You are on page 1of 16

PANDUAN KEMASUKAN

PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK


1 TINDAKAN SETELAH MENERIMA TAWARAN

Jika anda membuat keputusan untuk menerima tawaran kemasukan ini, anda perlu mengambil tindakan seperti
berikut:

1. Anda dikehendaki membuat pengesahan penerimaan/penolakan tawaran dengan segera di:


(http://www.unishams.edu.my) dan klik di menu SEMAK PERMOHONAN KEMASUKAN.
2. MENGISI LENGKAP BORANG MAKLUMAT PELAJAR dan menyediakan SEMUA MAKLUMAT yang
diperlukan mengikut senarai semak dokumen.
3. MEMBUAT BAYARAN YURAN PENDAFTARAN seperti yang dinyatakan di dalam surat tawaran.
4. Sila bawa bersama SIJIL-SIJIL ASAL DAN SALINAN YANG BERKAITAN (seperti di dalam senarai
semak). Semua dokumen salinan hendaklah ditandatangani dan dicop pengesahan terlebih dahulu oleh
Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Kumpulan A)/ Penghulu / Ketua Kampung.
5. Menyediakan 4 KEPING GAMBAR berukuran passport (Latar belakang berwarna biru) untuk diserahkan
pada hari Pendaftaran.
6. Membuat Pemeriksaan Kesihatan dimana-mana klinik atau hospital (Kerajaan/Swasta) dengan
menggunakan BORANG PEMERIKSAAN KESIHATAN yang disediakan.
7. Mendaftar pada tarikh dan masa yang dinyatakan di dalam surat tawaran.
2 SENARAI SEMAK DOKUMEN

Anda hendaklah menyediakan dokumen-dokumen berkaitan dibawah semasa pendaftaran.

BIL JENIS DOKUMEN TANDA (/)


1 Salinan Surat Tawaran Yang Telah Disahkan
2 Borang Penerimaan Jawapan
Buku Maklumat Pelajar Yang Lengkap Diisi
i. Borang Maklumat Pelajar
ii. Surat Jaminan Kewangan
3
iii. Surat Kebenaran Waris Untuk Pelajar Mengikuti Aktiviti di UniSHAMS
iv. Surat Keizinan Pembedahan
v. Borang Pemeriksaan Kesihatan
4 Salinan Kad Pengenalan Pelajar Yang Telah Disahkan
5 Salinan Sijil Kelahiran Pelajar Yang Telah Disahkan
6 Salinan Sijil Berhenti Sekolah Yang Telah Disahkan
7 Salinan Sijil SPM Yang Telah Disahkan
8 Salinan Sijil STAM Yang Telah Disahkan (Jika berkaitan)
9 Salinan Sijil STPM Yang Telah Disahkan (Jika berkaitan)
10 Salinan Sijil ASASI / Matrikulasi Yang Telah Disahkan (Jika berkaitan)
11 Salinan Sijil Diploma Atau Transkrip Yang Telah Disahkan (Jika berkaitan)
Salinan Surat Keputusan Temuduga Bagi Pelajar Diploma Tahfiz Al_Quran
12 Wal-Qiraat atau Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat (Jika
Berkenaan)
13 2 Keping Gambar Berukuran Passport (Berlatarbelakang biru)
14 Struktur Yuran Pengajian
UNIT PENAJAAN & OSSC
15 1 Salinan Akaun Bank Islam (BIMB) - WAJIB
16 1 Salinan Akaun SSPN-i (Bagi pemohon yang ingin mohon pinjaman PTPTN)
1 Salinan No. Pin (Bagi pemohon yang ingin mohon pinjaman PTPTN)
17 - Rujuk Panduan “Maklumat Pembiayaan Pendidikan di UniSHAMS”

Sila serahkan senarai semak ini semasa pendaftaran.

Tandatangan:

Nama:

No. Kad Pengenalan:

Tarikh:
3 PERINGATAN PENTING

1. Anda dikehendaki menduduki ujian bahasa (Bahasa Arab & Bahasa Inggeris) dan Ujian Al-Quran yang
disediakan oleh pihak UniSHAMS (Jika Berkaitan).
2. Sila bawa sijil-sijil asal dan salinan yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan
Pengurusan dan Profesional (Kumpulan A)/ Penghulu / Ketua Kampung semasa mendaftar.
3. Calon hanya diterima sebagai pelajar UniSHAMS setelah membayar keseluruhan yuran pendaftaran,
mendaftar dan memenuhi syarat kemasukan yang telah ditetapkan.
4. Sekiranya calon didapati melakukan apa-apa pemalsuan atau penipuan pada dokumen maka surat tawaran
ini akan terbatal dengan sendirinya dan Universiti boleh membatalkan status sebagai pelajar.
5. Sila maklumkan kepada Pusat Pengurusan Akademik sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh
pendaftaran sekiranya anda tidak dapat mendaftar pada tarikh yang telah ditetapkan. Surat tawaran ini
akan terbatal secara automatik 14 hari selepas hari pendaftaran sekiranya tidak mendaftar dan tanpa
makluman.
6. Calon hendaklah faham sepenuhnya PANDUAN KEMASUKAN pelajar kerana ia adalah sebahagian
daripada surat tawaran.
7. Calon juga hendaklah faham polisi pemulangan semula yuran yang telah ditetapkan. (Polisi Pemulangan
Yuran)
4 PANDUAN KEMASUKAN

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah adalah Universiti milik Kerajaan Negeri
Kedah Darul Aman dan berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. UniSHAMS yang dahulunya dikenali
sebagai Kolej Universiti Insaniah telah dinaikkan taraf sebagai Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim
Mu’adzam Shah pada 08 Februari 2018. UniSHAMS bercita-cita menjadi pusat ilmu yang bertaraf antarabangsa
dalam usaha melahirkan graduan yang mampu menguasai ilmu di dalam bidang agama dan profesional kearah
kecemerlangan dunia dan akhirat. Kesepaduan tenaga akademik dari dalam dan luar negara telah menarik minat
ramai pelajar tempatan dan antarabangsa.

SYARAT-SYARAT TAWARAN KEMASUKAN

1. Pengesahan oleh Senat Universiti.


2. Pihak UniSHAMS berhak menjalankan apa-apa ujian pengesahan kesihatan pada bila-bila masa selama
tempoh anda menjadi pelajar UniSHAMS. Jika anda didapati positif dadah semasa pemeriksaan sama ada
semasa pendaftaran atau semasa dalam pengajian maka secara automatik status anda sebagai pelajar
UniSHAMS akan digugurkan.
3. Calon dinasihatkan supaya meneliti kelayakan minimum yang diperolehi untuk diterima masuk ke
UniSHAMS.
4. Calon perlu memastikan bahawa semua maklumat yang diberikan adalah benar dan lengkap semasa
membuat permohonan masuk ke UniSHAMS.
5. Selama tempoh pengajian di UniSHAMS, anda hendaklah ;
a. Patuh kepada Undang-undang Negara dan Peraturan-peraturan UniSHAMS yang berkuatkuasa.
b. Sentiasa memelihara nama baik UniSHAMS dan menjaga harta benda serta kemudahan
perkhidmatannya daripada dirosakkan oleh sesiapa jua.
c. Menghormati Kakitangan, Para Pegawai dan Pensyarah UniSHAMS.
d. Mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang kegiatan yang menghalang perjalanan dan urusan
UniSHAMS seperti memulau kuliah dan sebagainya.
e. Bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Asrama serta patuh kepada peraturan asrama.
f. Mengambil bahagian dalam segala kegiatan akademik, sukan, sosial, khidmat masyarakat dan aktiviti
lain yang dilaksanakan.
g. Menjelaskan semua yuran yang dikenakan oleh pihak UniSHAMS seperti yang telah ditetapkan.
h. Patuh kepada peraturan pakaian serta lain-lain batasan mengikut landasan yang dibolehkan oleh
agama.
i. UniSHAMS berhak menarik balik tawaran ini atau mengugurkan status anda sebagai
pelajar UniSHAMS pada mana-mana peringkat pengajian.
6. Sekiranya anda ingin menamatkan pengajian di UniSHAMS, pemulangan yuran adalah tertakluk kepada
Polisi Pemulangan Semula Yuran yang berkuatkuasa pada waktu semasa.
7. Jika anda menerima tawaran ini, sila ambil tindakan yang sewajarnya dan seterusnya mendaftar diri
pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan dalam surat tawaran.
8. Sekiranya anda tidak mendaftar seperti perkara 7 dan tidak menghubungi Unit Kemasukan secara bertulis,
UniSHAMS boleh menggugurkan nama anda daripada senarai nama pelajar yang ditawarkan.
9. Anda adalah diwajibkan untuk mengikuti :
 Minggu Silaturrahim bagi setiap kemasukan ke UniSHAMS dan
 Menduduki Ujian Penempatan Bahasa dan ujian Al-Quran yang telah ditetapkan (bagi Program
Ijazah Sahaja).
5 PANDUAN PENDAFTARAN

1. Tindakan Semasa Mendaftar Diri


i. Calon dikehendaki mendaftar diri pada tarikh dan tempat yang telah ditetapkan mulai jam 9.00
pagi hingga 11.00 pagi.
ii. Calon perlu menunjukkan Surat Tawaran dan slip pembayaran untuk mendapatkan slip
pendaftaran
iii. Mengambil Kit MSR
iv. Mendaftar di Kediaman Ibnu Sina

2. Tindakan Selepas Pendaftaran


i. Semakan Dokumen Pelajar
 Hadir bagi sesi Semakan Dokumen pada masa dan tempat yang telah ditetapkan.
 Menyediakan Dokumen Asal dan Salinan (yang telah disahkan) mengikut Senarai
Semak yang dilampirkan.
 Menyerahkan semua dokumen kepada pegawai yang bertugas di Kaunter Semakan
Dokumen.
 Memastikan Dokumen Asal pelajar diambil semula setelah sesi semakan selesai.

ii. Program Minggu Silaturrahim


 Semua pelajar baru adalah DIWAJIBKAN menghadiri semua sesi program Minggu
Silaturrahim yang telah ditetapkan.
 Kegagalan anda menghadiri program Minggu Silaturrahim dengan sepenuhnya akan
menyebabkan anda gagal untuk mengikuti pengajian semester pertama bagi sesi
tersebut.
 Penginapan, makan dan minum akan disediakan sepanjang tempoh Minggu Silaturrahim.

iii. Ujian Penilaian Penempatan Bahasa


 Ujian penilaian penempatan bahasa adalah DIWAJIBKAN kepada semua pelajar Ijazah
Sarjana Muda dan Diploma Pengajian Islam sahaja yang mendaftar di Universiti Islam
Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. (Bagi pengecualian ujian ini, sila rujuk
kepada Pusat Bahasa UniSHAMS 04-4155132).
6 UJIAN PENEMPATAN BAHASA

KEPERLUAN BAHASA DAN SYARAT-SYARAT GRADUASI

Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah harus mengikuti program kulliyyah
mereka samaada dalam Bahasa Arab (Usuluddin, Syariah, Bahasa Arab, Tahfiz Quran) atau Bahasa Inggeris
(Muamalat, Perubatan, Teknologi Maklumat, Hospitaliti dan Multimedia). Oleh itu, mereka harus dapat
menguasai bahasa pengantar dan asas bahasa asing atau bahasa kedua.

UniSHAMS menjalankan ujian penempatan di dalam kedua-dua bahasa, Bahasa Arab (APT) dan Bahasa
Inggeris (EPT) untuk menilai tahap penguasaan bahasa pelajar. Tahap ini diukur dengan menggunakan sistem
banding (1-9). Untuk para pelajar ijazah sarjana muda mengikuti pengajian kulliyyah, mereka haruslah
mencapai tahap Band 5 di dalam bahasa pengantar. Jika mereka memperolehi kurang dari Band 5, mereka
haruslah mengikuti program intensif bahasa utama mereka.

Pelajar yang gagal mencapai band 5 (band 1, 2, 3 & 4) memerlukan bimbingan untuk penguasaan bahasa
mereka. Ianya akan diberi dalam bentuk program intensif. Pelajar perlu melengkapkan 2 tahap pembelajaran
dalam 1 semester. Selepas itu barulah mereka boleh mengikuti kursus-kursus bahasa yang biasa dan juga
mengikuti kulliyyah mereka yang lain.

Syarat-syarat kemasukan dan graduasi adalah seperti berikut:


Kelayakan Minima Bahasa Untuk Kemasukan Ke Program.

Jenis Program Bahasa Inggeris Bahasa Arab


Ijazah (Medium B. Inggeris) Band 5 Tiada
Ijazah (Medium B. Arab) Tiada Band 5

Kelayakan Minima Bahasa Untuk Graduasi.


Di akhir program pengajian, para pelajar haruslah mencapai tahap band seperti berikut:

Jenis Program Bahasa Inggeris Bahasa Arab


Ijazah (Medium B. Inggeris) Band 5 Tiada
Ijazah (Medium B. Arab) Tiada Band 5
7 UJIAN PENEMPATAN BAHASA

IJAZAH SARJANA
MUDA (ISM.)
KULLIYYAH PENGAJIAN ISLAM / KULLIYYAH BUKAN
PENGAJIAN ISLAM

ARABIC PLACEMENT TEST (APT) ENGLISH PLACEMENT TEST (EPT)


PROGRAM PENGAJIAN ISLAM BUKAN PENGAJIAN ISLAM

PENGAJIAN ISLAM 1. ISM PENTADBIRAN PERNIAGAAN


1. ISM. USULUDDIN (KULLIYYAH MUAMALAT)
2. ISM. SYARIAH 2. ISM TEKNOLOGI MAKLUMAT
(KULLIYYAH MUAMALAT
3. ISM. BAHASA ARAB
3. ISM PERUBATAN
4. ISM. PENGAJIAN TAHFIZ AL-
QURAN DAN AL-QIRAAT

Band 1 – Band 4 Band 5 – Band 9 Band 1 – Band 4 Band 5 – Band 9


GAGAL LULUS GAGAL LULUS

Band 1 & 2 Band 3 & 4 Band 1 & 2 Band 3 & 4


AIC 0036 AIC 0046 EIC 0036 EIC 0046
AIC 0046 + EIC 0046 +
+ 12 JAM KULLIYYAH + 12 JAM KULLIYYAH
9 JAM (MAX) 9 JAM (MAX)
KULLIYYAH KULLIYYAH
(MAX) (MAX)
8 UJIAN PENEMPATAN AL-QURAN

Pelajar yang menyambung ke Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dalam kursus
bukan pengajian islam ( Diploma dan ijazah sarjana muda ) harus mengikuti program atau kursus pengajian
al-quran selama dua semester. Oleh demikian setiap pelajar perlu mengambil Ujian Penempatan Al-Quran
bagi menilai tahap kefahaman dan kelancaran dalam membaca Al-Quran.

Tahap ini diukur dengan beberapa kaedah iaitu kekemasan dalam menulis jawi dan ayat al-quran, kefahaman
dalam mencantumkan setiap huruf menjadi satu kalimah dan kemahiran menulis ayat dalam tulisan arab serta
yang terakhir adalah ujian lisan ( penilaian tahap kemahiran membaca Al-Quran ).

Pelajar yang memperolehi keputusan yang kurang memuaskan akan dibimbing oleh guru-guru yang telah
dilantik semasa kelas subjek pengajian Al-Quran berjalan.

DIPLOMA & IJAZAH SARJANA MUDA


KULLIYYAH KULLIYYAH BUKAN PENGAJIAN ISLAM

QURAN PLACEMENT TEST (QPT)


BUKAN PENGAJIAN ISLAM

1. DIPLOMA & ISM PENTADBIRAN


PERNIAGAAN (KULLIYYAH MUAMALAT)

2. DIPLOMA & ISM TEKNOLOGI MAKLUMAT


(KULLIYYAH MUAMALAT)

3. DIPLOMA HOSPITALITI DAN SENI KREATIF

4. ISM PERUBATAN
9 POLISI PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN

Polisi Pembayaran Yuran adalah seperti berikut:

(a) Pendaftaran Subjek (b) Peperiksaan Akhir (Slip) (c) Keputusan Peperiksaan

Pelajar perlu menjelaskan baki tertunggak secara keseluruhan DAN keseluruhan yuran semester
semasa.

(Sumber ; Polisi Kutipan Yuran Pelajar , Jabatan Bendahari UniSHAMS, 2018)

Sekiranya pelajar GAGAL menjelaskan baki yuran tertunggak, pihak UniSHAMS berhak untuk
mengambil tindakan seperti berikut ;

a) Pihak UniSHAMS tidak akan membenarkan pelajar tersebut daripada


i. Menduduki peperiksaan akhir / mencetak slip peperiksaan
ii. Mencetak keputusan peperiksaanPendaftaran subjek pada semester berikutnya.

b) Sebarang rayuan penangguhan bayaran yuran pengajian tidak akan diterima oleh pihak UniSHAMS.
10 POLISI PEMULANGAN YURAN PENGAJIAN

POLISI PEMULANGAN YURAN PENGAJIAN BAGI PELAJAR YANG BERHENTI SELEPAS MENDAFTAR
Tuition Fee Refund Policies for students who withdraw/quit After Registering

(Peraturan 3.10 PERATURAN AKADEMIK)


(Section 3.10 Academic Regulation)

KADAR BAYARAN BALIK


(bagi yuran pengajian
TEMPOH/DURATION sahaja) /
RATE OF REFUND (For Tuition Fees
Only)

HINGGA AKHIR MINGGU KEDUA SEMESTER


PENGAJIAN/ 100
Until end of SECOND WEEK in semester (14 days) %

MULAI MINGGU KETIGA HINGGA MINGGU KETUJUH


SEMESTER PENGAJIAN
Starting from THIRD WEEK until SEVENTH WEEK in 50
semester %

MULAI MINGGU KELAPAN SEMESTER


PENGAJIAN
0
Starting from EIGHTH WEEK in semester
%

PERHATIAN / ATTENTION

1. Yuran Pendaftaran TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN.


Registration Fee is NOT REFUNDABLE.

2. Pemulangan yuran tertakluk kepada YURAN PENGAJIAN SAHAJA, tidak termasuk yuran-yuran
lain.
Fee refund policies are subject to TUITION FEES ONLY, excluding other fees.
11 KOD ETIKA PAKAIAN PELAJAR

ETIKA PAKAIAN RASMI PELAJAR LELAKI DAN PEREMPUAN SEMASA


HARI PENDAFTARAN DAN SEPANJANG TEMPOH PENGAJIAN

PELAJAR LELAKI PELAJAR PEREMPUAN

1. Kemeja Cerah Berlengan Panjang 1. Tudung Labuh

2. Bertali Leher 2. Kasut Bertutup

3. Seluar Slack Gelap 3. Baju Kurung @ Jubah Yang Sesuai

4. Bersongkok

5. Kasut Sepatu Gelap


12 PERSEDIAAN PAKAIAN DAN KEPERLUAN LAIN

PELAJAR LELAKI PELAJAR PEREMPUAN

PAKAIAN RASMI PELAJAR


HARI PENDAFTARAN DAN MINGGU SILATURRAHIM
1. Baju Kemeja Lengan Panjang (Putih)
1. Baju Kurung Biasa / Jubah
(Bertali Leher)
2. Seluar Panjang (warna gelap) 2. Tudung putih
3. Kasut Sepatu Hitam 3. Kain Sarung
4. Stokin 4. Kasut
5. Songkok Hitam 5. Stokin
AKADEMIK
(Bilik Kuliah, Tutorial dan Perpustakaan)

1. Baju Kemeja Lengan Panjang (Bertali Leher) 1. Baju Kurung / Jubah


2. Seluar Panjang (warna gelap) 2. Tudung
3. Kasut Sepatu Hitam 3. Kain Sarung
4. Stokin 4. Kasut
5. Songkok Hitam 5. Stokin
KEPERLUAN ASRAMA
1. Sarung Bantal (2’2” x 1’5”) 1. Sarung Bantal (2’2” x 1’5”)
2. Songkok Hitam 2. Telekong
3. Sejadah 3. Sejadah
4. Al-Quran 4. Al-Quran
5. Al-Ma’thurat 5. Al-Ma’thurat
6. Selimut 6. Selimut
7. Bantal 7. Bantal
8. Cadar 8. Cadar
9. Selipar 9. Selipar
10.Lain-lain keperluan peribadi 10. Lain-lain keperluan peribadi

PAKAIAN SUKAN

1. Baju “T” Putih 1. Tudung

2. Seluar Panjang Sukan Hitam 2. Baju “T” Putih (Lengan Panjang) & Labuh Paras Lutut
3. Stokin 3. Seluar Panjang Sukan Hitam
4. Kasut yang sesuai 4. Kasut yang sesuai

5. Stokin
Sekiranya saudara/saudari memerlukan maklumat lanjut tentang tawaran kemasukan ini, sila hubungi
pegawai-pegawai berikut:

Tawaran Kemasukan Yuran / Bayaran

Unit Kemasukan & Rekod Unit Hasil


Pusat Pengurusan Akademik Jabatan Bendahari
Tel : 04-415 5051/5056 Tel : 04-415 5049
04-415 5040
Email: ppa@unishams.edu.my Email: unithasil@unishams.edu.my

Minggu Silaturrahim Pembiayaan Pelajar

Jabatan Hal Ehwal Pelajar Unit Tajaan dan Pembiayaan


Tel: 04-415 5067/5062 Jabatan Bendahari
Email: hep@unishams.edu.my Tel: 04-415 5105
Email: info.ossc@unishams.edu.my
13 DIREKTORI

BALAI POLIS HOTEL / HOMESTAY

BALAI POLIS KUALA KETIL HOTEL PARK AVENUE, SUNGAI PETANI


Polis Diraja Malaysia, 1 Jalan Indah Dua,
Jalanraya Kuala Ketil, 08000 Sungai Petani, Kedah
09100 Kuala Ketil, Kedah Tel: 04-4317777
Tel: 04-4163222
Email: kpb_kketil@rmp.gov.my HOTEL SERI MALAYSIA SUNGAI PETANI
Seksyen 21, Jalan Pasar,
08000 Sungai Petani, Kedah
BANK Tel: 04-4234060
Fax: 04-4234106
BANK ISLAM
Kampus Induk KUIN HOMESTAY UNTUK MUSLIM
09300 Kuala Ketil, Kedah 110, Lorong Insaniah 1/11,
Taman Insaniah, 09300 Kuala Ketil, Kedah
BANK ISLAM CAWANGAN KULIM Tel: 019-4587812/ 019-5456689
No. 23 & 24, Persiaran 1,
Taman Kulim Avenue, Kulim Hi-Tech HOMESTAY TAMAN INSANIAH
09000 Kulim, Kedah No. 877 Lorong Insaniah 3/1
Tel: 04-4033300 Taman Insaniah, Kuala Ketil, Kedah
Tel: 013-4362521

KLINIK HOMESTAY SINAR QAMAR


No. 1305, Lorong Bidara 34,
KLINIK KESIHATAN KUALA KETIL Taman Desa Bidara, 09300 Kuala Ketil, Kedah
09300 Kuala Ketil, Kedah Tel: 016-4180924
Tel: 04-4163355
HOMESTAY QAISARA
POLIKLINIK DR AZHAR & RAKAN-RAKAN No. 312 Taman Aman Pewira,
B10, Pekan Baru 09300 Kuala Ketil, Kedah
09300 Kuala Ketil, Kedah Tel: 019-4180924
Tel: 04-4162307
HOMESTAY UMMI
POLIKLINIK DR HALIMAH No. 836, Lorong 24 Desa Bidara,
No. 18B, Bangunan PKNK 09300 Kuala Ketil, Kedah
Jalan Baling, 09300 Kuala Ketil Tel: 019-466622
Tel: 04-4160413

You might also like