You are on page 1of 4

ISI KANDUNGAN

KIT CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBPTB)


SKIM PERKHIDMATAN GUNASAMA PERSEKUTUAN

BIL PERKARA

1 TATACARA PENGURUSAN

2 SENARAI SEMAK

3 LAMPIRAN A : SYARAT-SYARAT CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA


BIASISWA (CBBPTB)

4 LAMPIRAN B : SENARAI UNIVERSITI TEMPATAN

5 SENARAI BORANG:

i. BORANG MAKLUMAT DIRI PEGAWAI YANG MENGIKUTI KURSUS DI


BAWAH CBBPTB

ii. SURAT SETUJU TERIMA TAWARAN TETAP CBBPTB

iii. BORANG PERISYTIHARAN KONTRAK BERKHIDMAT DENGAN


KERAJAAN

6 MAKLUMAT PERHUBUNGAN PEGAWAI BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL


INSAN, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

i
TATACARA PENGURUSAN PEGAWAI SKIM PERKHIDMATAN GUNASAMA
PERSEKUTUAN YANG DITAWARKAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA
BIASISWA BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT SARJANA DAN Ph.D

SEBELUM MEMULAKAN PENGAJIAN

1. Lulus ujian ELPA (Band 3) / IELTS (Band 6) / TOEFL (Internet Based – 80 point, Paper
Based – 500 point)

2. Memohon mengikuti pengajian di universiti yang disenaraikan oleh JPA.

3. Mendapatkan surat tawaran universiti daripada universiti yang telah dipilih.

4. Mengemukakan dokumen yang disenaraikan dalam senarai semak CBBPTB.

5. Mendapatkan Perjanjian CBBPTB (3 salinan) daripada BMI, JPA.

6. Melengkapkan Perjanjian CBBPTB (3 salinan yang telah diremitkan setem hasil),


Surat Setuju Terima Tawaran Tetap CBBPTB dan Borang Perisytiharan Kontrak
Berkhidmat Dengan Kerajaan dan mengemukakan dokumen tersebut kepada BMI, JPA.

7. Mendapatkan Surat Kelulusan CBBPTB daripada BMI, JPA setelah melengkapkan


dokumen di perkara 6.

8. Melapor diri di Universiti yang ditetapkan untuk mengikuti kursus yang telah diluluskan.

SEMASA MENGIKUTI PENGAJIAN

1. Memaklumkan BMI, JPA sekiranya universiti menetapkan syarat tambahan yang hanya
diketahui setelah pegawai memulakan pengajian.

2. Pegawai perlu membuat pendaftaran di portal MySELF di https://myself.jpa.gov.my .

3. Memuat naik rangka kursus (plan of study) ke dalam portal MySELF dalam tempoh
tiga (3) bulan daripada tarikh mula kursus.

4. Memuat naik laporan kemajuan kursus atau / dan keputusan peperiksaan setiap
semester / penggal ke dalam portal MySELF.

ii
5. Memaklumkan BMI, JPA dengan serta merta sekiranya pegawai menghadapi masalah
berhubung pengajian / ditamatkan pengajian / gagal pengajian / ingin menarik diri
daripada pengajian dengan kadar segera.

SETELAH TAMAT PENGAJIAN

1. Setelah tamat pengajian atau tamat tempoh cuti belajar atau mana-mana yang
terdahulu pegawai dikehendaki melapor diri di BMI, JPA.

2. Bagi pegawai yang menamatkan pengajian lebih awal, pegawai perlu memaklumkan
BMI, JPA dan melapor diri dengan kadar segera tanpa menunggu sehingga tamat
tempoh cuti belajar yang telah diluluskan.

3. Mengemukakan salinan tesis (softcopy dan hardcopy) yang memenuhi kriteria seperti
yang dinyatakan dalam Syarat-Syarat Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa Bagi
Pegawai Yang Mengikuti Pengajian Peringkat Sarjana dan Ph.D (LAMPIRAN A) dalam
tempoh yang ditetapkan.

4. Memuat naik salinan transkrip lengkap serta salinan skrol / surat pengesahan
tamat pengajian dengan jaya daripada universiti di portal MySELF dalam tempoh
6 bulan dari tempoh lapor diri.

5. Setelah pegawai ditempatkan di mana-mana Jabatan, sila maklumkan alamat terkini dan
maklumat berkaitan pegawai melalui emel kepada BMI, JPA di sp.bmi@jpa.gov.my
dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh melapor diri di Jabatan.

iii
SENARAI SEMAK BAGI PEGAWAI SKIM PERKHIDMATAN GUNASAMA PERSEKUTUAN
YANG DITAWARKAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA BAGI
MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT SARJANA DAN Ph.D

1. Kemukakan semua dokumen seperti senarai di bawah kepada Bahagian


Pembangunan Modal Insan (BMI), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA):

a. Salinan surat tawaran rasmi dari universiti dan syarat-syarat yang ditetapkan;

b. Senarai penuh mata pelajaran yang akan diambil beserta kalendar akademik
universiti;

c. Borang Maklumat Diri pegawai beserta sekeping gambar berukuran pasport;

d. Satu (1) salinan keputusan ujian ELPA/ IELTS/ TOEFL; dan

e. Satu (1) salinan sijil kehadiran Kursus Persediaan dan sijil EPSA (Research
Methodology – ERA0004 dan Experimental Research Design – ERA0006) bagi
pengajian peringkat Sarjana (penyelidikan) dan Ph.D.

2. Pegawai akan menerima tiga (3) salinan Perjanjian daripada BMI, JPA setelah
semua dokumen lengkap seperti di para 1 dikemukakan.

3. Melengkapkan dan mengemukakan kepada BMI, JPA dokumen seperti berikut:

a. Tiga (3) salinan Perjanjian CBBPTB – sila remitkan setem hasil di ketiga-tiga
salinan perjanjian;

b. Surat Setuju Terima Tawaran Tetap CBBPTB; dan

c. Surat Perisytiharan Kontrak Berkhidmat Dengan Kerajaan.

4. Menerima Surat Kelulusan CBBPTB daripada BMI, JPA.

iv

You might also like