You are on page 1of 9

SYARATSYARAT TAWARAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH (CBBP) DAN

HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) BAGI


PROGRAM SARJANA/Ph.D & AREA OF SPECIAL INTEREST DI
LUAR NEGARA
______________________________________________________________________

1. KUASA MELULUSKAN CUTI BELAJAR DAN PENGURUSAN BIASISWA

1.1 Mulai 15 Julai 2008, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah


memutuskan kuasa meluluskan sebarang cuti belajar dan pengurusan
biasiswa bagi semua pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM), kecuali pegawai dan kakitangan di bawah Skim
Perkhidmatan Gunasama dan jawatan kader untuk semua program
latihan diperturunkan kepada Ketua Setiausaha KKM.

1.2 Dengan penurunan kuasa ini, pengurusan biasiswa untuk Hadiah Latihan
Persekutuan (HLP) yang akan dikendalikan oleh KKM adalah kursus
dalam perkhidmatan yang tempohnya melebihi tiga (3) bulan sama ada di
peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Pertama dan Ijazah Lanjutan, di antaranya:

(i) Kursus Ijazah Sarjana (bagi perkhidmatan selain daripada Pegawai


Perubatan);
(ii) Kursus Ijazah Sarjana Perubatan;
(iii) Kursus Ijazah Kedoktoran / PhD; dan
(iv) Kursus Subkepakaran.

2. CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH (CBBP) DAN HADIAH LATIHAN


PERSEKUTUAN (HLP)

2.1 Kelulusan CBBP dan HLP ini adalah meliputi perkara-perkara berikut :

(i) Tempoh CBBP ini layak diambil kira bagi tujuan perkiraan faedah-
faedah pencen;

(ii) Tempoh CBBP ini layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat;

(iii) Pegawai diluluskan CBBP dengan HLP dalam tempoh yang


ditetapkan sahaja. Sebarang penangguhan atau perlanjutan
pengajian hendaklah dimohon dan mendapat kelulusan daripada
BPL, KKM terlebih dahulu; dan

(iv) Pegawai hendaklah bersedia ditempatkan di mana-mana tempat


pengajian yang telah ditetapkan. Pegawai diluluskan untuk
mengikuti kursus di IPTA seperti yang dinyatakan sahaja.
Sebarang pertukaran hendaklah dimohon dan mendapat kelulusan
daripada BPL, KKM terlebih dahulu. Pertimbangan adalah tertakluk
kepada kes-kes yang kritikal sahaja.

3. ELAUN DAN KEMUDAHAN HLP

3.1 Segala urusan pembayaran elaun, yuran pengajian dan tuntutan adalah di
bawah tanggungjawab BPL, KKM. Semasa menjalani kursus, pegawai
adalah layak menerima bayaran elaun dan kemudahan seperti yang
tersebut di Lampiran A & A1 berkembar. Bayaran-bayaran yang
disenaraikan seperti di Lampiran B adalah bayaran yang ditanggung dan
tidak ditanggung oleh Kerajaan.

PERINGATAN

3.2 Sebarang tuntutan hendaklah menggunakan borang tuntutan yang


disediakan dan dikemukakan kepada BPL, KKM pada tahun semasa
(selewat-lewatnya pada 1 Disember dalam tahun yang sama
perbelanjaan dibuat oleh pegawai). Sebarang tuntutan yang diterima
oleh BPL, KKM selepas tarikh tersebut tidak akan diproses.

3.3 Segala pembayaran hanya akan dibuat melalui bank RHB Islamic,
CIMB, MBB, BIMB, dan HSBC sahaja sehingga dimaklumkan
sebarang perubahan. Pegawai diminta untuk mengemukakan salinan
muka depan buku akaun bank yang jelas mencatatkan nombor
akaun, alamat bank dan kod bank sekiranya berkaitan bagi tujuan
bayaran.

4. GAJI DAN EMOLUMEN

4.1 Semasa tempoh CBBP, gaji dan emolumen pegawai akan dibayar oleh
Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing kecuali sekiranya Ketua
Jabatan membuat permohonan ke Jawatan Simpanan Latihan (JSL) Ibu
Pejabat KKM. Menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan terakhir pegawai

untuk memastikan pembayaran gaji pegawai terus dibuat sehingga


permohonan JSL diluluskan. Di dalam permohonan untuk menempatkan
pegawai ke dalam JSL, Ketua Jabatan dikehendaki mengemukakan :

(i) surat permohonan; dan


(ii) surat tawaran tetap pegawai untuk mengikuti kursus Sarjana/Ph.D
& Area of Special Interest.

4.2 Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada :

Setiausaha Bahagian
Bahagian Sumber Manusia (BSM)
Unit Pengurusan dan Profesional
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 9, Blok E7, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p.: Puan Loh Pei Lee)

4.3 Setelah pegawai ditempatkan di dalam JSL, Ketua Jabatan hendaklah


mengemukakan segala rekod perkhidmatan kepada :

Setiausaha Bahagian
Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP)
Cawangan Pengurusan Personel
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 7, Blok E7, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p.: Puan Masni Afiza binti Mohamed)
4.4 Segala urusan perkhidmatan dan pembayaran gaji akan diuruskan oleh
Cawangan tersebut selaku Ketua Jabatan baru pegawai. Pegawai adalah
layak menerima seperti berikut :

(i) Gaji
Pegawai dibayar gaji penuh. Pegawai layak menerima
pergerakan gaji sepanjang tempoh pengajian mengikut Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002;

(ii) Elaun Memangku


Pegawai dalam pemangkuan tidak akan dibayar Elaun Memangku
semasa mengikuti kursus mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil.
7 Tahun 1993 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun
2009;

(iii) Elaun Perumahan Wilayah


Pegawai di bawah Sistem Tertutup tidak akan dibayar Elaun
Wilayah semasa mengikuti kursus mengikut Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2001; dan

(iv) Bantuan Sara Hidup (COLA)


Pegawai dibayar mengikut lokasi IPTA berdasarkan Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2007.

v) Bayaran Intensif Perkhidmatan Kritikal (BIPK)


Pegawai yang mengikuti kursus melebihi tiga (3) bulan tidak layak
dibayar Bayaran Intensif Perkhidmatan Kritikal berdasarkan
Pekeliling Perkhidmatan Bil.17 Tahun 2007 kecuali bagi Pegawai
Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pensyarah Perubatan yang
mengikuti Kursus Sarjana /Ph.D & Area of Special Interest di
dalam negara sahaja.

5. PENERIMAAN GAJI, BAYARAN DAN LAINLAIN ELAUN

5.1 Jika pegawai menerima apa-apa elaun, gaji atau lain-lain bayaran
daripada mana-mana pihak selain Kerajaan semasa mengikuti kursus
atau dalam penempatan di IPTA, jumlah yang diterima itu akan ditolak
daripada bayaran gaji/elaun yang dibayar oleh Kerajaan kepada pegawai.
Pegawai diminta untuk memaklumkan mengenai bayaran/elaun yang
diterima kepada BPL, KKM supaya potongan boleh dibuat dengan
sewajarnya. Sekiranya diketahui terdapat pegawai yang menerima
bayaran/elaun yang dimaksudkan di atas tetapi tidak memaklumkan
kepada BPL, KKM, tindakan tatatertib sewajarnya akan diambil dan HLP
ini akan ditarik balik.

6. KELAYAKAN CUTI

6.1 Bagi pegawai yang mengikuti pengajian kurang daripada 12 bulan, cuti
akademik atau penggal di universiti akan ditolak daripada baki cuti rehat
yang berkelayakan sebelum berkursus. Sekiranya tiada cuti akademik
atau penggal dalam tempoh berkursus, baki cuti rehat boleh dibawa ke
hadapan, iaitu selepas pegawai kembali bertugas (Perintah Am Bab C
37(a)).

6.2 Bagi pegawai yang mengikuti pengajian melebihi 12 bulan, baki cuti rehat
sebelum berkursus tidak boleh dibawa ke hadapan (Perintah Am Bab C
37(b)). Pegawai di bawah Sistem Tertutup tidak layak menerima
kemudahan cuti bagi pegawai Kerajaan dan tidak dibenarkan membawa
baki cuti rehat semasa tempoh pengajian.

6.3 Kelayakan cuti adalah mengikut Cuti Akademik IPTA iaitu tempoh
ketidakhadiran pegawai adalah tidak melebihi 28 hari setahun atau 14 hari
bagi setiap enam (6) bulan atau satu sesi akademik / semester.

6.4 Semasa dalam tempoh penangguhan pengajian, kelayakan cuti pegawai


adalah mengikut kemudahan cuti di bawah Perintah Am Bab C.

6.5 Pegawai boleh memohon cuti rehat daripada Ketua Jabatan masing-
masing tidak melebihi tujuh (7) hari selepas menamatkan kursus yang
melebihi 12 bulan dengan syarat :

(i) masih mempunyai baki cuti rehat sebelum berkursus; dan


(ii) cuti ini akan ditolak daripada kelayakan cuti rehat bagi tahun
semasa (kelayakan selepas melaporkan diri) (Perintah Am Bab C
38).
7. PERJANJIAN

7.1 Pegawai dikehendaki menandatangani surat Perjanjian sebelum


mengikuti kursus. Sekiranya pegawai tidak menyempurnakan dan
menandatangani perjanjian ini dalam tempoh yang ditetapkan, maka HLP
ini akan ditarik balik. Pegawai akan terikat dengan ikatan kontrak selama
tempoh yang dinyatakan di dalam surat perjanjian untuk berkhidmat
dengan Kerajaan Malaysia selepas tamat pengajian atau membayar ganti
rugi sebanyak jumlah yang dinyatakan di dalam surat perjanjian
sekiranya gagal berkhidmat dalam tempoh tersebut.

8. TATATERTIB

8.1 Semasa tempoh CBBP ini, pegawai mestilah sentiasa mengutamakan


tanggungjawab profesion dan berkelakuan selaras dan seimbang dengan
tangggungjawab sebagai seorang penjawat awam terhadap Kerajaan
Malaysia. Jika didapati pegawai terlibat dengan sesuatu kegiatan dan
mengeluarkan kenyataan atau penerbitan yang tidak bertanggungjawab,
termasuk melanggar syarat-syarat CBBP dan HLP ini, maka tawaran ini
akan ditarik balik dan tindakan tatatertib akan dikenakan selaras dengan
peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan
dan Tatatertib) 1993.

9. TANGGUNGJAWAB PEGAWAI

9.1 Pegawai adalah bertanggungjawab untuk :

(i) memaklumkan dari semasa ke semasa kepada BPL, KKM


sebarang pertukaran dalam perkara-perkara seperti alamat surat-
menyurat, nombor telefon, alamat e-mel dan maklumat akaun
bank;

(ii) mengemukakan plan of study kepada BPL, KKM dalam tempoh


tiga (3) bulan selepas pengajian bermula dengan menyatakan
tarikh dan tempoh bagi aktiviti-aktiviti serta peperiksaan-
peperiksaan yang akan diikuti sepanjang tempoh pengajian;

(iii) menumpukan sepenuh perhatian kepada kursus yang diikuti;


(iv) menduduki semua peperiksaan yang dijadualkan;

(v) mengemukakan satu (1) salinan keputusan peperiksaan / laporan


kemajuan kursus bagi setiap semester dalam tempoh satu (1)
bulan selepas keputusan peperiksaan diumumkan kepada BPL,
KKM;

(vi) mengemukakan dengan lengkap Laporan Nilaian Prestasi Tahunan


(LNPT) dengan menggunakan Borang P.S.D. (Performance) 6/93
kepada BKP, KKM. Sekiranya permohonan untuk menempatkan
pegawai ke JSL masih belum diluluskan, maka perlulah
dikemukakan borang tersebut kepada Ketua Jabatan terakhir
pegawai. Laporan ini penting untuk pergerakan gaji melalui anjakan
gaji tahunan dan kenaikan pangkat. Pegawai dikehendaki
menyimpan satu (1) salinan laporan untuk rekod; dan

(vii) Sekiranya pegawai gagal mengikut tempoh pengajian asal dan


memerlukan penangguhan atau perlanjutan tempoh pengajian,
maka pegawai perlu memohon kepada Bahagian Pengurusan
Latihan (BPL), KKM dengan mengemukakan selewatlewatnya
tiga (3) bulan sebelum tarikh penangguhan atau perlanjutan
perkara-perkara berikut :

a) surat permohonan pegawai beserta sebab-sebab yang


munasabah;
b) surat kelulusan IPTA dan pengesahan daripada penyelia
kursus;
c) keputusan peperiksaan / laporan kemajuan kursus; dan
d) plan of study dari mula hingga tamat kursus.

(viii) Melapor diri dengan serta-merta di BPL, KKM setelah tamat


tempoh kursus/Cuti Belajar, ditamatkan pengajian oleh IPTA atau
menarik diri daripada program untuk penempatan semula. Pegawai
yang ingin menarik diri daripada program perlu mengemukakan :

a) surat permohonan dengan sebab-sebab yang munasabah;


dan
b) surat kelulusan universiti.
(ix) Pegawai yang tamat pengajian atau ditamatkan pengajian oleh
IPTA perlu mengemukakan :

a) surat pengesahan daripada IPTA; dan


b) keputusan peperiksaan akhir.

(x) Bagi pegawai yang memutuskan untuk meletakkan jawatan


semasa dalam tempoh pengajian hendaklah menyampaikan notis
pemberitahuan mengikut peraturan yang ditetapkan dalam syarat-
syarat perkhidmatan masing-masing kepada Pusat Tanggungjawab
(PTJ) yang membayar gaji dan satu (1) salinan dikemukakan
kepada BPL, KKM.

10. TINDAKAN PENALTI KEPADA PEMEGANG BIASISWA DALAM


PERKHIDMATAN YANG GAGAL MENAMATKAN PENGAJIAN DENGAN JAYA

10.1 Berkuatkuasa kepada semua pegawai yang memulakan pengajian mulai


1 Januari 2010, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menggariskan
Dasar Pelaksanaan Tindakan Penalti Kepada Pemegang Biasiswa Dalam
Perkhidmatan Yang Gagal Menamatkan Pengajian Dengan Jaya.

10.2 Bagi penerima biasiswa dalam perkhidmatan yang gagal tamat pengajian
dengan jaya, tindakan penalti akan dikenakan seperti di Lampiran C.

10.3 Kutipan balik gantirugi akan dibuat sebaik sahaja pegawai ditamatkan
penajaan kerana gagal menamatkan pengajian dengan jaya.

11. LAPORAN PENILAIAN KURSUS

11.1 Pegawai dikehendaki melengkapkan laporan penilaian kursus


menggunakan Borang KKM LDP 1/2010 dan mengemukakannya ke
BPL, KKM dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh pegawai lapor diri di
BPL, KKM selepas tamat kursus.
12. PENILAIAN KERJA PEGAWAI SELEPAS KURSUS

12.1 Penilaian dan faedah yang diperolehi oleh pegawai daripada kursus yang
diikuti akan diminta daripada Ketua Jabatan secara bertulis setelah
pegawai kembali bertugas, jika perlu.

13. HAK KERAJAAN

13.1 Sekiranya pegawai ingkar atau tidak mematuhi mana-mana syarat CBBP dan
HLP ini, Kerajaan berhak menarik balik CBBP dan HLP ini. Walau apapun
peruntukan yang dinyatakan dalam syarat-syarat ini, Kerajaan berhak meminda
syarat-syarat CBBP dan HLP ini dari semasa ke semasa tanpa memberi notis
dan pegawai adalah tertakluk kepada pindaan-pindaan tersebut. Kerajaan juga
berhak menarik balik CBBP dan HLP ini tanpa memberikan sebarang sebab.

You might also like