You are on page 1of 4

ISI KANDUNGAN

KIT HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (DALAM NEGARA)

BIL PERKARA

1 TATACARA PENGURUSAN

2 SENARAI SEMAK

3 LAMPIRAN A : SYARAT-SYARAT TAWARAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN

4 LAMPIRAN B : SYARAT-SYARAT CUTI BELAJAR DENGAN PENAJAAN HADIAH


LATIHAN PERSEKUTUAN

5 LAMPIRAN C : SENARAI UNIVERSITI TEMPATAN

6 LAMPIRAN D : JADUAL TEMPOH KONTRAK DAN TUNTUTAN GANTIRUGI

7 LAMPIRAN E : KADAR BIASISWA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN

8 LAMPIRAN F : BAYARAN YANG TIDAK DITANGGUNG OLEH KERAJAAN

9 SENARAI BORANG-BORANG:
i. BORANG MAKLUMAT DIRI PEGAWAI YANG MENGIKUTI KURSUS DI
BAWAH HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN
ii. SURAT SETUJU TERIMA TAWARAN TETAP HADIAH LATIHAN
PERSEKUTUAN
iii. BORANG PERISYTIHARAN KONTRAK BERKHIDMAT DENGAN
KERAJAAN
iv. BORANG PENGAKUAN DAN PEMERIKSAAN KESIHATAN
v. SURAT TUNTUTAN PERMOHONAN UNIVERSITI/ TAMBANG/ VISA/
PASPORT/ RESIDENT PERMIT
vi. SURAT PERMOHONAN ELAUN TESIS

10 MAKLUMAT PERHUBUNGAN PEGAWAI BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL


INSAN, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
TATACARA PENGURUSAN PEGAWAI YANG DITAWARKAN HADIAH LATIHAN
PERSEKUTUAN YANG AKAN MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT SARJANA DAN PH.D
DI UNIVERSITI TEMPATAN

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SEBELUM MEMULAKAN PENGAJIAN

1. Hadir dan lulus ujian ELPA (Band 4) / IELTS (Band 6.0) / TOEFL (Internet Based – 80
point, Paper Based – 500 point).

2. Memohon sekurang-kurangnya tiga (3) universiti yang disenaraikan oleh JPA mengikut
bidang yang telah ditawarkan.

3. Mendapatkan surat tawaran (unconditional offer) daripada universiti yang telah dipilih.

4. Mengemukakan dokumen yang disenaraikan pada perkara 1 (rujuk senarai semak HLP,
muka surat iv) kepada Bahagian Pembangunan Modal Insan (BMI), Jabatan
Perkhidmatan Awam untuk pengaktifan perjanjian. Dokumen berkenaan hendaklah
dikemukakan sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum memulakan pengajian.

5. Pegawai akan dimaklumkan mengenai pengaktifan perjanjian melalui emel / telefon


setelah semakan dokumen dibuat.

6. Setelah mendapat pemakluman daripada BMI, pegawai perlu memuat turun Perjanjian
HLP, Surat Penerimaan Tawaran Tetap HLP dan Borang Pengisytiharan Kontrak
Berkhidmat Dengan Kerajaan di http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epenawaran .

7. Melengkapkan Perjanjian HLP (3 salinan yang telah diremitkan setem hasil), Surat
Penerimaan Tawaran Tetap HLP dan Borang Pengisytiharan Kontrak Berkhidmat
Dengan Kerajaan dan mengemukakan dokumen tersebut kepada BMI.

8. Surat Tawaran Tetap HLP akan diserahkan kepada pegawai setelah BMI menerima
dokumen lengkap seperti di perkara 6.

9. Melapor diri di Universiti yang ditetapkan untuk mengikuti kursus yang telah diluluskan.

SEMASA MENGIKUTI PENGAJIAN

1. Memaklumkan BMI, JPA sekiranya universiti menetapkan syarat tambahan yang hanya
diketahui setelah pegawai memulakan pengajian.

2. Pegawai perlu membuat pendaftaran di portal MySELF di https://myself.jpa.gov.my .


ii
3. Memuat naik rangka kursus (plan of study) ke dalam portal MySELF dalam tempoh
satu (1) bulan selepas memulakan pengajian.

4. Memuat naik laporan kemajuan kursus atau / dan keputusan peperiksaan setiap
semester / penggal ke dalam portal MySELF.

5. Memaklumkan BMI, JPA sekiranya pegawai menghadapi masalah berhubung pengajian /


ditamatkan pengajian / gagal pengajian / ingin menarik diri daripada pengajian dengan
kadar segera.

SETELAH TAMAT PENGAJIAN

1. Setelah tamat pengajian atau tamat tempoh cuti belajar yang diluluskan atau mana-mana
yang terdahulu, Pegawai Perkhidmatan Gunasama dan Pegawai Perkhidmatan
Bukan Gunasama dikehendaki melapor diri di BMI, JPA. Sekiranya pegawai didapati
tidak melapor diri, tindakan yang berkaitan akan dikenakan.

2. Bagi pegawai yang menamatkan pengajian lebih awal, pegawai perlu memaklumkan
BMI, JPA dan melapor diri dengan kadar segera tanpa menunggu sehingga tamat
tempoh cuti belajar yang telah diluluskan.

3. Mengemukakan salinan tesis (softcopy dan hardcopy) yang memenuhi kriteria seperti
yang dinyatakan dalam syarat-syarat tawaran HLP dalam tempoh yang ditetapkan.

4. Memuat naik salinan transkrip lengkap serta salinan skrol / surat pengesahan tamat
pengajian dengan jaya daripada universiti di portal MySELF dalam tempoh 6 bulan dari
tempoh lapor diri.

5. Setelah pegawai ditempatkan di mana-mana Jabatan, sila maklumkan alamat terkini dan
maklumat berkaitan pegawai melalui emel kepada BMI, JPA di alamat ldp@jpa.gov.my
dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh melapor diri di Jabatan.

iii
SENARAI SEMAK BAGI PENERIMA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN YANG AKAN
MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT SARJANA DAN Ph.D DI UNIVERSITI TEMPATAN

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Kemukakan semua dokumen seperti senarai di bawah kepada BMI, JPA:

a. Salinan surat tawaran rasmi dari universiti dan syarat-syarat yang dikenakan;

b. Senarai penuh mata pelajaran yang akan diambil beserta kalendar akademik
universiti;

c. Tiga (3) salinan Borang Maklumat Diri Pegawai beserta dua (2) keping gambar;

d. Borang Pengakuan Kesihatan JPA atau Borang Pemeriksaan Kesihatan Universiti


(Pegawai sahaja);

e. Surat tuntutan beserta resit asal bagi permohonan universiti dengan jumlah
maksimum tiga (3) permohonan universiti sahaja;

f. Dua (2) salinan penyata akaun / e-statement (CIMB sahaja); dan

g. Satu (1) salinan sijil kehadiran Kursus Persediaan dan sijil EPSA (Research
Methodology – ERA0004 dan Experimental Research Design – ERA0006) bagi
pengajian peringkat Ph.D sahaja.

2. Dokumen yang perlu dikemukakan kepada BMI, JPA untuk tujuan pembayaran
Elaun Penempatan bagi pegawai yang berpindah dan Elaun Bantuan Keluarga,
adalah seperti berikut:

a. Salinan sijil perkahwinan dan sijil kelahiran anak-anak;

b. Surat Cuti Rehat / Cuti Tanpa Gaji / Pertukaran / Perletakan Jawatan bagi pasangan
yang berkhidmat dalam sektor awam / swasta; dan

c. Surat pertukaran sekolah bagi anak-anak yang bersekolah.

*Elaun penempatan layak dibayar sekiranya jarak perpindahan melebihi 25 kilometer


radius dari rumah pegawai dan mendekatkan pegawai dengan institusi pengajian /
universiti.

3. Memuat turun dokumen berikut di laman web JPA dan dikemukakan kepada BMI,
JPA:

a. Tiga (3) salinan Borang Perjanjian HLP – sila remitkan setem hasil di ketiga-tiga
salinan perjanjian;

b. Surat Setuju Terima Tawaran Tetap HLP; dan

c. Surat Pengisytiharan Kontrak Berkhidmat Dengan Kerajaan.

4. Menerima surat tawaran tetap HLP daripada BMI, JPA.


iv

You might also like