You are on page 1of 15

GARIS PANDUAN

LATIHAN SEPARA PERUBATAN


KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Unit Latihan Pra Perkhidmatan (LPP)


Bahagian Pengurusan Latihan

Jun 2022
1
SENARAI KANDUNGAN

Bil Perkara Muka Surat

1. TUJUAN 3
2. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN 3-4
3. PROSES PENGAMBILAN DAN PENAWARAN 4-5
4. KATEGORI CALON 5
5. PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIURUSKAN SEBELUM 5-7
LAPOR DIRI
6. SENARAI SEMAK (CHECKLIST) DOKUMEN-DOKUMEN 7-8
SEMASA LAPOR DIRI
7. ELAUN DAN KEMUDAHAN SEMASA BERKURSUS BAGI 9-10
CALON TAJAAN PELATIH TAJAAN KKM
8. PEMBAYARAN YURAN BAGI PEGAWAI BUKAN TAJAAN KKM 10-11
9. KEMUDAHAN ELAUN DAN BIASISWA, ASRAMA 11-12
(PENGINAPAN), PENYEDIAAN MAKANAN DAN PAKAIAN
SERAGAM BAGI PEGAWAI BUKAN TAJAAN KKM
10. SENARAI NAMA BANK MENGIKUT ILKKM (TAJAAN KKM 12
SAHAJA)
11. IKATAN PERJANJIAN DAN PENALTI 12
12. TEMPOH PENGAJIAN 12
13. PEMBATALAN TAWARAN 13-14
14. MENINGGALKAN LATIHAN DENGAN MENARIK DIRI 14
15. PERATURAN DAN TINDAKAN TATATERTIB 15

2
1. TUJUAN

1.1. Garis panduan ini bertujuan untuk menjelaskan proses pelaksanaan


Latihan Separa Perubatan bagi calon pelatih lepasan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) dan calon Pegawai dari Badan
Berkanun/Hospital/Institusi/Agensi bukan di bawah Kementerian
Kesihatan Malaysia yang mengikuti latihan di Institut Latihan Kementerian
Kesihatan Malaysia (ILKKM) kendalian Bahagian Pengurusan Latihan,
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM); dan

1.2. Pengambilan pelatih baharu Latihan Separa Perubatan (LSP) dilaksanakan


sebanyak dua (2) kali setahun iaitu pada Sesi Januari dan Julai.
Pengambilan pelatih LSP dilaksanakan dengan kerjasama Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA).

2. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Calon yang ingin memohon Latihan Separa Perubatan adalah tertakluk kepada
syarat kelayakan minimum SPM seperti di LAMPIRAN A dan syarat-syarat
saringan tambahan dalam pemilihan calon seperti berikut:

2.1. Syarat-syarat saringan tambahan

2.1.1. Warganegara Malaysia


Wajib warganegara Malaysia. Pemastautin tetap (MyPR) dan
pemastautin sementara (MyKAS) tidak dipertimbangkan.

2.1.2. Lantikan terus


Wajib berumur 18-25 tahun dan memiliki SPM.

2.1.3. Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM)


Calon wajib memiliki SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.

3
2.1.4. Kesihatan
Tidak hamil dan tidak mempunyai sebarang kecacatan
anggota serta tiada masalah kesihatan serius atau penyakit
berjangkit.

2.1.5. Temu duga SPA


Hanya calon-calon yang memenuhi syarat skim, syarat tapisan,
lulus Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)/
Ujian Psikometrik sahaja akan dipanggil untuk temu duga.

3. PROSES PENGAMBILAN DAN PENAWARAN


3.1. Pengambilan pelatih Latihan Separa Perubatan melibatkan tiga (3) proses
utama seperti berikut:
(a) Pemilihan pelatih Latihan Separa Perubatan Tajaan KKM
(i) Penawaran iklan oleh SPA berdasarkan jadual
perancangan pengambilan mengikut kuota Semenanjung,
Sabah dan Sarawak serta syarat-syarat tapisan;
(ii) Permohonan secara atas talian menerusi Borang SPA9;
(iii) Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)/Ujian
Psikometrik; dan
(iv) Temu duga

(b) Pemilihan pegawai Latihan Separa Perubatan bukan Tajaan KKM


(i) Badan Berkanun/Hospital/Institusi/Agensi bukan di bawah
KKM mengemukakan permohonan kepada BPL

(c) Penawaran dan penempatan pelatih Latihan Separa Perubatan di


ILKKM
(i) Proses penawaran calon;
(ii) Mesyuarat Jawatankuasa Pengambilan dan Penempatan
Pelatih Latihan Separa Perubatan KKM;
(iii) Penempatan calon oleh KKM

4
3.2. KKM berhak menentukan penempatan bagi pelatih tajaan KKM dan
pegawai bukan tajaan KKM yang mengikuti latihan di mana-mana
ILKKM yang melaksanakan program-program yang ditawarkan bagi
setiap pengambilan. Pertukaran tempat latihan tidak akan
dipertimbangkan.

4. KATEGORI CALON

Tawaran untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan terbuka kepada empat (4)
kategori calon iaitu:
4.1. Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu calon Lantikan Terus yang
mendapat Biasiswa Persekutuan;

4.2. Peningkatan Secara Lantikan (PSL) iaitu anggota paramedik dan


auksiliari KKM seperti Jururawat Masyarakat, Pembantu Kesihatan Awam
dan Pembantu Pembedahan Pergigian;

4.3. Pegawai Sedang Berkhidmat (PSB) iaitu kakitangan KKM yang menjalani
latihan yang tidak berkaitan dengan jawatan semasa; dan

4.4. Pegawai dari Badan Berkanun/Hospital/Institusi/Agensi bukan di


bawah Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu pegawai yang bukan di
bawah tajaan KKM seperti pegawai dari Kementerian Perumahan Kerajaan
dan Tempatan (KPKT), Hospital Pengajar dan Angkatan Tentera Malaysia
(ATM) yang dipertimbangkan secara terus di peringkat Bahagian
Pengurusan Latihan (BPL).

5. PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIURUSKAN SEBELUM LAPOR DIRI

5.1. Borang Pemeriksaan Kesihatan


(a) Semua calon pelatih Latihan Separa Perubatan dikehendaki mengisi
borang pemeriksaan kesihatan yang disertakan seperti di Lampiran
B dan menyerahkan kepada Pengamal Perubatan Berdaftar di

5
Hospital / Klinik Kerajaan atau Swasta semasa menjalani
pemeriksaan;

(b) Pemeriksaan HIV, Ujian Dadah, Hepatitis B, Hepatitis C dan Urine


Pregnancy Test (UPT) adalah diwajibkan kepada semua calon
pelatih yang ditawarkan Latihan Separa Perubatan anjuran KKM.
(Ujian UPT adalah dikhaskan untuk calon wanita sahaja)

(c) Semua calon pelatih hendaklah mengisytiharkan status kesihatan


masing-masing sama ada menghidap sakit jiwa, Epilepsy
(Sawan), penyakit berjangkit seperti HIV / AIDS, Hepatitis B,
Hepatitis C kepada Pengamal Perubatan Berdaftar di Hospital / Klinik
Kerajaan atau Swasta semasa menjalani pemeriksaan;

(d) Kegagalan calon pelatih untuk mengisytiharkan status kesihatan


tersebut boleh menyebabkan calon pelatih ditamatkan kursus serta
merta jika pengesahan tersebut diterima selepas lapor diri atau
sedang berkursus;

(e) Laporan Pemeriksaan Kesihatan mestilah disempurnakan sebelum


tarikh lapor diri ke ILKKM; dan

(f) Bagi calon pelatih yang melakukan pemeriksaan kesihatan di Klinik /


Hospital swasta, bayaran adalah di bawah tanggungan calon pelatih
sendiri.

5.2. Penerimaan Tawaran bagi Penjawat Awam

(a) Sekiranya calon pelatih adalah seorang penjawat awam yang sedang
berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia dan belum disahkan dalam
perkhidmatan sewaktu menerima tawaran ini, calon pelatih hendaklah
meletak jawatan mengikut peraturan dan syarat-syarat skim

6
perkhidmatan masing-masing. Sesalinan Notis Peletakan Jawatan
hendaklah dikemukakan kepada BPL, KKM; dan

(b) Sekiranya calon pelatih bukan anggota KKM, calon pelatih perlu
membuat permohonan Cuti Belajar kepada Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA) melalui jabatan masing-masing.

5.3. Keperluan dan kelengkapan yang perlu disediakan oleh calon pelatih
tajaan KKM:
1. Cadar (warna tidak ditetapkan) - 1 helai
2. Bantal dan Sarung Bantal - 1 biji / 1 helai
3. Selimut - 1 helai
4. Pakaian Sukan dan Kasut Sukan - 1 pasang
5. Wang Saku secukupnya untuk kegunaan senditi sebelum mendapat
biasiswa/elaun
6. Wang Pendahuluan untuk bayaran seperti berikut:
(a) Bayaran makan dan asrama yang akan ditetapkan oleh ILKKM
masing-masing
(b) Pakej Program Orientasi - RM70.00
(c) Yuran Keahlian Pertubuhan - RM50.00
Kebajikan Pelatih ILKKM (PKP)
(d) Insuran Perlindungan - RM30.00
(e) Wang Hemat Diri - RM100.00
(disediakan dalam bentuk kiriman
wang / wang pos / bank draf atas
nama PENGARAH ILKKM

6. SENARAI SEMAK (CHECKLIST) DOKUMEN-DOKUMEN SEMASA LAPOR


DIRI

6.1. Semua calon pelatih Latihan Separa Perubatan perlu


mengisi/melengkapkan dokumen-dokumen seperti berikut:
1. Surat Tawaran Latihan Separa Perubatan - 3 salinan

7
2. Borang Pemeriksaan Kesihatan - 1 set + 3 salinan
3. Sijil Asal SPM/SPMV dan salinan fotostat - 1 set + 3 salinan
4. Sijil Kelahiran Asal dan salinan fotostat - 1 set + 3 salinan
5. Kad Pengenalan Asal dan salinan fotostat - 1 set + 3 salinan
6. Sijil Berhenti Sekolah dan salinan fotostat - 1 set + 3 salinan
7. Gambar Berukuran Passport (Berwarna) - 6 Keping
8. Borang Perjanjian Biasiswa Persekutuan - 5 set (tajaan KKM sahaja)
(Lampiran C)
9. Borang Menerima/Menolak Tawaran - 2 set
Latihan & Biasiswa Persekutuan
(Lampiran D)
10. Borang Akuan Sumpah - 2 set
(Lampiran E)
11. Borang Akuan Penjamin 1 dan 2 - 2 set
(Lampiran F & G)
beserta Slip Gaji Penjamin dan salinan Kad
Pengenalan Penjamin
12. Pakaian semasa lapor diri - Lelaki : Kemeja Putih dan
Seluar Hitam
- Perempuan : Baju Kurung
Putih dan Kain Hitam

6.2. Bagi Perkara 1 – 10, calon pelatih perlu mengemukakan semua


dokumen kepada pihak ILKKM semasa melapor diri (selewat-lewatnya
dalam minggu pertama daripada tarikh lapor diri).

6.3. Calon pelatih yang ditawarkan latihan adalah WAJIB untuk melengkapkan
dos vaksinasi COVID-19 dan menunjukkan bukti vaksinasi semasa
melapor diri di ILKKM.

8
7. ELAUN DAN KEMUDAHAN SEMASA BERKURSUS BAGI CALON PELATIH
TAJAAN KKM

7.1. Pemberian Biasiswa dan Elaun bagi calon pelatih Latihan Separa
Perubatan tajaan KKM adalah seperti berikut:
Biasiswa/Elaun Diploma Sijil
(RM) (RM)

Biasiswa 835.57 755.06


sebulan sebulan

Elaun Buku 250.00 240.00


sekali setahun sekali setahun

Elaun Perkakas 25.00 25.00


sekali sepanjang sekali sepanjang
pengajian pengajian

Elaun Kertas Projek 90.00 80.00


sekali setahun sekali setahun

Elaun Jahitan 45.00 45.00


sepasang sepasang

7.2. Kemudahan Penginapan (Asrama) dan Penyediaan Makanan


Bayaran asrama yang dikenakan adalah mengikut kadar yang ditetapkan
oleh pihak Kerajaan. Calon pelatih tajaan KKM juga dikehendaki membayar
di atas kadar yang ditetapkan oleh pihak ILKKM bagi penyajian makanan
di asrama tersebut (sekiranya ada). Calon pelatih tajaan KKM diwajibkan
untuk tinggal di asrama ILKKM yang disediakan.

7.3. Tuntutan Tambang Perjalanan


Calon pelatih tajaan KKM layak untuk menuntut tambang perjalanan sekali
semasa lapor diri di ILKKM dan sekali lagi apabila tamat latihan.

7.4. Rawatan Perubatan


Calon pelatih tajaan KKM adalah layak untuk mendapat rawatan perubatan
percuma setiap kali mendapatkan rawatan di Hospital-hospital Kerajaan
sepanjang tempoh latihan dan sekiranya dikehendaki mendapatkan

9
rawatan di wad, calon pelatih tajaan KKM berkelayakan untuk Wad Kelas
Dua.

7.5. Cuti
Calon pelatih tajaan KKM adalah layak untuk mendapat cuti semester yang
ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Latihan (BPL), KKM.

7.6. Pakaian Seragam


Calon pelatih tajaan KKM dibekalkan pakaian seragam mengikut
kelayakan-kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia di sepanjang
tempoh latihan seperti berikut:
i) Tahun Pertama - 3 pasang
ii) Tahun Kedua - 2 pasang
iii) Tahun Ketiga - 2 pasang

8. PEMBAYARAN YURAN BAGI PEGAWAI BUKAN TAJAAN KKM

8.1. Semua bayaran di bawah tidak akan dikembalikan sekiranya pegawai tidak
melaporkan diri atau menarik diri walau dengan apa sebab sekalipun.

8.1.1. BAYARAN YURAN KURSUS


Tiada yuran pengajian dikenakan kepada pegawai bukan tajaan
KKM.

8.1.2. BAYARAN YURAN PEPERIKSAAN AKHIR


Bayaran untuk menduduki peperiksaan akhir pada kadar yang
ditetapkan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan
hendaklah ditanggung oleh
penganjur/penaja/penjamin/pegawai.

8.1.3. YURAN PENDAFTARAN PENGAMALAN


Bayaran yuran pendaftaran pengamalan pada kadar yang
ditetapkan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan

10
hendaklah ditanggung oleh
penganjur/penaja/penjamin/pegawai.

8.1.4. YURAN PELBAGAI


Pengarah ILKKM boleh menuntut bayaran yuran bagi pelbagai
aktiviti ko-kurikulum sebanyak tidak melebihi RM100.00 (Ringgit
Malaysia:Satu Ratus sahaja) setahun. Tuntutan bayaran yang
melebihi daripada jumlah tersebut hendaklah terlebih dahulu
mendapat kelulusan daripada KKM. Walau bagaimanapun, ia
tidak termasuk pembelian buku dan peralatan-peralatan latihan
yang diperlukan dan tidak disediakan oleh ILKKM dan KKM.

9. KEMUDAHAN ELAUN DAN BIASISWA, ASRAMA (PENGINAPAN),


PENYEDIAAN MAKANAN DAN PAKAIAN SERAGAM BAGI PEGAWAI
BUKAN TAJAAN KKM

9.1. Bagi pegawai dari Badan Berkanun/Hospital/Institusi/Agensi bukan di


bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, segala perbelanjaan dan
tanggungan sepanjang latihan adalah di bawah tanggungjawab
Badan Berkanun/Hospital/Institusi/Agensi masing-masing.

9.2. Pihak KKM/ILKKM tidak menyediakan elaun dan biasiswa, kemudahan


asrama (penginapan), penyediaan makanan (makan/minum) dan pakaian
seragam yang diperlukan oleh pegawai sepanjang tempoh Latihan Separa
Perubatan ini.

9.3. Rawatan Perubatan


Pegawai adalah layak untuk mendapat rawatan perubatan percuma setiap
kali mendapatkan rawatan di Hospital-hospital Kerajaan sepanjang tempoh
latihan dan sekiranya dikehendaki mendapatkan rawatan di wad, pegawai
berkelayakan untuk Wad Kelas Dua.

11
9.4. Cuti
Pegawai adalah layak untuk mendapat cuti semester yang ditetapkan oleh
Bahagian Pengurusan Latihan (BPL), KKM.

10. SENARAI NAMA BANK MENGIKUT ILKKM (TAJAAN KKM SAHAJA)


10.1. Senarai nama bank mengikut ILKKM bagi calon pelatih tajaan KKM sahaja
adalah seperti di LAMPIRAN H.

11. IKATAN PERJANJIAN DAN PENALTI

11.1. Calon pelatih tajaan KKM yang mendapat tawaran perlu menandatangani
kontrak perjanjian dengan Kerajaan dan di kehendaki berkhidmat dengan
KKM berdasarkan tempoh ikatan kontrak perjanjian calon pelatih dengan
kerajaan. Calon pelatih akan dikenakan penalti jika melanggar syarat-
syarat perjanjian seperti berikut:
Program Ikatan Kontrak Penalti (RM)

Diploma 4 tahun 110,000.00

Sijil 2 tahun 50,000.00

1 tahun 25,000.00

11.2. Tindakan denda dan ganti rugi ini adalah tertakluk kepada pekeliling dan
peraturan semasa yang sedang berkuat kuasa

12. TEMPOH PENGAJIAN

Tempoh pengajian bagi calon pelatih Latihan Separa Perubatan adalah seperti
berikut:

Program Tempoh Pengajian

Diploma 3 tahun

Diploma (PSL) 1 tahun

Sijil 2 tahun

12
13. PEMBATALAN TAWARAN

13.1. Tawaran bagi mengikuti Latihan Separa Perubatan di ILKKM adalah


TERBATAL dengan sendirinya sekiranya calon pelatih:

13.1.1. Gagal melaporkan diri pada tarikh dan tempat yang ditetapkan;
atau

13.1.2. Disahkan menghidap sakit jiwa, Epilepsy (Sawan), penyakit


berjangkit seperti Hepatitis B, Hepatitis C & HIV/AIDS oleh
Pengamal Perubatan Berdaftar walaupun pengesahan tersebut
diterima selepas melapor diri atau semasa sedang berkursus;
atau
13.1.3. Didapati terlibat dengan penyalahgunaan dadah; atau

13.1.4. Didapati masih terikat dengan mana-mana perjanjian latihan


dan menerima ‘award’ daripada mana-mana pihak kecuali telah
mendapat persetujuan pelepasan secara bertulis daripada
penganjur latihan tersebut; atau

13.1.5. Adalah anggota perkhidmatan Kerajaan yang dibuang


kerja/ditamatkan kerja kecuali dengan kebenaran khas secara
bertulis daripada Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkaitan;
atau

13.1.6. Memberikan maklumat palsu untuk mendapatkan tempat


latihan; atau

13.1.7. Didapati hamil semasa melapor diri ataupun pengesahan


tersebut diterima selepas melapor diri atau sedang
berkursus; dan/atau

13
13.1.8. Gagal mematuhi syarat kelayakan akademik yang telah
ditetapkan oleh Lembaga Jururawat Malaysia / Lembaga
Pembantu Perubatan bagi peperiksaan pendaftaran yang telah
ditetapkan.

13.2. Kerajaan berhak meminda apa-apa peraturan dan syarat yang ditetapkan
dan/atau menambahnya pada bila-bila masa sahaja tanpa sebarang
pemberitahuan dan calon pelatih dan pegawai adalah tertakluk kepada
pindaan-pindaan tersebut. Kerajaan berhak menarik balik tawaran tanpa
memberikan sebarang sebab.

14. MENINGGALKAN LATIHAN DENGAN MENARIK DIRI

14.1. Prosedur calon pelatih meninggalkan latihan dengan menarik diri:

14.1.1. Calon pelatih yang meninggalkan latihan dengan menarik diri


dalam tempoh 6 bulan dari tarikh mendaftar dan belum
mendapat biasiswa dilepaskan dari sebarang tuntutan ataupun
denda;

14.1.2. Calon pelatih yang meninggalkan latihan dengan menarik diri


dalam tempoh 6 bulan dari tarikh mendaftar dan telah mendapat
biasiswa dikenakan tuntutan membayar kembali jumlah
biasiswa yang diterima semasa latihan; dan

14.1.3. Calon pelatih yang meninggalkan latihan dengan menarik diri


selepas tempoh 6 bulan dari tarikh mendaftar dan telah
mendapat biasiswa dikenakan tuntutan mengikut peraturan
Fasal 7 syarat-syarat Perjanjian yang telah ditandatangani di
antara calon pelatih dengan Kerajaan.

14.2. Walau bagaimanapun, ketetapan ini adalah tertakluk kepada pekeliling dan
peraturan semasa yang sedang berkuat kuasa.

14
15. PERATURAN DAN TINDAKAN TATATERTIB
Semua calon pelatih Latihan Separa Perubatan adalah tertakluk kepada syarat-
syarat tawaran, perjanjian serta Peraturan-Peraturan Pelatih Institut Latihan
Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bahagian Pengurusan Latihan


Kementerian Kesihatan Malaysia
JUN 2022

15

You might also like