ke KV/SMT

6. Apakah bidang dan program/kursus yang ditawarkan?


Bidang dan program/kursus yang ditawarkan boleh disemak dalam info kemasukan ke
KV/SMT

7. Apakah syarat umum dan khusus yang ditetapkan?


Syarat umum dan khusus boleh dirujuk dalam info kemasukan ke KV/SMT

8. Adakah calon lepasan Tingkatan 3 tahun 2019 boleh memohon untuk mengikuti
pengajian di KV/SMT bagi sesi Ambilan 2021?
Tidak. Permohonan kemasukan ke KV/SMT bagi Ambilan Januari 2021 terbuka kepada
murid Tingkatan 3 Tahun 2020 yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan / Sekolah
Menengah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM dan menduduki Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS)
9. Bilakah tarikh dan waktu pendaftaran ke KV/SMT?
 Calon boleh menyemak tarikh dan waktu pendaftaran kemasukan ke KV/SMT dalam
laman sesawang KPM, di alamat http://www.moe.gov.my
 Calon disarankan agar sentiasa melayari laman sesawang KPM bagi
mendapatkan info terkini.
*tertakluk kepada perubahan semasa

10. Pada tahun 2019, abang saya telah memohon kemasukan ke KV/SMT bagi ambilan
2020 dan tidak perlu menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
Mengapakah bagi ambilan 2021, calon yang memohon kemasukan ke KV/SMT perlu
menduduki PKSK?
 Terdapat perubahan syarat umum bagi kemasukan murid ke KV/SMT bagi ambilan
2021 iaitu calon mestilah menduduki PKSK.
 PKSK merupakan satu bentuk ujian yang merangkumi beberapa aspek penilaian
kendiri murid sebelum dipertimbangkan kemasukan ke sekolah khusus seperti Sekolah
Berasrama Penuh (SBP), Maktab Tentera DiRaja, Sekolah Menengah Kebangsaan
Agama (SMKA), SMT dan KV.

11. Saya tidak memohon secara online, adakah saya boleh membuat rayuan ke mana-
mana KV/SMT?
Tidak, hanya calon yang memohon secara online dan menduduki PKSK layak untuk
dipertimbangkan kemasukan ke KV/SMT bagi ambilan 2021.

12. Saya telah memohon secara online tetapi terlepas tarikh untuk menduduki PKSK,
adakah saya layak dipertimbangkan untuk ditawarkan ke KV/SMT?
Salah satu syarat umum kemasukan murid ke KV/SMT ialah calon mestilah menduduki
PKSK. Sehubungan dengan itu, hanya calon yang menduduki PKSK layak
dipertimbangkan kemasukan ke KV/SMT bagi ambilan 2021.

13. Adakah rayuan boleh dibuat sekiranya tidak berjaya ditawarkan?


Calon boleh menggunakan aplikasi e-rayuan sekiranya tidak berjaya ditawarkan
kemasukan ke KV/SMT. Calon tidak perlu membuat rayuan terus ke KV/SMT

14. Bagaimana cara untuk mengetahui maklumat lanjut kursus yang ditawarkan?
Maklumat lanjut berkaitan program tersebut boleh diperolehi dalam info kemasukan di
lama sesawang KPM , http://www.moe.gov.my

15. Bolehkah saya menukarkan KV/SMT pilihan lain / kursus lain/ program lain
sepanjang tempoh permohonan online walaupun telah menghantar borang secara
online?
Ya, calon boleh mengemaskini borang permohonan online pada bila-bila masa sehingga
tarikh tutup permohonan. Data terakhir kemaskini semasa sistem ditutup akan diambil kira
dan dipertimbangkan untuk sesi saringan kemasukan ke KV/SMT.
16. Adakah saya akan ditawarkan ke KV/SMT dan program/kursus selain yang
dipohon?
Ya, pihak KPM berhak untuk menempatkan calon di mana-mana KV/SMT dan
program/kursus selain yang dimohon oleh calon. Keputusan adalah muktamad.

17. Semasa semakan, saya ditawarkan ke Kolej Vokasional A tetapi tidak membuat
permohonan ke Kolej Vokasional A. Adakah saya boleh menolak tawaran dan
membuat rayuan ke Kolej Vokasional B?
Tidak. Calon yang telah ditawarkan ke KV/SMT tidak akan dipertimbangkan untuk
membuat rayuan ke KV/SMT lain. Keputusan adalah muktamad.

18. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya berjaya ditawarkan?


Calon yang berjaya ditawarkan hendaklah:
 Memuat turun surat tawaran dan buku tawaran kemasukan KV/SMT
 Membuat pemeriksaan kesihatan di hospital/klinik awam/swasta yang
berhampiran
 Melengkapkan lampiran yang dikepilkan dan menyerahkan dokumen kepada
pihak pengurusan pada hari pendaftaran kemasukan di KV/SMT

19. Adakah pertukaran KV/SMT boleh dilakukan?


Keputusan permohonan adalah muktamad. Sebarang pertukaran tempat tawaran tidak
dibenarkan.

20. Bagaimana cara untuk menyemak keputusan?


 Calon boleh menyemak keputusan dalam laman sesawang KPM, di alamat
http://www.moe.gov.my
 Calon disarankan agar sentiasa melayari laman sesawang KPM bagi
mendapatkan info terkini.
*tertakluk kepada perubahan semasa

21. Sekiranya saya terlepas melaksanakan proses semakan tawaran secara online,
bagaimanakah saya ingin mengetahui status terkini penawaran sama ada berjaya
atau tidak?
 Tiada semakan boleh dibuat sekiranya calon terlepas tarikh semakan secara online.
Calon disarankan untuk memuat turun tarikh penting untuk makluman bagi
mengelakkan terlepas semakan tawaran kemasukan ke KV/SMT.
22. Saya berminat untuk mengikuti pengajian di Kolej Vokasional A kerana
berhampiran dengan rumah. Walau bagaimanapun, program Z tidak ditawarkan di
Kolej Vokasional A. Apakah pilihan yang perlu dibuat dalam sistem permohonan
online?
Penawaran program / kursus di KV / SMT bergantung kepada unjuran yang telah
ditetapkan. Sehubungan dengan itu, calon hendaklah memilih kursus / program yang
ditawarkan di kolej vokasional berdasarkan minat dan bukan hanya lokasi yang
berhampiran dengan rumah.

23. Bagaimakah saya ingin mengenalpasti keupayaan diri sama ada layak
dipertimbangkan ke KV atau SMT?
Calon dimohon untuk merujuk kepada kaunselor dan guru kelas bagi membantu
mengenalpasti potensi diri.

24. Adakah asrama disediakan untuk calon di KV/SMT?


Ya tetapi bergantung kepada lokaliti dan kapasiti asrama di KV/SMT masing-masing.

You might also like